Nuffnang Ads

Wednesday, February 6, 2008

Dah 2008??

Laaa dah thn 2008 rupenye.. Tak sedar lngsung ek.. Ermmm..
Haaa.. Its almost 8 months tak jenguk blog ni.. Jenguk tue adela tp tak update pun.. Ermm tibe2 ari ni rasa nak cite2 tp tak tau nak cite ape.. Cuma tanak blog ni jd umah antu plak ade owner tp takde penghuni..
Aku sakit mata la.. Jd blk mcm dulu tue.. Aduuuu mntk2 time 9hb 3 nnt aku sihat jer.. Kalau mata ni bengkak semcm jer tak cantek la aku time tue.... Huwaaaaaa......
Ari ni maybe nak pegi shah alam.. Nak anta adik aku and cuti2 sekali la sempena raye cina ni.. Adik aku cepoi dpt keje jaga kedai abg ipar aku.. Tak taula camne dia nak survive kat sane sbb dia tak penah berjauh dgn mak aku.. Mesti homesick punyelah! Camnela dia basuh baju, mkn, then tido sorg2 ek.. Dia adalah satu2nye adik beradik aku yg tahap manjenye mcm asbestos.. Mmg manje giler.. Mak aku tue dicium2 mcm cium baby jer.. Dipeluk2 mcm peluk bantal.. Yg tak bole blah tue mak aku tgh solat pun dia bole usung pinggan tue then mkn sblh mak aku.. Punyela nak berkepit sgt2 dgn mak.. Kalau dgn mak dia tak pernah berkira cuma dia a bit stubborn.. Ssh sikit nak dgr org nasihat sbb nnt dia buat tak tau sambil nyanyi2.. Aku mmg sakit ati.. Then dia ni tak berani nak expose diri dia di khalayak.. Sgt2 penyegan.. Kalau kitorg pegi shopping complex mane mak pegi dia ikut je kat sblh mak.. Dia mcm takut dgn org ramai2.. Ari tu pegi jaya jusco pun dia sggp duk je kat kerusi2 kat luar tue tanak masuk.. Nasib baik lelaki n dah besar.. Kalau tak mesti dah ilang kena kidnap.. Isk nauzubillah.. Sengal2 dia pun dia ttp adik aku.. Sampai mati nama mak abah kitorg ttp sama dan takkan berubah.. Aku harap dia bole handle duk kat shah alam tue.. Alamatnye makin kerapla aku ke shah alam menjenguk dia.. Kalau tak aku pun mesti mak ajak nak tgk dia.. Anak kesayangan katekan..
Aku blur la sbnrnye.. Cuti lama sgt sampai otak dah tak bergerak2.. Eheh.. Dan aku lapar.. Nak blk umahla.. Nnt bila2 aku smbg blk..

Thursday, June 7, 2007

7 Jun 2007

Assalamualaikum..


Dah sebulan aku tak update blog ni. Malas dan takde mood. Disamping kesibukan yg melanda sejak pindah ofis ni. Terpaksalah aku abaikan salah satu rutin harian aku. Byk cerita2 yg terlepas utk dimasukkan kat blog ni. Sebulan bersamaan 30 hari. Lama tu farz.... Lagipun kalau nak merapu kat blog ni kena ada mood. Tak bole main taip je. Nnt feel tak sampai. Cite ntah pape pastu ngarut jer.. Oklah aku nak cite mane yg aku ingat jela. Yg tak ingat tu esok2la ek..

13 Mei 2007

Utk Hari Ibu yg dah lps aku dan adik badik aku celebrate kat Orkid Thai Cuisine, Seksyen 9 Shah Alam. Mmg bestla mknn dia. Tak caya? Nnt aku letak gamba2 time tu. Mak aku ni punyela touching sampai nanges2. Haaiiii mak aku ni mmg sensitif orgnye. Tgk cite sedih nanges, dgr suara cucu kat tel nanges, anak bg hadiah nanges, anak kasik kek nanges.. Aku tak taula bila dia nak ketawa. Huhu hihi.. Disbbkan kitorg dah biasa kitorg sengeh jela bila tgk dia nanges tu. Hikhikhik. Anak2 buah aku lg ampes. Dorg gelakkan ckp "eeee nenek nanges..". Huh mmg tak guna punya anak buah. Tak sensitif dgn keadaan langsung. Cewaahhh... Tp mak aku selambe je. Lg dia nanges bila org ckp camtu. Terlalu touching la tuuu.... Lps mkn2 tu kitorg bwk kuar kek. Mahal tau. Dekat 50 hengget harga dia. Time kek kuar tuela dia terus nanges teresak2. Mak aiii.. Sedih sungguh mak aku ni ye. Yela maybe jarang kite nak celebrate camtu so bila sesekali kite buat tu yg dia rasa terharu sgt kot. Nak tmbh best lg besday mak aku jatuh pd 16 Mei. So kitorg pun sambut sekali. Kakak aku pun wishla kat mak aku kiranya ni sambut besday mak sekali la kan. Kakak aku kasik mak aku wallet Bonia, pastu abg aku dgn wife dia kasik brooch pastu aku kasik baju. Adik aku plak kasi pasir masa. Huh mmg tersirat sungguh hadiah tu. Hihi anyway Happy Mothers Day and Happy Birthday to Puan Sutinah Jaafar..

