Nuffnang Ads

Saturday, June 12, 2010

Segalanya Palsu

Spt tertipu rasanya. Slps beberapa lama menghilang, kau jelma semula. Menghulurkan satu harapan yg ku sambut tanpa rasa ragu walau sedikit pun. Mengharapkan segalanya akan kembali jernih. Menghapus semua kesilapan dan keraguan. Memberikan aku satu senyuman walaupun aku tidak pasti apakah sebenarnya.

Hari pertama kau berikan satu perasaan indah. Menyatakan rasa takutmu akan sebuah kesilapan. Memberikan aku satu kefahaman betapa dirimu mengharapkan kesalahan lalu takkan berulang. Kau sentuh hati ini dgn satu harapan. Walaupun dlm hati terdetik. Spt ada yg tak kena. Ku hapus ragu demi menjaga satu permulaan baru.

Hari kedua juga begitu. Ada yg tak kena. Namun segalanya hanya ku simpan di dalam hati kerana tidak mahu menimbulkan sebarang sengketa. Ku perhatikan di dalam diam dan hati berbisik ragu. Segalanya spt tiada gula. Tawar dan hambar. Mesra diri hanya dipandang sepi. Bagaikan tiada guna lagi.

Hari ketiga. Perasaan hati benar2 tidak mampu dinafikan. Benar apa yg ku rasa. Segalanya terluah bagaikan tiada henti dan aku spt tidak punya peluang. Tawar dan hambar itu benar2 mengganggu. Apa yg pasti aku tidak seperti itu.

Bagaikan dihempap langit yg runtuh, dilanda badai ombak tsunami yg menggila. Nafas sesak bagaikan tiada udara. Lemas bagaikan tiada nyawa. Hakikat yg terlalu sukar utk ditelan dlm kepayahan menantikan sebuah kepastian. Segalanya palsu.

2 comments:

bloodyred said...

gaya cerita mcm terluke lg....am i right?tumpang sedih

MsGaijin said...

mungkin..kekhilafan akak sndr kot yg jd punca..