Nuffnang Ads

Monday, April 30, 2007

Confuse Mood

Sbnrnye aku menyampah jgk tgk blog aku yg dah bertukar kaler ni. Keperempuanannya terlalu terserlah. Hukhukhuk. Padahal aku tak suka langsung kaler pink. Tp sbb nak tukar selera dan tukar mood aku pun pickla new template. Kalau yg same je boringla plak. Tp siyes bosan gile tgk kaler tu. Hahaha tp sbb aku dah edit kaw2 punye aku pun malas nak tukar blk. Mcm cek pok (bak kata cek pian) jer.. Ekekeke...

Aku baru lps mkn nasi lemak. Dah mengantuk dah ni. Mcmane nak drive camni. Isk tau td aku tamau beli nasi lemak tu. Boring btul mkn nasi lemak je. Tak pyh mkn langsung kan bagus. Takdelah stim je mata aku ni. Huwaarrrgghhhhh....

Mata aku dah semakin... Semakin.... Semakin... Semakin... Lalalalala...

............................................................................................................

Me In Ur Hands


Keje yg cuti..

hari ni hari isnin 30 April 2007. esok cuti dua hari sempena hari pekerja ngan wesak day. takde org pun kat fakulti ni. keta aku je ade kat bwh tu. bosan gile keje camni. tp aku nak simpan cuti. nnt lps kursus aku nak cuti so mls la nak cuti skrg. lgpun drpd buang masa duk kat umah tak buat pape baik aku keje. time2 ramai org cuti camni pun mane ade org buat keje. melepak jela layan pc aku ni.

semlm pegi pasar stadium. x beli pape pun tp aku dah nmpk satu benda. heheh. tggula lain mgu aku nak pegi lg nak beli jgk. mmg rambang mata tp sabarkan je hati ni. lps pegi pasar tu pegi pkns plak. lagila juling mata aku niiii... tp aku berjaya bertahan utk tak kuar duit! yes! adela beli sikit2 brooch pastu mknn. mknn tu penting utk perut org yg kuat mkn mcm aku ni.

hari ni sungguh aku rasa mls sgt nak keje. tp kuatkan jgk hati utk tak amik EL. tp hari ni aku nak amik half day. lps rehat aku nak blk. nak pegi bank nak byr utang. pastu jln2 sekali. nak pegi sekinchan anta baju. pastu pegila mane2 pun membawa hati yg lara. huk huk... ape aku nak buat lagi ek nak isi masa lapang ni. selasa esok dah ada plan dgn bonda sutinah. mau abis duit aku esok. isk....

rabu plak ingat nak pegi klinik gigi kat seksyen 7. tp aku tel nak buat appoinment tak angkat2 plak. ari tu berangan nak pakai braces. huhuhu. tp maklin bangkang sbb dia kata gigi dah ok buat ape nak pakai braces. aku saje je berangan. heheheh. tp aku nak pegi cuci gigi je sbnrnye. nak cek jgk sbb hari tu gigi bongsu aku sakit. dia tumbuh tolak gusi. menderita aku camni tp skrg dah baik. tp kalau x dpt buat appoinment rabu ni aku nak pegi weekend ni je. nak tampal sekali geraham aku. barula bole senyum seindah suria. hiiiihiiiii....

Friday, April 27, 2007

Jalan2 ke umah kak su..

semlm pegi umah kak su. aku mmg excited gile bila maklin ajak tu. dlm kepala ni dah teringat2 adib imran je. terbayang2 je kegebuan dan kemontelan dia. sampai2 umah kak su je aku terus terkam adib. dia ni mcm biasela. susah sgt nak tgk dia senyum dia ketawa. nak dgr suara pun susah. agahla mcmane pun. penat buat lawak tp dia tetap buat muka seposen. setengah hari kat umah kak su siap tido lg. melampau btul. dahla mkn tak ingat dunia. kak su mmg baik dan best. dahla anak comel. sedondon mcm mak apak dia. rasa nak gigit2 je pipi adib.

sebelum blk tu tgk2 umah maklin dulu. umah maklin dpn umah kak su je. bole main cak ba. tgh dukung adib tu suddenly i feel something in my nose. aku dah tak sedap hati dah. takkan flu tibe2 je. aku tekan sikit hidung aku tgk2 ada darah. hwaaaaaa!!!! kelam kabut aku pass adib kat kak su pastu larik kat keta maklin cari tisu. terus baring je. isk lama gila aku tak kena camni. last dulu time sekolah rendah. kak su kata darah tu dr otak. otak aku cedera parah!! huhuhu..
kesian otak aku la... isk....

Me & Adib Imran


Monday, April 23, 2007

23 April 2007

jam dah menunjukkan pkl 8.05 malam. aku masih kat ofis duk sini sorang2. takde ape yg aku nak tggu dan takde ape yg aku nak cari. cuma buat ape yg aku nak buat dan ape yg aku rasa best nak dibuat. ntahlah.. tak taula ape sbnrnya yg aku rasa. kdg2 rasa sunyi sgt walaupun keliling ni riuh rendah dgn mcm2 perangai org. dah pindah ofis ni lgla riuh. ada je officemate yg dtg. tp totally different dgn yg dulu. dulu lain skrg lain. ape yg lainnya tu biarlah aku simpan.
tapi kalau dulu mungkin aku lbh kerap layan perasaan sbb byk masa free. senang sgt nak rasa sedih. tp skrg ni asyik busy je so masa yg ada utk bersedih sgtla sikit. ada je keje yg dtg. tak suka tp aku belajar utk terima stp perubahan baru yg dtg. busy sgt. tp kdg2 terleka jgk. masa tu semua rasa akan dtg dlm hati ni. lg2 bila dgr lagu tercipta utkku. i feel somebody near by me tp sbnrnya takde sape2 pun. so lonely....

aku ingin engkau selalu..
hadir dan temani aku..
di setiap langkah yg meyakiniku..
kau tercipta utkku...

Hadir Yang Terindah

sunyi di dasarnya
dingin telapak tanganku
sendiri bertanya nasib
pasti yg belum datang

kamu yg pergi
bersama hujan di pinggir
hati yg tak punya rasa
sayu dan pilu cuma
walau aku ingin selalu

merenung langit di hujung
cuba menggapai yg tak sampai
pelangi semakin sirna
bersama duka yg makin nyata

aku sudah tidak kenal kamu
aku di sini kamu di situ
bagai langit dan bumi
jauh menghilang semua rasa
kita sudah jauh menyatu

takdir membawa segala duka
peneman resah sunyi itu
menatap semua indah di wajahnya
itu hanya mimpi yg sudah pergi

diam menyimpan segala
mengerti hadir yg terindah

Aku Mahu Seperti Sungai

aku mahu seperti sungai
mengalir tanpa dipaksa
meniti kehidupan mencari makna
hala tuju dihitung teruskan langkah

aku mahu seperti sungai
indah mengalir tanpa henti
arus dititi tiada tepi
berlalu hari dibiar pergi

aku mahu seperti sungai
sembunyi di balik perjalanan
sarat hati membawa isi
leka memandangmu di situ

Dosa Kelmarin

Dalam mencari sebuah cinta
Hatinya terluka
Dalam mengenal kehidupan
Dia telah meninggalkan
Penuh duka di hatinya
Terpalit dosa di tangan ini
Tegar merosakkan percaya
Menghancurkan hati yg penuh kasih
Runtuhnya dinding syg yg tercipta
Limpahan rindu terbuang
Meniti tahun memendam rasa
Diamnya kerana terseksa
Terpaksa pada yg mencinta
Sedangkan dia di hati masih

Tuesday, April 17, 2007

Pagi Itu

malasnya permulaan hari
kerana dia yg pertama di sua
mendung yg dtg
bersama dia yg menghilang

sunyi peneman bicara
bisu bersama suara
nafas yg lahir bersulam resah
dia di sisi punca gundah

suria mendatang bersama senyum
menolak segala mendung dan hujan
merah wajah menahan rasa
rindu mengusik hati sayu

irama itu hiasan telinga
mengubah kpd rasa indah
malasnya aku hilang pergi
sayang berkembang menjadi bahagia

dia menghilang rindu menyapa
termangu menanti suara
lagu peneman rindu
membayang dia di sisi selalu

Saturday, April 14, 2007

Try To

try to understand diz situation but i can't. sapela yg bole faham kalau manusia tu bole berubah2 dlm sekelip mata je. hari ni dia mcmni tp esok dia mcmtu. hari ni dia baik tp esok dia jahat. hari ni dia syg tp esok dia benci. hari ni dia rindu tp esok dia menjauh. hari ni dia bising tp esok dia bisu. hari ni dia mesra tp esok dia dingin. sape yg bole faham? try to but i can't..

aku langsung tak bole nak faham sikap org mcmni. adakah mesranya dia semlm cuma pura2 atau sekadar menduga? tp mcmana dgn dinginnya dia hari ini? adakah pura2 atau masih mahu menduga?

aku tak pernah tak melayan bila dia menyapa. tp bila aku memerlukan kenapa mesti aku diabaikan? seolah2 keadilan itu tiada utk aku. mestikah satu2 kemesraan itu wujud hanya dlm satu ikatan yg bernama cinta? tp dlm persahabatan, kemesraan itu tiada? adilkah kehidupan ini kalau itu yg berlaku pd kita? ruang utk meneruskan itu ada sekiranya keadilan itu sama rata aku rasa. tp ruang itu semakin menipis kalau beginilah caranya kemesraan itu digunakan. aku mahu seperti dulu. bukankah mesra itu subjektif? knp mesra itu mesti dlm cinta sahaja? knp tidak skrg? sekalipun kata namanya berbeza tp perasaan dan ayat penyatanya tetap sama.

sukarnya meyakinkan manusia yg tak tau menilai...

Oh No...

pc aku rosak! dia tulis corrupted! pastu kena format balik! pastu sume file dan dokumen dlm tu abis ilang! hwaaaaaaaaaaa........................

aku rasa blur sgt bila ngadap pc ni. dah takde ape yg aku nak belek. dah takde ape yg best. sume surat, memo, resume aku, lagu2, gambar dan ape saje dah takde. org takde perasaan je yg tak bengang. nak nangis? mmg dah nangis dah pun. sume keje2 aku selama ni abis ilang. aku tak tau nak rasa apa sbb mmg tergamam sgt. rasa mcm lost jer. huh......

cuma org tertentu je yg tau nak pujuk aku. tau nak tenangkan hati aku blk. tp ada jgk org yg buat tak tau sbb dia takde perasaan. wut can i say.........

Wednesday, April 11, 2007

11 April 2007

11 April 2007
21.30

Assalamualaikum.....

dah semgu jgk aku tak update blog. boring dan tak tau nak ngarut ape. stress dan tension!! hwaaa....

mlm ni aku duk ofis siapkan keje kat ofis lame. punyela pantas dlm tak sampai sejam aku dah siap. laju gile. hihihi. aku jgk yg kena buat padahal bkn ofis aku lg. apela nak jd.....

boringnyela mlm ni. kak arni cuti sampai ahad. maklin plak tido kat umah kak saerah. abis aku nak tido dgn sape. sorang2la mlm ni....

hari2 yg aku lalui kejap suram kejap ceria. tak taula knp. ada masanya atau pun bergantung dgn sape aku berborak atau jumpe. semuanya mempengaruhi mood dan juga keadaan diri kita.

bahagia ke aku ek? hati aku pun tak tau ape jwpnnye. just pass through my life....

Tuesday, April 3, 2007

Just For Fun


Sakit......

Assalamualaikum & Selamat Pagi........
hari ni aku rasa takde mood la. dr semlm aku rasa sakit sgt. many part of my body rasa sakit2. perut aku ni masuk hari ni dah 5 hari sakit. then dr semlm kepala aku sakit. pastu dgn rasa nak muntah lg. mlm td aku rasa lembik sgt. maklin yg tlg urutkan kaki aku. last2 dia yg tido. ampagas btul org tua ni. lain mcm sgtla lately ni. mlm td aku tido pun pakai stokin. segala sendi2 aku mcm nak putus. ni pun rasa mcm mengong2 sikit. kenapa ek? byk sgt kena ujan agaknye. dr mgu lps aku asyik kena ujan je. dr unisel sampai shah alam sampai port klang sampai tg karang. sumenye ujan....................

Monday, April 2, 2007

Yesterday & Danial

Assalamualaikum......

hari ni 2 April 2007. satu permulaan utk bulan yg baru dan juga hari yg baru. rasanya aku dah semakin pasti dgn apa yg aku buat. aku semakin happy walaupun hati ni kadang2 masih dipagut rasa sedih. aku yakin dan percaya yg Tuhan pasti akan memberikan kebahagiaan selepas kekecewaan. cuma kita tak tau bila tp yg penting kena la bersabar. kalau org tak bole nak bersabar dan terima aku, then u just go! thanks for everything...
cuti sabtu ahad semlm aku pegi shah alam. dgn mak,eqin ngan farul. saje jalan2 pegi umah kakak aku. sabtu tu aku pegi klcc tgk pameran psl keta la mesin la. layan jela walaupun minat aku bukan ke arah itu. tolong staple flyers jer. dpt la mkn burger king kat klcc! bestnyerrrrrrrrrrrrr............ mlm mgu tu plak aku mkn kat muara kat tg harapan. isk lgla best. udang, sotong, ketam, kerang, tomyam sume ade. tp aku dah kenyang sgt sbb telan burger king ptgnye so nasi langsung tak luak. abis RM100 gitu jer. mkn tak hengat dunia. ahad plak pegi pasar kat stadium. blum sempat kitorg nak round abis ujan makin lebat. mula2 tu rintik2 jer. at last kitorg pegi giant 13 jerla cari brg2 utk adik aku eqin. ptg tu tak pegi mane2 pun. duk umah tgk konsert AF jer.
ptg tu danial pegi competition fun kart yg astro ceria buat tue. hadiah dia 2 tiket grand stand tgk F1 kat Sepang. and da best part is... danial menang 1st prize! dptla dia tgk group favourite dia ferrari tu. tak sangka plak aku danial tu terror bwk go kart. padahal bknnye selalu training pun. competition tu kire pemenang ikut masa paling cpt dan terbaik. lps 3 saringan dia cut of jumlah dr 60 org utk pusingan kelayakan, 24 org utk separuh akhir sampaila da last one, final 12 org. dan masa dia adalah yg terbaik dlm 60 org tu. bangga btul aku neh.... nyesal plak aku tak ikut tgk. kalau tak bole tumpang glamour sbg makcik yg sporting dan juga yg bertanggungjwb mendaftarkan dia masuk fun kart tu. heheheheh.
hasil dr tu jgk profile dia maybe masuk dlm astro ceria punye website. td aku cek masih tak update lg. tggulah 2-3 hari lg. and maybe jgk kalau ade pape lps ni danial kena contact la kot. sbb malaysia dah dpt sorang lg talent! tp yg aku tau dia nak jd pilot. tak kisahla pape pun. janji dia happy selalu. ape2hal apak dia yg bayar. yg byk duit apak dia. mak dia menumpang jer. hihihihi...

Cinta V

Cinta bermula dari fikiran kita
Jika kamu mahu menerima cinta
Kamu harus mampu memberikannye terlebih dulu
Makin banyak cinta kamu beri
Makin banyak yang akan kamu terima
Mencintai sama ertinya dengan
Memberi cinta tulus pada dirinya sendiri