Nuffnang Ads

Friday, March 20, 2015

Kawan saya nama Faridah.

Faridah, aku kembali ke sini sebab kau tau. Ehhh tetiba nak sound hehehehe. Dah lama sangat tak menulis. Ke menaip? Kau dahlah kantoikan aku ada blog kat orang lain.

Entah apalah yang si Faridah ni suka sangat baca. Tetiba suruh aku update. Kau peminat aku eh Faridah? Nak sain? 

Semalam aku memang ada macam-macam nak share lepas tu aku dah lupa. Kalau aku ingat aku kena terus taip. Kalau aku tangguh memang aku takkan ingat dah terus lupa.

Aku buat entry ni untuk kau je Faridah. Aku harap kau bangga hehehehe. Kau tahu banyak pasal aku. Kau sentiasa faham aku walaupun kita jauh beratus km. Dah dekat 20 tahun kita kawan. Daripada rumah kau kat tepi jalan Kuala Selangor sampai dah ada rumah banglo kat Sungai Yu. Ehhh?

Terima kasih sebab kadang-kadang kau jadi angel yang tolong aku dan Zara. Walau kita msg setahun sekali je tapi aku tahu kau selalu skodeng aku hihihi. I love you Faridah.

Hidup kena selalu happy.

Kawan-kawan kata jangan selalu stress nanti muka cepat tua dan berkedut. Best bila ada kawan yang concern. Belum cerita pape lagi tengok muka kita je dah tahu kita tengah stress. Pastu siap share video-video vangang konon nak buat aku gelak. Tapi krik krik krik.

Selalunya bila stress aku akan cari Zara. Dapat tengok muka, dengar suara, peluk cium dia pun okay dah. Dia je yang aku ada untuk share pape. Bila aku mengadu tengah sedih biasanya dia akan tahu kenapa. Pandai Zara teka. Kalau aku menangis dia akan lapkan air mata. Soooo sawitttt.

Nak ikutkan takde sebab pun untuk kita stress. Semua orang ada masalah. Kawan aku pernah nasihat bila tengok aku serabut sangat dia suruh aku travel sorang diri jadi backpacker. Pergi tempat orang, rasa pengalaman hidup dan survive sorang kat tempat orang, cari dan belajar untuk kenal diri sendiri. Dia cakap "awak akan jumpa dan kenal siapa diri awak nanti..". Huhu memang aku pernah terfikir tapi bukan sekarang kot. One fine day.

Kawan aku lagi sorang plak cakap suka atau tidak kita kena hadap jugak masalah tu. Tak boleh selesai terus selesaikanlah sikit-sikit. Dia cakap takde masalah yang takde penyelesaian. Baiklah awak. Kawan yang ni memang kekwat. Call setahun sekali, msg 6 bulan sekali.

Kadang-kadang bila kita tak tahu nak buat apa kawanlah akan jadi mangsa. Macam aku dengan arwah An dulu. Bila kita tengah marah, stress dan sedih otak memang tak boleh nak berfikir dengan waras dah. Tapi bila bercakap dengan arwah, dia akan tune balik otak aku supaya jadi waras, tenang dan berfikir dengan logik balik. Lepas tu semuanya jadi okay semula! Hmmm I miss you so much An. Kalau kau ada lagi, mesti kau happy tengok aku sekarang.

Aku happy. Sangat happy walaupun kadang-kadang ada masanya rasa sedih. Itu biasa sebab hidup mana ada selalu ketawa. Aku happy dengan Zara. Aku happy dengan tempat kerja walaupun sekali sekala boring dengan bos. Aku happy dengan hidup aku hari ini. Bertahun-tahun aku rugi masa, dah kenapa aku nak buang masa untuk rasa sedih lagi?

Thursday, March 19, 2015

Stop blame others and be happy.

Manusia selalunya akan kata "aku bukan manusia yang sempurna" bila dah buat salah. Lepas tu minta maaf. Itu pun kalau nak minta maaf lah. Kalau tak cukuplah dengan alasan "aku bukan manusia yang sempurna" tu untuk lepaskan diri.

Manusia juga selalunya akan menuding jari pada orang lain bila sesuatu berlaku pada diri sendiri. Kononnya orang lain lah yang jadi punca. Mencari salah dan buruk orang lain lebih mudah daripada mencari salah dan buruk diri sendiri kan? Itulah manusia.

Aku pernah melalui lebih daripada itu. Aku pernah melalui lebih daripada apa yang kau, kau dan kau rasa hari ini. Jadi kalau sesiapa yang nak nasihat percuma daripada aku, anytime je hehehe. Bezanya kita kenalah bijak mengawal keadaan dan tak menunjukkan kelemahan yang lagi mempamerkan kebodohan diri yang akhirnya cuma memalukan diri sendiri je.

Sekali lagi itulah manusia. Mencari salah dan menuding orang lain sebagai punca memang senang. Kita tak pernah tengok diri kita sendiri. Apa, bagaimana dan macam mana kita buat? Apa yang kita buat kat orang? Bagaimana kita buat orang? Macam mana kita buat orang?

Carilah punca kenapa dan punca tu cari daripada akarnya. Daripada diri sendiri. Bukan daripada luar atau daripada orang lain. Memang bercakap tu mudah tapi mudahnya aku bercakap sebab aku ada pengalaman. Sebab tu aku cuma mampu ketawa bila tengok sesetengah manusia yang meroyan takde adab ni. Laju je nak memburukkan orang lain sedangkan dalam masa yang sama dia dah menunjukkan buruk dia daripada awal dah.

Kalau kita redha, kita akan berlapang dada. Sebab apa? Aku banyak belajar apa saja yang jadi semuanya dengan izin Dia dan Dia jadikan segalanya berhikmah. Ada sebab kenapa didatangkan seseorang dalam hidup dan ada hikmah kenapa kita diberikan ujian. Terimalah yang semuanya mesti bersebab. Kalau kau buruk, kau cantikkanlah diri kau. Kalau kau jahat, kau baikkanlah diri kau. Kalau kau kurang, kau lebihkanlah diri kau. Bukannya sibuk nak cari apa lebih orang lain sampai memperbodohkan diri sendiri. Dan jangan nak salahkan orang lain je.

Satu je aku nak share. Bila kita redha dan menerima setiap ujian yang Dia bagi kita sendiri akan tenang. Nak tau sebab apa? Kalau Dia tak uji aku macam tu dulu, aku pun takkan hidup happy macam sekarang. Malah hidup aku lebih baik dan lebih bahagia walaupun cuma berdua dengan Zara. Kehilangan bukan bermakna hidup aku musnah. Malah kehilangan tu buat aku lebih hidup sebab dah bebas daripada manusia yang tak jujur. Orang takkan tahu betapa lapangnya dada, tenangnya hati dan amannya hidup bila kau dah bebas dan dah tak perlu lagi nak fikir tentang cemburu, syak wasangka dan curiga setiap masa. 

Buat apa nak teruskan kalau hati tak tenang, penuh dengan rasa curiga, syak wasangka dan hidup tak aman asyik bermasam muka? Tahan ke nak hadap benda tu sampai ke tua? Lama-lama esok kita yang gila. Sebab takde jaminan bila manusia ni akan berubah. Sangat-sangat buang masa untuk menunggu benda yang takde hasil. Orang kata sekali dia buat, esok lusa dia baik kejap minggu depan dia buat lagi. Sebab aku dah tak sanggup nak hadap benda tuela aku nekad dan pergi. And now, i'm happy. Happier.

Hidup ini pilihan dan kita jangan pilih untuk bersedih. And stop blame others.

Kenapa dengan Zara agaknya?

Maaf, pada mulanya mood aku baik-baik saja. Tapi selepas terbaca comment bodoh daripada manusia tak diundang tu aku terus rasa macam "Eh kau dah kenapa? Mental problem eh?" Ini tak boleh biarkan ni kena sound sikit sedas dua dah lama dah aku diamkan. Malas nak cerita lebih-lebih. Okay abaikan.

