Nuffnang Ads

Friday, June 18, 2010

17 Jun 2010

Semlm adalah hari yg agak2 tak bape nak best. Blk dr event aku telah mendapati tayar keta aku pancit. Pkl 3 pg! Tayar pancit! Mmg terbaek kan? Dlm keadaan yg sgt mengantuk tu aku rasa mcm nak berterima kasih pun ada jgk sbb confirm aku tak pegi keje esok. Sape nak tlg aku pg2 buta mcmtu derr. Dkt pkl 7 aku sms bos cite apa yg jd pastu smbg tido sampai lebam. Bila bgn ingatkan ok tp aku plak yg tak ok. Tiba2 rasa sedih sgt sbb sorg2. Jd mcm2 mslh tp aku kena harung sorg2 je. Apa2 sume kena buat sorg2. Terus rasa ssh hati dan rasa tak best. Betapa sshnya kalau kita hidup sorg2 je kan. Ha mula la aku nak touching blk ni. Apa lg? Mcm biasala. Haihhh~

Ptg sikit baru aku pegi menapak ke kedai tayar. Hoh yg ni pun terbaek gak. Dgn panas2 mcmtu berjalan sorg pastu dikelilingi oleh org2 yg tak penah tgk pempuan. Hon sana hon sini. Huh! Bila dah penat ke sana sini pggl foreman, tukar tayar, amik keta, tgk itu ini. Bertambah sakit hati aku bila tgk tayar tu dah tak bole pakai lg. Bkn pancit lg dah tp pecah terus tak bole pakai sila buang ke longkang! Lg bertambah la aku menggelabah. Aduuu knp la tak abis2 mslh dtg. Aku jd blur dan tak bole nak berfikir. Ohh akhirnya aku amik tayar 2nd pastu pegi car wash chantekkan Baby Blue pastu aku plak blk umah chantek2kan diri then straight pegi ke IOI Mall, Puchong.

Sampai2 terus jumpa Zam dgn Jehan kat parking. Straight ke Kenny Rogers jumpa Razi dgn Mimi. Mkn la apa yg ada. Aku paksa gak telan walaupun aku takde selera dan mood nak mkn. Sumenye aku rasa tawar hambar pahit tak sedap! Then mula2 plan nak tgk wayang pkl 8.30pm tp disbbkan seat yg ada terlalu ke depan kitorg tukar time ke 9.55pm. So dgn masa yg ada dlm 1 jam 30 minit tu kitorg pun dgn pantas menujuk ke tmpt boling. Oh yeah! 5 org ke boling dan 2 org lg ke snooker. Jehan sbg ibu mengandung sila duduk sahaja di tepi ok. Aku partner dgn Mimi lawan Amin dgn Wadi. Bukak game main 2 frame lelaki lawan perempuan. Kalau nak ikutkan dah lama aku tak main. Sbln lbh ada la kot sejak peristiwa berdarah tu. Mana ada life sgt sejak kes tu. Tp tak sangka plak dlm lama2 tak main dgn tgn menggigil, kaki berpusing ntah ke mana tu aku telah berjaya menjadi highest scorer. Strike bape kali then pin sume jatuh cun je 8 above. Weewwiittt! 1st game aku menang, 2nd game pun aku menang. Jd keputusannya pempuan la menang! Amin adalah pemungut mata yg paling rendah sekali dan telah mengalami kekecewaan terlampau. Hahahah. Sy sgt suka!

Masa tu mmg aku happy. Aku memaksa diri utk happy. Sdgkan sblm tu muka aku mmg dah tak bole blah dah. Sume berdua tiba2 aku sorg. Pastu dgr mcm2 cite plak. Dok bakar line bikin aku panas hati. Aduhai! Serius aku jd makin stress dan tension. Rasa nak quit! Rasa tanak buat lg dah! Rasa tanak tanak tanak! Tmbh plak lg bila berjalan dlm tu sume benda aku nmpk dia. Sume tmpt ada kenangan dgn dia. Aku rasa mcm nak lari sgt tp aku tau lg jauh aku lari lg dkt kenangan tu dtg dlm fikiran aku. Lg jauh aku lari lg dkt bayangan dia dtg dpn mata aku. Makin lama makin sedih dan aku jd makin stress kat situ. Rasa tanak jumpa dorg lg sbb dorg sume mmg mengingatkan aku pd dia. Terlalu byk kenangan bersama2 dgn dorg. Tp lps dirasuah pelam yg sgt masam oleh Mimi, aku agak ok sikit. Lps tu mencuba utk meng happy kan diri main boling. It was just nice. Tp aku rasa mcm hipokrit gila. Sbb cuma berlakon dpn dorg.

