Nuffnang Ads

Wednesday, November 21, 2012

Andainya.

Setiap kali saya view blog ni saya akan klik ke new post. Tapi lepas tu saya biar je kosong. Tak tahu apa yang nak diisi. Tak tahu apa yang nak dicerita.

Saya sedang melalui satu fasa kehidupan yang tiada kemajuan. Dimana segala yang berlaku adalah sama. Berulangnya sesuatu itu seperti tayangan cerita yang hanya mempunyai punat repeat pada pemainnya. Berulang, berulang, berulang dan berulang.

Kesabaran saya benar-benar diduga kali ini. Dalam mempertahankan hak saya, akhirnya saya juga yang dipersalahkan. Ah kau takkan pernah letih untuk mencari punca. Kau juga takkan pernah habis untuk mencari sebabnya.

Waktu dan ketika ini saya diuji dengan perasaan rindu yang maha hebat. Betapa saya rindukan masa silam. Masa silam yang penuh dengan tawa riang. Masa silam yang penuh dengan kemesraan. Masa silam yang penuh dengan kebahagiaan. Sukarkah untuk mengerti perasaan ini?

Zara dilahirkan untuk menjadi segala sumber kekuatan dan kesabaran. Dia menjadi satu sandaran kepada tingginya semangat saya untuk terus berjalan walaupun sendirian. 

Ya Allah, andai perasaan ini adalah petunjuk dariMu maka Kau berikanlah aku satu perubahan kehidupan yang lebih baik. Kerana aku sudah tidak mampu untuk menanggung ujianMu yang sama hampir setiap kalinya.

0 comments: