Nuffnang Ads

Sunday, May 3, 2009

Tanda Kasih Suami Pada Isteri

1. Hubungi Isteri
- Jika selama ini isteri yang sering mengambil berat dengan menelefon ke tempat kerja untuk bertanya perkembangan anda. Apa kata, mulai saat ini, buang sifat ego dan mulalah menelefon isteri di tempat kerjanya.

Komen MsGaijin : Aku sgt2 setuju. Jgnla nak harapkan pempuan jer yg tel atau sms. Kdg2 kitorg pun nak jgk rasa mcmana lelaki yg start dulu, mcmana rasanya lelaki yg amik berat. Yg penting jgnla buat kitorg rasa mcm kitorg ni terhegeh2 sgt. Ok?

2. Rajin Membantu
- Apa kata anda bersikap ringan tulang membantu isteri menguruskan hal di rumah. Misalnya anda menolong membasuh pinggan setelah makan, mengemas bilik tidur setiap pagi, membuang sampah tanpa disuruh ataupun terbalikkan stoking bagi memudahkan cucian.

Komen MsGaijin : Pun setuju! Sape ckp lelaki dah tak macho kalau tlg isteri buat keje2 umah? Bg aku lelaki mcmtue lah lelaki yg paling macho, bertanggungjawab dan didambakan oleh semua pempuan dlm dunia ni. Trust me! Kita bkn nak jdkan lelaki tu kuli atau hamba tp sekadar utk meringankan beban isteri jer. Kitorg pun keje jgk. Mana nak kemas umah, jaga anak, jaga korg lg. Kalau dah sumenye kitorg yg jaga, sape nak jaga kitorg???

3. Tindakan Spontan

- Apabila anda berada di rumah, apa kata peluk dan dakaplah isteri bila ada kesempatan. Misalnya ketika isteri sedang memasak di dapur anda mendakapnya dari belakang. Tindakan spontan ini pastinya membahagiakan hati isteri. Selain itu sekali sekala berikan kejutan pada isteri. Memberi sesuatu yang diinginkan atau memasak hidangan kesukaan isteri pastinya tidak akan dilupakan olehnya.

Komen MsGaijin : Sesungguhnya wanita itu hanya mahukan perhatian, belaian dan kasih syg sepenuhnya dr lelaki. Bg aku itu saja sudah cukup membahagiakan hidup aku nnt. Kepentingan? Keutamaan? Jgnla letakkan wanita jauh ke blkg. Knp ye ssh sgt nak pentingkan atau lbhkan kitorg sikit dlm hidup korg? Kitorg ni pun ada perasaan jgk.

4. Bersihkan Diri
- Semua isteri akan berasa senang hati bila melihat suami mereka berada dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Begitu juga sebaliknya. Selain itu pastikan diri anda dalam keadaan kemas dan wangi sebelum tidur.

Komen MsGaijin : Ermm aku rasa semua org suka pasangan dia kemas dan bersih. Tak perlu dipertikaikan lg.

5. Pimpin Tangannya

- Ketika anda keluar bersama, berilah perhatian lebih sedikit pada dirinya berbanding orang lain. Tunjukkan sifat penyayang anda dengan sentiasa memimpin tangannya dengan erat. Kalau boleh pegang bahunya dan pastikan keselamatan dirinya terjaga di tempat awam. Layanlah dirinya bak permaisuri dengan bertanya apa yang dia mahu beli ataupun teringin untuk dinikmati.

Komen MsGaijin : Yg ni pun aku teramat2 setuju! Aku siap boldkan lg tu. Bkn apela, aku kesian dgn pempuan yg kalau bercinta atau berkahwin dpt lelaki yg takde perasaan. Apala salahnya pegang tgn isteri tu. Masa blum dpt bkn main lg berjanji mcm2, berkepit mcm belangkas. Korg tak kesian ke dgn hati dan perasaan pempuan yg terasa hati dgn perlakuan korg yg endah tak endah dgn kitorg?

6. Dengar Pandangannya
- Wanita mahu perhatian dan kasih sayang terutamanya daripada insan yang disayangi. Oleh sebab itu sebagai suami anda harus menunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka. Sentiasalah mendengar pendapatnya dan berilah pandangan bersesuaian yang tidak menyinggung hati. Dengar juga luahan atau cerita mereka, walaupun anda menganggap ia perkara remeh-temeh.

Komen MsGaijin : I'm speechless. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yg aku rasa bila baca statement tu. Sedih.

7. Sentiasa Berhubung Bila Berjauhan
- Apabila berjauhan pastikan anda sentiasa menghubunginya. Tahukah anda betapa bahagianya hati seorang isteri bila suami selalu menghubungi mereka saat berjauhan. Biarpun tidak diluahkan tapi isteri tahu bahawa itu adalah tanda kerinduan suami.

Komen MsGaijin : Aku tak tau nak komen ape. Terkedu, tergamam. Mungkin tak semua lelaki nak mcmtu. Tanpa mengira yg kita golongan wanita sgt2 perlukan dorg. Apa lg kalau berjauhan. Kita perlukan semua tu utk menguatkan hati dan cinta ni. Bkn saje2 je kan? Mcmana hbgn nak mesra nak manis kalau jarang berhubung? Tp lelaki tak pernah fikir. Tak takut ke gf dorg kena kacau, kena ayat dgn org lain. Kalau dah jarang nak call, sms. Jarang bg perhatian, mcmana gf nak tahan lama? Tepuk dada tanya hati.

8. Sambut Tarikh Penting
- Jgnlah bersikap remeh dalam soal yang dikira amat penting buat isteri. Misalnya tarikh ulang tahun perkahwinan atau hari lahir. Ini kerana isteri memang cukup mengambil berat akan tarikh-tarikh ini. Kalau ia amat penting bagi isteri maka suami haruslah menghormatinya. Tak perlu bermewah-mewah dgn hadiah yang mahal. Pemberian kad ucapan juga sudah memadai bagi menunjukkan bahawa diri anda sentiasa mengingatinya.

Komen MsGaijin : Yg ni benda biasa berlaku. Lelaki selalu lupa tarikh penting. Tak fhm btul aku. Knp mcmtu ek? Haihhhh mmg golongan lelaki ni ssh nak difahami.

0 comments: