Nuffnang Ads

Wednesday, January 14, 2009

Dia

17 Januari 2009 ni aku menunggu kehadiran seseorang yg terlalu berharga dlm hidup. Dia ingin dtg ke pondok buruk aku di kg. Bertanya khabar membawa makna. Membawa syg utk sehidup semati. Berkenalan dgn mak dan abah. Sungguh aku berdebar2 bila teringat. Betapa pelangi tak pernah berhenti mewarnai langkah perjalanan ini. Sejak dia aku kenali. =)

Hmm sejak mgu lps aku agak takde mood. Emosi tak stabil dan asyik nak mrh2 je. Yg jd mangsa? Juga dia. Namun,dia terus berjalan mengiringi di sisi. Memahami dan mengenali. Simpati yg terlalu pd dia kerana menjadi tempat aku melepaskan mrh dan emosi. Tp harus diapakan lg? Tabiat buruk ini terlalu sukar utk dihalusi. Sering saja dia yg menjadi mangsa. Kejamnya aku membiarkan keegoan menguasai diri. Apa salah dia agaknya? Tidak! Bg aku dia terlalu sempurna utk dicari cacat celanya. Terlalu indah utk dipertikaikan keburukannya. Dia terlalu sempurna di mata ini.

Semlm, 13 Januari 2009 sesuatu berlaku. Perasaan berperang emosi bertingkah. Betapa aku mrh kerana dia menyembunyikan itu dr pengetahuan aku. Aku dpt rasa ada yg tak kena dr mula sejak dia sering mengingatkan aku ttg takdir. Ttg bkn semua perancangan akan berjalan spt yg kita mahu. Ttg tidak semua yg kita mahu akan berlaku. Tapi bila difikirkan aku tahu dia risau. Risaukan perasaan aku yg pasti akan memberontak. Risaukan aku yg pasti tak setuju. Aku yg akan mrh. Aku yg akan mengamuk sesuka hati.

Aku cuba. Ya,betapa aku sedang berusaha utk menerima kenyataan itu. Walaupun ada air mata yg mengalir tp aku tak mampu utk menolak. Aku terpaksa terima. Belajar utk menerima hakikat dan takdir. Saat ini aku dikuasai rasa kasihan yg terlalu dlm. Perlahan-lahan ianya berganti dgn rasa syg yg teramat. Aku selalu meminta dia berjanji utk menempuh arus dugaan tp knp aku sndr tak boleh memberikan janji yg sama? Knp aku tidak mampu utk membahagiakan dia?

Wednesday, January 7, 2009

Dilema

Bukan aku minta
Tidak aku duga
Betapa perilaku manusia
Memberikan satu dilema
Ku khabarkan pada dia
Setia mengadu bercerita
Bukan memohon simpati
Sekadar berkongsi nasib diri
Air mata yang tumpah
Melahirkan kemelut resah
Sungguh diri pasrah
Walaupun yang ku dapat hanya marah
Salahkah aku
Atas dilema itu
Haruskah aku
Menjadi mangsa amarahmu?