Aku terfikir sesuatu bila melihat Zara makin membesar. Bila tengok dia memberontak dan suka buat perangai aku rasa macam something wrong je anak aku ni. Adakah disebabkan persekitaran? Atau pengaruh semasa aku mengandung? Atau apa yang dia pernah nampak sebelum ni? Kenapa dengan Zara agaknya eh?

Kalau disebabkan persekitaran aku kena berusaha keras untuk memastikan dia tak akan terpengaruh dengan sesuatu yang buruk itu untuk jangka masa yang panjang. Masa budak ni mungkin susah kita nak kawal sebab budak memang sangat cepat belajar dan tangkap apa saja yang dia nampak tanpa dia dapat fikir baik atau buruk sesuatu benda tu. Apa yang kita boleh buat cuma tegur dan bagitahu banyak kali yang benda tu tak baik jelah. Explain nicely walaupun Zara ni kadang sangat menguji kesabaran iols!

Pengaruh sebab mengandung? Aku kesian kat Zara kalau itulah puncanya. Sebab orang kata emosi bila kita mengandung akan mempengaruhi emosi anak juga. Bukan kita tak boleh nak control tapi haihhh keadaan dan masalah berpanjangan yang tak mengizinkan kita untuk bertenang dan sentiasa happy kot.

Apa yang dia pernah nampak tu pun boleh jadi satu sebab. Dia nampak dan dia ikut. Cuma aku selalu doa supaya ingatan tu takkan pernah kekal dalam kepala Zara. Semoga dia takkan pernah ingat semua benda-benda bodoh yang pernah jadi depan mata dia. Sebab aku tak nak dia terkesan dan bagi effect buruk dalam pembesaran dia.

Serius aku kesian dengan Zara. Cuma satu benda yang aku pasti dia sangat-sangat copy aku. Kasar dan garang macam mana pun Zara, dia sebenarnya sangat manja. Mommy doakan tiada negatif yang akan mempengaruhi dan Zara akan jadi anak yang baik sampai bila-bila.

Monday, December 29, 2014

Lupakan saja apa adanya.

Bila kau dah tak punya rasa,
Curahlah selautan gula sekalipun.
Aku tetap rasa tawar.

Bila kau dah tak punya apa.
Kau janjikan intan dan permata sekalipun.
Aku tetap rasa hambar.

Kita pernah berjanji.
Kita dulu bermadah.
Kita mengikat kata.
Takkan ada yang memisah.

Lupakan saja.
Kerana aku sudah lupa.
Apa perlunya untuk terus bersama.
Bila kau sendiri tak pernah berusaha.

Mencari penghujungnya.

Kita sudah berada di penghujung. Penghujung tahun 2014. Penghujung kisah kita. Atau mungkin penghujung segala-galanya.

Aku tak lupa pada janji. Segalanya akan berakhir pada hujung 2014 andai aku masih belum punya kepastian di mana letaknya diri. Aku masih ingat. Aku belum lupa.

Aku hanya punya 2 hari. 2 hari saja lagi. Untuk aku memutuskan harus bertahan atau pergi. Harus melangkah atau masih di sini.

Apa yang aku rasa cuma tawar. Segalanya semakin hambar. Kosong tak berisi. Sunyi tak bertepi. Kau memang mudah berlakon seperti tiada apa. Tapi tidak aku yang tak pernah berhenti berfikir. Merenung tentang masa depan yang masih aku tak nampak warnanya.

Sekali aku berani, sekali aku bersama kekuatan, kau akan tahu bahawa aku akan benar-benar pergi. Kau tangiskan dengan air mata atau madah pujangga sekalipun aku takkan pernah berpaling. Maaf, kalau diikutkan hati ini aku benar-benar mahu itu berlaku. Supaya aku tak perlu lagi menunggu.

