Nuffnang Ads

Monday, January 25, 2010

2010

2010 sudah 25 hari. Tapi ini adalah post pertama utk tahun ini. Malas? Mungkin. Atau tiada idea. Tandus. Kering kontang. Sejak akhir2 ini baris2 ayat sudah tidak seperti dulu. Memungkinkan kurangnya aku utk berada di sini. Perjalanan hari yg berlalu sepanjang 25 hari menjejakkan kaki ke tahun 2010 penuh dgn pelbagai cerita. Kepastian sudah aku miliki. Tiada lagi namamu di dalam jiwa ini. Tiada lagi wajahmu dalam diari hati. Semuanya sudah dipadamkan. Dengan sengaja. Bukan kerana azam baru tahun 2010. Bukan baru ini. Tapi sudah berbulan dahulu. Terlalu jauh utk dikenang atau diingat semula. Kerana apa yg pasti. TIADA LAGI.



Mendung tak lama. Sekejap sahaja. Pelangi kembali mewarnai pudar hati. Sangat suka. Bahagia. Gembira. Meniti kehidupan ini sambil terlompat2. Riang ria. Mcm kanak2 ribena. Risiko ini aku ambil diiringi keyakinan dengannya. Disulami janji utk setia bersama. Duhai hati, tenang jiwa ini melihat kau tersenyum kembali.

0 comments: