Almost 2 months. Knp? Kerana aku tak punya rasa utk bercerita. Ada 2-3 kwn yg bertanya. Ku bilang aku sibuk utk mengisi dgn cerita terbaru. 2 bulan yg berlalu bkn satu tempoh yg menyenangkan, menggembirakan mahupun membahagiakan. Lebih kpd bulan yg penuh kesedihan. Tp biarkan. Manusia tanpa pengalaman bagaikan minum kopi tanpa gula. Tak kira pahit atau manis pengalaman yg ada, segalanya adalah satu titian kisah yg telah ditempuh. Pengajaran yg cukup memberikan satu pengertian bahawa hidup ini tak mampu diramal mahupun diduga. Takkan mungkin kita memiliki apa yg kita mahu. Takkan mungkin kita sentiasa tersenyum setiap kali lena terjaga. Takkan mungkin bahagia sentiasa mendampingi laluan kisah bernama manusia.
Jika mahu dinyatakan di sini. Mmg tak cukup ruang. Aku tak tahu berapa entry yg akan tercatat. Tp aku tak mahu pndg ke belakang lg. Biarkan saja apa yg dah berlaku. Biarkan saja ianya berlalu. Spt kata kwn. Ada sesetengah manusia yg gemar melakukan pusingan U dlm hidup. Bkn kerana berpatah balik pd kesilapan tp mungkin pengalaman yg ada mengajar agar kembali utk menebus kesilapan. Apa saja yg berlaku aku kira adalah satu cerita yg takkan mungkin semudah itu dilupakan. Betapa segalanya adalah pertama. Segalanya tidak pernah dirasa. Mungkin kerana itu perit pedihnya terlalu sukar utk diterima.
Hari ini senyuman menghiasi wajah hati. Tidak pasti utk tempoh berapa lama namun itu sudah cukup. Aku bersyukur dgn apa yg aku miliki hari ini. Tak perlu lebih. Aku terima apa adanya. Kerana sabar adalah kunci kpd segala2nya.
0 comments:
Post a Comment