Nuffnang Ads

Monday, April 6, 2015

Berikan aku masa.

Aku menilai dari sudut perspektif yang berbeza. Menilai tentang sebuah kesungguhan dan ketulusan. Walaupun sehari dua tak menjamin kita berdusta. Walau bertahun tak bermakna kita setia bersama. Semuanya tak menjamin apa.

Ada yang kata aku tak percaya takdir Dia. Bukankah setiap yang berlaku itu punya hikmahnya? Kenapa dan mengapa tidak kau perhalusi sendiri tentang apa yang berlaku? Tentang hikmah sebuah yang bernama ujian? Tentang sebuah yang bernama kesilapan?

Justeru itu ku perkuatkan langkah untuk terus berlalu. Walaupun berat tapi aku tahu ianya perlu. Kerana penilaian aku tentang sesuatu itu benar-benar aku fikirkan. Tentang masa. Tentang rasa. Tentang jiwa. Segala-galanya aku jadikan sebab untuk melangkah walaupun perlahan.

Masa? Ahhh sudah terlalu lama aku berikan masa. Yang akhirnya cuma berlalu tiada apa.
Rasa? Aku sudah bosan bercakap tentang rasa. Yang masih tiada apa.
Jiwa? Muak sudah bila berdebat tentang jiwa. Yang sudah hilang entah ke mana.

Ketawa itu benar-benar gembira. Pengharapan tentang sebuah kehidupan baru yang memberi harapan. Terpaksa itu mungkin akan berubah menjadi rela. Walaupun aku sendiri tak tahu bila.

0 comments: