Nuffnang Ads

Thursday, August 13, 2015

Kau dah kenapa?

Kita ni pergilah mana-mana pun. Duduklah kat mana, tinggallah kat mana, kerjalah kat mana sekali pun. Mesti akan ada backstabber di sekeliling kita.

Kadang kita rasa kita macam baik je dengan dia. Boleh pergi lepak minum pagi, tengahari, petang sama-sama. Boleh bergosip pasal bos ke kerja ke sama-sama. Boleh dajal orang hack facebook atau sakat kita gurau sama-sama. Kita rasa lah.

Tapi manusia ni rambut je sama hitam. Yang dah ada uban tu tak kira. Basic dia tetap hitam. Tapi hati manusia ni tak sama. Depan kita senyum je, tapi belakang kita pegang pisau tunggu masa nak tikam kita. Mulut pun sama tak berhenti-henti menjaja cerita, memburukkan orang, mencari salah manusia.

Kita buat kerja orang tak nampak. Kalau kita tak buat kerja memang jahanamlah confirm kena hentam. Buat kerja banyak mana pun tapi takde pun rasa macam nak mintak puji cuma janganlah asyik nampak salah orang je. Kau dah kenapa syaitonnnnnn?

Boleh tak kau just buat je kerja kau? Kau jangan nak pertikaikan pasal kerja orang lain. Kau jangan nak sibuk cakap pasal orang lain tak buat kerja ke apa sebab orang tak pernah pun pertikaikan pasal kau. Perangai cantek sikit boleh tak?

Aku nak sangat tanya soalan ni depan muka kau. Apa yang kau dapat bila kau suka cari salah orang je tak habis-habis? Padahal orang tak kacau kau pun. Sikit pun tak heran dengan kau tau tak. Tak pernah nak ambil tahu apa lagi nak menyebok pasal kau. Tapi kenapa kau asyik nak ambik tahu dan menyebok pasal aku?

No caption, stupid.

Aku marah. Sangat marah. Rasa macam nak maki orang. Tapi aku masih boleh kawal lagi. Jadi sebelum aku maki kau, boleh tak kau tolong berhenti kacau hidup aku????!!!!!!

Fikirlah.

Cuba kita fikir.
Fikir semasak-masaknya.
Fikir sedalam-dalamnya.

Nak fikir apa?
Fikirlah apa saja.
Asalkan boleh difikir.

Fikir tentang keadaan.
Fikir tentang persekitaran.
Fikir tentang pekerjaan.
Fikir tentang kehidupan.

Gembira atau tidak?
Bahagia atau tidak?
Ikhlas atau tidak?
Cukup atau tidak?

Apa saja yang kita ada.
Apa saja yang di sekeliling kita.
Apa saja. Semuanya.
Bukan milik kita.

Kita kata milik kita.
Tapi kita lupa.
Bila-bila saja ia atau dia.
Atau pun mereka.
Boleh diambil semula.

Fikirlah selagi boleh.
Fikirlah selagi waras.
Semoga kita tidak buta.
Dan kalah dengan perasaan cuma.

Belajarlah untuk rela dan redha.

Tuesday, August 11, 2015

Nak pakai baju apa?

Haihhh bagusnya kalau dalam akaun bank ada 2.6 billion. Tak payah billion la. Juta pun okay. Eh 260 ribu pun dah Alhamdulillah sangat. Tetiba.

Minggu ni ada kenduri kahwin cousin. Dua orang adik beradik sekaligus. First thing is, baju apa nak pakai? Selalu macam tu. Kenapa perempuan mesti macam ni? Baju sampai 3 almari but still tanya baju apa nak pakai? Still cakap I takde baju nak pakai!

Sepagi dok tengok website la Facebook jual baju la. Tengok JM macam sayang duit. Tengok Fazbulous pun macam not worth it. Ada yang berkenan tapi tetiba takde size. Ada jubah tapi sooo not me sebab rasa macam tak pernah sesuai pakai jubah. Aku prefer dress so that nampak tinggi and curvy. Tapi kenapa aku beli jugak jubah tu. Siap cakap dengan kawan, pakai jubah nanti tak hot haha. Urghhh kita test dulu bila sampai nanti.

Hujung bulan pun ada kenduri kahwin cousin jugak kat kampung. Sebelah rumah je. Baju apa nak pakai? Baju lagi? Ya ampun perempuan! Apa masalah perempuan sebenarnya? Sobssss.

Hari tu nak jamuan raya jabatan pun beli dress baru kat poplook. Zara cakap mommy macam princess. Mermaid cutting and curvy. Terus perasan slim and sexy. Suka sangat dengan baju tu so nanti kalau dah takde baju sangat pakai jelah baju tu tapi nak buh manik dulu kat tangan. Bagi letops sikit. Eh dah kenapa kau yang over daripada pengantin. Harus la iols kan cousin paling letops. Yeay perasan okbai.

Gila baju kenapa entah sekarang ni. Nak melawa je pergi kerja. Tapi apa nak kisah sebab aku rasa semua perempuan macam tu kot hewhewhew. Macam aku cakaplah, kalau kita happy muka senyum je kau pakai T-shirt pun lawa.

Esok sambung cari baju. Okbai #senyum selalu.

Monday, August 10, 2015

Keep calm and chill.

Bila aku happy, aku suka nak bercerita. Orang kata kalau orang tu betul-betul happy dia takkan cerita. Kalau cerita pun mesti macam nak cover something. Ke nak show off? Atau nak create something yang tak wujud?

Tapi tak. Aku betul punya happy. Sebenarnya memang banyak beza bila kita lebih relaks, chill dan tenang. Bak kata orang tu, kita tidak menyetereskan orang. Apa punya bahasa entah. BM fail lettewwww.

Betul la. Bila kita lebih banyak sabar, cuba memahami dan kawal perasaan marah atau pun tak cepat melenting dia punya kesan tu memang banyak yang positif. Of course la bila kita fikir positif, outcomes dia pun banyak yang positif kan. Bagus untuk diri sendiri jugak sebenarnya. Siapa yang tak tahu aku ni cepat melenting hahaha. So kita kena keep calm. 

Api lawannya kan air. Jadi kita kena selalu jadi air. Jangan asyik jadi api je okay. Barulah rasa sejuk je hewhewhew.


I feel good.

Always. I just can't stop doing this.

Sunday, August 9, 2015

Rela dan redha.

Bila orang tahu keadaan dan status kami, orang mesti akan fikir Zara kurang kasih sayang. Ehhh tolong sikit tau.

Zara bertuah sebab ramai yang sayangkan dia. Ramai yang ambil berat pasal dia. Selalu tanya khabar dan nak tahu perkembangan dia. Even dalam Facebook sendiri ramai yang mengaku suka jadi silent reader / stalker bila aku update apa-apa pasal Zara.

Walaupun aku dengan dia dah separate tapi itu tak bermakna Zara tak cukup kasih sayang daripada kami. Tak semestinya tak duduk sekali tu kita tak boleh nak tumpu perhatian dan bagi kasih sayang kat anak. Duhhh so cliche.

Aku tahu bila dia dengan daddy dia, memang dia akan di manjakan. Aku tak kisah sebab she is the one and only for both of us. Masing-masing ada hak dan cara sendiri untuk ekspresikan kasih sayang. The main point is aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Jangan pisahkan dorang berdua. Bagi jelah kalau dia nak jumpa atau jaga sekejap. Tak bolehlah nak fikir tekak sendiri nak tunjuk ego macam bagus. Buat apa nak babitkan Zara kan kalau dah memang weols dah tak boleh nak go on so let go jelah. Tak kuasa nak stay nak terhegeh-hegeh lagi buat apa. And we are much happier now. Seriously. Masing-masing dah ada hidup sendiri.

So kat mana yang nak kata anak tak boleh nak dapat kasih sayang secukupnya? Both family pun sayangkan Zara. And I'm so thankful on that part. Kita yang kena main peranan. Jangan selfish dan jangan jadikan anak mangsa pada keegoan dan kebodohan kita contoh nak balas dendam kononnya. Jangan libatkan anak kalau kita ada masalah. Tipu kalau takde gaduh tapi itu masalah kita. Bila masuk bab Zara terus jadi macam takde pape yang jadi. Walaupun terpaksa haha.

Zara tu jambatan yang mengikat. Dan mommy rela dan redha demi Zara. Senyum, dan hiduplah.

Jadilah yang halim.

Nasihat orang bila kita tengah marah kita kena buat something yang berlawanan untuk control diri kita.

Contohnya kalau tengah berdiri, kita duduk. Kalau kita tengah duduk, kita berdiri. Selain daripada beristighfar dan lebih afdhal lagi cepat-cepat ambil wudhu' untuk lawan segala amarah.

Kalau tengah marah memang susah sangat nak control diri kita. Nak control perbuatan daripada jahanamkan harta benda contohnya. Nak control mulut kita daripada keluarkan perkatan dan ayat yang boleh mengguris perasaan orang. Nak control tangan kot terpukul anak bila dah marah sangat.

Bila amarah tu dah tahap menggunung memang tak terfikir kot nak istighfar aku rasa. Kalau tengah bercakap memang @*#£%&?! lah yang keluar. Kalau tengah message pun habislah orang tu kena maki kot.

Aku rasa kita sendiri yang kena lawan amarah tu. Sebelum amarah tu yang control diri kita dan sementara masih ada fikiran yang waras tu cepat-cepatlah tarik nafas, hembus. Buatlah banyak-banyak kali 2.6 billion sekali pun sambil istighfar. Jauhkan diri sekejap daripada punca yang buat kita marah. Lawanlah selagi boleh. Syokla setan dok kipas api kemarahan tu. Suis 5 aku rasa kipas yang dia pakai.

Satu artikel yang aku baca dan aku amalkan sekarang. Bila nak marah Zara atau aku dah terbuat dia menangis aku akan tarik dia dan peluk seerat-eratnya dan aku baca Al-Fatihah sambil peluk tu. Dalam masa 15 saat lebih kurang dia akan slowly calm down dan aku akan cepat-cepat usik atau geletek untuk buat dia ketawa.

Its just not easy babe. Hanya manusia yang kuat je yang boleh lalui. Untuk kes lain aku akan cuba untuk sabar dan kawal diri. Contohnya elakkan daripada message yang bukan-bukan. Kurangkan tuduhan atau prasangka. Kurangkan perli dan sindir. Maniskan muka manjakan senyum. Cuba untuk memahami keadaan dan percaya.

Aku kena ingat, lidah tu lagi tajam dari pedang. Sakitnya lebih lagi. So, kena berubah dan lebih berhati-hati.

Eh terpanjang pulak kali ni. Sekian, terima kasih.

Saturday, August 8, 2015

Nice weekend.

Berhujung minggu dengan Zara kadang-kadang buat aku rasa macam serupa tak payah cuti haha. Tapi bila dia takde eh sedih pulak rasa.

Aku takkan dapat nak bangun lewat. Selain daripada dia kacau tapi kerana atas rasa tanggungjawab. Dah jadi mak orang weh. Jadahnya nak bangun lambat. Cuti ke tak cuti ke sama jela.

Weekend ni memang takde keje lain selain daripada basuh baju, sidai baju, lipat baju. Lepas tu vacuum rumah pulak. Tetiba ada orang baik hati hantar satu polistrin besar durian yang dah siap kopek. Bahagianya hidup vacuum rumah sambil menari-nari. Kahkah sape suruh upload gambar durian kat Facebook. Kan dah kena paw.

Minggu ni ada banyak program. Nak ke Shah Alam, nak pergi Hotel Blue Wave. Semuanya sebab nak makan. Eh raya tak habis lagi kan. Orang jemput kita pergi. Orang tak jemput pun kita pergi jugak.

Have a nice weekend uolsssss!

Marah biar bertempat.

Kita selalu marah pada sesuatu. Ya sesuatu. Sesuatu yang menyakitkan hati atau buat kita kecewa. Kita marah tapi kita tak pernah nak check diri kita.

Kenapa kita marah anak bila dia meragam tunjuk perasaan padahal dia tak tahu pape? Mungkin dia nak perhatian tapi kau sibuk dengan handphone.

Kenapa kita nak kecik hati dengan bos bila dia marah kita walaupun kita dah buat kerja? Mungkin kerja kau siap tapi tak seperti yang di arahkan.

Kenapa kita marah kawan yang nasihat kita sedangkan dia tak tahu pun pasal kita? Mungkin kita tak perasan yang ada perkara kita dah buat kawan terasa.

Periksa la diri kita dulu. Macam mana kita layan orang tu? Macam mana kita buat kerja? Macam mana kita tunjukkan perangai kita?

Kadang-kadang sikap dan perangai kita tu yang buat orang jadi berubah dan buat hal contohnya. Kalau diri sendiri tak mampu nak beri yang terbaik, kenapa kau perlu marah bila orang mencari sesuatu yang boleh buat dia lupakan masalah walau sekejap? Pernah tak kita fikir keadaan orang bila kita sendiri tak mampu nak bagi apa yang dia nak?

Sempurnakah kita untuk mencapai bintang di langit? Sempurnakah kau untuk menjadi bulan yang satu? Sempurnakah kau untuk mempertikaikan aku?

Tuesday, August 4, 2015

Semoga berjaya.

Minggu lepas aku pergi beraya. Menjejakkan kaki ke satu tempat yang dah bertahun aku tak pergi. Okay takdelah bertahun sangat pun sebenarnya. Tapi lebih setahun jugaklah.

Entah tiba-tiba aku rasa kemenangan itu berpihak pada aku. Aku rasa sangat menang. Walaupun tak terbukti pada zahirnya tapi aku boleh rasa benda tu.

Banyak dan macam-macam cerita yang ada. Aku cuma mampu diam dan senyum. Geleng kepala pun ye jugak.

Aku cuma mampu ucapkan semoga berjaya je.

Dendam belum terhapus haha

Manusia ni dia ada banyak jenis, ada macam-macam perangai. Sama ada dia tunjukkan atau tidak, kita nampak atau tak.

Manusia bila berdendam? Kita nak balas secara terang-terangan atau pun secara halus je? Secara terang-terangan nanti kalau orang tahu kita jugak yang bermasalah. Jadi lebih baik secara halus je kan? Cara halus tu bukan guna bomoh ke apa la oi. Tapi secara sembunyi. Balas dendam gila-gila pastu senyap simpan sendiri pastu rasa macam puas hati gila kan. Padan muka kau sebab kau tak tahu aku dah buat kau macam tu. Haaa gitu la perasaan dia lebih kurang.

Kadang kita rasa tak perlu nak balas. Sebab takkan ada kesudahannya pun. Tapi kalau dah melampau sangat kita kena jugak ajar. Dia tahu atau tak itu belakang kira. Janji puas hati.

Itulah, manusia ni mudah lupa. Sangat mudah lupa. Masa takde sibuk nak cari. Masa ada kau duduk sebelah pun dia nampak kau macam mak lampir. Tapi kira oklah dia masih nampak. Kalau kau kat sebelah pun dia anggap kau macam takde? Lagi sayu pilu haha. Tu pun kau nak perasan syok sendiri konon masih rasa diperlukan lagi. Sedih hidup macam tu kan.

Orang kata tak baik nak main balas-balas ni. Tak baik berdendam kan. Bertuahlah kalau orang yang tak kenal siapa aku ni. Kalau kau rasa kau kenal, tahniahlah sebab aku dah balas senyap-senyap. Okbai.

Siapa orang di sekeliling kita?

Dalam hidup ni, bukan susah kita nak kenal siapa orang di sekeliling kita. Bila kita susah, sedih dan sakit. Siapa yang akan membantu? Siapa yang akan datang menghulur tangan? Siapa yang akan hadir menyandarkan bahu?

Bila orang tu buat bodoh je, kau pun sendiri tahu. Boleh fikir siapa kau kat mata dia. Boleh nampak dekat mana letaknya diri kau dalam hati dia. Boleh agak penting atau tidak kau tu dalam hidup dia.

Tapi baru-baru ni memang aku sangat nampak. Siapa yang menganggap betapa tingginya harga diri aku. Betapa berharga dan bermaknanya aku. Orang yang menganggap aku penting dan sentiasa takut untuk kehilangan aku. Siapa kawan dan siapa lawan.

Katanya, perhatian dan bantuan tak perlu dicanang. Sembang hebat kalau macam tu. Tapi lebih baik kalau tiba-tiba terus datang tunjuk muka bawak makanan contohnya. Oh really? Berapa banyak aku boleh dapat kalau aku cakap yes. Kau takkan pernah tahu. Jadi kita kena ingat perhatian itu bukan semestinya dengan perbuatan semata-mata. Tapi dengan call atau msg tanya khabar pun kita dah happy dah kan.

Dia bagi aku kawan-kawan yang baik. Yang rajin call dan msg tanya kau dah makan ke? Kau dah makan ubat? Kau dah pergi klinik? Kau dah mandi? Eh sampai aku naik rimas. Tapi itulah yang buat aku kenal siapa orang di sekeliling aku. Macam aku cakap tadi la. Siapa sebenarnya orang di sekeliling kita?

Terima kasih kawan-kawan. Sampai sekarang pun masih tak berhenti tanya. Duhhh~ 

Demam, sedih.

Raya takde mood nak update. Bukan takde mood sangat tapi lebih kepada takde masa. Lepas cuti raya baru sehari kerja demam panas tetiba je datang rumah. Menggigil sejuk sampai berhari-hari. Terpaksa pass Zara kat dia tolong jaga kejap.

Selang berapa hari baru aku nak baik Zara pulak berjangkit viral fever tu. Lagi teruk suhu atas 39 je lagi-lagi tengah malam. 4 hari aku tak cukup tidur, 2 hari tak kerja terus. Outstation ke Johor pun terpaksa cancel sebab tak sampai hati nak tinggal Zara. Hampir menitik saliva ku bila tengok gambar durian dan makanan dalam group wasap program kat Johor. Harey btoi saja bikin panas.

Alhamdulillah Zara dah okay dah pergi school. Tapi aku masih belum sihat sepenuhnya. Tapi best sebab ramai yang concern dan ambil berat. Yang nak hantar pergi klinik, yang nak hantar ubat, yang nak bawak pergi makan, yang nak tolong papah. Oiiii tak payahlah nak lebih sangat. Macam la aku ni koma tak sedar diri.

Kadang-kadang seronok bila sakit sebab kita akan nampak siapa yang sayang kita. Siapa yang ambil berat dan risaukan kita. Siapa yang sungguh-sungguh nak jaga kita. Semuanya kita akan nampak. Tahniah kepada yang berjaya. Ehhh?

Tuesday, July 14, 2015

Tudung raya.

Letih. Tiap tahun selalu jadi macam ni. Suka buat kerja last minute. Suka sangat susahkan diri sendiri pastu stress sorang.

Penat cari tudung untuk baju first raya nanti. Wasap agent sana sini, dari Rawang ke Bangi ke Kajang ke Shah Alam semua takde stok. Semua dah sold out. Warna yang aku nak tu memang takde.

Ni semua sebab nampak ada orang pakai tudung warna yang matching sangat dengan lace baju kurung aku. Padahal masa tu dah dapat dah tudung untuk baju tu. Tapi bila nampak tudung pempuan tu terus nak beli jugak tak kira tak pedulik biarlah ada dua tudung sama warna pun.

Agent bagi pilihan lain. Memula tanak tapi lepas mintak pendapat kawan dia kata okay je aku pun ambik jela daripada takde.

Haih la lady love kenapa la susah sangat nak dapat kau nih. Tuela buat kerja last minute lagi. Padan muka sendiri.

Thursday, July 9, 2015

Think and decide.

Doktor pesan Zara kena dikuarantin. Tak boleh pergi school! Huh dahla taska yang buat dia kena chicken pox ni. Siapalah yang bawak virus agaknya.

Then, I have to think and decide. Zara kena balik kampung atau mommy cuti terus sampai lepas raya. Lagipun takde hati dah nak kerja. Bosan, meluat, menyampah, benci semua ada. Environment pun boring.

Kena cepat buat keputusan adoiii stress mak rasa. Kerja ada lagi tapi tak boleh nak kerja. Tapi dah malas nak kerja fikir raya je rasa. Jiwa mana jiwa? Hilang entah kat mana.

Seriously aku rasa dah malas nak masuk ofis. Lepas raya jela kerja. Boleh jalan dengan semua orang. Serabut betul nak fikir. Baik mommy fikir pasal anak yang tak sihat ni.

Bila.

Kita akan more appreciate people yang selalu ada dengan kita bila kita sedih atau susah. Mostly akan dikenang selalu as a person yang faham kita whatever the situation is.

Sebab tu orang kata bila kita jatuh kita akan kenal siapa kawan dan siapa lawan. Siapa yang stay siapa yang blah. Siapa yang bantu siapa yang tidak.

Kita sentiasa perlukan orang untuk bercerita dan mengadu. Kita nak ada orang yang sentiasa mahu menadah telinga menghulur bahu. Untuk mendengar dan bersandar.

Waktu ini, siapa yang bertanya khabar dan selalu bersama itu yang akan dikenang dan dihargai. Bagi yang diam tak punya hati, selayaknya kau dibenci.

Chicken pox and Zara.

I'm panic! Dulu masa aku kena chicken pox masa tu baru darjah 5. Tak sekolah seminggu pastu exam pun tak ambik kena delay. Tapi yang bagusnya walaupun lepas tu kena ambik exam sorang dalam bilik guru I'm still manage to dapat nombor satu. Sakit bukan penghalang.

Tapi bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. Tengah memanjakan Zara kat pangku sambil tengok tv tetiba mata aku terpandang something kat tepi muka dia. Ada dua biji macam jerawat satu dah pecah satu lagi masih kembung. Melompat i tarik dia pergi bawah lampu then check her whole body.

Dan aku dapat kesan ada beberapa biji lagi kat tempat lain. Then entah apa motif aku emo terus tarik dia aku peluk then nangis semahu-mahunya. Errr. I dunno why. Aku rasa sedih dan sayu sangat. Tetiba rasa macam lost tak tahu nak buat apa. Call mak pun aku nangis. Rasa cuak, panik, risau semua all in one. Apa kehey la aku nih.

Call her daddy ask him to bring Zara to the clinic. I'm sure that is chicken pox la. Badan pun dah hangat sikit dah ni. Arghhh panik panik panik! Dahla nak raya lagi. I cannot imagine how's the raya will be.

Sedihnya la rasa tengok anak macam tu. Dengan aku yang tengah blur lagi. Seriously macam bengong je rasa pastu sedih gila rasanya. I'm crying out loud then.

Kerja dan nekad.

Fokus pada kerja tu kadang-kadang boleh buat kita lupa pada masalah sekejap. Walaupun tak lama tapi sekurang-kurangnya membantu untuk kita lupakan benda-benda bodoh tu.

Siapkan minit mesyuarat pun salah satu cara untuk lupakan masalah dan bagi tumpuan sepenuhnya pada kerja yang ada. Tapi bukan senang nak buat minit mesyuarat kalau otak tak fokus. Mana nak fikir ayat, mana nak taip, mana nak dengar recorder lagi. Orang nak call pun aku tak bagi. Jangan kacau orang nak buat minit!

Tapi kita tahu kita kena siapkan jugak kan? Dah namanya kerja. Suka ke tak suka ke kenalah nekad siapkan sebelum bos tanya untuk kali kedua. Walaupun dah tak larat nak fikir ayat dah ni.

Cakap pasal nekad. Hmmm nekad. Ye nekad. 

Semak.

SEMAK!!!

Tuesday, July 7, 2015

Hidup yang tiada jiwa itu apa?

Kau tahu, hidup tak semudah seperti yang kita rancang. Nak plan nak itu ini memang senang nak sebut. Tapi yang tentukan tetap Dia. Usaha macam mana pun, kuasa tetap pada Dia.

Apa saja yang ada dalam dunia ni semuanya tak kekal. Tak akan kekal. Peganglah kuat mana pun, ikatlah seketat mana pun, kalau bukan rezeki kita makanan dalam mulut pun boleh keluar balik.

Lumrah, manusia memang susah nak terima kenyataan. Bila dah takde baru kita kelam kabut nak menyesal nak rasa kehilangan. Masa ada kita tak nak pulak hargai.

Yang manis tetap manis. Yang sudah tawar, kau taburlah selautan gula sekalipun rasanya tetap tiada. Kosong dan tak punya jiwa. Tiada rasa, cuma terpaksa.

Monday, July 6, 2015

Rahsia.

Orang kata, kadang-kadang ada benda yang kita patut bagitahu. Tapi ada jugak benda yang tak payah bagitahu langsung.

Ada benda yang kita kena rahsia. Ada benda yang kita mesti sembunyi. Ada benda yang kita perlu sorokkan.

Kesan dan penerimaan manusia adalah berbeza. Bukan semuanya boleh terima dengan baik dan dengan hati yang berbuka apatah lagi nak berfikiran positif.

Persoalannya sekarang, adakah penerimaan dan perasaan yang ada itu akan masih sama dan tetap akan bertahan sekiranya kau tahu semua rahsia yang tersimpan?

Sesungguhnya, memang terlalu banyak rahsia. Kisah hebat antara dua jiwa. Semuanya memang misteri. Biarlah kau fikir dan cari sendiri.

Dan andainya kau ketemu. Waktu itu, jangan pernah menyesal kerana masih mahu berada di situ.

Durian free.

Blogging sambil makan durian tu best. Sambil makan sambil taip sambil menung. Aku cuma mampu senyum. Durian free memang sedap.

First time buka puasa kat luar hari ni. Selain dengan family kat Seremban hari tu. Lepas makan tak tunggu lama budak kecik buat hal. Nak itu la ini la. Lepas buka pergi ofis jap bagi tengok YouTube seminit dua dah jom balik.

Letih semalam tak hilang lagi. Sampai bila entah baru tak letih memanjang letih saja aku ni. Batuk pun still tak okay lagi. Tapi sebab aku tengah hangin tak peduli la demam ke panas ke aku belasah gak durian tu. Niat hati nak share tapi sape suh ego padan muka aku makan sorang 5 bijik.

So cerita dia sekarang aku dapat durian free. Suka makan. Tapi Zara tak suka. Ikut sape pun tak tau.

Soal percaya.

Hidup ni hakikat. Pahit atau manis, suka atau tidak, kau tetap kena telan jugak. Walaupun susah, payah, perit tapi bila yang bernama sebuah hakikat dan kenyataan, itulah jalan hidup yang kau mesti terima.

Percaya atau tidak itu masalah diri sendiri. Aku pernah percaya tapi bila sekali kepercayaan itu dikhianati, tiada apa lagi yang tinggal waima 1% sekalipun. Sebab? Aku tahu dan yakin benda tu akan berlaku lagi walaupun janji untuk tak ulang lagi ditabur 1000 kali. Walau seinci pun aku takkan pernah percaya lagi. Aku berhenti untuk mempercayai.

Bertahan tanpa rasa percaya itu bodoh. Bertahan tanpa ada kepercayaan itu buang masa. Tanpa percaya apa saja yang kau ada takkan ke mana-mana. Kerana hati tak akan tenang, hidup tak akan aman. Penuh dengan curiga dan prasangka. Cemburu tak berhenti membuta tuli.

Bertahan kerana sesuatu itu juga biar ada batasnya. Bertahan kerana seseorang itu pun biarlah kena pada tempatnya. Sedangkan hati sendiri tak rela. Sedangkan hati sendiri dah tak punya jiwa. Sedangkan dalam hati dah tiada rasa.

Kalau kau tak percaya, kenapa kau masih ada? Kenapa kau masih di situ? Aku ulang, itu bodoh. Sangat bodoh. 

Apa yang kau nak lagi sebenarnya?

4 in the morning.

Its already 3.30am now. Dah tido tapi terjaga then terus makan. Dah lama takde rasa macam ni.

Bila terjaga kita ada perasaan marah dan benci. Kita rasa macam betul ke eh. Kita ada rasa macam 'what the hell is going on?'

Nasib baik ada budak kecik kat sebelah I. Look at her face then I am okay.

I'm just too tired. Awal pagi dah bangun buat kerja rumah. Even sampai dah nak maghrib baru betul-betul stop tu pun still ada yang tak sempat sebab dah penat sangat.

Zara ada ke takde ke still bangun awal. Susah betul nak tido lama ke nak rasa bangun lambat ke. That's not me. Its all about responsibility. Being a mom then play the role.

Merepek apa pagi-pagi buta ni. Erghhh sometimes I'm just being too sarcastic for those yang suka menyusahkan hidup orang lain. Stop it la.

Sunday, July 5, 2015

So?

How peaceful I am for a month. Tapi bila tetiba I dapat tahu something. Ini memang buat orang marah.

Could you please stop being a stupid moron stalker? You! Yes, you!

I nak tulis tentang apa, siapa, kenapa, mengapa, bagaimana, whatever. Tangan dan jemari ini punya hak. Not yours.

Kau nak baca, kau baca. Sekali pun aku tak pernah jemput kau datang menyemak kat sini. Tapi kalau kau baca untuk cari salah orang lepas tu nak komplen nak meroyan macam orang sewel yang insecure, better kau blah.

Banyak kali sangat dah aku sabar ni.

That's all.

Baju raya dah siap. Horeyyy!

Dah hampir 20 hari kita berpuasa. Sikit je lagi nak raya. Tak sabar!

Baju raya dah ambik semalam. Tiga baju mommy, tiga baju Zara. Excited sangat bila nampak baju Zara. Comel yang amat sangat! Dan memang sebijik sedondon dengan baju mommy. Tak sabar nak tunggu Zara balik nak suh dia try. Dengan peplum, kurung moden ngan design 'Erin malik' arghhhh I can't imagine the cuteness.

Terubat la hati mommy lepas telan air liur dan gigil tangan bayar RM600++ untuk upah baju saja. Nak tercekik dah tapi bayar jelah sebab best quality so nak komplen pun macam fikir banyak kali. Memang mahal dengan tailor ni pun. Dahla ada lagi satu baju mommy ngan Zara kat tailor lain tak bayar lagi. Stress.

Nasib baik tahun ni daddy dia tolong bayarkan hahaha so mommy goyang kaki. Walaupun kena perli 'U tempah baju anak kat hatta ke rizalman baju budak sampai beratus2?' Haha kesah plak I. Baju mommy je bayar sendiri. Huhhhhh.

But definitely memang puas hati. Orang kata kalau mahal tapi berbaloi kita pun pejam mata. Kualiti yang kita nak since kitorang memang dah tahu rate tailor tu agak mahal tapi yang bagusnya request lah design apa sekali pun dia memang boleh buat. Takpelah setahun sekali je. Tahun depan kena planning awal-awal, standby duit siap-siap so that tak terasa sangat nak bayar sekelepuk macam tu.

I'm so happy. Lepas ni mission cari tudung pulak. Alhamdulillah tahun ni Allah permudahkan semua benda nak compare dengan tahun lepas memang banyak sangat beza. Thank you for those yang selalu ada kat sebelah. 

Sunday morning.

Happy Sunday. Not so happy pun sebab Zara takde dah 3 malam. Rindu sangat bila dia takde tapi takpelah bagi chance kat mommy nak rest.

Almost a week tak sihat. Start with a sore throat pastu batuk then flu. Kepala pun berat je till now. Dua hari tak kerja cuma dok rumah rest, tido dan tengok tv. Live and love. πŸ˜‰

Lemau sangat dua tiga minggu ni but I'm still doing fine. Sayang, senyum dan hidup. Jangan buang masa untuk negativity yang boleh buat kita down. Dalam tak sihat pun boleh happy jugak since ada orang yang take care. I love that. Thank you sebab layan je perangai mengada orang tak sihat ni. And congrats sebab dah berjangkit hahaha.

Have a good weekend!

Wednesday, June 24, 2015

Berlari itu tak mudah.

Aku ada satu masalah. Kalau dah start menulis nanti aku tak boleh nak berhenti. Sehari aku boleh bantai lebih daripada 3 entry. Tapi kena control sebab kalau aku syok sangat nanti dikhuatiri segala luahan dan cerita disalah erti oleh manusia-manusia perasan. Okbai.

Dah setahun lebih berlalu. Daripada jatuh tersungkur, aku belajar merangkak, bertatih hinggalah aku boleh berjalan semula. Apa lagi nak kembali berlari. Semuanya tak mudah. Tak pernah begitu mudah.

Walaupun yang dilihat ramai adalah aku memimpin tangan Zara tapi hakikat sebenarnya Zara lah yang memimpin tangan aku. Kerana dialah aku bangun semula. Kerana dialah aku hidup kembali. Segalanya kerana Zara.

Hari ini mungkin aku boleh menarik nafas lega. Sedikit. Walau tak banyak perubahan tapi aku tahu semuanya datang daripada usaha aku sendiri. Banyak yang aku berjaya kawal untuk pastikan masalah utama aku takde lagi dah. Perubahan tempat kerja hinggalah memajukan diri dengan kerja baru. Semuanya memberikan aku kebaikan. Dia dah kata, semua ujian membawa hikmah disebaliknya. Cuma sabar dan tunggu je.

Aku usahakan sendiri. Serius tak tipu nih. Didorong dengan rasa dan semangat diri sendiri yang betul-betul nakkan perubahan. Sebab dulu aku tak happy. Bila aku dah lepas bebas daripada segala malapetaka of course aku kena move on. Buat apa nak stay dalam kehidupan yang buat kita sakit hati, sakit jiwa lepas tu asyik nak sedih je. Kat mana tenangnya hati? Kat mana amannya hidup? Hidup ni kena berani. Berani untuk buat keputusan dan berubah. Sebab aku tahu, kita takkan menyesal melepaskan sesuatu yang tak pernah menghargai kita. Ini namanya pengalaman. 

Aku tak pedulikan langsung hinaan orang. Mulut-mulut longkang jahanam yang gelarkan aku macam-macam. People can say anything because i just don't give a shit. Bukan kau yang suap anak aku makan. Bukan kau yang ada masa aku susah. Bukan kau yang ada bila aku sedih. Kau kenal aku pun tak tapi kau sedap mulut bajet cantek je nak mengata aku.

Do i care? Sebab aku tahu siapa yang selalu ada. Aku tahu siapa yang selalu bersama. Aku tahu siapa yang sentiasa menerima seadanya. Kerana kau juga aku senyum.

Nasi takde, kawan pun sedap.

Hidup dalam dunia ni bukan kita berseorangan. Dikelilingi kawan, keluarga dan orang yang kita sayang. Kawan pulak daripada zaman belum sekolah, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, kerja blablabla. Tu belum kira kawan dalam facebook, instagram, twitter, beetalk dan entah apa-apa lagi.

Kawan ni ada macam-macam. Sangat banyak ragam dan perangai sendiri. Ada kawan yang setakat kawan. Dia ada biasa je, dia takde pun takpe. Ada yang kawan bila senang tapi bila susah tetiba dia hilang. Ada yang sentiasa ada dalam senyum dan ketawa. Ada yang baik depan baik juga di belakang. Ada yang perangai macam syaiton tapi bila bab berkawan dia yang paling baik. Ada juga yang terlebih baik boleh jadi stalker bagi pihak kawan. Dia ajak sekali laki kawan dia, family dia, tok ketua, tok mudim, tok bilal kampung sekali kalau boleh. Hah yang ni memang kawan sejati bestfriend forever till jannah la kekdahnya gittewww. Tapi tapi tapi dalam banyak-banyak tu yang lagi jahanam kalau kawan makan kawan.

Tapi bila situasi kawan makan kawan ni berlaku di tempat kerja sedikit sebanyak memang mengganggu hidup kita. Dah nama pun tempat kerja of course la kena ngadap hari-hari. Macam mana nak ada mood kerja? Kalau dengan kawan satu office pun kita masam muka. Hati pun tak tenang, nak pergi kerja pun macam malas sebab dah takde fun lagi kat office. Macam mana nak buat kerja sama? Lainlah kalau kau pergi kerja semata-mata nak bergossip pasal orang kan. Apa kau kisah gaduh ke tak janji kau boleh mengumpat orang.

Mungkin dalam dunia ni dorang dah tak jumpa nasi. Sebab tu dorang suka makan kawan.

Tuesday, June 23, 2015

Kerja dan pengalaman.

Bulan lepas aku ke Sabah. Awal bulan hari tu pun aku ke Sabah lagi. Sebelum tu ke Melaka. Nasib baik program dekat Negeri Sembilan tahu lambat kalau tak sana pun aku pergi. Cari duit la nak raya ni.

