Nuffnang Ads

Tuesday, July 17, 2018

Masih Seroja.

Armel Seroja itu lahirnya membawa 1001 bahagia. Memberikan mommy sejuta pengalaman selama mana kami bernafas bersama. Perginya daddy meninggalkan kita demi kerja. Dua bulan mommy meratap hiba risaukan Seroja lahir awal sebelum pulangnya daddy ke sisi kita semula.

Kuasa Allah. Seroja anak yang mendengar kata. Dia tunggu sampai masuk tahun 2018. Sebab mommy tak nak Seroja lahir hujung tahun nanti rasa macam lambat sangat besar haha. Seroja tnggu sampai daddy balik kursus. Ajaibnya kuasa Allah lagi sekali. Dia betul-betul ikut cakap mommy. Lahir sama tarikh dengan Zara dan betul-betul ikut due date di buku pink. Jimat majlis sambut birthday anak lepas ni hahaha

Armel itu membawa makna Puteri. Seroja itu bunga. Moden dan klasik, itu temanya. Kalau nak dicerita,  pengalaman antara keduanya sangat berbeza. Zara itu semasa muda, Seroja pula masa dah tua haha. Tapi benar terlalu banyak perbezaannya. Kalau nak dihuraikan satu persatu nanti jadi panjang berjela tak terbaca. Nyata, dugaannya tidak kan serupa.

Walau apapun Zara dan Seroja tetap anak mommy. Yang berkongsi dunia yang sama sebelum lahirnya mereka. Yang mengenali mommy sebagai yang pertama. Yang berkongsi denyut nadi dan makanan yang sama haha

Haihhh rasa macam nak balik jumpa dua-dua.

Armel Seroja

Bila mommy memberikan ruang dan peluang pada dia. Berdua mematri janji untuk hidup bersama hingga waktunya. Itu maknanya segala apa yang mommy buat akan dikongsi bersama. Segala apa yang diimpi perlu dikota agar terbukti segala kata.

Mommy dan dia tak mengambil masa yang lama. Tak sampai setahun untuk mengakhiri hidup sendiri haha. Sampailah belum waktunya untuk ulang tahun pertama perkahwinan Allah dah izinkan dengan kurniakan rezeki penyambung nyawa selepas Zara.

Armel Seroja. Itu namanya. Armel itu mommy yang mahu. Seroja pula daddy yang suka. Bukti cinta kami berdua. Tanda kasih sayang bersama. Puteri Seroja memberi makna.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk semuanya.

Sudah-sudahla tu jadi stalker.

Sejak kebelakangan ni mommy agak terrr musykil tentang "stalk". Apa nak cakap dalam BM ek haha. Okay whatever asalkan faham. Stalk, stalking, stalker. Faham la tu kan?

Mommy tak faham untuk orang yang dah bertahun-tahun takde hubungan tapi masih nak stalk / ambil tahu pasal kita. And of course la secara rahsia. Nama pun stalk kalau tak, takdelah dipanggil rahsia. Tu namanya tanya khabar. Kalau stalk secara rahsia tu mungkin okay lagi la since kita tak kacau orang secara terus. Mungkin tengok / intai untuk nak tahu perkembangan. Oh okay dah kahwin. Oh okay dah ada anak. Oh okay dah berjaya sekarang. And we are happy for that. Kan? Kan ke? Hahaha duhhhh~ I mean kita cuma ambil tahu dari jauh jurrrr.

Tapi mommy pelik dengan manusia yang stalk with no reason. Stalk yang tahap busy body. Stalk yang sebab nak tahu sangat macam mana life kita. Stalk yang nak tengok kita lebih atau kurang dari dia. Stalk yang bermotifkan hasad dengki. Sampai tahap hack akaun media sosial kita. Atau pun hack akaun orang lain untuk tengok akaun kita. Sebab dia tak friend dengan kita jadi orang lain punya akaun lah yang jadi mangsa. Sama ada tahu password atau tidak itu tetap dikira sebagai hack sebab login akaun orang tanpa pengetahuan owner. Gedit?

Seriosly semua situasi tu mommy dah rasa dulu. Gigih kau hack instagram orang lain sebab nak view instagram mommy kan? Dan malangnya baru je rasa lagi baru-baru ni. Tuela nak kata instinct perempuan ni lain macam sikit. Disebabkan dulu mommy ni penyiasat hebat kalah Inspector Gadget tapi dah lama pencen jadi terpaksalah mommy asah balik skill tu. Mommy pun tukarlah password and do everything untuk tough kan balik security. And definitely memang betul akaun tu kena hack sebab selang 2-3 hari lepas tu mommy dapat message kata ada pihak yang cuba nak login which is try to key in password banyak kali. There you are. Betul naluri mommy sebelum tu. Even mommy memang dah dapat trace akaun facebook tu ada orang login guna mobile lain sebelum ni. Location pun kitorang tak pernah pergi. Contohnya tetiba Samsung Note 3 yang login ataupun location kat Johor Bharu. Bila masa kitorang pakai Samsung? Bila masa kitorang pergi JB? 