Tuesday, May 8, 2007

8 Mei 2007

Bosannye hari ni. Byk sgt keje nak kena buat. Student tak putus2 dtg anta form. Aku dah separuh sengal campur gila. Nasib baik ptg ok sikit. Tak bape ramai sbb kelas dah start. Drpd pagi tue, ptg baru aku dpt duduk kat tmpt aku ni. Penat sgt. Aku nak mcm dulu........

Kepala aku sakit. Mcm dulu tp under control lg. Perut lapar sbb dah bape hari aku tak mkn nasi. Mata letih sgt pastu bdn pun penat sbb dr pg ke hulu ke hilir pastu asyik berdiri. Kejap photostate, kejap bukak sistem, kejap jwb tel, kejap jwb soalan, kejap layan student, pastu kejap lg aku gila.. Ha elok la..

Anyway hari ni besday adik aku yg ke 19 tahun. Masih bujang dan emsem. Antara adik beradik lelaki aku yg paling emsem dan kacak (poyo jer..). Happy Birthday to Mohd Fakhrul Azizi.

p/s: bosan plak blog aku ni.. haha.. dahla baik aku close sblm aku makin merepek..

Monday, May 7, 2007

Ujung mgu yg mcm2..

Hari ni hari isnin. Permulaan dan hari baru utk mgu yg baru. Sesungguhnya isnin itu hari yg membosankan. Hwarrgghhh...


Aku nak cite psl gigi aku. Heheheh. Gigi aku dah bersih! Sabtu hari tu kan aku pegi klinik gigi. Abis berdarah dia cuci tp dr tu kata tu mmg normal. Seronok je rasa. Tp yg tampal tu tak jd sbb dr kata bukan berlubang tp terhakis effect dr geseran dgn gigi geraham atas. Tak kisahla pape pun. So pasni kena la jaga btul2. Lg 6 bulan kena la jumpa lg utk cuci blk. Mmg sepatutnya pun kita kena jumpa dr gigi setiap 6 bulan. Supaya senyuman kita seindah suria. Heeeeee........ (asyik senyum je neh..)


Ni cite hari ahad plak. Kwn baik aku afniza dah bertunang. Nama tunang dia faizul org kg lama aku parit serong. Tp aku tak kenal pun. Kalau aku tak pindah mesti aku kenal dia. Dlm byk2 bf afniza ni faizul ni la antara yg aku tak bape rapat. Kalau yg dulu2 selamba je kwn baik jgk. Hmm ari tu tema tunang dia kaler ijau lumut. Cis! Tu kaler mlm berinai aku tu. Terkebil2 aku bila tgk kaler baju dia masa sampai tu. Hwaaaaa.... (dlm hati jela..). Dulang hantaran dia? 30 berbalas 26! Mak ooiiii... Siti Nurhaliza pun kalah. Tp tak pelikla sbb dia hantar semua sekali so nnt time nikah tak bg pape dah. Tp melampau jgk sbnrnye 30 tu. Kebanyakannya makanan jela sbb sedare dia ramai yg sponsor itu ini. Hamper pun ade jgk. Ces tak penah dibuat org hantaran kasik hamper. Bertambah terkebil2 la mata aku ni. Sambil2 tu tgk la dia mekap. Part paling aku suka. Muahaha. Pempuan katakan. Dlm pkl 2.30 tu rombongan lelaki sampai bwk hantaran kaler biru muda pink. Dah terbalik plak lelaki yg guna kaler pink. Belah afniza ni takde wakil. Apak dia belasah je ckp sndr. Dah pompang2 ckp tu tiba2 apak ngan umi dia masuk bilik peluk dia. Masuk2 je dah kuar air mata. Cessss ni yg aku tak bole tahan ni. Sbg org yg ciwek aku sgtla mudah utk menangis kalau tgk adegan2 mcmni. Apak dia peluk dia lama sgt pastu tak taula apa yg dibisik pastu dia cium dahi si af ni. Pastu umi dia plak. Aku dah control abis dah nak nangis tu. Sbg seorg yg ketandusan kasih syg aku tersangatlah cemburu tgk kebahagiaan family dia. Isk sambil naip ni pun rasa nak nanges. (sayu jer...). Pastu acara sarung cincin plak. Dia dpt cincin dgn gelang tangan. Pelik btul aku dgn minah ni. Abis satu set dia nak. Nikah kang rantai leher plak. Tp dr dulu dia mmg pakai emas2 ni. Aku plak tak suka. Aku lg suka emas putih. Glamour tauuuuu.... Bln 7 ni kenduri kawin dia plak. Ya ampun kenapa la kwn2 aku ni suka sgt biarkan aku single. Sampai ati btul dorg kawin dulu meninggalkan aku sendirian (mcm ampagas..). Apa pun aku doakan dia bahagia sampai bila2. Walaupun aku masih begini. Sob.. Sob..

Niela gamba kwn aku afniza. Yg tepi dia tu kwn dia yg paling baik dan jelita. Muahaha.

Saturday, May 5, 2007

Cite saye..

Sabtu, 050507
9.00am

Semlm aku half day. Tak larat sgt dah nak duk ofis. Blk umah tghari tu aku terus tido. Pkl 2.30 aku msg cek d**l mntk half day. Nasib baik dia bg. Lepas tu msg sham ajak teman aku pegi klinik mlm ni. Kak arni bwkkan aku nasik lebih utk student baru punya. Lps mkn nasi tu aku mkn multivitamin pastu aku pun dgn sukacitanya menyambung semula tido. Sampai pkl bape ntah. Bertambah sakit kepala aku ni.

Pkl 8 kuar pegi klinik sham bwk. Aku terus mntk mc kat dr utk semlm tu. Pastu mntk blk multivitamin yg dah nak abis kat simpanan aku tu. Pastu mkn kat pekan bb pastu blk umah.

Ni aku singgah ofis jap sbb nak off pc. Dr semlm tghari aku blk tu aku tak off. Saje je buat gitu kalau tak kang kantoi plak niat aku utk half day. So buat2la mcm konon2 nak dtg blk tp tak dtg pun. Muahaha. Sblm off layan jari jemari la dulu kan. Satu hari kalau tak ketuk ketang ketung keyboard ni mcm tak sah plak. Senaman supaya jari sentiasa sihat dan lentik. Ngeh ngeh..

Oklah aku nak blk dah. Dah pkl bape dah ni. Aku ada date dgn dr gigi. Daaaa....

Friday, May 4, 2007

Nak demam!

Hari ni ada taklimat student baru. Semua staf pegi tp ada jgk yg takde sbb cuti. Pg td aku dtg keje elok je tp kuar je dr LT tiba2 aku rasa lain mcm sgt. Nak demammm... Hukhukhuk..
Knp tiba2 je ni. Badan aku rasa lemah sgt. Nak kata sbb tak mkn aku ni dah selalu tak mkn pg tp takde pun mcmni. Tp kali ni aku betul2 rasa lemah. Cek2 bdn takde pun rasa panas tp sendi2 aku ni sakit2 plak. Adoi tolonglaaaa...... Nak pitam dah niiii.....

Thursday, May 3, 2007

The Words

- the language of friendship is not words, but meanings

- don't go through life, GROW through life

- life is not a problem to be solved, but a gift to be enjoyed

- success is not defined by obtaining everything u want, but by enjoying and appreciating everything u have

- all this time u have been struggling, u have actually been growing roots

- if a drop of water falls in lake there is no identity, but if it falls on a leaf of lotus it shines like a pearl, so choose the best place where u should shine

Marriage


Macam2..

Hari ni hari khamis. Hari aku lahir hampir 24 tahun yg lepas. Hmm bosan jgk hari ni sbb takde org. Ramai staf yg cuti. Tp hari ni ramai org masuk unisel sbb ada registration for new student. Byk gila keta yg parking kat FK ni. Start next week mesti dah busy sbb student dah masuk blk. Bosannye. Kalau dulu aku tak pernah peduli dan kisah pun sbb aku takde connected langsung dgn dorg but since dah tukar office ni i have to face of them! Aku benci dekan baru! (grrrrr....)

Pg td aku dah buat appoinment dgn klinik gigi. Yayy! Tp nebes gak ni sbb dah lama gila tak cek gigi. Isk suspens sungguh. Kalau dulu masa sekolah rendah aku suka tampal gigi sbb nnt mesin dia munyik "ngengggg.. zingggg.... ngenggg....'' Hwaaa.. Mmgla ngilu tp aku suka. Sabtu ni pkl 10.30 pg aku jumpe doctor gigi. Yahooo..... (tak penah dibuat dek org jumpe doctor gigi bole suke). Aku nak buang segala plak ke karang ke dan yg tak best yg ada kat gigi aku ni. Heee mesti best. Kalau tak aku selalu risau psl gigi. Selalu rasa gigi aku ni tak sihat dan risau kalau blum umur 40 gigi aku dah rosak ke dah reput ke dah rongak ke. Salah satu sbbnye ialah aku suka kunyah ais. Nnt bole reput tau gigi kita. Kalau nak tau ape tanda2 gigi kita ni tak sihat ialah kalau minum sejuk sikit kita dah rasa ngilu. Ha tu mesti gigi kita tak sihat. Huh aku akan berjuang sabtu ni! Yayy!

Skrg aku nak smbg keje. Aku rasa lapar sgt ni tp takpe. Jap lg dah nak lunch time. Semoga hari ni akan memberikan satu senyuman sehingga ke akhirnya.

Always Da Hottest One