Masuk bulan puasa semua aktiviti outstation terus berhenti. Kecuali program-program jabatan yang memang khas untuk bulan puasa dan aku tak terlibat pun. Cuma harapkan OT kat office jela.

Lepas raya nanti barulah kita akan start sibuk balik. Nak ke Johor, pastu program merdeka lagi. Tapi mintaklah sangat aku tak pergi Sarawak tu. Kena cari alasan siap-siap kalau nama naik heeeeee~

Itulah hidup. Sibukkan dengan kerja untuk lupakan masalah kalau ada. Menstabilkan ekonomi dan kehidupan dalam mencari pengalaman. Yang penting aku dan Zara happy!

Ramadhan dan kita.

Hari ni 6 Ramadhan. Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua yang beragama Islam. Semoga baik-baik saja okay.

Bulan puasa ni mengingatkan tentang sesuatu. Setahun yang lepas. Yang datang secara tiba-tiba dan mengembalikan senyum. Yang hadir mewarna lukisan pudar hati. Yang memberi nafas pada jiwa tak bernyawa.

Mungkin yang terbaik. Segalanya nampak sempurna di mata kita. Biar pun lewat tapi kita masih berdiri bersama.

Selamat berpuasa semua, dan sayang.

Sunday, May 31, 2015

Kerja dan kita.

Sibuk. Dua minggu yang ada ini tersangat sibuk. Kerja, kerja dan kerja. Waktu ini aku baru saja menjejakkan kaki di rumah. Outstation lagi. Terjaraknya kita kerana apa. Tapi percayalah, rindunya tetap ada.

Yang akan datang pun sama. Hari-hari sibuk kita sudah bermula. Hari-hari stress kita mula menjengah. Hari-hari urgent bak kata boss. Urghhh. Tension tapi aku suka kerana 6 tahun masa dipersia untuk sesuatu yang tak memberi apa.

Ilmu dan pengalaman takkan datang sendiri. Sebab itu aku gigih mencari. Duit, mungkin kerana duit. Kerana untuk senang dan berada di tahap ini bukan mudah liku jalannya. Dan mungkin kerana ada yang menjaga. Itu sebab kedua.

Tak mewah cuma aku tidak lagi susah. Bangkit daripada kepayahan itu bukan semudah kata. 

Kita tahu di mana dan bagaimana letaknya aku dahulu. Kau yang selalu bersama. Kau yang selalu menjaga. Kau yang selalu ada bila aku menangis dan ketawa. 

Tetapi, adakah kita lupa pada yang bernama janji?

Thursday, May 28, 2015

Jangan pernah lupa.

Kadang, kita lupa. Kita lupa tentang sesuatu. Sesuatu itu yang lebih berharga daripada tiada langsung apa-apa.

Kadang, kita lupa. Kita lupa tentang menghargai. Menghargai sesuatu yang ada yang sama menghargai kita.

Bersama tak semestinya bahagia. Bersama tak seharusnya selalu berdua. Bersama tak selalunya sentiasa ketawa.

Berdua juga tak melambangkan kita selalu senyum dan ketawa bersama. Tidak akan sempurna penzahiran yang penuh palsu andai segalanya tak datang dari jiwa.

Mahunya pada yang benar-benar punya rasa. Yang benar-benar sejiwa dan menjaga. Yang tak berkira apa dan kurangnya. Lebihnya pula sentiasa berkongsi bersama.

Aku yang sangat berbeda. Cuma kau yang sudah tak mengenal. Aku mohon jangan pernah lupa.

Tuesday, April 21, 2015

Sahabat.

Assalamualaikum An. Tiga hari lepas hari lahir kau kan? Tak pernah sekali pun aku lupa dan takde sehari pun aku tak ingat kau.

Aku tak pernah bosan bercerita tentang kau. Tentang sahabat sejati yang aku ada. Satu-satunya. Tapi yang Allah lebih sayang kan dia. Yang telah dijemput Dia lebih dahulu. 

Hampir 4 tahun kau tinggalkan aku An. Selama itu jugaklah aku rasa kosong dan menyimpan segala rahsia, amarah dan dendam sendirian. Terluah tapi tak sama. Bercerita juga kadang-kadang tapi tak serupa.

Kadang-kadang bila iman menipis aku bertanya kenapa Dia ambil kau cepat sangat? Kenapa mesti kau yang tinggalkan aku malam tu? Sampai sekarang An, aku masih boleh dengar suara dan ketawa kau di telinga aku. Aku masih boleh dengar bebelan dan kutukan kau. Garang aku, garang lagi kau. Berani aku, berani lagi kau. Lazer aku, lazer lagi kau.

Setiap kali aku ke utara, aku takkan lupa kilometer kejadian tu. Setiap kali aku ke Penang, aku tahu kau sentiasa ada dengan aku. Kenangan kita masa kat UiTM Arau tak banyak tapi rapatnya kita bila masing-masing dah bekerja tu lebih aku terasa. Aku rindu sangat dengan kau. Terlalu banyak cerita yang aku nak kongsikan dengan kau macam dulu. Terlalu banyak An.

An, terima kasih sebab menjadi sahabat aku dunia akhirat. Yang sentiasa bersama dalam susah dan senang. Yang selalu ada dalam senyum dan ketawa. Segalanya kita berdua. Semuanya tentang kita.

Kau pergi membawa 1001 rahsia aku. Maafkan aku An.

Friday, April 17, 2015

Semak kuasa lapan.

Penatlah. Bila orang tak habis-habis nak ambil tahu pasal kita. Bosanlah. Bila orang tak sudah-sudah nak stalk life kita. Macam takde kerja lain nak buat selain daripada menyebok nak tahu pasal aku? Kau dah kenapa? Kau tahu tak semak?

Apa aku tulis semua nak jadi isu. Apa aku tulis semua nak terasa. Apa masalah kau sebenarnya? Kau ada masalah jiwa eh? Atau sakit mental? Atau meroyan? Kau dah kenapa nak perasan sangat? Kau ingat aku ni takde kerja lain nak menulis pasal kau je? Kau ingat kau artis?

Cerita dia sekarang siapa yang pelawa kau datang sini? Siapa yang jemput kau baca blog aku ni? Bambos bole tak?

Bak kata ex aku dulu, kau bajet kau cantek? Memang padu la kan.

Monday, April 13, 2015

Jangan malas untuk sihat II.

Dah dua minggu aku start balik exercise lepas lebih 3 bulan tinggal rutin tu. Pagi bila bangun tidur lepas tu petang bila balik kerja. Cukup 15-20 minit setiap sesi. Jadi satu hari aku dapat almost 1 hour untuk jaga badan dan kesihatan.

Aku lebih suka fokus pada sesetengah part of our body saja. Aku tak minat nak jogging nak lari-lari bagai. Jogging tapi kalau perut menggelebeh buat apa. Tu belum lagi lengan ketiak lembik lemak bergoyang-goyang. Pastu peha lebar takde shape. Punggung besar tapi leper. Nasib baik aku takde masalah tu.

That's why aku lebih suka buat squat dan abs exercise. Ada banyak jenis exercise untuk squat ngan abs ni tapi malas nak bagitahu details. Nanti ada orang insecure pastu tiru. Bukan kedekut tapi kalau nak sihat, study dan jangan malas! Rajinkan diri untuk cari information okay.

Tapi satu benda kena ready ialah sakit kaki lepas buat squats. Lepas tu confirm legs day. Kau nak turun naik tangga pun menggeletar kepala lutut hahaha. Tapi sebab aku dah biasa 2-3 hari je dah okay dah. Tapi kalau nak lebih fokus sebenarnya memang kena pergi gym. Setiap satu alat ada kegunaan untuk setiap part of our body. Senaman akan lebih teratur dan berkesan nanti.

Senang cerita sekarang ni, jangan malas! Kau dok tengok montot orang lawa macam Jen Selter tapi kau malas nak squat. Kau dok jealous tengok perut orang flat macam Alexa Jean tapi kau malas nak sit up. Boleh jalan lah dengan kau punya angan-angan nak body macam Angelina Jolie hahahaha.

Sunday, April 12, 2015

Wangi 24/7


Wangi kena 24 jam. Bukan bila nak keluar je. Wangi kena 24 jam. Bukan cuma time dating je. Sikap aku, biar tak pakai bedak tapi jangan tak pakai perfume. Muka cantek tapi kalau busuk pun tak guna la.

Dulu masa anak dara aku memang gila perfume. Tiap bulan mesti beli. Issey Miyake limited edition is one of my favorite ever. Bapak wangi gila. Mahal nak mam plak tu. Tapi sayangnya dah tak keluar lagi dah kot. Lepas tu Flora by Gucci. Tambah lagi Lady Million by Paco Rabanne. Pastu Angel by Thierry Mugler. Addicted la dengan perfume nih!

Dan sekarang yang lagi best aku ada koleksi berpuluh jenis original perfume berlainan brand dari France. Bau sangat kuat sebab semuanya pati perfume yang memang wangi dan tahan lama. Sekotak tu je boleh pergi RM1000 lebih. Ini namanya rejeki hewhewhew. Aku tak tahu la tahun bila perfume tu nak habis pakai.

Ingat eh, biar tak lawa tapi wangi. Serba serbi wangi. Wangi tu pun bukan sebab perfume je. Atas sampai bawah kena jaga hygiene supaya sentiasa bersih dan wangi. Bila wangi self confidence pun tinggi sebab orang pun suka nak contact dengan kita. Kannnn.

