Nuffnang Ads

Monday, December 16, 2013

Kursus bonding time.

Dua minggu lepas aku kursus kat Melaka. Siri 3 selepas siri 2 kat Ipoh dan siri 1 kat Pulau Pangkor. Macam yang sebelumnya jugak, ku hangkut semua yang ada kat rumah tu. Siapa? Duhhh~

Habis jugak akhirnya kursus fasa 1 ni. Harap-harap aku tak masuk dalam senarai kursus fasa 2 tahun depan. Markah LNPT tahun 2013 ni antara penentu kepada segalanya. Punca kepada kemasukan aku dalam kursus ni! Arghhhh tak rela!

Bila bawa Zara kursus yang boring pun jadi best. Tapi macam tak berapa fokus sebab asyik teringat dia kat bilik. Makan ke tidur ke main ke okay ke tak. Dan untuk pertama kalinya dia nak gak swimming kat pool. Walaupun ala-ala main tepuk-tepuk air je. Mummy bawakkan jugak bikini comel dia tu sebab memang dah tahu kat situ ada swimming pool. Seronok je dia tengok budak-budak lain main siap ada pelampung. Mummy nak belikan tapi kat situ takde jual. Hmmm next time ye Zara. Sian tengok dia macam teringin tapi takde pelampung. Aih, mummy memang selalu touching bab gini. Mesti laju je nak belikan benda yang dia nak.

Cuba tengok sian je muka dia teringin nak pelampung. Mummy faham isi hati mu nak.

Lepas habis kursus, kita jalan-jalan pergi Kelebang pastu naik beca pusing-pusing Melaka. Pergi istana lah itulah inilah. Macam suka je dia naik beca tu diam tak kata pape. Tegak je berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku. Beca pulak penuh dengan anak patung Hello Kitty. Sakan kau siap pasang lagu Gwiyomi! Mummy pun over kbai.


Mungkin ini yang dipanggil bonding time for three of us. Better.

Zara dan susu.

Kat sini ada stalker. Dia dok kat Perlis. Hahahahah semoga dia terasa.

Lega. Itu perkataan yang tepat untuk keadaan aku sekarang. Ah bukan apa pun. Cuma masalah susu Zara berlaku lagi. Dah berapa bulan attendance aku tunggang terbalik huru hara dibuatnya sebab takde stok secara mengejut. Ibu susuan yang ketiga tak mampu nak supply lagi. Jumpa yang keempat tapi rupanya sama sebab rupanya stok dia tak banyak sangat dan tak terlarat nak kejar demand Zara.

Zara, nafsu susu mu umpama nafsu makan mummy pada burger GCB mekdi. Tapi sekarang burger tu dah takde. Temporary je. Sobssssss

Berikutan masalah tersebut, saya sering memohon cuti. Jika tidak saya akan membawa Zara ke pejabat. Saya semakin bingung kerana sampai bila masalah ini akan berakhir? Aku rasa macam propa sangat ayat nih.

Rezeki Zara sentiasa ada. Allah sentiasa membantu. Akhirnya Zara bertemu dengan ibu susuan yang kelima! Lima tau tak lima? Lima!

Keterpaksaan ini bukan satu yang disengajakan memandangkan Zara memang tak nak / reject habis-habisan dengan susu tepung. Masalah ni bukan masalah kecil. Contohnya kalau dia tak ngam dengan diaper A boleh tukar ke diaper B. Tak ngam B boleh pilih yang C. Tidak! Ini masalah susu. Keperluan harian Zara. Makan minum dia. Jadi aku tak boleh ambil mudah dengan benda ni. Bukan aku tak cuba paksa atau pelbagaikan jenama susu untuk try and error daripada susu lembu sampai ke kamben tapi kalau dah sampai tahap muntah-muntah, sanggup ke kita ni nak paksa anak tu minum jugak? Ni lagi budak-budak. Kalau jadi pape? Aku yang putih mata.

Alhamdulillah. Untuk sementara ni, aku harap masalah ni akan berhenti daripada mengganggu sampailah masanya untuk Zara berhenti menyusu sendiri satu hari nanti. Sebab bila susu menjadi masalah, habislah dengan kerja aku pun akan ikut bermasalah. Sebab takde stok nak bagi kat pengasuh nanti jadi aku akan selalu cuti atau bawa dia datang ofis.

Cukuplah Zara, mummy dah tak larat nak berdepan dengan masalah ni lagi. Takkan Zara nak ada 10 ibu susuan kot? Adoi mummy yang stress!

Thursday, November 28, 2013

Sesaje nak say Hello.

"Nor, kenapa kau dah lama tak update blog?"
"Farz, kau dah tak update blog lagi ke?"

Heheheheh. Aku bukan tak perasan. Atau lupa yang aku ni ada blog. Tapi aku malas. Kadang-kadang untuk menulis ni aku perlukan mood dan rasa. Rasa nak menulis tu ada tapi mood pulak takde. Mood nak menulis tu pun kadang-kadang ada tapi rasa atau cerita pulak takde. Maka bersawanglah rumah ini.

Kalaulah aku titipkan segala apa yang berlaku setiap hari sejak entry terakhir tu. Dah terlalu banyak cerita agaknya. Cuma aku tak punya kekuatan. Kerana terlalu banyak benda yang berlaku. Terlalu banyak peristiwa yang terjadi.

Mungkin tak perlu untuk aku ceritakan semuanya. Tapi sesiapa yang mengenali aku mesti nak tahu bagaimana hidup aku hari ini. Sungguh andai aku ceritakan segalanya, mungkin terlalu berbeza dengan apa yang pernah terluah.

Tengoklah nanti. Kalau aku rajin. Hehehehe.

Wednesday, November 27, 2013

Aku hanya mahu.

Aku hanya mahu saling memberi dan menerima. Tak lebih dan tak kurang. Aku cuma mahu hidup bahagia. Cukup apa adanya.

Salahkah andai aku meminta. Meminta sesuatu yang bernama hak. Sesuatu yang aku tak punya. Sesuatu yang aku damba.

Hati wanita selalu disalah reti. Hati wanita sering tak dipeduli. Lalu aku ini siapa? Mengapa sepi masih di sebelah berdiri? Aku bagaikan mati di dalam hati sendiri. Menunggu sesuatu yang tak dimiliki.

Betapa aku rindu. Hanya Allah yang tahu. Sepi. Hanya itu yang menemani.

Wednesday, July 10, 2013

Lagu lama


Lagu ni sentiasa bermain-main di fikiran, telinga, bibir sejak akhir-akhir ini.
#azianmazwan #cintaembunanpagi

Tuesday, July 9, 2013

Selamat berpuasa.

Hari ni hari terakhir sebelum bermulanya Ramadhan esok. Alhamdulillah sebab kita semua dapat bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan berkat dan rahmat ni.

Sejak beberapa hari yang lepas diakui perasaan sayu sering saja datang bertandang di dalam hati. Entah apa yang disayukan. Lagi-lagi bila merenung wajah mulus anak. Sucinya si kecil itu menenangkan jiwa yang sayu dan sedih. Hanya itu yang mampu saya lakukan saat air jernih laju mengalir membasahi pipi.

Kesayuan yang sering menghimpit sedaya upaya saya cuba tolak tepi. Saya tak mahu hanya bertemankan rasa sedih lebih-lebih lagi bila bersama dengan Ramadhan. Malah saya mengharapkan Ramadhan kali ini memberikan saya kekuatan dan kesabaran yang lebih tinggi. Dapat memberikan saya jiwa yang lebih tenang sampai bila-bila. Sebab saya tak mahu membayangkan apa dan bagaimana rasanya Ramadhan dan Syawal yang akan dilalui tahun ini.

Walau apapun, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Jaga makan dan jaga kesihatan sepanjang berpuasa. Jangan ponteng puasa okay!

Kursus sana sini.

Tak sampai sebulan dah penuh sawang. Fuh fuh fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sejak pindah tingkat 11 aku memang agak sibuk. Niat hati untuk memperbaiki segala kelemahan dan mempertingkatkan mutu kerja akan diteruskan. Awak, saya janji okay. Ehhh apakah?

Bulan Jun bulan yang agak penuh dengan dugaan dan kerja. Bermula dengan Zara yang tak berapa sihat. Lepas tu aku pulak ambik giliran. Lepas tu tetiba dapat surat panggilan kursus ke Pulau Pangkor. Mula-mula aku tanak pergi. Siap dah buat surat tunjuk sebab dan disokong oleh bos. Permohonan untuk dikecualikan pun dah diluluskan tapi tetiba aku ubah keputusan untuk pergi. Bawak jantung sekali. Weeeeeeeee

3 hari aku pergi kursus siap dengan Zara, mak, abah ngan eqin sekali. Dah lama sangat tak drive jauh macam tu dari Putrajaya aku balik kampung lepas tu esok paginya aku pergi Lumut pastu naik feri ke Pangkor pulak. Tapi okay je sebab nyawa ada sekali. Heheheh.

Belum pun balik ke rumah orang kementerian dah cakap ini baru siri 1. Masih ada lagi 2 siri nak kena pergi. Satu lepas raya dan satu lagi masa hujung tahun. Aku blur jap sambil tengok muka Cek Ayam (bukan nama sebenar). Ah sudah takkan aku nak bawak anak aku lagi?

Tu belum lagi tetiba Nad call dari ofis kata minggu depan tu ada lagi kursus kat Taiping selama 5 hari. Ini sudah lebih. Cewah hehehe tapi sebenarnya kalaulah aku takde hal 29/6 tu memang aku selamba pergi. Tapi aku terpaksa mintak pengecualian kat urusetia di atas sebab-sebab yang tertentu.

Jadi sekarang ni tunggu jelah kursus yang lagi dua tu kan. Aku request kat Cek Ayam aku nak pergi Cameron. Dia kata confirm ke nak. Hahaha haruslah mau tapi tak sure lagi. Cuma dia dah bayangkan yang maybe akan ke Cherating. Pantai lagi? Duhhhhhhhhhh

Daripada sekarang kenalah fikir macam mana dengan Zara. Sama ada nak bawak lagi atau tinggal kat kampung. Tapi macam tak sanggup je nak berjauhan. Nanges aku malam-malam nanti. Rindu setengah mati tau.

Wednesday, June 12, 2013

Entah aku pun tak tau cite pasal apa.

Aku adalah seorang manusia yang sangat takut sesat bila drive sorang-sorang. Siyes takut. Aku mesti nangis kalau aku tahu yang aku dah salah jalan pastu sesat ntah ke mana-mana.

Aku jugak boleh jadi sangat marah dan mengamuk. Hahaha memang rasa macam orang gila.

Kelmarin aku pergi KL atas urusan yang perlu dilakukan dan yang dah lama tertangguh. Aku bbm kawan lama aku time sekolah dulu tapi dia tak baca. Aku call dia tak angkat. Aku perlu membawa dia untuk dijadikan co-pilot sebagai penunjuk arah ke tempat yang dituju. Kalau tak mesti aku menggelabah nak bawak keta sorang-sorang meraban ntah ke mana.

Lama aku tersadai kat depan pejabat pos tunggu dia call balik. Akhirnya perjalanan ke KL diteruskan bila dia confirm boleh temankan. Yahooooooooo

Tapi aku tetap menggelabah sebab dah lama sangat tak drive sendiri pergi KL. Apa lah nak jadi.

Tempat yang aku nak pergi tu kat depan Masjid Negara je pun. Sebelah ofis Al-Hijrah. Lepas submit segala benda, bayar RM20 aku kena tunggu paling lama 2 minggu untuk dapat surat tu. Kalau nak cepat aku kena follow up dalam 7 hari ni. So tak boleh nak pergi ke tempat yang satu lagi since takde surat tu. Tapi kawan aku cakap next time kalau dah ada call je dia then dia akan temankan.

Sebab aku tetap takut sesat. Pfftttttttttt

Lepas settle semua tu kitorang pergi makan kat kedai depan Pertama Kompleks. Sambil cuci mata tengok orang lalu lalang. Satu demi satu kenangan singgah dalam fikiran sama seperti lalu lalangnya kereta dan bas tu semua. Tapi kenangan tetap kenangan. Anak tetap keutamaan. Eh macam dialog Teduhan Kasih plak. Ahaksssss

Tu je. Kbai!

Saturday, June 8, 2013

Cinta di pagi Sabtu.

Ini adalah percubaan pertama aku update entry guna phone. Sumpah memang lembab gila apa lagi dengan screen yang kecik pastu keypad pun kecik gak.

Selamat pagi Sabtu.

Zara masih tidur kat sebelah. Cium jap muahhhh! Kau tahu kan betapa berwarna warninya hidup bila celik mata kau nampak ada nyawa kau kat sisi?

Aku perhati setiap inci raut wajah anak. Bulu mata, hidung, bibir, pipi. Tiada yang tidak indah. Semuanya seperti memanggil-manggil mintak dicium.

Ya Allah, dialah nyawa penyambung jiwa. Dialah udara penyambung nafas. Jangan Kau pisahkan kami di sini dan biarlah kami berdua bersama hingga bertemu Kau di sana.

Friday, June 7, 2013

Dari 11 ke 8 ke 11.

3 Jun 2013 hari tu bermula kerja di ofis baru. Sebenarnya takdelah baru pun. Dulu masa mula-mula kitorang pindah ke Putrajaya kat sinilah tempat aku. Sama. Kedudukan pc, meja, kerusi, partition semuanya sama. Tapi lepas tu kena pindah ke tingkat 8. Dan sekarang kembali ke tingkat 11 semula. Duhhhhh~

Dunia semakin luas. Kalau dulu aku dok dalam bilik tapi sekarang dok kat luar je. Aku dah tak boleh nak tidur sesuka hati. Aku dah tak boleh nak bukak facebook setiap masa. Aku dah tak boleh nak merayap dengan riang gembira.

Tapi aku okay. Aku tak kisah pun. Kisah sikit je heheheh.

Bulan ni jugak ofis aku menerima semua pengurusan baru. Timbalan Pengarah baru, S41 baru, S22 baru. Complete sudah carta organisasi pengurusan cawangan aku. Tak lagi berlubang di sana sini. Dan aku terasa macam 'ketat' di meja aku sendiri. Sampai ada yang tegur 'Farz sekarang nampak busy je..' Ya memang aku dah tak boleh nak lepak macam dulu-dulu lagi. Sobsssssssss

Tapi macam yang aku cakap. Aku okay. Sebab mungkin ini satu peluang atau keadaan untuk aku mencergaskan diri aku semula. Peluang untuk aku memajukan diri. Peluang untuk aku menaikkan semula markah LNPT aku yang disabotaj. Sikit-sikit aku akan cuba untuk perbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada.

Haih tapi aku tetap aku. Walaupun dok kat tempat open macam ni kecoh tetap kecoh. Diorang sendiri cakap dulu Farz dok dalam bilik susah nak kacau, sekarang kat luar hari-hari nampak muka kenalah kacau. Okay fine aku memang selalu kena buli.