Nuffnang Ads

Sunday, May 31, 2015

Kerja dan kita.

Sibuk. Dua minggu yang ada ini tersangat sibuk. Kerja, kerja dan kerja. Waktu ini aku baru saja menjejakkan kaki di rumah. Outstation lagi. Terjaraknya kita kerana apa. Tapi percayalah, rindunya tetap ada.

Yang akan datang pun sama. Hari-hari sibuk kita sudah bermula. Hari-hari stress kita mula menjengah. Hari-hari urgent bak kata boss. Urghhh. Tension tapi aku suka kerana 6 tahun masa dipersia untuk sesuatu yang tak memberi apa.

Ilmu dan pengalaman takkan datang sendiri. Sebab itu aku gigih mencari. Duit, mungkin kerana duit. Kerana untuk senang dan berada di tahap ini bukan mudah liku jalannya. Dan mungkin kerana ada yang menjaga. Itu sebab kedua.

Tak mewah cuma aku tidak lagi susah. Bangkit daripada kepayahan itu bukan semudah kata. 

Kita tahu di mana dan bagaimana letaknya aku dahulu. Kau yang selalu bersama. Kau yang selalu menjaga. Kau yang selalu ada bila aku menangis dan ketawa. 

Tetapi, adakah kita lupa pada yang bernama janji?

Thursday, May 28, 2015

Jangan pernah lupa.

Kadang, kita lupa. Kita lupa tentang sesuatu. Sesuatu itu yang lebih berharga daripada tiada langsung apa-apa.

Kadang, kita lupa. Kita lupa tentang menghargai. Menghargai sesuatu yang ada yang sama menghargai kita.

Bersama tak semestinya bahagia. Bersama tak seharusnya selalu berdua. Bersama tak selalunya sentiasa ketawa.

Berdua juga tak melambangkan kita selalu senyum dan ketawa bersama. Tidak akan sempurna penzahiran yang penuh palsu andai segalanya tak datang dari jiwa.

Mahunya pada yang benar-benar punya rasa. Yang benar-benar sejiwa dan menjaga. Yang tak berkira apa dan kurangnya. Lebihnya pula sentiasa berkongsi bersama.

Aku yang sangat berbeda. Cuma kau yang sudah tak mengenal. Aku mohon jangan pernah lupa.