This is mine. I love this! πŸŒΌπŸ’•πŸ’‹

Tuesday, April 7, 2015

Kenapa hipokrit?

Pelik sebenarnya. Bagaimana ada manusia boleh mereka-reka cerita yang tak wujud. Macam mana kita boleh berpura-pura tentang sesuatu sedangkan hakikatnya benda tu langsung tak berlaku. Pelik tapi kadang-kadang boleh jadi lucu.

Tak perlulah menjadi terlalu gigih untuk membuktikan sesuatu yang tak wujud. Jangan membuang masa menunjukkan pada khalayak kononnya semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja. Bukan kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya.

Bicara tentang takdir. Rupanya ada yang lebih lagi tak dapat nak menerima. Haihhh aku cuma mampu ketawa melihat usaha keras manusia yang hipokrit. Menipu diri sendiri. Menipu orang ramai.

Semoga berjaya. Dan aku, akan terus ketawa.

Monday, April 6, 2015

Hidup dan masa depan.

Kekadang aku tertanya sendiri. Hidup ini untuk apa? Tentang kita semata-mata atau tentang manusia di sekelilingnya? Apa dan bagaimana? Kenapa dan mengapa?

Selalunya kita terlalu memikirkan tentang orang lain. Sedangkan kita sendiri tak tentu hala. Selalunya kita terlalu kasihankan orang lain. Walhal diri kita sendiri tak ketahuan.

Bertubi-tubi pendapat dan nasihat aku telan sejak akhir-akhir ini. Tentang masa depan. Sesuatu yang bergantung pada sebuah keputusan. Sesuatu yang mampu mengubah sebuah kehidupan.

Kala ini, aku cuma punya Zara. Itulah jiwa itulah nyawa. Aku tak pernah peduli tentang manusia lain. Andai aku mahu, aku mahu. Kau fikir aku kisah siapa kau? Pengalaman terlalu mengubah aku menjadi aku hari ini. Benci, dendam dan tak punya rasa. Kasihan? Sikit pun tidak. Sungguh, aku peduli apa.

Hari ini, aku perlu fikirkan tentang aku. Tentang Zara. Tentang kami. Biarlah orang berdiam tak peduli. Kalau itu pilihan yang diambil aku dah tak mahu ambil tahu. Seperti sebelumnya, lantak.

Berikan aku masa.

Aku menilai dari sudut perspektif yang berbeza. Menilai tentang sebuah kesungguhan dan ketulusan. Walaupun sehari dua tak menjamin kita berdusta. Walau bertahun tak bermakna kita setia bersama. Semuanya tak menjamin apa.

Ada yang kata aku tak percaya takdir Dia. Bukankah setiap yang berlaku itu punya hikmahnya? Kenapa dan mengapa tidak kau perhalusi sendiri tentang apa yang berlaku? Tentang hikmah sebuah yang bernama ujian? Tentang sebuah yang bernama kesilapan?

Justeru itu ku perkuatkan langkah untuk terus berlalu. Walaupun berat tapi aku tahu ianya perlu. Kerana penilaian aku tentang sesuatu itu benar-benar aku fikirkan. Tentang masa. Tentang rasa. Tentang jiwa. Segala-galanya aku jadikan sebab untuk melangkah walaupun perlahan.

Masa? Ahhh sudah terlalu lama aku berikan masa. Yang akhirnya cuma berlalu tiada apa.
Rasa? Aku sudah bosan bercakap tentang rasa. Yang masih tiada apa.
Jiwa? Muak sudah bila berdebat tentang jiwa. Yang sudah hilang entah ke mana.

Ketawa itu benar-benar gembira. Pengharapan tentang sebuah kehidupan baru yang memberi harapan. Terpaksa itu mungkin akan berubah menjadi rela. Walaupun aku sendiri tak tahu bila.

Cari yang memberi.

Kekerasan biasanya akan mengakibatkan kasar. Jarang sekali kekerasan akan menjadikan kelembutan dan kasih sayang. Sangat jarang atau mungkin langsung tiada.

Segala apa yang terlahir daripada kekerasan itu benar-benar mampu membunuh mesra. Menghakis percaya menghapus cinta. Yang tinggal cuma luka.

Kalau dulu diri kita dipenuhi senyum, kekerasan boleh mengubah hampir 100% siapa diri kita. Mungkin akan jadi lebih protective dan terlalu berjaga-jaga. Tiada lagi percaya dan baran menjadi sikap yang akhirnya sebati. Dendam juga akan selalu melekat dalam hati.

Sebab itu orang kata, hiduplah dengan kasih sayang. Kasih sayang boleh mengubah seluruh hidup kita. Bibir selalu senyum, hati sentiasa tenang dan kita cuma gembira.

Siapa aku dulu banyak mempengaruhi siapa aku hari ini. Kerana kekerasan dan pengkhianatan yang tak berkesudahan. Yang tak pernah kasihan pada dua buah kehidupan. Sukarnya menghapus dendam yang ada. Amat sukar. Dendam dan amarah yang ada bersatu menjadi api yang sentiasa memanaskan hati.

Kerana itu, hari ini aku mencari kasih sayang dari yang benar-benar mahu memberi.

Sunday, April 5, 2015

Pilihlah untuk senyum.

Hidup ini pilihan. Segala-galanya adalah pilihan. Pilihan di tangan kita untuk memilih setiap pilihan yang ada. Amboi banyak betul pilihan eheh.

Kadang-kadang Dia dah tunjukkan jalan. Semuanya ada depan mata kita. Tapi kita suka buat-buat tak nampak tetiba jadi buta. Menafikan yang hakiki supaya menjadi mimpi.

Encik Tembikai pernah berkata. Hidup ini pilihan, jangan bersedih. Jadi kalau kita dah nampak pilihan itu cuma memberikan sedih, kenapa masih mahu memilih? Bukankah yang menggembirakan itu selalu menanti?

Nekad semakin mengambil tempat sebenarnya. Cuma masa yang tepat dan yakin yang jelas perlu dipastikan. Agar pilihan menjadi sesuatu yang menyenangkan di kemudian hari.

Hidup kita baru saja bermula. Pilihlah untuk senyum.

Friday, April 3, 2015

Farz and Furious

Aku peng follow filem Fast and Furious dari awal lagi. Tak pernah miss tak pernah tak tengok. Daripada Fast and Furious yang keluar tahun 2001, lepas tu 2 Fast 2 Furious diikuti The Fast and The Furious : Tokyo Drift, keluar pulak Fast and Furious 4, lepas tu Fast 5, lepas tu Fast and Furios 6 sampailah Furious 7 tahun 2015. Tengok berpuluh kali pun tak bosan. Dan semalam 2 April 2015 dah kat panggung untuk Furious 7. Haruslah aku dah tengok kan! Sebab dia macam ala-ala Farz and Furios. Ehhh.

Walaupun sorang-sorang tapi apa adehal. Aku nak tengok filem bukan nak tengok orang kat sebelah. Orang lagi nak tengok filem ni sebab nak tahu apa endingnya bila Paul Walker dah meninggal dunia pada 30 November 2013. Sedih aaaa hero filem dah takde. Walaupun diganti dengan dua adik Paul, Cody ngan Caleb yang mirip muka dengan dia tapi tetap tak sama.

Endingnya memang sedih. Dom bermonolog tentang sahabat dan kekeluargaan. Memang obvious ending tu tribute untuk Paul lagi-lagi part kereta Dom ngan kereta putih Paul berpisah kat simpang jalan. Kalau memang follow filem ni daripada awal memang terasa lah kot. Macam aku sobsssss.

Rugilah kalau tak tengok filem last Fast and Furious ni. Kena tengoklah daripada layan filem melayu pasal makcik gosip sambil pilih ikan, datuk dapat projek 5 juta kat Putrajaya, cleaner ofis bercinta dengan anak bos, percintaan dihalang lalu ditunangkan dengan pilihan keluarga pastu rupanya lelaki tu jahat pastu akhirnya mak bapak pempuan tu sedar pastu dapat jugak dia kawen dgn bupren dia. Pastu tetiba suami dia sotong. Kau ghase? Aihhh hidup kita ni terlalu disuap dengan cerita-cerita yang indah saja.

Aku nak pergi tengok lagi Furious 7 ni. Tak kiralah kan. Tadi aku masuk panggung lambat 15 minit dah rugi masa. Nak tengok lagi 10 kali pun tak bosan aku rasa. For Paul.

Jangan malas untuk sihat.

Dulu masa lahirkan Zara, aku pantang main-main. Serius main-main. Emak bebel pun aku buat keras je. Tak fikir pasal kesihatan tak fikir badan nak pakai lama. 

Tapi tak lama tu aku terfikir sendiri. Badan nak pakai sampai mati weh. Kalau bukan untuk suami pun untuk diri kita sendiri la. Jaga bukan dari segi pemakanan je tapi jugak luaran. Ahah! Masa pregnant aku memang sangat jaga perut dan sekarang memang takde stretch mark, kedut-kedut apa lagi menggerutu dan hitam walau segaris pun tau hewhewhew.

Lepas tu kita boleh amalkan squat ngan abs exercise. Kalau tak tahu boleh youtube. Squat ni bina otot punggung ngan peha. Peha mesti akan jd tough sikit. Dan sebab itulah aku stop sebab habis seluar semua tak muat. Cisssss btul. Takpe ni nak start balik.

Lepas tu makan jamu atau collagen untuk kesihatan dalaman. Cuma apa yang aku tahu bila kita makan jamu, kita tak boleh makan collagen sebab ada yang tak boleh diamalkan sekaligus. Tak sure lah betul ke tak. Jadi kalau tengah makan jamu, kita boleh pakai produk untuk muka. Dalaman makan jamu, luaran boleh exercise dan pakai produk kecantikan la. Sebab kalau collagen ni selalunya luar dalam sekali dia jaga. Mana-mana yang kita suka la kan. Segala vitamin c, collagen, jamu, supplement aku telan. Nak patah pinggang aku kelmarin dok masukkan jamu dalam kapsul untuk makan sendiri.

Bulan lepas aku ngan budak office dah start pergi gym tapi office dah start busy sikit-sikit dengan program jadi dah berapa minggu skip T_____T. Oihhh badan sangat kena jaga la. Nanti belum tua dah menggelebeh sana sini. Lepas tu orang kata kau ada anak seploh walaupun sebenarnya umur kau baru 32 tahun sobsssss.

Yang penting, jangan malas! Jangan malas untuk cantik, jangan kedekut untuk sihat. Cewahhhh gittew padahal asyik beli AJ je tapi untuk supplement berkira kahkahkah. Okbai ngarut apa pun tak tau.

Wednesday, April 1, 2015

Takde yang menarik pun.

Aku bukan artis. Aku tak famous. Aku bukan blogger popular. Aku bukan siapa-siapa. Hidup aku sekadar apa adanya.

Siapa saja yang punya link blog aku ni? Cuma yang benar-benar aku senang saja aku maklumkan. Ada kawan, sahabat dan teman rapat. Atau mungkin orang luar yang aku sendiri tak kenal siapa. Tapi malangnya ada juga orang-orang gila yang obses jadi stalker. Yang ini memang sebesar zarah pun tak pernah aku jemput.

Tak payahlah susah payah jadi stalker. Tak payahlah nak rasa insecure dan sebok nak tahu sangat pasal aku. Aku tak faham untuk apa? Untuk tahu siapa aku? Untuk kenal siapa sebenarnya aku? Baik jangan. Sebab aku ni gila dan tak betul sikit. Takde yang menarik pun.

Lantak.

Lantak.
Aku dah tak peduli.
Lantak.
Aku dah tak kisah.
Lantak.
Aku dah tak ambil tahu.

Aku semak dengan kau.
Mengekori macam saka.

Aku meluat dengan kau.
Memantau macam orang gila.

Lantak.
Itu kau punya pasal.
Lantak.
Itu kau punya hal.
Lantak.
Lantak.
Lantak.

Letih dan penat.

Penat, letih dan tak cukup tidur. Aku benar-benar mahu rehat mahu tidur mahu relaks mahu lari dari semuanya sekejap.

Aku mahu ke Bali. Ehh tetiba. Ye satu hari nanti aku mesti akan sampai ke sana lagi. Untuk kali kedua. 

Aku penat sebab letih otak. Berfikir tentang sesuatu yang membebankan. Tiba-tiba Zara demam suhu naik sampai 39.4° dan aku dah dua tiga malam tak cukup tidur. Kepala aku dah pening sampai rasa asyik nak mengamuk. Ini bukan rungutan. Ini membebel sebab stress tak cukup tidur. Oihhh boleh buat gaduh tau kalau kita tak cukup tidur ni.

Tambah lagi semalam ada program. Turun naik sana sini dengan risaukan Zara lagi. Kaki melecet heels jahanam. Awak, kite nak kasut bawu arrrr. Ehhh?

Letih. Sangat letih.

Monday, March 30, 2015

Sakit mata, sakit hati.

Bila kita dengar orang bercakap, bercerita atau menyampaikan itu berbeza dengan bila kita nampak dengan mata kita sendiri.

Bercakap, bercerita dan menyampaikan tu boleh jadi satu tuduhan, rekaan atau fitnah. Boleh jadi juga ditokok tambah untuk menyedapkan cerita. Belum tentu betul dan jelas kebenarannya.

Tapi bila kita nampak sendiri dengan mata kita? Sakitnya tu kita je yang rasa. Tak rasa boleh lah cakap sorry, maaf, bukan ada pape pun. Cuba kalau dah rasa sendiri? 

Lebih baik kita diam je. Tengok jelah sejauh mana ikhlas dan berusaha atau tak orang tu untuk cuba memperbetulkan keadaan dan memperbaiki kesilapan. Ni kalau awal-awal pun dah give up, nak kata apa?

Untuk apa membuang waktu?

Masa berjalan tanpa sesaat pun menunggu kita.
Takkan pernah berhenti menunggu kau dan aku.
Berlalu yang tak mungkin kembali.

Untuk apa kita membuang waktu?
Untuk apa kita mempersia masa?
Sedangkan kita tahu ianya tak berpihak pada kita.

Kalaulah aku mampu memutar masa itu.
Akan aku pastikan kau menjadi milikku.
Persetankan dia, kerana kau aku punya.

Sinis senyum memandang sebuah kebenaran.
Untuk memilih yang bernama hakikat.
Supaya aku kembali berjalan dan terus hidup.

Sunday, March 29, 2015

Hidupkan aku dari terus lena.

Seminggu ini cukup menjadikan aku pening. Pusing dengan pertelingkahan hati. Pening dengan kekeliruan jiwa. Sungguh.

Ingin saja aku putuskan dan terima. Tapi bagaimana harus aku bermula semula? Tentang sesuatu yang bisa merubah segalanya. Tentang kamu yang mampu menggoyah jiwa.

Tuhan, jalan ini penuh dengan simpang. Yang jika aku pilih semuanya mungkin bisa memberikan bahagia yang telah lama hilang. Untuk kita yang pernah tersungkur.

Aku egois? Menafikan sesuatu yang mula mengambil tempat dalam hidup bukan mahuku sepenuhnya. Sekadar memberi ruang untuk aku benar-benar memahami. Cukup untuk membuka peluang agar kau terus mengambil hati.

Haihhh, berikanlah sikap yang aku mahu. Indahkan hidup dengan jawapan yang aku perlu. Hiasilah jiwa dengan kasih sayang yang satu. Supaya kita, berdua dan hidup bercinta selalu. Hidupkan aku dari terus lena.

Wednesday, March 25, 2015

Salah ke hah?

Kawan kata, jangan bermain dengan api Farz.
Aku kata, aku dah banyak kali sabar dan selalu sakit hati.

Awak kata kalau orang dah suka tu terima jelah. Haihhh kalaulah nak buat tu semudah bercakap. Hebatnya manusia dalam dunia bila pejam mata pun apa yang dikata boleh tertunai begitu saja. Membuka jalan tanpa mahu itu buruk akibatnya. Sebab pintu dah lama tertutup. Aku tahu aku tak rela. Aku tahu aku tidak benar-benar redha. Tapi soalan yang selalu ditanya, sampai bila?

Memberi ruang dan peluang itu perlu. Cumanya kadang-kadang terfikir, salah ke? 

Benar nih?

Kita tahu kita happy bila tengah drive pun boleh senyum sorang-sorang.
Kita tahu kita happy bila tengok handphone pun boleh senyum sorang-sorang.
Kita tahu kita happy bila tengah buat kerja pun boleh berhenti jap lepas tu senyum sorang-sorang.

Kita teringat sesuatu. Kita terkenang sesuatu. Kita terbayang sesuatu.

Happy tu tandanya kita suka. Kita suka dengan apa yang kita ada. Kita suka dengan apa yang kita punya. Disekeliling kita, di dalam hidup kita apa lagi di dalam hati kita. Kita sangat suka.

Cuma kita masih belum pasti adakah kita benar-benar suka dengan apa yang kita suka? Atau cuma untuk melepas geram dan dendam pada manusia yang menyakitkan hati kita? 

Say no to blacklist.

8 tahun dulu telah berlaku ketidakadilan daripada pihak Courts Mammoth dengan aku. Beli barang tapi ada defect. Lepas tu buat aduan langsung tak layan takde ambil action apa pun. Sudahnya tetiba nama aku naik kononnya tunggu naik kat mahkamah. Wadda?

Tapi tapi tapi. Hari ni aku lega. Bila nama dah clear daripada blacklist bodoh kat Courts Mammoth tu. Lawyer bagi tempoh sampai 25 Mac 2015 makanya hari ini juga aku settle. Mula-mula dulu suruh aku bayar bulan-bulan tapi aku malas nak serabut dah. Ambiklah kau duit tu.
Jangan kacau aku lagi okbai. So sekarang ni tunggu release letter sampai rumah je. Yippieeee.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Tak tahu nak cakap macam mana. Tu jelah.

Apa suka-suka?

Perasaan apakah namanya kalau baru sekali berjumpa dah ada rasa suka?
Perasaan apakah namanya kalau baru sekali bertegur sapa dah mula rasa suka?
Perasaan apakah namanya kalau baru sekali berbual dah mula cakap yang kita suka?

Apa ni apa ni apa ni? Arghhhh confuse.

