Nuffnang Ads

Thursday, July 23, 2009

Saya Yang Demam

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak menulis. Tak menaip mksdnya. Nak kata takde masa tak pulak. Ada je masa nak melepak2 nak berjalan2. Nak kata takde idea pun tak jgk. Sbb tiap kali aku drive keta mesti byk giler idea yg dtg dlm fikiran ni utk dikongsi dlm blog. Tp bila dah ngadap laptop ni aku mesti lupa apa yg aku nak post. Mungkin disbbkan oleh tahap kesihatan yg tak bape nak ok smgu ni. Hari tu aku pegi Maju Junction. Pegi tgn kosong tp blk bwk plastic bag. Ni yg aku tak suka ni. Org pempuan ni kalau pegi shopping complex tak bole ke kalau pegi tgn kosong blk pun tgn kosong? Apa mslhnya kaum pempuan ni? Cewahhh mengata diri sndr plak. Heheheh.

Cuaca kat KL lately ni teruk sikit. Dgn jerebu, asap keta + motor lg. Blk2 ofis tghari tu aku terus sakit tekak. Esoknya terus rasa tak sdp bdn. Tp dlm tak sdp bdn tu aku masih larat lg pegi Ole-Ole kat Seksyen 18 utk bermain bowling. Pegi senyap2 tp blum sempat sampai lg dah kantoi. Skali dia 3G la pulak. Kalau tak angkat kang lgla dia syak yg bkn2. Maka dgn muka tak bersalahnya aku pun angkat jela. Tgk2 tgh driving plak. Kena bebel jap sbb kuar tak bgtau. Ampun yanggggg.. Pasni tak buat lg! Promise!

Kebiasaannya bila aku demam takdela teruk sgt. Sbb aku ni sng dpt sakit jd bila sakit tu takdela teruk sgt. Tp kali ni lama gile aku demam sampai smgu. Takut la plak sbb selalunya demam takdela lama gini. Ari sabtu tu plan nak pegi lawat nenek sbb dpt tau dia tak sihat. Dah siap2 tggl nak pakai tudung tiba2 bdn rasa makin lemah plak. Baring je kat sofa sampai terlelap. Terpaksa la call bgtau tak jd nak dtg sbb demam makin melarat. Esoknya aku terus pegi klinik swasta kat Kota Kemuning. Tp bengang gile sbb dia tak cek pape pun. Blood pressure aku pun tak cek. Dahla mahal sampai RM50! Esoknye aku pegi klinik kerajaan kat Pendamaran plak. Aku mntk utk cek darah sbb rasa mcm tak best plak demam sampai smgu ni. Tggu punye tggu bila keputusan darah kuar doktor ckp darah aku ada kuman. Erkk?? Mcmane bole ada kuman plak ni? Aku tanyala takde pape ke darah ade kuman ni? Doktor kata InsyaAllah takde pape. Dia suh aku abiskan antibiotik yg dia bg. Jd dgn rasa rendah dirinya aku pun ikut jela nasihat doktor tu. Dptla MC satu hari. Huh kedekut gile doktor ni! Esoknye aku rasa mcm tak best je nak pegi keje. Mula2 nak cuti tp rasa mcm bosan plak duk umah. Aku pun decide utk amik half day. Time lunch baru aku masuk keje. Selambe gile buat mcm ofis sndr. Hihihihi.

Skrg ni demam mcm dah ok sikit. Selesema dah ilang cuma batuk je yg tak ok2 lg. Haihhh bosannye! Tp takpela. Mkn jela ubat yg ada tu. Hmm org kata sakit ni penghapus dosa2 kecil. Alhamdulillah.

Monday, July 13, 2009

Aku Mahu Sedikit Gemuk

Salammmmmmmmmmm.....

Mgu lps blk kg. Walaupun rasa sgt malas tp aku gagahkan jgk. Dahla jumaat mlm sabtu tu tido pkl 5 pg. Pkl 7 abah dah call suh bgn blk kg. Aduhaiii mana la aku terdaya dgn tido cuma 2 jam je. Pkl 8 tu aku terbangun then terus bgn mandi n siap2. Kalau aku baring lg confirm terlajak tido sampai ke ptg. Sampai kg terus bwk mak abah pegi kenduri pastu pegi umah pakcik pun ada kenduri jgk sempena nak puasa bln dpn. Pkl 2 tu mata dah tak bole blah aku mntk nak blk umah. Tp kat umah bkn tido pun. Main facebook je. Heheheh. Tido pun kejap2 je. Dlm pkl 4 lbh kurang mak tel suh amik dorg nak blk. Bgnla dgn rasa malas yg teramat sgt. Lps amik mak abah terus anta pegi kenduri org lain plak. Haaa masa nak tggu dorg abis mkn niela aku singgah umah makcik aku yg lain plak. Umah dia tak jauh cuma selang 2 umah je. Kat umah tuela aku nmpk satu benda yg aku carik2.

