Nuffnang Ads

Wednesday, December 18, 2013

Antara cantik dan sempurna.


Ye kadang2 aku cemburu bila tengok org lain yg berfesyen begitu begini. Aku cemburu bila tengok kawan2 bertudung macam tu macam ni. Kadang2 aku rasa macam outdated. Kadang2 rasa diri tak in trend. Dan kadang2 aku fikir 'Eh canteknya pakai macam tu. Eh mcmana nak lilit gitu? Eh kat mana dia beli tudung dan baju macam tu? Eh kalaulah aku banyak duit sume2 tu aku nak beli." Tapi sudahnya aku fikir balik. Apa gunanya aku cantik di mata orang andai aku tak cantik di mata Dia. Apa gunanya aku melawa beria ikut orang sedangkan dalam hati sebenarnya aku lebih selesa biasa2 saja.

Itu caption yang aku tulis masa upload gambar ni kat facebook. Memang itu yang aku rasa sejujur-jujurnya. Kalau nak dilihat daripada zahirnya memanglah yang kiri tu yang kita teringin nak gayakan. Yang nampak cantik dan sempurna di mata orang luar yang memandang. Yang nampak anggun jelita di mata orang lain yang melihat. Walaupun kadang-kadang kita macam terpaksa dan tak rela. Semuanya hanya kerana nak dilihat cantik dan moden kan?

Aku selalu terfikir biarlah aku berpakaian ikut keselesaan diri aku sendiri. Bukan ikut keselesaan mata orang. Bukan untuk puaskan mata dan nafsu mata orang. Memang aku juga mahu cantik tapi biarlah cantik dengan cara yang selesa. Cantik dengan kemampuan dan pendirian kita. Cantik dengan gaya dan diri kita yang sebenar-benarnya. Tapi kebanyakan orang lebih suka berlawan cantik dan mengikut arus moden tanpa mengira sempurna dan selesanya gaya kita di mata Dia.

Kalau nak ikutkan diri aku yang sebenar, aku tak peduli tentang fesyen. Bukan aku outdated tapi biarlah aku berpakaian apa adanya. Ikut kemampuan aku sendiri. Aku lebih suka simple. Aku tak suka beraksesori. Aku tak suka berlilit-lilit juga sebenarnya. Sesekali itu boleh tapi selalu itu susah sebab nanti aku lambat siap dan susah nak rasa selesa lebih-lebih lagi bila ada anak kecil yang masih menyusu pulak tu. Dapat kat Zara semua benda nak ditarik nak dicabut nak dikorek nak dikutil. Baju pun bukan aku boleh pakai sesuka hati. Kena tengok kesesuaian Zara untuk breastfeed dan disebabkan itulah aku lebih suka simple selagi boleh dan yang penting tidak menyusahkan aku dan sangat memudahkan Zara.

Kadang-kadang kita ni terlalu risaukan cakap-cakap orang. Takut orang kata kita tak in trend. Risau orang kata kita ketinggalan zaman. Tapi nanti bila kat sana diorang ke yang akan tolong jawab tentang dosa aurat? Perlu ke kita terlalu nak berfesyen sampaikan melangkaui batas dan had yang sepatutnya? Aku tahu macam mana rasanya bila ada orang kata kita pakai baju ntah pape sedangkan baju yang kita pakai tu sopan, tutup dada, tutup montot. Sakit hati tapi demi untuk menjaga sepasang mata dan sebuah hati (errr sebuah ke eh?) aku cuma pekakkan telinga dan bisukan mulut. Asalkan aku selesa, asalkan aurat aku terjaga.

Sesekali ada juga aku terlepas pandang dan ambil mudah. Bukan aku tak pernah tidak bertudung. Ke Bali, ke Kuantan bergaya seksi. Bukan aku tidak pernah berseluar pendek, berskirt paras peha. Tapi itu dahulu dan semoga hati aku dikuatkan agar tidak kembali menjadi seperti itu. Itulah yang aku kata tadi. Aku cuma mahu simple, selesa dan jujur pada diri sendiri. Tapi benda jadi susah bila kita terlalu nak menjaga hati. Terlalu nak mencuri mata yang memerhati.

Betapa mudahnya hidup kita kalau tidak menjadikan gaya, imej dan penampilan sebagai contoh dan ikutan untuk kepentingan diri sendiri yang hanya memuaskan nafsu. Banyak benda boleh jimat, mudah, selesa, jujur dan yang penting sempurna aturannya di mata Allah. Semoga kita semua diberikan hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik disisiNya. Kita wanita memang hiasan dunia tapi bukan juga hiasan di neraka.

Cerita dalam lif.

