Nuffnang Ads

Tuesday, February 8, 2011

Hilangnya Segala Perasaan

Dikelilingi persekitaran yg sebegini telah menjadikan aku spt itu. Bagaikan sudah tidak tahu bagaimana mahu menghargai sesuatu. Memungkinkan timbulnya satu rasa. Sudah tidak kisah apa2 dan tak mengapa andainya mahu menamatkan cerita.

Di sana aku lihat dia spt tidak kenal mana yg salah atau yg benar. Leka dgn kehidupan di dalam dunia. Langkahnya semakin luas seluas langit yg tak bertepian. Pandangannya tidak terhalang dgn apa jua tembok yg ada. Kehidupan ini benar2 dinikmati sepuas2nya.

Di sini aku lihat mereka bagaikan manusia yg tak punya jiwa. Tidak kenal yg mana dosa yg mana pahala. Dalam keserba salahan diri, langkah ttp seiring. Walaupun hati sering berkata. Benarkah ini kehidupan kita? Apakah ini yg kita minta?

Segalanya menjadikan aku spt tak punya rasa. Rasa utk menghargai. Rasa utk mengenang. Apa yg ada hanya rasa kosong. Tidak kisah andai ianya berakhir. Tidak peduli kiranya segalanya tak berlaku. Aku bagaikan tidak pasti dgn diri sndr. Tak pasti dgn keputusan ini.