Nuffnang Ads

Thursday, December 3, 2009

Trip to Sabah

Baru2 ini aku pergi ke Sabah. Dgn family. 15 org kesemuanya. Yaaa kapal terbang itu kami yg punya. Huhuhu. Percutian itu memberikan aku satu ruang utk melupakan segala2nya. Fikir yg baik2 sahaja. Duit juga sudah habis. Pertama kali sejak aku bekerja aku merungut yg aku sudah tidak punya duit. Pertama kali! Itulah,masa mewah tanak beringat. Skrg ni padan muka aku. Tiada apa yg mahu dikongsi. Sekadar nak bgtau aku sudah sampai Sabah. Hehehehe. Alamak,tereksen sudaaa..!


Dia & Kamu

Disember hadir lagi utk kali ke 26. Dalam hidup ini. Menghampiri penghujung tahun 2009 memberikan aku satu peringatan bahawa aku sudah semakin tua! Umur sudah meningkat. Apa yg sudah aku capai? Hmm mungkin tak semua yg kita mahu akan kita perolehi dlm masa yg singkat. Usaha dan kesabaran perlu seiring dlm melewati kehidupan yg belum tentu apa,bila dan bagaimana kesudahannya. Matangkah aku dlm menzahirkan setiap perilaku dan fikiran? Terlalu kerap mereka mengatakan usia dan wajah aku tidak sepadan. Apa lg tingkah laku. Spt kanak2 riang. Mestikah aku peduli? Asalkan aku bahagia kan? Kejujuran dan ketelusan itu lbh penting rasanya drpd aku berpura2 dan berlakon spt wanita melayu terakhir abad ke 18. Mengikut telunjuk dan kemahuan org. Mengubah diri menjadi spt apa yg dia mahu. Kononnya mencari kesempurnaan? Argh hakikat sbnrnya sudah pun aku ketahui. Pembohongan yg aku terima bkn sedikit. Kononnya mahukan yg baik2 sahaja. Yg sempurna. Yg terbaik. Tp diri sndr sbnrnya lbh teruk dr itu. Khabar yg baru aku tahu baru2 ini juga benar2 memberikan aku satu kekuatan bahawa SEDIKIT PUN AKU TIDAK RUGI. Meletakkan dirimu begitu rendah di mata ini. Berubah utk kamu? Jgn kau mimpi.

Dia. Sentiasa hadir utk memberikan aku semangat. Sejak 2 tahun lps,katanya dia selalu menunggu aku. Katanya juga dia tidak boleh melupakan aku. Benarkah? Jujurkah? Aku sering mencuba utk membuka hati ini. Percayalah. Aku benar2 mencuba. Tp aku tidak mampu. Mungkin waktu yg berlalu selama ini hanya meletakkan kamu sebagai seorang rakan biasa. Masa dan peluang yg hadir dlm hidup kita sejak akhir2 ini hanya utk memberikan kita sedikit ruang utk bernafas dlm merasai bahawa hidup kita belum berakhir. Kita masih punya kawan. Ya,kawan. Sungguh kamu terlalu baik. Mungkin benar aku akan sedikit rugi. Tp aku benar2 tidak mampu. Perasaan ini hanya berhenti setakat itu. Kata emak, 'jgn ckp mcmtu sbb kita tak tahu masa dpn..nnt yg ko tanak tuela yg ko dpt..' Aku tidak menidakkan kata2 emak yg aku percaya mmg tiada yg mustahil dlm dunia ini. Tp apa yg aku pasti hari ini,waktu ini itulah yg aku rasa. Mmg aku tidak tahu soal masa dpn. Aku menerima sekiranya waktu itu dialah yg akan menjadi pemilik kekal diri ini. Tp mungkin bukan skrg. Kamu,bkn niat aku utk menjauh begini. Harapan yg aku berikan mungkin membuatkan kamu berasakan spt hidup itu hanya utk aku. Jauh aku hanya utk memberikan dirimu ruang dan peluang. Jgn pernah menganggap aku berniat dan sengaja. Itu bkn agenda dlm helaian nafas manusia bernama Nor Fazlina. Bkn aku tidak menghargai segala kebaikan dan pengorbanan yg kamu berikan. Tp kemampuan hati dan diri ini hanya setakat itu. Keadaan dan situasi diri ini takkan mungkin kau fahami dan mengerti. Namun andainya ada,pasti suatu hari nnt. Dan waktu itu,aku takkan menolak apa lg memungkiri.

Hanya di sini aku mampu utk mengatakan ini semua. Hampir setahun aku memendam rasa dan menahan perasaan. Sakit yg aku rasa bkn sedikit. Benar,jika ditanya pd aku sebulan yg lps pasti aku akan masih mengatakan ya. Tp skrg tidak lg. Cukuplah. Hari ini aku gembira. Bahagia yg mengiringi langkah amat2 aku hargai. Aku tidak mahu menjadi spt dia. Menolak peluang yg dtg yg pasti takkan lg diperolehi slps ini. Itu sumpah hati ini. Seharusnya perhatian aku berikan pd kerjaya dan keluarga. Itu lbh berharga dan bermakna. Lbh memberikan aku 1000 kebaikan yg aku akan pastikan dirimu hanya berada di bwh serendah2nya dan yg tidak akan aku pndg walau sebelah mata. Kasar bkn? U deserve for that. :)