Nuffnang Ads

Wednesday, June 24, 2015

Berlari itu tak mudah.

Aku ada satu masalah. Kalau dah start menulis nanti aku tak boleh nak berhenti. Sehari aku boleh bantai lebih daripada 3 entry. Tapi kena control sebab kalau aku syok sangat nanti dikhuatiri segala luahan dan cerita disalah erti oleh manusia-manusia perasan. Okbai.

Dah setahun lebih berlalu. Daripada jatuh tersungkur, aku belajar merangkak, bertatih hinggalah aku boleh berjalan semula. Apa lagi nak kembali berlari. Semuanya tak mudah. Tak pernah begitu mudah.

Walaupun yang dilihat ramai adalah aku memimpin tangan Zara tapi hakikat sebenarnya Zara lah yang memimpin tangan aku. Kerana dialah aku bangun semula. Kerana dialah aku hidup kembali. Segalanya kerana Zara.

Hari ini mungkin aku boleh menarik nafas lega. Sedikit. Walau tak banyak perubahan tapi aku tahu semuanya datang daripada usaha aku sendiri. Banyak yang aku berjaya kawal untuk pastikan masalah utama aku takde lagi dah. Perubahan tempat kerja hinggalah memajukan diri dengan kerja baru. Semuanya memberikan aku kebaikan. Dia dah kata, semua ujian membawa hikmah disebaliknya. Cuma sabar dan tunggu je.

Aku usahakan sendiri. Serius tak tipu nih. Didorong dengan rasa dan semangat diri sendiri yang betul-betul nakkan perubahan. Sebab dulu aku tak happy. Bila aku dah lepas bebas daripada segala malapetaka of course aku kena move on. Buat apa nak stay dalam kehidupan yang buat kita sakit hati, sakit jiwa lepas tu asyik nak sedih je. Kat mana tenangnya hati? Kat mana amannya hidup? Hidup ni kena berani. Berani untuk buat keputusan dan berubah. Sebab aku tahu, kita takkan menyesal melepaskan sesuatu yang tak pernah menghargai kita. Ini namanya pengalaman. 

Aku tak pedulikan langsung hinaan orang. Mulut-mulut longkang jahanam yang gelarkan aku macam-macam. People can say anything because i just don't give a shit. Bukan kau yang suap anak aku makan. Bukan kau yang ada masa aku susah. Bukan kau yang ada bila aku sedih. Kau kenal aku pun tak tapi kau sedap mulut bajet cantek je nak mengata aku.

Do i care? Sebab aku tahu siapa yang selalu ada. Aku tahu siapa yang selalu bersama. Aku tahu siapa yang sentiasa menerima seadanya. Kerana kau juga aku senyum.

Nasi takde, kawan pun sedap.

Hidup dalam dunia ni bukan kita berseorangan. Dikelilingi kawan, keluarga dan orang yang kita sayang. Kawan pulak daripada zaman belum sekolah, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, kerja blablabla. Tu belum kira kawan dalam facebook, instagram, twitter, beetalk dan entah apa-apa lagi.

Kawan ni ada macam-macam. Sangat banyak ragam dan perangai sendiri. Ada kawan yang setakat kawan. Dia ada biasa je, dia takde pun takpe. Ada yang kawan bila senang tapi bila susah tetiba dia hilang. Ada yang sentiasa ada dalam senyum dan ketawa. Ada yang baik depan baik juga di belakang. Ada yang perangai macam syaiton tapi bila bab berkawan dia yang paling baik. Ada juga yang terlebih baik boleh jadi stalker bagi pihak kawan. Dia ajak sekali laki kawan dia, family dia, tok ketua, tok mudim, tok bilal kampung sekali kalau boleh. Hah yang ni memang kawan sejati bestfriend forever till jannah la kekdahnya gittewww. Tapi tapi tapi dalam banyak-banyak tu yang lagi jahanam kalau kawan makan kawan.

Tapi bila situasi kawan makan kawan ni berlaku di tempat kerja sedikit sebanyak memang mengganggu hidup kita. Dah nama pun tempat kerja of course la kena ngadap hari-hari. Macam mana nak ada mood kerja? Kalau dengan kawan satu office pun kita masam muka. Hati pun tak tenang, nak pergi kerja pun macam malas sebab dah takde fun lagi kat office. Macam mana nak buat kerja sama? Lainlah kalau kau pergi kerja semata-mata nak bergossip pasal orang kan. Apa kau kisah gaduh ke tak janji kau boleh mengumpat orang.

Mungkin dalam dunia ni dorang dah tak jumpa nasi. Sebab tu dorang suka makan kawan.

Tuesday, June 23, 2015

Kerja dan pengalaman.

Bulan lepas aku ke Sabah. Awal bulan hari tu pun aku ke Sabah lagi. Sebelum tu ke Melaka. Nasib baik program dekat Negeri Sembilan tahu lambat kalau tak sana pun aku pergi. Cari duit la nak raya ni.

Masuk bulan puasa semua aktiviti outstation terus berhenti. Kecuali program-program jabatan yang memang khas untuk bulan puasa dan aku tak terlibat pun. Cuma harapkan OT kat office jela.

Lepas raya nanti barulah kita akan start sibuk balik. Nak ke Johor, pastu program merdeka lagi. Tapi mintaklah sangat aku tak pergi Sarawak tu. Kena cari alasan siap-siap kalau nama naik heeeeee~

Itulah hidup. Sibukkan dengan kerja untuk lupakan masalah kalau ada. Menstabilkan ekonomi dan kehidupan dalam mencari pengalaman. Yang penting aku dan Zara happy!

Ramadhan dan kita.

Hari ni 6 Ramadhan. Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Semoga baik-baik saja okay.

Bulan puasa ni mengingatkan tentang sesuatu. Setahun yang lepas. Yang datang secara tiba-tiba dan mengembalikan senyum. Yang hadir mewarna lukisan pudar hati. Yang memberi nafas pada jiwa tak bernyawa.

Mungkin yang terbaik. Segalanya nampak sempurna di mata kita. Biar pun lewat tapi kita masih berdiri bersama.

Selamat berpuasa semua, dan sayang.

Sunday, May 31, 2015

Kerja dan kita.

Sibuk. Dua minggu yang ada ini tersangat sibuk. Kerja, kerja dan kerja. Waktu ini aku baru saja menjejakkan kaki di rumah. Outstation lagi. Terjaraknya kita kerana apa. Tapi percayalah, rindunya tetap ada.

Yang akan datang pun sama. Hari-hari sibuk kita sudah bermula. Hari-hari stress kita mula menjengah. Hari-hari urgent bak kata boss. Urghhh. Tension tapi aku suka kerana 6 tahun masa dipersia untuk sesuatu yang tak memberi apa.

Ilmu dan pengalaman takkan datang sendiri. Sebab itu aku gigih mencari. Duit, mungkin kerana duit. Kerana untuk senang dan berada di tahap ini bukan mudah liku jalannya. Dan mungkin kerana ada yang menjaga. Itu sebab kedua.

Tak mewah cuma aku tidak lagi susah. Bangkit daripada kepayahan itu bukan semudah kata. 

Kita tahu di mana dan bagaimana letaknya aku dahulu. Kau yang selalu bersama. Kau yang selalu menjaga. Kau yang selalu ada bila aku menangis dan ketawa. 

Tetapi, adakah kita lupa pada yang bernama janji?

Thursday, May 28, 2015

Jangan pernah lupa.

Kadang, kita lupa. Kita lupa tentang sesuatu. Sesuatu itu yang lebih berharga daripada tiada langsung apa-apa.

Kadang, kita lupa. Kita lupa tentang menghargai. Menghargai sesuatu yang ada yang sama menghargai kita.

Bersama tak semestinya bahagia. Bersama tak seharusnya selalu berdua. Bersama tak selalunya sentiasa ketawa.

Berdua juga tak melambangkan kita selalu senyum dan ketawa bersama. Tidak akan sempurna penzahiran yang penuh palsu andai segalanya tak datang dari jiwa.

Mahunya pada yang benar-benar punya rasa. Yang benar-benar sejiwa dan menjaga. Yang tak berkira apa dan kurangnya. Lebihnya pula sentiasa berkongsi bersama.

Aku yang sangat berbeda. Cuma kau yang sudah tak mengenal. Aku mohon jangan pernah lupa.

Tuesday, April 21, 2015

Sahabat.

Assalamualaikum An. Tiga hari lepas hari lahir kau kan? Tak pernah sekali pun aku lupa dan takde sehari pun aku tak ingat kau.

Aku tak pernah bosan bercerita tentang kau. Tentang sahabat sejati yang aku ada. Satu-satunya. Tapi yang Allah lebih sayang kan dia. Yang telah dijemput Dia lebih dahulu. 

Hampir 4 tahun kau tinggalkan aku An. Selama itu jugaklah aku rasa kosong dan menyimpan segala rahsia, amarah dan dendam sendirian. Terluah tapi tak sama. Bercerita juga kadang-kadang tapi tak serupa.

Kadang-kadang bila iman menipis aku bertanya kenapa Dia ambil kau cepat sangat? Kenapa mesti kau yang tinggalkan aku malam tu? Sampai sekarang An, aku masih boleh dengar suara dan ketawa kau di telinga aku. Aku masih boleh dengar bebelan dan kutukan kau. Garang aku, garang lagi kau. Berani aku, berani lagi kau. Lazer aku, lazer lagi kau.