Kuar dr IOI Mall tu dlm pkl 12.30am aku mntk utk terus blk. Fikir esoknya nak keje je. Dahla siang tu aku tak keje so ingat nak tido awal la takut terlajak plak nnt. Ingatkan nak join lepak skali tp agak tak berani la nak drive lewat2 mcmtu. Sbb aku tau diri aku lately ni mcmana. Sgt mudah memejamkan mata ketika memandu disbbkan kepedihan dan keletihan mata yg sgt kritikal. Dr awal sampai la blk, 1001 mcm perasaan yg ada. Setiap benda, setiap jln, setiap tmpt, setiap sesuatu semuanya ada bayangan dia. Semuanya ada kenangan bersama dia.

Sampai bila aku nak pura2 happy mcmni??

Saturday, June 12, 2010

Segalanya Palsu

Spt tertipu rasanya. Slps beberapa lama menghilang, kau jelma semula. Menghulurkan satu harapan yg ku sambut tanpa rasa ragu walau sedikit pun. Mengharapkan segalanya akan kembali jernih. Menghapus semua kesilapan dan keraguan. Memberikan aku satu senyuman walaupun aku tidak pasti apakah sebenarnya.

Hari pertama kau berikan satu perasaan indah. Menyatakan rasa takutmu akan sebuah kesilapan. Memberikan aku satu kefahaman betapa dirimu mengharapkan kesalahan lalu takkan berulang. Kau sentuh hati ini dgn satu harapan. Walaupun dlm hati terdetik. Spt ada yg tak kena. Ku hapus ragu demi menjaga satu permulaan baru.

Hari kedua juga begitu. Ada yg tak kena. Namun segalanya hanya ku simpan di dalam hati kerana tidak mahu menimbulkan sebarang sengketa. Ku perhatikan di dalam diam dan hati berbisik ragu. Segalanya spt tiada gula. Tawar dan hambar. Mesra diri hanya dipandang sepi. Bagaikan tiada guna lagi.

Hari ketiga. Perasaan hati benar2 tidak mampu dinafikan. Benar apa yg ku rasa. Segalanya terluah bagaikan tiada henti dan aku spt tidak punya peluang. Tawar dan hambar itu benar2 mengganggu. Apa yg pasti aku tidak seperti itu.

Bagaikan dihempap langit yg runtuh, dilanda badai ombak tsunami yg menggila. Nafas sesak bagaikan tiada udara. Lemas bagaikan tiada nyawa. Hakikat yg terlalu sukar utk ditelan dlm kepayahan menantikan sebuah kepastian. Segalanya palsu.

Monday, June 7, 2010

Jauh

Entah apa yg tak kena. Pg ini aku hanya melihat fb rakan2 yg bekerja sbg photographer. Gambar2 yg mereka rakamkan selama hari ini. Gambar perkahwinan. Tak lupa juga fb rakan2 yg baru berkahwin dan juga bakal berkahwin. Knp mesti semua itu yg harus menjadi tatapan mata seawal hari ini? Knp harus jemari laju menekan kotak2 yg tertera sebegitu?

Jujur. Ada sendu di dalam hati ini. Sayu yg tak mungkin terluah dgn kata2 mahupun baris patah perkataan. Sukarnya hidup ini dalam memiliki rasa yg serupa dgn rakan2 lain. Kenapa kita tidak sama? Mengapa kita tidak serupa? Pedih sewaktu ayat itu ditaip. Bergetar rasanya tubuh ini dlm menahan tangis yg hampir terlahir. Jemari terhenti kadangkala kerana tidak mampu utk bersuara lg. Mata berhenti berkedip kerana tak mahu ada air jernih yg mengalir. Suara ku tahan agar tiada apa yg kedengaran dalam sunyinya keadaan waktu ini.

Terkenangkan seribu janji yg pernah menjadi nada2 indah di telinga. Yg pernah menjadi sbb terukirnya senyuman di bibir. Yg pernah melahirkan pelangi indah di mata. Yg pernah memberikan bunga2 mekar di dalam hati. Yg pernah menjadi tautan hati antara kita berdua satu waktu dulu. Jauhnya kita dgn kenangan itu. Betapa kerinduan sering menangisi hari2 yg dilalui.

Sampai bila agaknya ini semua akan terus melingkari garisan kehidupan. Spt tidak mengizinkan aku utk meneruskan perjalanan dlm meniti satu pilihan di antara garis itu. Sesak nafas dirasakan ketika ini. Bagaikan tiada udara yg menjadi hembusan penyambung nyawa dan jasad. Spt itu diri aku waktu ini. Segala2nya bagaikan terhenti dan tidak bernyawa lg. Dan aku, terus terjatuh dlm harapan.

Campur Aduk

Pagi. Seawal 6.53 aku dah sampai kat parking keta. Aku tau knp aku awal hari ni. Aku kuar umah ikut masa yg sepatutnya. Selain dr itu jgk skrg ni tgh cuti sekolah. Jdnya Federal Highway mengalami kelengangan yg sgt ketara. Ohh heaven~ Pg2 sampai ofis pintu masih blum bukak. Eh ke mana sume org ni? Mesti ramai yg cuti. Satu group baru blk outstation mlm td. Patutla pun. Jdnya aku la yg kena bukak pintu kan. Ngek~

Masuk ofis mmg gelap. Makanya terus la on lampu kan. Pastu tgk atas meja penuh dgn surat2. Ohh haruskah begini? Yaa sbb aku lbh byk tak keje mgu lps. Hanya 2 hari saja aku masuk ofis. Heaven lg. Harusss yer. Aku ketepikan sume surat2 tu. Eh2 ada surat utk aku la. Oh ya surat panggilan kursus BTN pd ujung bln 6 ni. Mmg terbaek ye kwn2. Sy sgt suka la kan sbb dia ckp peserta drpd KL dan Selangor diwajibkan menaiki kenderaan yg disediakan. Suka sbb jimat duit minyak dan tol sy. Tp sbnrnya sy tamau! Sy nak naik keta sndr! Sy ada keta. Suka hati sy la nak bwk keta ke tak ke. Bole tak begitu? Takpe2 nnt sy tanyakan pd org yg berkenaan. Surat jwpn harus di fax kan segera ni. Hmm sy mesti pegi! Nak hiburkan hati sy yg lara dan merana ni. Haihhh~

Nyah tepi kau wahai surat2! Ohh segera aku amik beg baby lappy, letak atas meja dan terus on baby lappy cpt2. Pg2 harus ye ini benda pertama yg akan aku hadap sblm buat benda2 lain. Kalau tak aku akan mengalami sengal2 otot, lenguh jari jemari, sakit mata dan kehilangan daya senyuman selama beberapa hari. Ohh betapa sygnya aku dgn baby lappy dan jgk broadband kaler hitam tu. Broadband kaler hitam aku comey sgt sbb dia ada keychain bantal. Kalau aku tgh boring2 dan kesian dgn broadband hitam tu nnt aku letak la bantal tu bwh broadband hitam aku tu. Mcm tido. Comey kan? Sila jwb ya ok. Tiada jwpn tidak dlm senarai.

Bos aku sorg takde. Dia cuti. Sorg lg ada. Tp dia duk dlm bilik je. Dia sgt bagus sbb jarang nak mengganggu hidup aku. Kdg2 je dia suh aku buat surat ke memo ke despatch ke. Pastu nnt aku suh org lain plak. Hakhakhak. Aku suka la bos2 yg pesen mcmni. Dia sgt memahami seadanya aku. Kalau dia nmpk aku tgh chatting ke, main fb ke dia tak penah nak marah. Kdg2 dia lg tanya psl broadband hitam aku ni. Ok ke tak, laju ke tak, mahal ke tak. Terbaekk la bos ni. Ala aku tau dia pun ada fb jgk. Tp aku tanak la add dia. Tak privacy. Eheh~

Hari ni mood aku kelihatannya agak separuh-separuh. Pg hari aku sbnrnya bermula seawal jam 4.30 pg disertakan dgn mood yg sgt sedih. Terlalu sedih rasanya. Tp bila sampai ofis aku cuba utk ceriakan hati. Akhirnya bila kedua2 mood sudah bercampur aduk maka beginilah adanya. Sekian, terima kasih.

Sunday, June 6, 2010

Hujung Minggu

Pagi ahad seperti hari ini aku rasa sgt boring. Tak tau knp. Mmg rumah riuh rendah tp ttp boring. Tak tau apa nak buat. Tak tau nak ke mana. Bgn tido terus cuci muka berus gigi. Turun bwh terus terkam lappy. Wahh terkam ke? Huhuhu agak ganas bunyinya tp lbh kurang mcmtu la. Sbb mlm td aku tertido mcmtu je tgglkan lappy kat bwh. Dgn hp pun aku lupa bwk. Tp tuela kan. Takde apa yg ada pun. Skrin hp cuma terpapar gamba aku sorg. Kosong. Hanya kosong. Takde apa2 yg 'miss' pun. Haihhh~

Kalau ikutkan ada plan ptg ni nak tgk wayang tp tak tau la jd ke tak. Cuma yg pasti walaupun takde yg temankan aku ttp akan pegi jgk. Sorg pun sorg la. Takpela nak buat mcmana. Asalkan dpt tgk. Aku teringin sgt nak tgk cite tu. Cite yg aku kenal dr zaman sekolah lg. Membesar dan dikelilingi dgn cite2 dr dia. Aku pasti ada yg tau cite apa walaupun tak aku nyatakan di sini. Ada jgk aku ajak sorg minah tu tp tak dpt ikut la plak. Esok dia nak travel so mlm ni nak packing all the things. Hmm tanak la kacau tp smlm dah janji nak jumpa dia dulu hari ni. Almaklumlah nak jln jauh kan. Tp tak tau la nak pegi jumpa ke tak. Kalau sempat dan kalau aku rajin dan kalau aku sudi. (mesti aku kena maki kalau dia tau aku ckp mcmni..hakhakhak..)

Apa lg nak buat hari ni eh? Yg pasti takkan jln2 dgn family punya sbb anak buah blah abg ipar aku kawin hari ni. So sume akan pegi kenduri jap lg. So bila dorg pegi nnt aku pun kuarla bwk diri ke mana2 yg aku suka. Malas aku nak pegi. Bkn rapat pun dan takde kena mengena pun dgn aku. Bole? Blk umah bkt naga la kalau takde apa nak buat. Tggu sampai ptg then terus pegi jusco bkt tggi. Walaupun sorg, walaupun dgn sape2 pun, plan asal ttp akan berjalan! Tak kira! Dah bape hari aku tggu. Dah bape hari aku menahan rasa dr pegi tgk cite tu. Tp hari ni tak bole tahan dah. Nak kena pegi jgk! Harusssss~

Wehhh tekanan btul aku duk kat bwh ni. Org bising kat atas dah mcm bdk2 pegi zoo. Terjerit2. Rimas btul aku. Pyh plak umah dah besar ni. Umah kecik sempit. Umah besar tak terlarat plak nak jaga. Riuh rendah dr smlm tak abis2. Bdknya sorg je tp dia punya mulut mcm 10 org punya mulut. Hohhh~ Off! Off! Off!

Saturday, June 5, 2010

5 Jun 2010

Mlm ni tido kat sek.13. Rumah baru kakak. 1st time ni dan rasanya sgt sunyi. Kanan kiri takde org lg. Dpn umah pun takde org jgk. Hanya lappy yg menemani. Letih rasanya hari ni. Tghari td gerak dr kg ke sek.13 pastu pegi bkt naga pastu kuar blk. Ni baru blk dr umah aunty. Anta jajan yg aku bwkkan dr kg. Dr pkl 4 ptg dok kat sana sampaila pkl 8.30 mlm. Tgk dia nyanyi2. Pastu borak2 sambil tggu aunty masak pastu smbg borak lg. Terhibur rasanya. Melihat dia spt melihat si dia. Rindu yg sgt sarat dlm hati ni terubat bila duk sama2 dgn aunty. Tu pun asyik kena tahan je dr blk awal. Suh mkn dulu la ajak borak dulu la. Nak blk td pun sempat lg tanya esok nak dtg ke tak. But i'm ok wif that. Hanya itu yg bole meng 'happy' kan diri aku waktu ini. Dorg sume nak pegi Medan isnin ni. Isk isk jealous sungguh rasanya. Takpela satu hari nnt kalau ada rezeki aku pun bole pegi jgk kan.

Hari tu pegi anta passport sorg minah tu pun sama. Ingatkan nak pegi kejap je. Blum sempat ckp pape, blum sempat passing passport dah suh duduk borak2 dulu. Layan jela aunty. Duk luar umah mlm2 mcmtu best jgk sesekali. Sunyi je rasanya. Pkl 11 ngam baru aku blk umah. Tu pun sbb pikir esok keje dan mcm tak patut plak duk lepak umah org lewat2 mcmtu. Rindu la. Tak tau knp. Bila sama2 dgn aunty perasaan tu jd relax je. Mungkin kerana ada seseorang yg menjadi sebahagian drpd hidupnya turut menjadi separuh drpd nyawa dan jiwa. Aunty seolah2 menjadi pengganti kpd dia. Sewaktu baris2 ini ditulis tiada perasaan lain yg ada. Cuma rindu dan sedih.

Apa agaknya kesudahannya? Aku cuba memikirkan positif dan negatif nya. Apa saja kemungkinan yg mungkin dan bakal berlaku. Ternyata jiwa kosong dan serasa tiada arah. Aku tak mampu memandang masa dpn. Aku tak nmpk apa yg harus aku impi dan angankan. Segalanya terbang dan berlalu sejak peristiwa itu. Bagaikan ditiup angin, debu yg tggl bagaikan sekadar satu kenangan yg kian sirna. Sisa kpd sebuah kenyataan yg aku sndr tidak pasti apa noktahnya. Apa agaknya yg ada di dalam hatinya waktu ini?

Friday, June 4, 2010

Umpama Kamu

Asingnya aku rasakan di sini. Tiada siapa pun yg aku kenal yg boleh aku lemparkan senyuman mesra. Mereka memerhati bagaikan aku ini org luar yg tak diundang. Ya mmg benar kenyataan itu. Aku hanya org luar di sini. Sekadar singgah utk mengisi perut yg separuh lapar separuh kenyang. Janggal dirasakan keadaan di sini. Ini bkn tempat aku. Ini bkn asal aku. Ini bkn syurga aku.

Aku mahu segera pulang. Bagaikan jerutan hati tatkala melihat satu kenyataan aku berada di tempat org. Andainya aku bisa terbang, sudah lama aku pulang ke sarang. Namun bknkah ini yg aku mahu? Kerana itu aku berada di situ dan di sini pada waktu dan ketika ini. Bertemankan 'chocolate ice blended' yg kian mencair. Secair hatiku bila aku melihat namamu di skrin telefon bimbitku. Bertemankan 'nasi goreng sea food' sebagai pengisi perut dimakan sewaktu panas. Sepanas aliran darah di dalam tubuhku yg mengalir lesu bila kau memberikan aku hakikat jasadmu tiada di sini. Sejuknya 'dessert longan & kelapa laut' sebagai pencuci mulut. Sesejuk hatiku bila mendengar suaramu memanggil namaku seperti dahulu.

Mimpikah aku diwaktu ini? Mungkin benar. Kerana waktu ini aku masih berada di siang hari. Haruskah aku menunggu malam ini? Menantikan kau hadir memberikan aku senyuman dalam igauan mimpi.