Nuffnang Ads

Monday, June 8, 2009

Jangan Kau Ubah..

Assalamualaikum..

Hari ni mmg black Monday. Aku tak happy lngsung hari ni. Dr mlm td lg. Ntahla knp bole jd mcmni. Makin hari makin aku kenal. Makin hari makin terserlah sikap. Makin hari makin tersingkap sifat. Dan aku rasa makin goyah. Haihhhh kuatnya dugaan yg menguji. Sampai bila agaknya aku bole terus tersenyum eh? Salahkah andainya aku punya satu pendirian? Untuk menjaga namamu. Untuk melindungi dirimu. Untuk menjaga amalan dan kebajikanmu di sana nnt. Hinanya diri bila itu yg telinga aku dgr. Sungguh sayang, sepanjang mengenalimu ini adalah kekecewaan yg paling hebat pernah kau berikan. Terlukanya hati ini adalah yg paling dlm pernah kau hiriskan. Tak pernah aku rasa diri serendah dan sehina ini. Kau semakin menampakkan rupa sebenarmu. Sikap, sifat dan perangai yg selama ini kau lindung. Ianya makin nmpk bila kau kian galak melukakan hati ini kelmarin. Satu hakikat yg harus aku terima dan belajar utk memupuknya di dlm hati. Dirimu juga manusia biasa. Makhluk Allah yg tersangat lemah dan mudah tertewas dgn godaan. Tp haruskah sampai bila-bila begitu? PERUBAHAN YG KAU JANJIKAN TAK PERNAH MENJADI KENYATAAN.

Hari-hari aku berdoa aku akan dikurniakan hati yg seteguh hati Siti Khadijah. Semangat yg tggi spt Siti Maryam. Kesabaran yg menebal spt sabarnya Siti Hajar. Dan keimanan yg jitu spt Siti Asiah. Tp aku ttp manusia yg lemah. HambaNya yg kerdil. Terlalu hina rasanya diri ini disampingNya. Air mata tumpah lg utk kesekian kalinya mlm td. Tp aku tahan agar esaknya tak kedengaran. Sekadar tak mahu dianggap lemah. Walaupun hakikat sbnrnya aku kian lemah. Tautan yg aku harapkan utk memimpin dan membimbing kian rapuh rasanya. Kadangkala hampir terlerai tp segera aku tarik kembali agar tak terlepas dr tangan ini. Menggeletar rasanya jemari ini saat berpegangan tangan dgnmu. Hati berdebar cinta makin mekar. Pautan itu aku harapkan akan terus erat biarpun 1000 tahun lg. Kau tetap di sisi menemani dan memahami. Saling menerima dan saling memberi. Mengharapkan titian ini akan kita titi bersama sehingga ke destinasinya. Walaupun serapuh mana titian yg kita lalui, walaupun sederas mana arus yg bertingkah di bawah laluan kita, walaupun sekuat mana angin yg bertiup utk menjatuhkan kita ke bwh. Harapan aku tak berubah. Kita tetap berpaut antara satu sama lain. Kerana kita adalah SATU.



Haruskah aku terus menunggu.. Atau berlalu pergi meninggalkan dirimu..?

0 comments: