Nuffnang Ads

Friday, December 28, 2012

Saiz hati saya kecil.

Semalam saya happy. Tapi hari ni tak. Kalau boleh di scan dan melihat jauh ke dalam hati ni saya rasa tak nampak pun kat mana hati tu. Sebab dia dah jadi kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgt.

Saya panas baran. Memang mudah melenting dan cepat je nak naik angin. Tapi sekarang saya dinasihatkan untuk banyakkan istighfar walau dalam keadaan apa sekali pun. Musibah atau dugaan yang datang saya sambut dengan istighfar tanpa henti.

Kadang-kadang kita tak sedar mulut kita ni ringan je nak cakap yang bukan-bukan bila kita tengah marah. Kita dah tak nampak dah mana sabar tu. Saya pun sama. Tapi lepas tu nanti cepat-cepat sedar lepas tu menyesal. Tapi tu pun kalau menyesal la.

Kita mengambil masa yang lama untuk menjernihkan keadaan yang keruh. Syarat dan janji terletak pada diri masing-masing. Bila saya berusaha untuk menjadi manusia yang lembut dan mengurangkan kadar panas baran seminima yang boleh itu maknanya saya mahu menjadi insan yang lebih baik dan menyenangkan hati manusia di sekeliling saya.

Tetapi bila orang lain pulak masih bersikap yang sama, suka hati nak marah saya, nak panggil saya dengan panggilan-panggilan yang kurang menyenangkan. Apa yang ada dalam hati saya? Sumpah saya kecik hati. Sangat-sangat.

Nak marah ke apa bukan tak boleh. Tapi tengoklah jugak apa puncanya. Nak tegur pun biarlah berhemah bukan dengan cara yang kasar. Entah kenapa cuma ada rasa meluat dan menyampah yang ada dalam hati waktu ini. Saya betul-betul tersinggung.

Istighfar lah saya tanpa henti. Untuk hati yang lebih tenang walau ada air jernih yang mengalir.


0 comments: