Nuffnang Ads

Thursday, June 23, 2011

Kerana Sudu & Garfu

Pagi-pagi lagi orang kat cafe bawah ofis dah buat saya hilang mood. Saya bukan tak biasa makan kat situ. Selalu beli kuih, beli buah dan order makanan untuk mesyuarat kat dia. Dia bukan tak kenal kita. Bukannya tak tahu kita kerja kat sini.

Mungkin kalau kita pergi restoran lain pun akan kena macam tu jugak tapi kena la tengok siapa. Kalau orang tu regular customer takkan kita nak berkira jugak. Satu bangunan kot. Boleh kata hari-hari saya beli buah kat situ. Saya cuma nak mintak sudu dan garfu plastik je. Alah sudu plastik yang kaler putih tu. Saya tengok sudu tu tak luak-luak pun. Plastik je kot. Bukan sudu tembaga ke garfu kuprum ke pinggan emas ke dulang perak ke pun! Dahlah cakap kuat-kuat sampai semua orang dengar. Kita dah pegang dah sudu tu. Terus letak balik. Tak nak aku makan kat cafe ko lagi! Kedekut! Saya tahu kalau dengan mamat yang konon macho tu memang macam tu. Tapi kalau betul-betul dengan owner dia Kak Ida tu mesti okay. Kakak tu baik. Kadang-kadang kalau saya beli Blueberry Cheese Tart dua dia bagi saya free satu. Tak ada pun nak berkira. Mamat tu je yang menggelabah lebih. Peghak.

Kesimpulannya sekarang ni saya memang dah pangkah mamat tu.

Wednesday, June 22, 2011

Sesejuk Dan Senyaman Apple Sourz

Sejuk dan nyaman rasanya bila Aiskrim Apple Sourz Nestle menyapa tekak saya pagi ni. Hoi pagi-pagi dah makan aiskrim? Itu kata kawan ofis saya masa kat kedai tadi. Saya sengih jelah. Biarlah kan sebab ni tekak saya. Memang daripada perjalanan ke ofis tadi lagi saya dah terasa-rasa aiskrim tu dalam mulut saya. Kenapa saya nak sangat makan aiskrim tu? Sebab dia masam. Plus saya suka jelly aiskrim. Kenyal-kenyal macam helaian mee mamee slurppp.

Urgh saya cuma boleh bayangkan je mamee cup tu sekarang. Sbb dia dah mula membebel tentang bahaya dan kesan segala macam bahan perisa tu pada baby dia nanti. Dia kata jangan fikirkan tekak sendiri. Dia kata jangan makan ikut sedap u je. Dia kata jangan ingat benda tu tak elok untuk perkembangan otak baby je tapi jugak boleh membuatkan baby cacat. Errr saya cuma boleh diam je waktu tu. Saya jadi agak berfikir bila dia sebut perkataan cacat. Baiklah saya tak makan lagi. T.T

Saya jadi sangat suka dengan aiskrim tapi jangan bagi saya yang bersusu atau coklat sangat. Sebab nanti saya muak. Saya suka aiskrim yang masam-masam macam Apple Sourz tu. Tak pun yang cap Singa tu. Walls kot. Pagi ni je saya dah makan dua. Sejuk dan masam dia tu buat tekak saya selesa. Sangat selesa. Dia pulak siap mengadu dengan mak pasal saya selalu sangat makan aiskrim sejuk-sejuk. Alohh tak ada masalah pun sebenarnya. Saja je nak cari salah saya. Konon taking care la tu.

Kesimpulannya Aiskrim Apple Sourz tu sangat membantu walaupun saya sangat-sangat tidak selesa dengan keadaan saya sekarang ni. Sekarang? Ya sekarang! Sekarang! Sigh~

Alahan Yang Tak Nak Mengalah

Simptom-simptom pelik (tak adala pelik sangat) dah banyak mengganggu saya. Saya agak tertekan bila mengenangkan simptom-simptom tersebut. Kalau saya layan saya boleh stress dan risiko untuk menghantukkan kepala ke dinding sebelah meja ni sangat besar. Kemudian saya disogokkan dengan pujukan bahawa itu semua hanya sementara dan tak lama. Saya alah itu. Saya tak suka ini. Saya tak boleh tengok itu. Saya tak boleh bayangkan ini. Semuanya tak boleh.

Alahan Pertama

Berlaku semasa awal-awal dahulu. Saya tak boleh masuk kereta. Saya akan terus pening bila masuk kereta tu. Saya tak peduli tu kereta siapa pun. Lepas tu semua kereta berbau busuk di hidung saya. Walaupun kereta itu menggunakan Issey Miyake Limited Edition mahupun Flora by Gucci apalagi Polo Black (hehehe) kegemaran saya sebagai pewangi namun saya tetap akan cakap bau itu busuk! Tapi dalam kereta jela. Kalau kat luar ermm mangi....

Alahan Kedua

Saya tak suka makan. Macam yang saya cakap sebelum ni. Selera saya hilang serta merta. Turun kafe nampak tray-tray lauk tu pun saya dah berpusing kepala dan kembang tekak. Tengok lauk-lauk tu pun saya dah loya apa lagi bau-bau dia. Tanpa ragu-ragu juga saya menolak lauk ayam yang selama ini sangat-sangat saya suka. Sampaikan kawan saya pun hairan. Dia cakap 'hantu ayam dah tak suka makan ayam?' Saya tidak menolak 100% sebab bergantung kepada menjadi lauk apakah ayam itu dikorbankan. Yang pasti saya akan katakan TIDAK kepada ayam goreng dan lauk-lauk yang bersantan contohnya kari. Kadang-kadang boleh telan tapi kebanyakannya telan tapi keluar balik.

Alahan Ketiga

Saya mengalami gatal-gatal. Arghh paling saya tak boleh terima. Saya menerima banyak nasihat supaya jangan usik, jangan garu, jangan itu, jangan ini. Mereka cakap nanti kulit saya buruk dan boleh jadi hitam kesan garu tu. Diorang cakap memang macam tu sebab perut kita nak kembang. Tapi saya kan degil. Mak saya pun cakap jangan garu. Tapi saya degil jugak. Tapi saya dah kurangkan dah sebab saya semakin panik bila nampak tanda-tanda kesan garu tu dah makin nampak. Oh saya paling pantang kalau kulit saya ada luka atau parut atau calar balar. Sebab dari kecik lagi saya cukup jaga. Saya bukan jenis kanak-kanak yang suka bermain pasir di depan rumah. Jadi saya mengambil jalan untuk banyakkan sapu losyen dan pertahankan tangan saya dari jadi garfu bergerak.

Alahan Keempat

Bila pagi je saya mulalah rasa macam tak nak pakai tudung. Sebab walau selonggar mana pun brooch tu saya pinkan saya tetap rasa macam nak tercekik dan nak muntah. Macam mana saya nak buat ni? Takkan saya nak pakai telekung pegi ofis. Atau pun saya pakai serkup je. Saya tak tahu nak pakai macam mana lagi ni. Tekak saya rasa macam dijolok-jolok. Isi perut saya macam masuk pertandingan lumba lari nak menuju ke garisan penamat.

Banyak lagi alahan-alahan lain tapi saya sendiri confuse itu alahan atau saya yang mengada-ngada. Seksa? Memang saya akui tapi saya tak bolehlah nak merungut walaupun kadang-kadang terungut jugak. Apa yang saya boleh buat cuma sabar jelah.

Tuesday, June 21, 2011

I Miss

Saya rindu rambut lama saya. Walaupun tak secantik mana tapi saya tetap nak rindu. Sekarang rambut saya pendek. Sangat pendek tapi tak sependek Aishah Sinclair. Pendek macam Julia Ziegler atau Bunga Citra Lestari masa dia lepas kahwin dulu. Ralat? Saya kuatkan hati sebab nak buang rambut yang dah rosak. Lepas tu nak bela panjang macam sebelum ni balik. Tapi berapa tahun lagi agaknya nak tunggu rambut saya panjang macam dulu balik? Saya stress seketika. Mengenangkan rambut saya bukan jenis yang cepat panjang. Dia macam spesis kura-kura tua yang tengah sakit lutut dan cuba nak naik tangga kat rumah arwah nenek saya.

inilah rambut lama saya sebelum saya tak berfikir panjang
dan buat tindakan untuk merosakkan rambut saya sendiri..
masa ni holiday kat Bali lebih kurang setahun yang lepas..

Membeli Bahagia Di Ampang

Bahagia. Bukan semua orang boleh dapat. Tapi ada satu bahagia yang semua orang boleh dapat. Setiap kali saya dalam perjalanan balik daripada pejabat saya mesti akan lalu kat depan satu kedai perabot kat Ampang ni. Saya tak tahu itu nama kedai atau jenama perabot tu. Tapi apa yang saya baca dia tulis Perabot Bahagia.

Saya pernah tanya pada dia 'kalau kita beli perabot kat sini kita bole bahagia tak?' Terdetik dalam hati saya alangkah indahnya kalau kita boleh mendapatkan bahagia dengan cara semudah tu kan? Tapi logik tak agak-agak? Macam tak logik je. Memang tak logik pun! Seandainya bahagia boleh diperolehi dengan cara macam tu saya percaya inilah kedai perabot yang paling laris kat Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak shopping kat situ. Nak bahagia katakan.

Tapi semudah tu ke? Tidak kan. Macam ayat-ayat saya sebelum ni, kisah hidup setiap manusia dalam dunia ni semuanya berbeza. Kalau ada pun yang sama tapi jalan ceritanya tak serupa. Bukan semua orang boleh bahagia macam tu je. Ada yang kena bersusah-susah dulu, bersedih dan menangis, kecewa dan jatuh tersungkur. Itu pun kalau kita tak putus asa. Kalau kita putus asa? Saya jamin bahagia tak akan datang pada kita.

Sudah putus asakah saya?

Mimpi Lagi

Mimpi bertandang lagi. Bukan. Ini bukan lagu hattan tu. Ini lagu yang tak wujud pun tapi wujud dalam hidup saya. Mimpi yang sama tapi ceritanya berbeza hadir lagi dalam lena saya. Selepas apa yang berlaku malam tadi saya tak tahu kenapa mimpi itu yang hadir. Satu khayalan lena yang indah sebenarnya tapi tak akan mampu saya gapai dalam kehidupan yang nyata.

Saya tahu ada yang dapat memahami apa mimpi saya tu. Saya tahu ada yang boleh teka apa agaknya cerita mimpi saya. Saya tak minta untuk berperasaan apa lagi sehingga bermimpi macam tu. Tapi hadirnya khayalan lena itu di dalam tidur saya benar-benar memberikan saya senyuman walaupun tidur saya di dalam tangisan.

Seandainya hari ini saya tidak seperti ini. Tidak berdiri seperti Nor Fazlina yang sekarang ini. Tidak menjadi seperti saya hari ini. Sudah tentu saya akan menjejak kesudahan mimpi itu. Saya akan pastikan mimpi itu akan menjadi cerita nyata dalam hembusan nafas saya di alam nyata. Tapi saya adalah saya. Tiada apa yang boleh diubah lagi. Menyesal bukan satu perkataan yang molek untuk digambarkan. Apa yang saya tahu, saya perlu redha dan menerima.

Saya Tak Tahu Kenapa

Seawal pagi saya dah ada di sini. Ya di sini. Bersama peneman setia saya saban hari walaupun tak segalanya saya ceritakan di sini. Selain daripada diari bergerak saya An yang jauh kat Penang, saya cuma ada blog saya je. Tapi An dah kahwin jadi saya tak boleh kacau dia sangat lagi dah sekarang ni. Nanti kalau suami dia marah saya macam mana?

Malam tadi saya sakit. Sakit segala-galanya. Peristiwa lama berulang semula. Pedih dan perit hati ni cuma Allah je yang tahu. Tiada apa yang mampu terluah daripada bibir saya melainkan cuma tangisan yang entah bila berhentinya. Dalam keadaan saya sekarang ni saya cuma mampu tawakal dan bersabar. Tidur saya tak nyenyak dek kerana sakit yang saya tanggung. Ke kanan saya sakit ke kiri juga saya sakit. Begitulah saya sehingga saya terlena sendiri dan terjaga bila bising bunyi alarm menjengah cuping telinga ini. Sudahnya? Saya jaga daripada tidur dengan mata yang bengkak.