Terus terfikir dah berapa lama lah aku kena stalk agaknya eh? Confirm lah segala aktiviti dan gambar aku orang tu dah view kat facebook. Daripada segi privacy mungkin kita tak boleh nak expect sebab nama pun facebook kan. Kalau nak privacy sangat tak payah ada socmed. Tapi untuk orang yang kita tak welcome yang memang kita tak hingin pun nak friend memang lah kita terasa weird. 

Kau dah kenapa? Apa yang kau nak sebenarnya? Apa yang kau nak tengok? Believe me, I'm happy with my life. Much happier than yours. Deal with it. Terus mommy berkepak nak berlagak dan terasa macam hidup mommy ni diperhatikan dan didambakan oleh semua orang hahahaha okay gurau please la people. Move on la kita semua dah ada hidup sendiri. Tak payahlah nak ambil tahu pasal life orang lain sangat. Siapa saja yang ada disekeliling mommy adalah masa lampau kau yang dah lama tinggalkan kau. Dan tak teringin pun nak kau wujud lagi dalam hidup apa lagi muncul depan mata diorang semua. Percayalah hidup dia dah terlalu bahagia dengan wujudnya mommy dan yang lain-lain.

Berterima kasih lah dengan apa yang Allah dah bagi. Kalau dulu kita pernah mensia-siakan apa yang kita ada, sekarang ni cubalah hargai apa yang dah dikurniakan. Masa lepas takkan kembali lagi dah. Jangan berangan. Lulzzzz

Anak-anak.

Zara dan Seroja,

Bertatihlah. Berjalan dan berlari bersama,
Membesarlah dengan gembira,
Hidup bahagia dengan apa adanya,
Walaupun kau akan tahu juga pada satu ketika,
Betapa kecilnya dunia tapi hebat cubaannya.

Carilah sahabat yang cuma punya satu muka,
Bukan dua, tiga, empat apatah lima,
Sahabat yang benar dalam bicara,
Bukan manis di depan tapi puaka di belakangnya,
Sahabat yang bersama bila kau derita
Bukan hanya muncul bila kau ketawa,
Menghilang bila masalah bersama,
Minta belanja bila kau berada.

Zara dan Seroja,

Mommy dan daddy takkan selalu menunggu,
Menghitung waktu siapakah yang pergi dulu,
Mencuba membahagiakan selama mana yang termampu,
Menyayangi dan membuat kau senyum selalu.

Monday, July 16, 2018

Pengalaman.

2016 adalah tahun yang banyak mengubah hidup mommy. Selepas terlalu banyak ujian dan dugaan yang singgah lalu. Mengajar mommy untuk lebih mengenal betapa wujudnya pelbagai manusia.

Sepanjang tempoh hidup bersendiri Dia memberikan banyak peluang untuk mommy berhadapan dengan bermacam karenah, sikap dan perangai sesetengah manusia yang ada dalam dunia ni. Tak payah jauh-jauhlah. Kita cerita dalam Malaysia je haha

Yang jujur terlalu sedikit boleh dikira dengan jari. Yang menipu terlalu ramai sampai tak terkira dengan jari. Yang berpura-pura pun sama. Apa lagi yang benar-benar ikhlas. Susah.

Cuma satu jelah. Walau apapun alasan yang manusia-manusia tu ada janganlah sampai memburukkan pasangan sendiri. Janganlah kerana nak nampak mulia kita tergamak nak kutuk orang yang kita sendiri pilih untuk hidup bersama. Sebab apa? Nak minta simpati la kot. Ke nak bagi pandangan yang "oh aku sebenarnya insan yang teraniaya sebab tu aku buat macam ni." 

Confirm bersepah la spesis yang macam tu. Cuma tahu dengan tak je. Serius kesian gila dengan partner tu. Luar dalam segala rahsia dan aib dijaja sebab nak nampak baik dan nak simpati. And i was like..... Seriously? Dan partner tu pun percaya jelah kat partner dia. Oh lagi kesian. Hidup-hidup kau kena tipu selama ni.

Then, itulah pengalaman. Nak kata mulut manusia ni kita dah tak tahu dan pasti apa yang betul apa yang dusta. Entah.

Wednesday, July 4, 2018

Hidup baru.

Hidup baru. Yup mommy ada hidup baru sekarang. Hidup baru yang sangat membahagiakan. Cukuplah ayat itu untuk menggambarkan kehidupan sekarang.