Ini semua terlahir kerana aku sudah bosan. Sungguh-sungguh bosan.

Friday, November 7, 2014

Mahal.

Bila kau mula merasakan segala yang ada pada diri kau itu mahal.  Bila kau mula merasakan semua yang ada pada diri kau itu berharga. Kau takkan mahu peduli lagi tentang apa kata mereka. Bagi aku, diri ini sangat mahal. 

Anggapan sesetengah manusia pada siapa aku telah lama aku buang. Persetankan pada mulut yang mengeji dan menghina. Kerana makan aku dan bidadari syurga itu bukan pada kau, kau dan kau yang aku minta. Susah senang aku berkayuh selepas berlari sesudah jatuh terduduk tersungkur kau takkan pernah tahu peritnya untuk aku melawan.

Manusia. Datangnya boleh jadi ikut sesuka hati. Perginya juga sama. Menganggap manusia seperti aku ini picisan yang boleh dibuang dengan rela dikutip bila suka. Haihh, manusia tetap manusia. Memperlahankan suara hanya bila ada kepentingan. Bila tak punya apa-apa, aku hanya seperti angin yang berlalu tanpa kau peduli mana tujunya.

Bercakap tentang kepentingan. Di manakah kepentingannya? Adakah kepentingan itu wujud? Orang kata, kalau kita penting tak perlu kita cari semuanya. Dia akan datang sendiri. Tapi bila sesaat daripada seminit pun kau tak punya masa, aku kira aku memang bukan siapa-siapa.

Eh manusia, jangan mengharapkan aku menjadi luar biasa kerana aku ini hanya biasa-biasa. Sedangkan dalam masa yang sama kau juga biasa-biasa dan tiada apa yang luar biasa.

Friday, October 3, 2014

Bosan kuasa lapan

Orang kata kalau kita sayangkan sesuatu tu kita akan pertahankan. Tak kira dengan perbuatan mahupun perkataan. Usahalah selagi daya untuk menghalang daripada kehilangan.

Tapi tapi tapi.

Kenapa aku tak rasa seperti dipertahankan?
Kenapa aku rasa semakin diabaikan?
Kenapa aku rasa macam takde pape je?

Arghhhhh aku semakin bosan!

Bosan bosan bosan

Raya Haji lagi dua hari. Pejabat mula sunyi kerana hilangnya mereka sudah sampai ke mana agaknya. Balik kampung. Itu ceritanya.

Aku masih di sini. Entah apa yang aku tunggu. Entah apa yang aku nanti.

KOSONG. Tiba-tiba aku rasa kosong. Yang dekat seperti menjauh di waktu yang jauh mahu mendekat.

Aku tak mampu untuk bergerak walau setapak. Aku tak mampu untuk berpaling walau seinci. Kerana aku masih belum lupa pada janji.

Kadang-kadang serasa mahu memutus janji. Berlalu pergi membiarkan kau bersama mereka mengisi semula kekosongan dengan warna-warna bahagia. Carilah ia di antara yang tersisa.

Tapi naluri hati aku tak pernah rela. Jauh di sudut jiwa aku tak pernah mahu. Harapan bodoh apakah yang aku rasa?

Arghhhh entahlah. Aku bosan.

Aku aku aku

Bila resah mengusik hati, aku akan kembali ke sini. Bercerita tentang rasa. Berkisah tentang jiwa. Mungkin tenang tak mampu melawan rasa resah tapi cukuplah bila aku tahu yang aku punya sesuatu untuk aku kisahkan tentangnya.

Aku bercerita supaya kau tahu. Bahawa aku masih menunggu. Lalu aku tak mahu kau berdiam kaku. Tanpa sebarang laku yang memutuskan siapa aku.

Aku mahu kau tahu. Rasa itu tiada pada mereka. Aku bukan picisan yang terdesak mengharapkan sesuatu pada yang aku tak punya rasa. 

Aku tak pernah mahu memaksa. Tapi kau harus faham tentang sampai bila.