Nuffnang Ads

Friday, August 6, 2010

Manusia Memang Pelik

Manusia mmg pelik. Kdg2 boleh menjadi sgt pelik. Mmg diakui kebencian pd sesuatu atau seseorang boleh membuatkan kita berkata, berbuat atau berfikir itu ini. Sesuatu yg menjurus kpd kemarahan dan ketidak puasan hati. Lalu bibir boleh berkata apa saja. Tingkah laku juga boleh menjadi apa saja. Tp biarlah berasas dan bersebab. Bukan bertindak mcm org tak tahu malu. Ooppss! Wut da hell is dat? (direct sudah..penat tau nak fikir ayat yg berkias2 nih..)

Aku tak tau apa salah dia. Setahu aku dia tak mengganggu org lain. Tak tau lah kalau di blkg aku. Mungkin ada atau mungkin pernah dia menyakiti manusia2 itu. Yg kdgkala aku lihat terlalu emo dan melampau. Melampaui batas! Aku mahu mempertahankan tp lg lah melampau kalau aku tiba2 masuk campur. Sgt tidak berasas dan tidak logik. Cuma aku pelik dgn sikap manusia yg tak pernah nak puas hati dgn org lain. Ada je yg tak kena. Ada je yg nak didengki kan. Ada je yg nak dijadikan bahan. Knp 'org kita' selalu mcmtu? Suka melihat kejatuhan org sndr? Gembira bila mengutuk dan mengata org sndr? Bahagia bila memperlihatkan keburukan org sndr? Bertepuk tgn bila melihat org sndr terjatuh dan menangis. Lbh menyakitkan kalau yg buat mcmtu adalah kwn2 kita. Tanpa ada rasa bersalah asyik menjadikan kita bahan utk diperkatakan dan ditertawakan. Bersikap seolah2 mereka itu malaikat dan terlalu baik. Takde rasa bersalah ke dalam hati masing2? Takde rasa bersalah ke buat mcmtu pd kwn kita? Yg takde kena mengena pun nak lbh2 knp? Jd batu api? Dah takde pape tu buatla cara takde pape. Tak pyhla nak terhegeh2 lg. Wahhh~

Mungkin agak pening dgn ayat2 aku tu. Tuju pd siapa? Cerita ttg apa? Tp biarlah. Nak terlalu direct sgt pun tak boleh. Aku tak nak semakkan blog aku dgn cerita dorg sgt. Tak nak kotorkan blog aku dgn nama2 dorg. Lgpun dorg ada atau takde dlm hidup aku tak mendatangkan apa2 makna pun. Sama je. Cuma insan yg dorg perkatakan tu adalah org yg aku sayang. Aku tak kisah dorg nak nilai dia mcmana. Selagi hati aku tak berubah, biarlah aku menjadi org yg setia bersama. Selagi aku mampu utk bertahan, itu adalah janji yg ada. Manusia mmg pelik kan?

Sabar Itu Kunci

Almost 2 months. Knp? Kerana aku tak punya rasa utk bercerita. Ada 2-3 kwn yg bertanya. Ku bilang aku sibuk utk mengisi dgn cerita terbaru. 2 bulan yg berlalu bkn satu tempoh yg menyenangkan, menggembirakan mahupun membahagiakan. Lebih kpd bulan yg penuh kesedihan. Tp biarkan. Manusia tanpa pengalaman bagaikan minum kopi tanpa gula. Tak kira pahit atau manis pengalaman yg ada, segalanya adalah satu titian kisah yg telah ditempuh. Pengajaran yg cukup memberikan satu pengertian bahawa hidup ini tak mampu diramal mahupun diduga. Takkan mungkin kita memiliki apa yg kita mahu. Takkan mungkin kita sentiasa tersenyum setiap kali lena terjaga. Takkan mungkin bahagia sentiasa mendampingi laluan kisah bernama manusia.

Jika mahu dinyatakan di sini. Mmg tak cukup ruang. Aku tak tahu berapa entry yg akan tercatat. Tp aku tak mahu pndg ke belakang lg. Biarkan saja apa yg dah berlaku. Biarkan saja ianya berlalu. Spt kata kwn. Ada sesetengah manusia yg gemar melakukan pusingan U dlm hidup. Bkn kerana berpatah balik pd kesilapan tp mungkin pengalaman yg ada mengajar agar kembali utk menebus kesilapan. Apa saja yg berlaku aku kira adalah satu cerita yg takkan mungkin semudah itu dilupakan. Betapa segalanya adalah pertama. Segalanya tidak pernah dirasa. Mungkin kerana itu perit pedihnya terlalu sukar utk diterima.

Hari ini senyuman menghiasi wajah hati. Tidak pasti utk tempoh berapa lama namun itu sudah cukup. Aku bersyukur dgn apa yg aku miliki hari ini. Tak perlu lebih. Aku terima apa adanya. Kerana sabar adalah kunci kpd segala2nya.