Semalam aku kuar pi Alamanda jap nak pos beg yang supplier tersalah hantar. Dalam lif tu aku tengok ada sorang budak perempuan dalam umur 11-12 tahun tengah dukung sorang baby. Debab dan comel sambil pandang aku dengan mulut ternganga. Errr aunty ni comel sangat ek?

Aku tanya budak tu berapa umur baby tu. Dia cakap 7 ke 9 bulan entah aku tetiba lupa. Then aku tanya tu adik dia ke dan dia kata ya. Tetiba muka dia sedih dan sayu. Terkeluar satu ayat daripada mulut budak perempuan tu. Begini.

Budak perempuan : "Banyak sangat masalah.."
Aku : "Eh kenapa? Adik awak sakit ke?"
Budak perempuan : "Tak, bapak ngan ibu gaduh."
Aku : "Haa? Err abis ni nak pergi mana?"
Budak perempuan : "Nak pergi beli ......." (aku tak dapat tangkap apa yang dia cakap sebab slow sangat)

Sepanjang perbualan pendek tu berapa kali budak perempuan tu terbehenti daripada bercakap sebab menahan sebak nak nangis. Aku tengok muka memang nak nangis sangat pastu suara pun dah lain. Aku rasa kalaulah lif tu ada 100 tingkat dan banyak masa aku nak tanya macam-macam memang dah nangis kot budak tu.

Keluar lif tu aku terpinga-pinga. Alif pun tercengang-cengang pandang aku. Aku blur sekejap. Mula-mula tu aku rasa eh aku ada salah cakap ke sampai budak ni nak nangis? Aku salah tanya ke? Sampailah dia jawab bapak ngan ibu gaduh tu. Tu pun aku tak berapa clear sangat dengar dia jawab.

Jujur aku rasa tersentak kejap. Aku terfikir keadaan dan perasaan budak tu. Lari keluar rumah sambil dukung adik dia yang comel debab. Sebab apa? Mungkin sebab dah tak tahan dengan pergaduhan yang berlaku depan mata dia. Atau apa yang dia dengar mungkin. Aku terfikir apa agaknya perasaan dia masa tu. Perasaan bila tengok mak ayah kandung bergaduh. Perasaan seorang anak bila tengok rumahtangga kacau bilau depan mata.

Aku sebak. Aku tergamam. Aku tersentuh. Aku terbayangkan Zara. Aku teringatkan apa yang pernah aku lalui dulu. Aku cuba bandingkan dengan budak perempuan yang aku jumpa tu. Budak tu lawa. Benda pertama yang terdetik dalam hati aku masa pintu lif terbukak dan tengok dia dah ada dalam lif tu adalah 'Eh macam elfira loy. Besar ni mesti cantik.' Tapi siapa tahu apa yang dia lalui sebenarnya?

Aku tak boleh nak menilai dan menghukum. Sebab aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi daripada pandangan mata kasar aku ni aku dapat rasakan yang itu bukan pertama kali dia lalui situasi macam tu. Dia macam dah memendam lama. Macam dah bersedih untuk satu tempoh yang panjang.

Aku cuma mampu doakan dari jauh semoga dia dan adik dia tabah, sabar dan membesar dengan sempurna. Semoga keluarga dia akan baik-baik saja dan bahagia sentiasa.

Monday, December 16, 2013

Jiwa, nyawa dan segalanya.

Dhia Zara, bilamana kau menjadi nyawa. Kau juga jiwa. Kau adalah segala-galanya.

Bila aku marah, sedih atau susah hati. Ingatlah pada Zara dan aku akan tenang. Aku akan senyum membuang segala rasa negatif. Itulah indah dan hebatnya bila dikurniakan anak. The best one and only my pain killer.

Dia dah nak 2 tahun bulan depan. Bersamaan dengan tahun depan. Sebab bulan depan dah Januari 2014 uols! Kejap sangat masa tu berlalu. Daripada dia masih fresh daripada oven sampailah dah sebesar sekarang. Ragam dan keletah dia tu yang buat orang siyes tension! Mak ngan abah sendiri kata perangai Zara tu yang buat orang selalu teringat kat dia.

Zara dah clearly pandai panggil dan sebut mummy daddy. Tapi bila dia panggil jangan sesekali kau tak pandang atau buat tak tahu. Dia akan panggil, panggil dan terus panggil sampai kita pandang dan tengok atau dengar apa yang dia nak cakap atau tunjuk. Jangan sesekali kau tak fokus dengan dia. Maka bumi akan bergegar dengan amukan sang semut.

