Nuffnang Ads

Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Si Cantik


ARAB SAUDI ANJUR RATU CANTIK MORAL


Bagus! Bagus pd wanita dan tersangatla bagus utk lelaki. Satu benda yg menarik kat sini adalah pertandingan ni pasti takkan ada yg seksi-seksi. Takkan ada yg dedah sana dedah sini. Dan takkan ada yg pakai bikini. Para lelaki jgn nak berangan! Lupakan jerla. Sama-sama la kita semua menjaga mata kita ok.

Knp aku ckp bagus? Sbb mereka tak menilai para peserta melalui kecantikan luaran semata-mata. Ianya tidak memandang pd tubuh dan wajah sahaja. Nama pun ratu cantik moral. Apa yg aku tau semua peserta diwajibkan memakai purdah dan pemenang akan dipilih berdasarkan sikap yg ditunjukkan kpd ibu bapa masing-masing. Selain itu jgk pertandingan ini turut menilai komitmen peserta terhadap nilai-nilai Islam. Markah pulak akan diberikan mengikut cara mereka melayan dan bergaul dgn ibu bapa masing-masing.

Kesimpulannya kat sini dia takkan tgk org tu cantik ke tak. Tp yg penting adalah hati, sikap dan sifat. Kecantikan dalaman yg dinilai dan bknnya luaran. Bagus kan? Tak mcm pertandingan ratu cantik yg lain. Yg luar yg ditgk. Yg dlm tu tak kira hitam ke jahat ke ape ke tak dipndg pun. Yg penting body mantap muka cun. Cantek ker mcmtu? Tu bkn cantek. Kdg-kdg manusia ni lupa yg luaran tu lbh mudah sirna drpd dalaman. Kita ni makin lama makin tua. Tak cantik selama-lamanya. Tp cuba kalau kita cantik dalaman? Sampai bila2 la kita ttp akan kelihatan cantik, muda, cantik, muda dan cantik dan muda.

Apa yg aku nak cite sbnrnya bkn psl ratu cantik je. Bila aku baca artikel tu aku terfikir satu benda. Mcmana kalau pertandingan tu dibuat kat negara kita ni? Aku rasa sure ramai yg fail. Satunya sbb wanita-wanita kat negara kita ni kebanyakannya lbh pentingkan kecantikan luaran. Sbb tu ramai yg sggp operate sana sini. Pakai mcm2 hanya utk nmpk cantik. Tu blum kira yg 'dia cucuk tang sana dia cucuk tang sini'. Cantek ker??? Tak pun! Serius. Dua tiga rius. Kesanggupan manusia utk buat apa je demi memenuhi kehendak dan nafsu sndr mmg ssh nak dijangka. Kdg-kdg mcm tak munasabah plak. Sggp itu utk cantik sggp ini utk nmpk muda sggp begitu utk lawa sggp begini utk cun. Kesan dia plak bkn semuanya ok. Ada yg makin buruk, makin kedut, makin huduh dan lbh menyedihkan lg ada yg sampai meninggal dunia. Semuanya kerana terlalu mengejar kecantikan luaran kan?

Kedua, syarat-syarat utk menang adalah dgn menilai cara peserta bergaul dan melayan ibu bapa. Kita sndr tau mcmana sikap, perangai, karenah dan ragam remaja zaman skrg ni. Yg tak hormat ibu bapa, yg kurang ajar, yg biadap, yg begitu, yg begini. Yg sggp pkl ibu bapa pun ada. Yg bunuh? Dah tak mustahil dah skrg ni. Tak kira lelaki atau perempuan dan sama berani. Itula cerita-cerita yg aku baca kat suratkhabar. Yg baik, hormat dan sygkan ibu bapa tu masih byk lg tp cerita negatif lg byk menghiasi ruang kehidupan kita skrg ni. Satu situasi yg sgt mengecewakan kan?

Komen MsGaijin : Cantikkan diri kita luaran dan dalaman.

Thursday, May 7, 2009

Alasan Kami

"Diakui artikel ni cikjin copy. Tp info yg sgt berguna. Utk siapa-siapa yg membaca. Silakan. Oh ye. Cikjin jgk siap boldkan lg mana-mana yg cikjin suka, suka, suka dan suka. ;)"


ALASAN WANITA BERBOHONG


1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

Komen MsGaijin : Watch out guys! I dun care for wut u did to me. Now we r talking wut i'll do for u!

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

Komen MsGaijin : I like that!

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

Komen MsGaijin : Pengalaman itu yg mematangkan kita. Percayalah.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

Komen MsGaijin : Btul! Btul! Btul!

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.

Komen MsGaijin : Erkk?? No comment. (Cikjin blum kawin so tak reti nak komen psl ni..)

6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

Komen MsGaijin : Guys! Please alert!

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

Komen MsGaijin : Hi hi bye bye la..

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

Komen MsGaijin : Agree!

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

Komen MsGaijin : Ohhh artikel ini sungguh menyeronokkan bila dibaca..!

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Komen MsGaijin : Oooo penyakit ini sgt merbahaya...


KESIMPULANNYA?

Wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. DAN JUGA??