Nuffnang Ads

Monday, November 26, 2012

Amalkan Vitamin C.


Sejak lepas bersalin saya selalu risaukan keadaan tubuh badan saya. Tenaga dan kesihatan dalaman kena dijaga lebih-lebih orang yang baru lepas melahirkan.

Dahlah saya ni berpantang tapi macam tak pantang. Hari-hari kena bebel dengan mak tapi hari-hari jugak saya buat tak tahu. Heeeee.

Mula-mula hari tu saya amalkan minum kolagen dan madu di awal pagi lepas tu minum susu sebelum tidur. Tapi kejap je sebab bila sekali lupa pastu terus lupa lupa lupa. Tak bagus lah macam tu.

Tapi sekarang sejak hampir dua bulan ni saya amalkan makan Vitamin C je. Mula-mula saya tengok orang dok jual pastu tengok la testimoni yang diorang share. Saya pun beli dan cuba sendiri. Mula-mula memang tak perasan sangat pun sebab kita ni tengok muka kita hari-hari kan jadi mana nak notice kalau ada perubahan pape. Tapi entah macam mana satu hari tu saya perasan kat cermin sisi kereta time tengah main cak ba dengan dakcik. Eh eyebag aku dah takde? Eh kulit muka aku dah sekata? Sumpah tak tipu ni. Pastu saya pun happy! Horeyyyyy!

Saya pun tak puas hati lagi dan terus cari apakah perubahan-perubahan lain yang ada. Saya perasan tumit kaki saya dah halus, licin dan lembut. Yang ni memang obvious gila. Saya memang amalkan pakai krim Cosway tapi macam lambat berkesan dan still ada kulit kasar tapi sejak makan Vitamin C ni dah takde rasa kasar walau sikit pun. Try gosok tumit kaki kat betis ke kat kaki sebelah lagi pun rasa halus dan takde rasa kulit mati tu lagi. Weeeeee.

Pastu sekarang ni entah macam mana saya TER jual pulak. Takdelah untung banyak pun tapi boleh lah untuk menambah pendapatan walaupun sedikit. Saya tetap bersyukur. Dalam kesulitan yang Kau berikan ni masih ada lagi pintu rezeki yang terbuka untuk aku dan Zara. Alhamdulillah.

Sape yang rasa nak cuba dan nak tanya pape tu bolehlah inbox saya kat facebook saya ye. Klik je Farz Farzara. Thank you!

Kalau tak tahu, baik diam.

Kita kalau tak tahu masalah orang kita jangan cakap macam kita tahu. Kita kalau tak tahu masalah orang kita jangan cakap ikut sedap kita. Kita kalau tak tahu masalah orang kita jangan fikir ikut suka kita. Kita kalau tak tahu masalah orang kita jangan buat anggapan melulu.

Ramai orang bertanya masa mula-mula saya buat keputusan untuk tinggalkan Zara kat kampung. Kenapa tak jaga sendiri? Kenapa tak cari pengasuh? Sanggup ke tinggal anak lama-lama? Tak rindu ke tak jumpa anak seminggu?

Soalan vangang apa kau tanya ni?

Sorry to say lah. Kalau aku takde masalah yang kronik aku takkan letak anak aku kat kampung. Kalau aku takde masalah yang membuatkan aku TERPAKSA, aku ulang lagi sekali TERPAKSA, aku TAK AKAN tinggal anak aku kat mak abah aku. Gedit?

Kau tak tahu macam mana seksanya aku menanggung rindu kat anak aku. Kau tak tahu berapa banyak air mata aku yang keluar selama hari ini kerana rindukan anak aku. Kau tak tahu macam mana bengkak nya mata aku setiap kali aku bangun tidur pagi Isnin. Kau tak tahu macam mana aku bermimpi setiap malam dapat hidup bersama dengan anak aku. Kau tak tahu macam mana terlukanya perasaan aku setiap kali nampak orang jalan-jalan dengan anak bila aku balik daripada kerja. Kau tak tahu macam mana sedih pilunya hati aku ni bila nampak orang hantar dan ambik anak kat umah pengasuh. Kau tak tahu macam mana sunyi sepinya hidup aku tanpa anak aku.

Kau tak tahu masalah orang.

So jangan mudah sangat nak menilai orang lain daripada segi luaran. Aku tak kuasa nak cerita kenapa aku letak dia kat kampung. Aku tak kuasa nak cerita semua tu atas permintaan mak abah aku sendiri. Kalau nak kata mak abah aku sendiri tak kisah, kenapa orang lain nak kisah? Itu cucu diorang. Bukan cucu betong yang aku jumpa dan kutip kat tepi jalan. 

Memang mak abah kita dah tua dan dah penat jaga kita masa kita kecik dulu. Tapi kau boleh fikir tak yang cucu / anak aku tuelah yang menghiburkan hati dorang selama hari ni? Kau pernah fikir tak yang kesunyian dorang bila berjauhan dengan anak-anak tu terubat dengan kehadiran anak aku Dhia Zara?