Dia anak yang sangat manja baik dengan aku mahupun dengan daddy dia. Apa lagi dengan nenek ngan atuk. Cucu-cucu lain boleh jadi hilang hak dek kerana tahap cemburu Zara yang tinggi sama seperti mummy. Eh apakah? Cemburu Zara tak kira dengan siapa. Maklong dengan nenek pun dia cemburu. Mummy ngan daddy pun sama cemburu. Mummy dengan baby orang lain dia cemburu. Sepupu-sepupu dia yang lain dengan nenek pun cemburu. Tiada yang tidak cemburu melainkan cemburu belaka. Satu perangai Zara, harta aku tu aku punya tapi harta kau? Aku jugak yang punyaaaaaa hahahahahaha

Zara kalau tak bagi mummy dekat dia boleh halau kita macam tu je. 

'Tak oleh!' = Tak boleh!
'Go! Go! Go!' = Pergi pergi pergi!
'Aneeee' = Saneeeee

Tu antara perkataan atau ayat-ayat cinta yang dia bagi. Kecewa hati mummy kena halau macam tu je dengan budak kecik. Tumbok kang.

Dia dah pandai cakap penuh. Dah boleh cakap dua tiga perkataan sekaligus dengan jelas. Contohnya 'Mummy, nak mamam!' 'Mummy, nak chuchu!' 'Mummy, nak minum!' dan banyak lagilah. Hari tu dia buat sepah pastu mummy tanya 'Siapa buat sepah?' Dia jawab 'Zara..'. Okay betul dah jawapan tu. Tapi bila mummy tanya 'Siapa yang nak kemas ni nanti?' Dengan hati yang ikhlas dan suci dia jawab selamba 'Mummy....'. Tu dah habis jujur dah tu. Tapi ada jugak bila sampai masa dia tak jujur dia akan jawab yang buat sepah mummy dan yang kemas pun mummy. Terima kasih anak. Sobsssss

Dan dia juga sangat hebat dalam mengajuk apa yang orang cakap. Kalau kita dengar apa yang dia ajuk kita cakap tu rasa macam nak tepuk je dahi dia tu. Hmmm hebat kan ciptaan Allah ni?

Antara itu dan ini.

Dalam dunia ni semua orang ada minat dan hobi masing-masing. Satu benda yang dapat melegakan ketensionan kita. Sesuatu yang boleh membuatkan kita lupa penat dan masalah. Satu perkara yang boleh buat kita happy. Katanya.

Tapi kalau dah jadi obses? This is not gooddddddddddddddd! Macam Yuri dalam filem 2012 eheh.

Bukan apa, kita memang tak boleh nak halang minat dan hobi orang. Tapi kalau dah sampai tahap obses sampai buat orang lain rasa tak selesa kan ke tak best. Pastu nanti orang tak puas hati kan dah boleh jadi gaduh. No no no~

Pada aku semua benda dalam dunia ni kena bertempat dan berpada. Tak boleh berlebih-lebih dan tak boleh jugak nak berkurang sangat. Biarlah sama adil dan saksama. Walaupun hakikatnya tiada yang adil dalam dunia ni.

Kita kena tahu kat mana nak letak priority sesuatu tu kat tempatnya. Macam aku sendiri jenis family type. Bila aku kerja aku tetap akan ingat family aku. Teringat anak tu lagilah. Kadang kalau rindu sangat aku call pengasuh untuk tanya Zara. Bila balik kerja pulak itulah masa untuk aku bersama dengan family lepas seharian tak jumpa. Itulah masa untuk kita ber'quality time'. Bonding time katanya. Makan sama, tengok tv sama, main dengan anak sama-sama. Itu aku. Keibuan tak? *kelip-kelip mata*

Aku pun bukan takde hobi dan minat. Tapi itu dah lama jatuh ke tempat ke bape puluh ratus dah lagi-lagi sejak wujudnya makhluk Tuhan paling seksi bernama Dhia Zara. Sebab keutamaan dan masa aku akan selamanya jatuh pada family. Beza babe. Beza.

Biarlah orang nak kata macam lah takde life luar ke atau macam lah tak jumpa diorang lagi dah. Kemon. Allah kurniakan mereka-mereka itu ada sebabnya. Untuk kau hargai, untuk kau nikmati waktu dan ruang, untuk kau sebarkan kasih sayang sesamanya. Kau tahu bila Allah nak tarik balik diorang daripada hidup kau? Kau tak tahu dan takkan tahu. Jadi masa yang ada tu jangan disia-siakan. Jangan pandang remeh dan ambil mudah dengan apa yang Allah dah bagi kat kita.

Apa yang Dia bagi dah sempurna. Cukup sempurna. Kalau kau jenis tak bersyukur je kau akan ketepikan family dan cari hiburan luar untuk puaskan hati dan happykan diri kau mengikut hobi dan minat kau tu. Family lah tempat terbaik untuk kau buang masa, untuk kau enjoy bersama, untuk kau bahagia. Orang luar belum tentu akan sentiasa bersama dalam susah senang kita. Belum tentu menangis bersama bila sampai duka kita. 

Eh kenapa macam emo ni? Hahahahah okbai!

Kursus bonding time.

Dua minggu lepas aku kursus kat Melaka. Siri 3 selepas siri 2 kat Ipoh dan siri 1 kat Pulau Pangkor. Macam yang sebelumnya jugak, ku hangkut semua yang ada kat rumah tu. Siapa? Duhhh~

Habis jugak akhirnya kursus fasa 1 ni. Harap-harap aku tak masuk dalam senarai kursus fasa 2 tahun depan. Markah LNPT tahun 2013 ni antara penentu kepada segalanya. Punca kepada kemasukan aku dalam kursus ni! Arghhhh tak rela!

Bila bawa Zara kursus yang boring pun jadi best. Tapi macam tak berapa fokus sebab asyik teringat dia kat bilik. Makan ke tidur ke main ke okay ke tak. Dan untuk pertama kalinya dia nak gak swimming kat pool. Walaupun ala-ala main tepuk-tepuk air je. Mummy bawakkan jugak bikini comel dia tu sebab memang dah tahu kat situ ada swimming pool. Seronok je dia tengok budak-budak lain main siap ada pelampung. Mummy nak belikan tapi kat situ takde jual. Hmmm next time ye Zara. Sian tengok dia macam teringin tapi takde pelampung. Aih, mummy memang selalu touching bab gini. Mesti laju je nak belikan benda yang dia nak.

Cuba tengok sian je muka dia teringin nak pelampung. Mummy faham isi hati mu nak.

Lepas habis kursus, kita jalan-jalan pergi Kelebang pastu naik beca pusing-pusing Melaka. Pergi istana lah itulah inilah. Macam suka je dia naik beca tu diam tak kata pape. Tegak je berdiri macam tengah nyanyi lagu Negaraku. Beca pulak penuh dengan anak patung Hello Kitty. Sakan kau siap pasang lagu Gwiyomi! Mummy pun over kbai.


Mungkin ini yang dipanggil bonding time for three of us. Better.

Zara dan susu.

Kat sini ada stalker. Dia dok kat Perlis. Hahahahah semoga dia terasa.

Lega. Itu perkataan yang tepat untuk keadaan aku sekarang. Ah bukan apa pun. Cuma masalah susu Zara berlaku lagi. Dah berapa bulan attendance aku tunggang terbalik huru hara dibuatnya sebab takde stok secara mengejut. Ibu susuan yang ketiga tak mampu nak supply lagi. Jumpa yang keempat tapi rupanya sama sebab rupanya stok dia tak banyak sangat dan tak terlarat nak kejar demand Zara.

Zara, nafsu susu mu umpama nafsu makan mummy pada burger GCB mekdi. Tapi sekarang burger tu dah takde. Temporary je. Sobssssss

Berikutan masalah tersebut, saya sering memohon cuti. Jika tidak saya akan membawa Zara ke pejabat. Saya semakin bingung kerana sampai bila masalah ini akan berakhir? Aku rasa macam propa sangat ayat nih.

Rezeki Zara sentiasa ada. Allah sentiasa membantu. Akhirnya Zara bertemu dengan ibu susuan yang kelima! Lima tau tak lima? Lima!

Keterpaksaan ini bukan satu yang disengajakan memandangkan Zara memang tak nak / reject habis-habisan dengan susu tepung. Masalah ni bukan masalah kecil. Contohnya kalau dia tak ngam dengan diaper A boleh tukar ke diaper B. Tak ngam B boleh pilih yang C. Tidak! Ini masalah susu. Keperluan harian Zara. Makan minum dia. Jadi aku tak boleh ambil mudah dengan benda ni. Bukan aku tak cuba paksa atau pelbagaikan jenama susu untuk try and error daripada susu lembu sampai ke kamben tapi kalau dah sampai tahap muntah-muntah, sanggup ke kita ni nak paksa anak tu minum jugak? Ni lagi budak-budak. Kalau jadi pape? Aku yang putih mata.

Alhamdulillah. Untuk sementara ni, aku harap masalah ni akan berhenti daripada mengganggu sampailah masanya untuk Zara berhenti menyusu sendiri satu hari nanti. Sebab bila susu menjadi masalah, habislah dengan kerja aku pun akan ikut bermasalah. Sebab takde stok nak bagi kat pengasuh nanti jadi aku akan selalu cuti atau bawa dia datang ofis.

Cukuplah Zara, mummy dah tak larat nak berdepan dengan masalah ni lagi. Takkan Zara nak ada 10 ibu susuan kot? Adoi mummy yang stress!