Nuffnang Ads

Wednesday, November 14, 2012

Menanti petunjukMu.

Berdiri sendirian di tengah jutaan manusia bukan sesuatu yang membahagiakan. Berjalan sendirian di waktu manusia berjalan berpasangan bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang.

Dalam hidup ini, aku selalu mengharapkan keajaiban berlaku walaupun aku hanya manusia biasa yang takkan pernah memiliki semua yang aku mahu. Aku bukan ahli silap mata. Andai ada yang mahu aku ubah, ianya adalah nasib. Nasib diri sendiri.

Dia mengurniakan aku satu amanah. Amanah yang perlu aku pikul dengan sepenuh hati. Amanah yang mesti aku pertanggungjawabkan dengan nyawa sendiri. Amanah yang tiada tukar ganti. Amanah yang tiada bandingan dalam dunia ini.

Tapi aku ini amanah siapa? Siapa yang bertanggungjawab ke atas diri aku? Siapa yang menjadikan aku satu amanah tapi akhirnya dibuang ke tepi? Adakah aku ini amanah yang tak terpikul? Adakah aku ini amanah yang tak sempurna di mata dia? Adakah aku ini amanah yang menyusahkan? Adakah aku ini amanah yang membebankan?

Ya Allah, aku hanya mahukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk segala ujian yang Kau kirimkan untuk diri ini. Andainya jalan itu yang harus aku pilih Kau berikanlah aku petunjuk. Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. Bantulah aku Ya Rabbi.

0 comments: