Ada yg bertanya. Knp dah lama tak update blog? Ermm mmg byk emosi yg ada dlm hati tp tak terluah dgn jari. Kesibukan yg dilalui benar2 membataskan waktu yg ada. Utk diri sndr pun tiada masa yg tertinggal. Apa lg utk meluah di sini. Rindu sgt sbnrnya tp apakan daya. Beberapa minit jari jemari terhenti. Memikirkan apa yg mahu dinyatakan. Berkerut dahi. Mengenang setiap satu peristiwa yg pernah berlaku. Suka atau duka? Ketawa atau menangis? Segalanya2 ada.
Gangguan di sblh meja ofis ni benar2 memeningkan kepala. Pagi2 sudah bergosip dan buat bising. Tergencat sebentar idea yg ada. Kerana itulah bkn mudah sbnrnya mahu berkongsi di sini. Perlu tenang. Idea itu pasti akan dtg. Haihhhhh~ Ada yg ajak bersarapan pg. Harus aku pegi kerana aku sgt lapar. Oleh itu aku mahu berhenti sebentar. Kejap lg sambung~
Kembali! Boleh pulak blogging pastu benti pastu sambung blk kan? Heeeee~
Tiba2 hati rasa tenang. Tak tau knp. Melihat skrin laptop ini. Serba ungu. Hati berlagu. Tak terluah rasanya perasaan yg ada. Merindukanmu tak pernah aku jemu. Mengingatimu selalu ada dlm hati. Menyayangimu kian hari kian pasti. Saat perasaan ini ternyata di sini. Cinta itu semakin mekar. Mewangi di dalam jiwa seiring dgn namamu yg selalu berlagu indah di setiap hujung nafas yg belum berhenti. Waktu ini hati rindu. Rindu yg aku tahu dia tahu. Mengerti. Segala kesilapan aku hitung agar tak berulang. Memungkinkan sebuah kehilangan yg cukup takut utk dihadapi. Kenyataannya aku sudah tidak kenal erti dua dan tiga. Kerana dirinya bertakhta indah dalam ungkapan satu.