Setiap kali aku ke utara, aku takkan lupa kilometer kejadian tu. Setiap kali aku ke Penang, aku tahu kau sentiasa ada dengan aku. Kenangan kita masa kat UiTM Arau tak banyak tapi rapatnya kita bila masing-masing dah bekerja tu lebih aku terasa. Aku rindu sangat dengan kau. Terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan dengan kau macam dulu. Terlalu banyak An.

An, terima kasih sebab menjadi sahabat aku dunia akhirat. Yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Yang selalu ada dalam senyum dan ketawa. Segalanya kita berdua. Semuanya tentang kita.

Kau pergi membawa 1001 rahsia aku. Maafkan aku An.

Friday, April 17, 2015

Semak kuasa lapan.

Penatlah. Bila orang tak habis-habis nak ambil tahu pasal kita. Bosanlah. Bila orang tak sudah-sudah nak stalk life kita. Macam takde kerja lain nak buat selain daripada menyebok nak tahu pasal aku? Kau dah kenapa? Kau tahu tak semak?

Apa aku tulis semua nak jadi isu. Apa aku tulis semua nak terasa. Apa masalah kau sebenarnya? Kau ada masalah jiwa eh? Atau sakit mental? Atau meroyan? Kau dah kenapa nak perasan sangat? Kau ingat aku ni takde kerja lain nak menulis pasal kau je? Kau ingat kau artis?

Cerita dia sekarang siapa yang pelawa kau datang sini? Siapa yang jemput kau baca blog aku ni? Bambos bole tak?

Bak kata ex aku dulu, kau bajet kau cantek? Memang padu la kan.

Monday, April 13, 2015

Jangan malas untuk sihat II.

Dah dua minggu aku start balik exercise lepas lebih 3 bulan tinggal rutin tu. Pagi bila bangun tidur lepas tu petang bila balik kerja. Cukup 15-20 minit setiap sesi. Jadi satu hari aku dapat almost 1 hour untuk jaga badan dan kesihatan.

Aku lebih suka fokus pada sesetengah part of our body saja. Aku tak minat nak jogging nak lari-lari bagai. Jogging tapi kalau perut menggelebeh buat apa. Tu belum lagi lengan ketiak lembik lemak bergoyang-goyang. Pastu peha lebar takde shape. Punggung besar tapi leper. Nasib baik aku takde masalah tu.

That's why aku lebih suka buat squat dan abs exercise. Ada banyak jenis exercise untuk squat ngan abs ni tapi malas nak bagitahu details. Nanti ada orang insecure pastu tiru. Bukan kedekut tapi kalau nak sihat, study dan jangan malas! Rajinkan diri untuk cari information okay.

Tapi satu benda kena ready ialah sakit kaki lepas buat squats. Lepas tu confirm legs day. Kau nak turun naik tangga pun menggeletar kepala lutut hahaha. Tapi sebab aku dah biasa 2-3 hari je dah okay dah. Tapi kalau nak lebih fokus sebenarnya memang kena pergi gym. Setiap satu alat ada kegunaan untuk setiap part of our body. Senaman akan lebih teratur dan berkesan nanti.

Senang cerita sekarang ni, jangan malas! Kau dok tengok montot orang lawa macam Jen Selter tapi kau malas nak squat. Kau dok jealous tengok perut orang flat macam Alexa Jean tapi kau malas nak sit up. Boleh jalan lah dengan kau punya angan-angan nak body macam Angelina Jolie hahahaha.

Sunday, April 12, 2015

Wangi 24/7


Wangi kena 24 jam. Bukan bila nak keluar je. Wangi kena 24 jam. Bukan cuma time dating je. Sikap aku, biar tak pakai bedak tapi jangan tak pakai perfume. Muka cantek tapi kalau busuk pun tak guna la.

Dulu masa anak dara aku memang gila perfume. Tiap bulan mesti beli. Issey Miyake limited edition is one of my favorite ever. Bapak wangi gila. Mahal nak mam plak tu. Tapi sayangnya dah tak keluar lagi dah kot. Lepas tu Flora by Gucci. Tambah lagi Lady Million by Paco Rabanne. Pastu Angel by Thierry Mugler. Addicted la dengan perfume nih!

Dan sekarang yang lagi best aku ada koleksi berpuluh jenis original perfume berlainan brand dari France. Bau sangat kuat sebab semuanya pati perfume yang memang wangi dan tahan lama. Sekotak tu je boleh pergi RM1000 lebih. Ini namanya rejeki hewhewhew. Aku tak tahu la tahun bila perfume tu nak habis pakai.

Ingat eh, biar tak lawa tapi wangi. Serba serbi wangi. Wangi tu pun bukan sebab perfume je. Atas sampai bawah kena jaga hygiene supaya sentiasa bersih dan wangi. Bila wangi self confidence pun tinggi sebab orang pun suka nak contact dengan kita. Kannnn.

This is mine. I love this! πŸŒΌπŸ’•πŸ’‹