Apa dia? Penimbang berat badan! Hihihi. Aku pun dgn confidentnya melompat la atas penimbang tu. Dlm hati aku sblm tu berkata2 'heee mesti berat aku dah naik..' Tp bila aku tgk jarum penimbang tu pegi kat mana mmgla aku terkejut. Aku turun blk dr penimbang tu pastu aku naik blk. Aku turun aku naik. Pastu tak puas ati pegi kat sepupu aku tanya blk. 'Penimbang ko ni btul ke tak? Rosak ke weh?' Knp aku ckp mcmtu? Sbb berat aku turun 4kg! Dr 49-50kg pegi ke 46kg plak. Aduhhh mcmana bole makin turun plak ni. Aku punya la mkn byk takkan la takde langsung lemak2 yg lekat kat bdn aku?? Siyes mmg rasa tak puas hati. Aku cek byk kali penimbang tu. Tgk jarum sume btul. Tak lbh tak kurang dr angka 0 tu. Haihhh mmg btulla ckp org aku ni terlalu kurus.

Maka,azam aku dr skrg ini adalah aku nak gemukkan bdn! Eh tak gemukla. Aku nak tambahkan berat bdn! Ditambah lg dgn ugutan2 yg aku terima supaya berisi sikit,maka terpaksalah aku mengikut dan mendengar nasihat. Yolahhh nasihat huhuhu. Mcm2 idea aku dpt utk naikkan sikit bdn ni. Ada yg ckp mcmtu,ada yg ckp mcmni. Takpe2 aku akan cuba mana yg aku rasa ok dan logik. Yg tak logik dan ntah pape tu dipersilakan nyah kau dr sini! Ngeee~~

Cikjin ckp ~ Semoga aku berjaya!

Monday, July 6, 2009

Lovely Niece

Org kata kita ni hidup kalau ada benda yg best jgn happy sgt. Tp kalau dah mmg happy takkan nak sedih plak kan. Mungkin pesanan tu supaya kita beringat2 je. Jgn terlalu happy sgt sbb takut nnt berduka plak. Btul jgk tu. Aku selalu marah dgn anak2 buah aku. Kalau main tu sana sini ketawa gelak suka2. Terkekek2. Cekiki'an org jawa ckp. Bila aku dah sound dorg gitu tak lama pastu nnt mesti ada yg 'huwaaaaaaaa'. Heheh pdn muka. Tu jela yg aku bole ckp. Tp kalau takde dorg mesti bosan kan? Anak buah 4 org tp mcm ada 40 org! Hmm i love them. :)


Aku tak tau knp aku tingat kat dorg plak. Lg2 kat Nur Amani Baiduri anak abg aku. Bln 8 ni umur dia 2 tahun. Degilnya tak taula nak ckp. Rasa mcm nak ikat kaki dia,pastu gantung kat kipas,pastu on suis kipas tu tekan speed no.5. Pastu tgk jela dia terpusing2 kat kipas tu. Mcm iklan eskem popper. Hahahah mmg dorg bertuah dpt makcik baik hati mcm aku. Rindu sgt dgn amani. Gender pempuan tp perangai mcm lelaki!


Aku tingat satu hal yg jd antara aku dgn dia. Masa tu bole plak kitorg gaduh. Aku lepik dia, dia lepik aku. Aku pukul dia, dia pukul aku. Pastu dia nangis majok lari kat mak dia. Aku biarkan jela kan. Tak kuasa aku nak pujuk dia. Pastu dah lama tu tiba2 dia dtg dkt dgn aku. Aku plak tgh belek2 hp barula konon. Aku biar jela dia dtg kat sblh sbb aku mati2 ingat dia nak tgk apa yg aku belek kat hp tu. Elok je dia dtg dkt sblh aku relax je tiba2 dia lepik aku pastu lari nyorok dkt mak dia. Cissssssssssssssssssssss! Bertuah punya bdk kecik! Menjerit2 aku tp pastu bantai gelak gila la tgk perangai dia mcmtu. Dgn kakak ipar aku,dgn mak aku sekali gelak tak hengat punye.


Aku cuma pelik mcmana dia bole terfikir nak bls dendam dgn aku? Bole plak dia pukul aku pastu dia lari nyorok blkg mak dia. Konon nak mntk bekap ar tu. Cehh ampeh btul bdk kecit tu. Dahla rambut gulung2! Nasib baikla aku ni suka bdk2 kecit. Tp takpela aku tak kisah pun. Aku ttp syg dorg sume.
Niela Nur Amani Baiduri.. :)