Nuffnang Ads

Friday, December 28, 2012

Saiz hati saya kecil.

Semalam saya happy. Tapi hari ni tak. Kalau boleh di scan dan melihat jauh ke dalam hati ni saya rasa tak nampak pun kat mana hati tu. Sebab dia dah jadi kecikkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgt.

Saya panas baran. Memang mudah melenting dan cepat je nak naik angin. Tapi sekarang saya dinasihatkan untuk banyakkan istighfar walau dalam keadaan apa sekali pun. Musibah atau dugaan yang datang saya sambut dengan istighfar tanpa henti.

Kadang-kadang kita tak sedar mulut kita ni ringan je nak cakap yang bukan-bukan bila kita tengah marah. Kita dah tak nampak dah mana sabar tu. Saya pun sama. Tapi lepas tu nanti cepat-cepat sedar lepas tu menyesal. Tapi tu pun kalau menyesal la.

Kita mengambil masa yang lama untuk menjernihkan keadaan yang keruh. Syarat dan janji terletak pada diri masing-masing. Bila saya berusaha untuk menjadi manusia yang lembut dan mengurangkan kadar panas baran seminima yang boleh itu maknanya saya mahu menjadi insan yang lebih baik dan menyenangkan hati manusia di sekeliling saya.

Tetapi bila orang lain pulak masih bersikap yang sama, suka hati nak marah saya, nak panggil saya dengan panggilan-panggilan yang kurang menyenangkan. Apa yang ada dalam hati saya? Sumpah saya kecik hati. Sangat-sangat.

Nak marah ke apa bukan tak boleh. Tapi tengoklah jugak apa puncanya. Nak tegur pun biarlah berhemah bukan dengan cara yang kasar. Entah kenapa cuma ada rasa meluat dan menyampah yang ada dalam hati waktu ini. Saya betul-betul tersinggung.

Istighfar lah saya tanpa henti. Untuk hati yang lebih tenang walau ada air jernih yang mengalir.


Wednesday, December 12, 2012

Arghhhhhhhhhhhhhhh

Aku benci ulat! Sumpah aku benci ulat, cacing dan yang spesis dengan mereka. Yang menggedik, menggeletis macam tu.

Campaklah katak ke lipas ke aku tak takut pun. Lipas tu aku boleh kejar lagi keliling rumah walaupun di waktu yang sama dia dah lari ke mana-mana sebab geli. Takut dengan lipas? (-___-")

Dulu masa sekolah aku ada fobia dengan seekor haiwan. Ayat nak bahasa melayu sangat ek? Siput, ya aku benci siput. Sampai sekarang masih ada yang panggil aku pisot. Macam mana boleh dapat pisot? Sebab dulu aku tersalah sebut nak panggil siput tapi tercakap pisot. Kenapa aku benci siput? Sebab aku geli tengok dia berjalan slow pastu berlendir-lendir berair sepanjang perjalanan tu. Arghhhhhhhhhhhh sumpah aku geli!

Ulat, cacing. Itu lg spesis yang memang sampai bila-bila pun aku tak boleh nak tolerate. Pagi tadi entah mana datang tetiba ada ulat kecik kat jari aku je aku dah melompat satu rumah macam nak cabut tangan ni baling ke mana yang boleh. Tahap geli tu rasa macam nak berus jari ni dengan berus dawai. Rasa macam nak samak. Dan sampai sekarang aku masih meremang bulu roma. Urghhhhhhhhhhhhhh

Okay aku cuma nak bagitahu tu je. Aku benci ulat dan cacing. Dan siput. Sekian.

Monday, December 10, 2012

Sekadar pengajaran.

Aku melihat status itu sebagai satu kiasan yang amat mendalam. Kepada diri sendiri. Satu perlian dan sindiran yang sangat tepat. Keegoan aku memang telah dikenal pasti sejak zaman dahulu kala lagi. Tapi kadangkala tetap menjadi cair seperti aiskrim di bawah matahari.

Malah sehingga sekarang aku masih termenung memikirkan ayat tersebut.

Aku malas nak edit. Aku copy paste terus.

------

Bukan membuka aib. Sekadar berkongsi dan sebagai peringatan

Menjadi anak tunggal, aku membesar dengan perangai yg super dictator, xsuka berkongsi, selfish, arrogant, ego dan manja. Sepanjang setahun perkahwinan....suamiku bertahan setiap kali aku marah2, merungut dan kadang2 sampai menengking dia jika tidak puas hati. Dia selalu mengalah. Dengan lembut meminta maaf dan memujuk aku kembali. Setiap kali dia begitu...aku akan menangis dan menyesal tetapi masih lagi perangaiku berterusan.

Masa berlalu...aku pelik...
Mengapa kawan2 sekeliling banyak yang menikamku dari belakang meskipun aku telah menjadi kawan yang terbaik untuk mereka.
Mengapa anak2ku menjauhkan diri dariku sedangkan aku sentiasa cuba ambil hati mereka.
Mengapa rezekiku sangat susah diperolehi meskipun aku bekerja dengan bersungguh2.
Mengapa badan2ku sentiasa tidak sihat dan sakit.
Mengapa hatiku sentiasa tidak tenang meskipun aku tidak pernah lupa sujud padaNya.
Mengapa dan mengapa......persoalan silih berganti.

Lalu dengan izin Allah...ketika itu aku masih bekerja aku berjumpa dengan lecturer ku di Institut Profesional Baitulmal. Aku mengadu masalah kerjaku dan orang sekeliling. Tanpa memberitahu masalah rumahtanggaku.

Dan pensyarahku diam dan berkata: "Rahmat isteri diberi oleh Allah melalui suami. Selagi kamu membuat suami terasa hati...selagi itu kamu tidak akan tenang. Tetapi bersyukurlah...sekurang2nya Allah masih ada untuk kamu untuk memberi petujuk. Dia mahu kamu berubah. Cinta tidak cukup dalam perkahwinan jika tiada hormat"

Menangis dan terus menangis aku memandu dari Kg Pandan sehingga Shah Alam. Dan dengan satu nekad...aku membulatkan tekad....untuk BERUBAH.

Alhamdulillah....3 tahun berlalu. Akan ada masa perhubungan kami diuji. Ada masa amarahku dicungkil syaitan. Tetapi pesanan lecturer ku sangat terpahat. Kerana bila aku berubah...segalanya mudah. Aku mampu memiliki bisnes sendiri. Anak2 semakin rapat denganku. Kawan...? Aku hanya menyimpan 1/3 dari mereka kerana 2/3 kawanku adalah suamiku.

Sampai satu tahap...dia berkata " Dah lama syg tak marah B."
Aik...rindu ke nak kena marah......Xmolah...hehehe


Credit to facebook Siti Aishah Confinement


------

Ayat daripada si pensyarah itulah yang sentiasa berlegar dalam fikiran aku sedari awal pagi tadi. Kehancuran dan kekecewaan harus aku tinggalkan. Aku harus membina kembali segala kebaikan dan kemanisan. Aku mesti.