Dulu kawan baik mommy wasap tanya kenapa tak update blog lagi? Nak update blog ni bukan boleh update sesaje. Mood nak kena ada, idea pun kena okay. Rajin ke tidak pun kena tengok jugak. Dah lama sangat mommy off dari blog ni sampaikan nak sign in tadi pun dah lupa password. Dahla office ni baru tukar pc baru jadi semuanya dah gone! Jenuh ketuk kepala dok ingat email dan password blog ni arghhhhhh~

Kalau nak cerita, terlalu banyak yang nak dikongsikan. Sampailah berdirinya mommy dalam hidup hari ini. Hidup yang mengubah segalanya. 360 darjah mommy berpusing menukar segala apa yang ada menjadi yang lebih baik. Untuk diri mommy dan Zara. 

Siapa sangka kalau dahulunya mommy memang tak nak kahwin dah. Memang tak terfikir langsung. Tapi Dia jumpakan mommy dengan seorang manusia. Manusia yang biasa-biasa tapi hatinya luar biasa. Manusia yang biasa-biasa tapi cintanya luar biasa. Manusia yang biasa-biasa tapi kasih sayangnya luar biasa.

Yela mommy tahu memang tiada manusia yang sempurna. Nak puji sangat pun tak boleh sebab siapa yang tahu apa yang akan berlaku 5 minit lagi? Tapi sejujurnya dia manusia yang menyempurnakan hidup mommy. Menyempurnakan segala kurangnya. Menyempurnakan apa yang tiada. 

Alhamdulillah. I'm done.

Monday, April 17, 2017

Ohhh dah 2017 rupanya huh.

Wowww. Last entry aku rupanya pada Ogos 2015. Lama sangat tak senam jari kat sini. Kenapa aku private blog ni? Ohhh tak kuasa rasanya nak cerita pasal manusia-manusia gila tak diundang yang pernah menyebok dalam hidup ni.

Sekarang dah 2017. Idea dan skill dah lama tak asah. I just need a time baby. Let me.

Thursday, August 13, 2015

Kau dah kenapa?

Kita ni pergilah mana-mana pun. Duduklah kat mana, tinggallah kat mana, kerjalah kat mana sekali pun. Mesti akan ada backstabber di sekeliling kita.

Kadang kita rasa kita macam baik je dengan dia. Boleh pergi lepak minum pagi, tengahari, petang sama-sama. Boleh bergosip pasal bos ke kerja ke sama-sama. Boleh dajal orang hack facebook atau sakat kita gurau sama-sama. Kita rasa lah.

Tapi manusia ni rambut je sama hitam. Yang dah ada uban tu tak kira. Basic dia tetap hitam. Tapi hati manusia ni tak sama. Depan kita senyum je, tapi belakang kita pegang pisau tunggu masa nak tikam kita. Mulut pun sama tak berhenti-henti menjaja cerita, memburukkan orang, mencari salah manusia.

Kita buat kerja orang tak nampak. Kalau kita tak buat kerja memang jahanamlah confirm kena hentam. Buat kerja banyak mana pun tapi takde pun rasa macam nak mintak puji cuma janganlah asyik nampak salah orang je. Kau dah kenapa syaitonnnnnn?

Boleh tak kau just buat je kerja kau? Kau jangan nak pertikaikan pasal kerja orang lain. Kau jangan nak sibuk cakap pasal orang lain tak buat kerja ke apa sebab orang tak pernah pun pertikaikan pasal kau. Perangai cantek sikit boleh tak?

Aku nak sangat tanya soalan ni depan muka kau. Apa yang kau dapat bila kau suka cari salah orang je tak habis-habis? Padahal orang tak kacau kau pun. Sikit pun tak heran dengan kau tau tak. Tak pernah nak ambil tahu apa lagi nak menyebok pasal kau. Tapi kenapa kau asyik nak ambik tahu dan menyebok pasal aku?

No caption, stupid.

Aku marah. Sangat marah. Rasa macam nak maki orang. Tapi aku masih boleh kawal lagi. Jadi sebelum aku maki kau, boleh tak kau tolong berhenti kacau hidup aku????!!!!!!

Fikirlah.

Cuba kita fikir.
Fikir semasak-masaknya.
Fikir sedalam-dalamnya.

Nak fikir apa?
Fikirlah apa saja.
Asalkan boleh difikir.

Fikir tentang keadaan.
Fikir tentang persekitaran.
Fikir tentang pekerjaan.
Fikir tentang kehidupan.

Gembira atau tidak?
Bahagia atau tidak?
Ikhlas atau tidak?
Cukup atau tidak?

Apa saja yang kita ada.
Apa saja yang di sekeliling kita.
Apa saja. Semuanya.
Bukan milik kita.

Kita kata milik kita.
Tapi kita lupa.
Bila-bila saja ia atau dia.
Atau pun mereka.
Boleh diambil semula.

Fikirlah selagi boleh.
Fikirlah selagi waras.
Semoga kita tidak buta.
Dan kalah dengan perasaan cuma.

Belajarlah untuk rela dan redha.