Saya tak tahu kenapa cerita saya tak seperti orang lain.

Monday, June 20, 2011

Tak Kawan Pun Tak Apa

Saya tak tahu kenapa lately ni saya jadi sangat rajin nak update entry kat blog ni. Kalau tak tengah tak ada kerja atau pun mood saya tengah okay dan jari jemari saya tengah rajin nak menari-nari. Tapi style saya la kan. Mesti kejap je ni. Lepas tu malas balik. Hihihi.

Saya teringat nak cerita pasal kawan saya. Kawan ke? Tak kuasa sebenarnya nak panggil dia kawan. Bukan sebab saya ego ke apa tapi dia sendiri tak anggap saya kawan dia. So why should i? Bukan apa pun sebenarnya. Sebab ketidakhadiran dia di majlis saya je. Berbulan-bulan sebelum majlis tu saya war-warkan lagi dia dah chat dengan saya to remind jangan sesekali saya lupa untuk jemput dia. Saya cakap i will. Kalau tak sempat nak jumpa pun saya akan invite dalam facebook. And he said okay. By the time saya invite semua kawan saya thru Event Invitation kat facebook tu saya tak lupa untuk put his name in the list. Naik kero mata saya ni tau nak tengok satu-satu nama kat list tu. Tak kira yang pakai nick name sampai saya susah nak cam. Harap tengok gambar jelah untuk confirmkan yang tu betul-betul kawan saya atau tak.

Lepas tu nak dijadikan cerita lepas saya dah invite semua orang dia wall post kat Event tu cakap dia tak dapat datang sebab ada outstation kat Sabah. Oklah fine kalau dah kerja kan. Saya buat-buat merajuk jela cakap hari tu beria-ria suh orang invite. Lepas seminggu majlis berakhir saya terdetik nak tengok wall dia. Nak tau apa yang saya nampak? Sebelum saya cerita saya nak cakaplah kan. Inilah jenis orang atau contoh orang yang nak menipu tapi tak reti nak menipu. Yang tak bagusnya bila dah terlalu banyak application kat facebook ni semua benda orang nak bagitahu. Dia check in kat situlah check out kat sinilah. Makan kat kedai itulah minum kat restoran inilah. Guess what? Saya tengok by 27th May lagi dia dah balik sini. 2 days before my wedding on 29th kan. Lepas tu masa 29th tu saya tengok dia kat Ikano lah, SS15 lah. For the whole day dia berjalan-jalan dan sibuk nak post tempat-tempat yang dia pergi tanpa memikirkan saya akan tengok semua tu.

Eh come on lah! Saya tak kisah langsung pun kalau dia tak nak datang. Saya peduli apa dia nak dating ke apa dengan gf dia tu. My wedding still go on even dia tak ada pun kan. TAPI tak perlu nak menipu lah. Dan kalau nak menipu sekali pun janganlah bijak sangat sampai kantoikan diri sendiri. Lepas tu malu sendiri kan? Then dengan selambanya saya sound dia kat post on 29th tu. Saya cakap konon ada kerja kat Sabah tapi menipu. Kan dah kantoi. What happened then? Saya dah tak boleh view dia lagi. Dia dah block saya terus. Hahaha what a loser. So pathetic man. Kalau betul dia tak buat kenapa dia sampai nak block saya? Okay-okay let say kerja dia settle cepat then balik KL awal is it? Explain jelah kat saya. Kalau orang tak salah dia takkan diam dan lari macam tu je kan. Saya tak marah tapi saya terkilan sebab dia beria-ria tipu saya yang akhirnya tak perlu saya susah-susah cari. Benda tu datang sendiri dan saya tahu. Almost 10 years kita kenal tapi buat kita macamlah kita ni bodoh sangat. Dengan rasa geramnya saya text dia dan cakap tak payahlah susah-susah nak block saya bagai sebab saya tak hingin pun nak view dia. Tapi Tuhan tu nak tunjuk. Dan macam-macam lagilah saya cakap dalam sms tu. Hihi puas hati saya. Tapi saya dah agak dia tak akan balas punya. Well, do i care?

Apa yang saya nak marah sangat ni pasal sikap dia tu. Mungkin dia lupa yang dia dah cakap dengan saya. Mungkin dia lupa yang saya boleh tahu semua tu. Jadi kalau rasa memang tak boleh nak buat jangan tipu oranglah. Tak payah susah-susah nak create alasan semata-mata nak jaga hati orang lain. Saya cukup pantang dan menyampah dengan perangai macam ni. Nak menipu tapi tak reti. Please lah. Tapi tak apalah sebab saya tak pernah kisah pun hilang kawan yang macam tu. As i said, do i care?

Saya Kempunan Cekodok Jagung

Saya kempunan! Saya kempunan! Saya kempunan cekodok jagung! Minggu lepas masa perjalanan balik daripada ofis secara tiba-tiba saya teringat cekodok jagung buatan sepupu saya. Masa tu saya kecik lagi. Pergi rumah makcik saya lepas tu makan cekodok tu. Pertama kali makan cekodok ada jagung. Apa yang menarik dia buh udang besar! Saya rasa cekodok tu macam sedap sangat. Bila saya tanya sepupu saya dia cakap kakak ipar dia yang buat. Nama dia Kak As. Jadi bila saya dah teringat macam tu (itu pun selepas nak dekat 20 tahun kot) saya pun cakap la dgn si dia. Dia terus cakap ok cepat tel minggu ni kita balik kg.. Eh-eh??

Nasib baik nombor telefon dia masih ada lagi. Dengan kadar segera saya call. Seperti yang saya jangka. Dia tergelak besar dan pelik macam mana saya tahu dia pandai buat cekodok jagung tu. Saya cerita la macam saya cakap mula-mula tadi tu. Dia terus suruh saya datang rumah hari ahad tu. Sebab dia kerja cekgu kat Subang jadi cuma hujung minggu je dapat balik rumah kat Sekinchan. Saya pun suka sangat sambil ngences terbayang-bayang jagung dan udang tu. Hah tak payah nak bayangkan sangat ok.

Nak dijadikan cerita saya tak call Kak As sampailah petang ahad tu. Walaupun mak cakap suami dia Abg Aceh dah siap-siap belikan jagung untuk cekodok saya tu tapi akhirnya saya kecewa sebab bila saya call rupa-rupanya dia dalam perjalanan balik ke rumah mak dia kat Sabak Bernam. Saya fikir jap nak nangis ke nak guling-guling ke atau nangis sambil berguling-guling. Huwaaaaa sampai hati Kak As! Sampai hati! Tapi bila mendengarkan alasan dia saya cuba pujuk hati saya yang sedang berlagu kesedihan tu. Kak As cakap mak dia discharge daripada hospital hari tu jadi dia kena balik rumah mak dia nak kemas-kemas rumah yang dah seminggu tak ada orang. Dia pujuk saya suh balik minggu depan tapi saya cakap saya tak balik. Dia suh balik lagi minggu depannya. Saya cakap tak tahu lagi. Ohhh kejamnya kau Kak As. Hati saya merintih kepiluan.

Walaupun Kak As cakap dia siap dah beli jagung yang fresh siap baru petik tapi itu belum cukup untuk mengubat kelukaan saya. Sebab bukannya saya dapat makan pun! Petang tu walaupun tak dapat makan cekodok jagung mak tetap rebuskan jagung. Janji jagung. Maka dengan rasa kekecewaan saya dan dia pun pergilah berjalan-jalan di sawah walaupun padi semua dah kena harvest. Itulah rutin kami setiap kali balik kampung. Lepas tu dapat makan ABC haa ada jugak jagung kan? Aku tanak jagung dlm tin lah! Balik daripada jalan-jalan tu mak cakap Kak As call tanya saya balik bila. Sebab dia cakap kakak dia buat cekodok tu dan dia sangat kesian bila dengar cerita saya yang kempunan cekodok jagung. Dia suh Kak As hantar tapi mak bagitahu Kak As saya balik lepas maghrib jadi Kak As ingat tak sempat sebab dia gerak dari Sabak Bernam pun lepas maghrib jugak. Alahh mak ni org balik lps pukul 10 lah! Huwaaaa kempunan lagi! Disebabkan dah merajuk dan tak nak menyusahkan orang saya tak call Kak As balik.

Sedihnya bila mengingatkan hajat utama saya balik kampung tu tak kesampaian. Saya nak cekodok jagung. Tapi yang Kak As buat. Hari tu kawan saya cakap kalau makan jagung nanti gigi anak chantek. Ntah betul atau tak. Apa yang pasti saya tak akan puas hati selagi cekodok jagung tu belum masuk ke dalam perut saya.

Saya tak nak letak gambar cekodok jagung tu sebab nanti bukan awak yang ngences. Tapi saya! Sedih.

Kerana Rokok

Ada orang suruh saya buat cerita pasal rokok. Rokok? Dah bosan dah kot. Saya pernah buat dulu tapi tak apa. Cerita kali ni lain daripada yang dulu. Cerita kali ini adalah mengisahkan tentang beberapa orang yang tak ada kesedaran sivik merokok di dalam pejabat sedangkan pejabat itu mempunyai pendingin hawa.

Di pejabat saya ini memang satu fenomena. Walaupun hampir kesemuanya sudah berumur dan berusia tapi masih nak buat kesalahan tu. Saya tak cakap saya benci kepada perokok. Tapi saya tak suka dengan asap rokok. Saya selalu cakap kalau korang nak sakit, sakitlah sorang2. Jangan libatkan orang lain. Betul kan? Bangunan pejabat saya ni kalau ikutkan bukan hak milik jabatan kami. Tuan punya bangunan ni pun cukup patuh pada peraturan dorang tau. Dorang memang tak dibenarkan merokok waima di dalam tandas atau pantry sekalipun. Kita boleh nampak staf-staf dorang akan turun kat luar cafe bawah tu dan hisap rokok beramai-ramai. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Tapi staf-staf pejabat saya? Dengan selambanya buat rumah orang macam rumah sendiri. Lepas tu menyusahkan orang lain.

Dengan kedudukan saya sebagai satu-satunya perempuan yang ada dalam pejabat ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Sudahlah saya ni duduk kat depan pintu pejabat. Itu bermakna saya berada betul-betul dalam suasana sejuk yang ber aircond. Jadi bayangkanlah kalau dorang merokok kat area saya tu? Dengan perasaan marah saya terpaksa sedutlah asap tu jugak. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ada sambungan pada ayat kenapa tu tapi saya tengah kawal mulut dan jemari saya daripada melontarkan kesinambungan yang tak sepatutnya. Kadang-kadang kalau mulut lazer saya tak boleh nak dikawal saya sound je. Tambah pulak lagi dalam keadaan sekarang ni. Saya sayang baby saya okay. Tolonglah jangan nak merosakkan hidup orang lain dek kerana korang suka sangat nak berkawan dgn jin tu.

Dulu saya ada kawan yang menjadi pantang dia kalau kita tegur pasal habit dia yang suka merokok tu. Saya tak cakap saya marah dia merokok tapi saya tegur dia jangan halakan asap rokok tu pada saya kalau duduk dengan saya. Kelakar pun ada sebab lelaki boleh terasa hati kalau kita bising-bising pasal rokok. Sensitif tau. Tapi comel. Eh tiba-tiba puji pulak.

Lepas tu kawan pejabat saya ni cakap kalau kita nak sabotaj boleh je. Kita ambil gambar dorang tengah merokok dalam pejabat lepas tu bagi kat bos besar. Memang boleh sangat kalau nak buat. Kalau tak ambil gambar pun saya boleh petik satu-satu nama yang selalu buat kerja ni. Dah tua dah kerja berpuluh tahun tapi tak reti nak hormat orang lain. Tak reti nak hormat peraturan. Lagi sekali saya ulang eh. Saya bukan marah dorang merokok tapi saya marah bila dorang merokok dalam pejabat yang ber aircond. Agak-agaklah orang nak sedut oksigen bukan nak sedut asap.

selamat merokok!