Kalau kau tak pernah fikir, just shut up. And chill.

Wednesday, November 21, 2012

Saya demam oi.

Dalam mempertaruhkan sebuah harga diri dan kesabaran, saya diberikan penyakit. Tapi takpe sebab penyakit itu penghapus dosa.

Kalau nak ikutkan dah lebih sebulan saya batuk. Zara dah sembuh pun saya masih lagi batuk. Seminggu dua yang lepas batuk saya macam nak sembuh tapi tetiba minggu lepas saya rasa lain macam je. Tekak mula perit, saya asyik bersin dan batuk saya makin kerap.

Arghhh confirm nak demam!

Suara di sana sini mengusik 'Zara nak dapat adik!'. Hohhh jangan. Jangan fikir sampai ke situ sebab saya sendiri tak tercapai akal nak fikir ke tahap tu. Banyak kali saya bagitahu, Zara anak tunggal. Bukan saja-saja nak cakap. Tapi entahlah saya suka cakap macam tu tapi dalam hati takde niat apa pun. Nak tutup mulut orang yang mengusik jelah kot. Lagipun dalam keadaan sekarang ni....... Mungkin tidak!

Memang saya rindukan momen masa mengandung. Saya cemburu bila tengok perut perempuan mengandung. Tapi terlalu banyak benda yang saya takutkan. Makanya itu lupakan saja.

Hari ini batuk dan selesema saya masih sama. Kepala berat dek kerana selesema makin teruk. Suara saya juga semakin seksi rasanya. Walaupun sengau. Badan pun masih lemah jap rasa hangat jap rasa sejuk. Tapi takpe sebab penyakit itu kan penghapus dosa. Tapi tetiba rasa macam risau sebab Zara pulak dah start selesema balik. Hadoiiiiiiiiiiiiii


Andainya.

Setiap kali saya view blog ni saya akan klik ke new post. Tapi lepas tu saya biar je kosong. Tak tahu apa yang nak diisi. Tak tahu apa yang nak dicerita.

Saya sedang melalui satu fasa kehidupan yang tiada kemajuan. Dimana segala yang berlaku adalah sama. Berulangnya sesuatu itu seperti tayangan cerita yang hanya mempunyai punat repeat pada pemainnya. Berulang, berulang, berulang dan berulang.

Kesabaran saya benar-benar diduga kali ini. Dalam mempertahankan hak saya, akhirnya saya juga yang dipersalahkan. Ah kau takkan pernah letih untuk mencari punca. Kau juga takkan pernah habis untuk mencari sebabnya.

Waktu dan ketika ini saya diuji dengan perasaan rindu yang maha hebat. Betapa saya rindukan masa silam. Masa silam yang penuh dengan tawa riang. Masa silam yang penuh dengan kemesraan. Masa silam yang penuh dengan kebahagiaan. Sukarkah untuk mengerti perasaan ini?

Zara dilahirkan untuk menjadi segala sumber kekuatan dan kesabaran. Dia menjadi satu sandaran kepada tingginya semangat saya untuk terus berjalan walaupun sendirian. 

Ya Allah, andai perasaan ini adalah petunjuk dariMu maka Kau berikanlah aku satu perubahan kehidupan yang lebih baik. Kerana aku sudah tidak mampu untuk menanggung ujianMu yang sama hampir setiap kalinya.

Wednesday, November 14, 2012

Menanti petunjukMu.

Berdiri sendirian di tengah jutaan manusia bukan sesuatu yang membahagiakan. Berjalan sendirian di waktu manusia berjalan berpasangan bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang.

Dalam hidup ini, aku selalu mengharapkan keajaiban berlaku walaupun aku hanya manusia biasa yang takkan pernah memiliki semua yang aku mahu. Aku bukan ahli silap mata. Andai ada yang mahu aku ubah, ianya adalah nasib. Nasib diri sendiri.

Dia mengurniakan aku satu amanah. Amanah yang perlu aku pikul dengan sepenuh hati. Amanah yang mesti aku pertanggungjawabkan dengan nyawa sendiri. Amanah yang tiada tukar ganti. Amanah yang tiada bandingan dalam dunia ini.

Tapi aku ini amanah siapa? Siapa yang bertanggungjawab ke atas diri aku? Siapa yang menjadikan aku satu amanah tapi akhirnya dibuang ke tepi? Adakah aku ini amanah yang tak terpikul? Adakah aku ini amanah yang tak sempurna di mata dia? Adakah aku ini amanah yang menyusahkan? Adakah aku ini amanah yang membebankan?

Ya Allah, aku hanya mahukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk segala ujian yang Kau kirimkan untuk diri ini. Andainya jalan itu yang harus aku pilih Kau berikanlah aku petunjuk. Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. Bantulah aku Ya Rabbi.