Aku melihat status itu sebagai satu kiasan yang amat mendalam. Kepada diri sendiri. Satu perlian dan sindiran yang sangat tepat. Keegoan aku memang telah dikenal pasti sejak zaman dahulu kala lagi. Tapi kadangkala tetap menjadi cair seperti aiskrim di bawah matahari.
Malah sehingga sekarang aku masih termenung memikirkan ayat tersebut.
Aku malas nak edit. Aku copy paste terus.
------
Menjadi anak tunggal, aku membesar dengan perangai yg super dictator, xsuka berkongsi, selfish, arrogant, ego dan manja. Sepanjang setahun perkahwinan....suamiku bertahan setiap kali aku marah2, merungut dan kadang2 sampai menengking dia jika tidak puas hati. Dia selalu mengalah. Dengan lembut meminta maaf dan memujuk aku kembali. Setiap kali dia begitu...aku akan menangis dan menyesal tetapi masih lagi perangaiku berterusan.
Masa berlalu...aku pelik...
Mengapa kawan2 sekeliling banyak yang menikamku dari belakang meskipun aku telah menjadi kawan yang terbaik untuk mereka.
Mengapa anak2ku menjauhkan diri dariku sedangkan aku sentiasa cuba ambil hati mereka.
Mengapa rezekiku sangat susah diperolehi meskipun aku bekerja dengan bersungguh2.
Mengapa badan2ku sentiasa tidak sihat dan sakit.
Mengapa hatiku sentiasa tidak tenang meskipun aku tidak pernah lupa sujud padaNya.
Mengapa dan mengapa......persoalan silih berganti.
Lalu dengan izin Allah...ketika itu aku masih bekerja aku berjumpa dengan lecturer ku di Institut Profesional Baitulmal. Aku mengadu masalah kerjaku dan orang sekeliling. Tanpa memberitahu masalah rumahtanggaku.
Dan pensyarahku diam dan berkata: "Rahmat isteri diberi oleh Allah melalui suami. Selagi kamu membuat suami terasa hati...selagi itu kamu tidak akan tenang. Tetapi bersyukurlah...sekurang2nya Allah masih ada untuk kamu untuk memberi petujuk. Dia mahu kamu berubah. Cinta tidak cukup dalam perkahwinan jika tiada hormat"
Menangis dan terus menangis aku memandu dari Kg Pandan sehingga Shah Alam. Dan dengan satu nekad...aku membulatkan tekad....untuk BERUBAH.
Alhamdulillah....3 tahun berlalu. Akan ada masa perhubungan kami diuji. Ada masa amarahku dicungkil syaitan. Tetapi pesanan lecturer ku sangat terpahat. Kerana bila aku berubah...segalanya mudah. Aku mampu memiliki bisnes sendiri. Anak2 semakin rapat denganku. Kawan...? Aku hanya menyimpan 1/3 dari mereka kerana 2/3 kawanku adalah suamiku.
Sampai satu tahap...dia berkata " Dah lama syg tak marah B."
Aik...rindu ke nak kena marah......Xmolah...hehehe
Credit to facebook Siti Aishah Confinement
------
Ayat daripada si pensyarah itulah yang sentiasa berlegar dalam fikiran aku sedari awal pagi tadi. Kehancuran dan kekecewaan harus aku tinggalkan. Aku harus membina kembali segala kebaikan dan kemanisan. Aku mesti.
0 comments:
Post a Comment