Dari semalam aku garu kepala yang tak gatal. Ah cliche sungguh ayat ini. Aku tak berhenti berfikir tentang rasa. Rasa apa yang ada sebenarnya? Rasa bagaimana yang kita rasa sebenarnya? Rasa apa yang mula wujud sebenarnya?

Aku tanya, ini semua cakap kosong atau ada isi? Aku tanya yakin benarkah dengan apa yang dikata? Kau kata kalau dah suka nak buat macam mana. Hati dah suka. Ahhh kau cuma buat aku pening. Sampai ke waktu ini aku pening dan sudah mula rasa macam nak bengong.

Apa ni apa ni apa ni? Arghhhh apa nak buat ni?! Apa suka-suka kat orang ni?

Tuesday, March 24, 2015

Wanita terbahagia

Jujur ku mengagumi
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenalmu

Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu ku jadi tahu
Artinya waktu lebih berharga
Dari harta di dunia

Bersama kamu ku rasa jauh
Lebih mengerti arti cinta
Tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku

Monday, March 23, 2015

Hmm hmm negatif jap hewhewhew.

Ah tetiba mood rasa macam nak tumbok kat muka pastu nak tepok dahi laju-laju biar sampai kau nangis!

Call tak angkat tu memang boleh buat orang marah. Sekali takpe. Dua kali okay. Tiga kali okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Selalu yang kena bebel macam ni adalah family aku. Susah betul la nak angkat bila sekali call pun tak tahu kenapa. Eeeee buang jelah handphone tu dalam parit depan rumah kalau tak nak pakai kan. Errr bab tak dengar call masa tengah vacuum rumah tak boleh kira hewhewhew.

Msg balas lambat pun sakit hati jugak. Lambat seminit okay lagi. Lambat 10 minit okay. Lambat setengah jam okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! Sakitnya hati kalau tengok macam tu. Kalau memang tak online takpelah jugak. Tapi kalau online pastu tak balas eeeeeeee mencinya dengan kau ni lah! Lagi-lagi kalau ada something yang urgent ke contohnya nak mintak tolong punchkan kad hahahaha.

Satu lagi kalau dah buat salah pastu buat selamba macam tak bersalah. Hoihhh pantang betul aku dengan manusia macam ni. Pastu jumpa atau sembang dengan kita macam takde pape je. Ewah-ewah manyak cantek muka kau kan. Daripada subuh tadi aku tunggu kau kat bus stop, petang lepas asar baru kau sampai pastu kau boleh sengih-sengih takde cakap sorry apa lagi nak explain kenapa kau lambat. Ehhh? Okay ni namanya contoh.

Eeeeee kalau boleh tepok dahi orang-orang macam ni dah lama dah tepok pastu ketuk dengan keyboard. Puas hati!

Ehh tapi tapi tapi. Tadi kita baru cakap pasal minda yang positif kan kan kan? Errr errr okay okay. Ah tak kira nak marah jugak! Pastu baru mintak maaf.

Dari positif kepada positif.

Aku banyak berfikir. Sangat banyak. Lagi-lagi bila tengah driving. Berfikir pastu tengok handphone, pastu ulang banyak kali sampai bosan. Selalunya idea-idea pun akan datang bila driving. Jenuh nak ingat point-point untuk update. Tak masuk lagi nak jawab soalan-soalan yang keluar dari mulut kecik tu.

Satu ayat yang aku terfikir pagi tadi. Hidup yang positif bermula dengan fikiran / minda yang positif. Positiflah dalam apa saja sebab kalau kita layan walau sedikit negatif yang datang memang rosaklah hidup nanti. Apa ayat aku tunggang terbalik ni? Gedit or not?

Berbual dalam whatsapp dengan kawan aku yang ada kat Sabah. Dia kata ada ujian yang datang tapi dia positifkan fikiran dia dan terima segala yang datang sebagai satu cabaran untuk dia berubah ke arah yang lebih bagus. Dia kata dia pun ada banyak buat silap dan dia nak perbetulkan semua silap tu. Eh alamak, aku lupa aku dah bagi link blog ni kat dia. Hai nad, aku harap kau tak baca blog aku ni hehehe. Sampai sekarang aku masih tergelak bila teringat cerita dia. Bukan semua orang mampu buat macam kau nad. Tak semua orang boleh fikir positif dan cari hikmah di setiap ujian yang Dia bagi.

Betullah. Kalau kita sentiasa positif, hidup kita pun akan positif. Cuba kalau kita asyik nak fikir negatif? Tak akan ada ketenangan dalam hati dan jiwa pun akan sentiasa penuh dengan ketidakpuasan hati. Kita jadi stress, tension dan sampai satu tahap boleh jadi gila. Nanti satu kerja pun tak jadi sebab asyik nak fikir perkara yang negatif je.

Cuma satu je nad, part win-win situation tu aku tanak mengiyakan sangat. Aku dengan rela hati boleh tolong jagakan hewhewhew.

Berbagi rasalah untuk saling bahagia.

Aku pernah baca, kalau kita nak happy dan bahagia kita kena happy dan bahagiakan orang lain dulu. Bila orang happy, kita pun happy. Macam sistem barter. Kau saling memberi dan menerima. Adil dan saksama dalam pembahagian rasa dan jiwa.

Pernah aku suarakan hal ni satu waktu dulu. Macam mana kita nak bahagia kalau kita cuma mengharap saja. Menunggu hanya untuk menerima semata-mata. Tak berusaha untuk memberi agar saling sama berbagi rasa. Tapi pada dia benda-benda macam ni benda bodoh dan remeh yang cuma menyusahkan.

Bila kita happy hati pun tenang je. Hidup aman damai macam takde masalah. Kalau ada pun kita akan lupa yang kita sebenarnya ada masalah. Sebab keutamaan kita adalah untuk teruskan hidup tanpa menyemakkan otak dengan perkara-perkara remeh.

Bila bercakap pasal happy dan bahagia ni tak semestinya 100% semuanya tentang cinta, couple, tunang atau suami isteri. Dengan family, anak, kawan-kawan pun terbabit lah sebab hidup kita dikelelingi dengan semua tu. Ambil contoh paling mudah kita happykan mak abah kita. Confirm hidup kita akan happy jugak sebab benda bukan cuma melibatkan perasaan tapi juga restu dan doa yang datang daripada mak abah kita tu. Sama juga dengan kawan-kawan. Kalau kawan happy dan sukakan kita, dorang pun mesti akan sentiasa doakan kita yang baik-baik. Cuba kau gaduh dengan mak atau adik beradik kau? Atau kawan ofis sebelah meja? Hati kau aman boleh tidur dengan tenang ke? Kita ni hidup nak selalu ketawa tapi menangis sekali sekala. Bukan ketawa 1-2 kali menangis tiap-tiap hari.

Sebab tu bila kita susah hati ke rasa tak tenang ke check lah balik macam mana hidup kita. Ada orang pernah minta maaf dengan aku sebab pernah terdoakan yang tak baik untuk aku masa dia frust dengan aku dulu-dulu. Tapi lepas tu dia menyesal dan mintak maaf sebab dia tahu aku tak pernah ada niat untuk buat dia menangis. Maaf awak diterima hehehe. Hakikatnya kalau kita sendiri tak pernah membahagiakan orang lain, macam mana kita nak rasa bahagia?

Cuma, dalam sesetengah perkara kita kena jugak bahagiakan diri kita dulu. Apa juga keadaan, sesekali kita kena fikir dan pentingkan hati kita dulu sebelum fikir pasal perasaan orang lain. Manusia ni kadang-kadang terlalu nak menjaga hati dan perasaan orang lain lepas tu hati sendiri sakit takde siapa nak jaga. Lepas tu padan muka sendiri.

Sunday, March 22, 2015

Weekend kita berdua.

Weekend macam ni cepat je masa berlalu. Urghhh dengki betul cuti mesti kejap je tetiba eh dah Isnin dah. Kenapa tak kerja dua hari cuti lima hari?!

Bila cuti lah masa nak belek diri, belek anak, belek rumah, belek peti ais, belek handphone. Apa je yang kurang kasih sayang masa weekdays boleh diberikan kasih sayang tu masa cuti.

Belek diri? Dah lama sangat tak buat hair treatment. Why Farz why? Suppose sebulan sekali mesti kena buat. Mesti! Takde excuse. Kalau pergi ni mesti orang tu pun tahu "Eh u sudah berapa lama tak buat treatment hah?" Krik krik krik. Last pergi dengan kawan siap potong paras bahu dan saya nampak 10 tahun lebih muda. Macam Dian Sastrowardoyo... Punya jiran. Bila pakai tudung ni lagilah kena jaga. Satu hari bertutup kepala so tak nak la bila bukak nanti habis bau. Tu belum kira kalau berminyak, berkelemumur and so on. That's why kena buat hair treatment at least sebulan sekali. Syampu pun kena pilih yang sesuai. Aku ada 4 syampu yang tiga daripadanya dah nak kena reject sebab tak best. Satu lagi tu baru try. Kena try and error untuk tahu the best. Bukan the best je tapi yang paling sesuai untuk kulit kepala dan rambut. Pastu jangan lupa pakai serum supaya rambut wangi, lembut dan halus. Tu baru rambut, belum kuku, muka, kulit blablabla. Duhhh~

Belek anak? Time niela nak layan extraordinary kat Zara. Ketip kuku dia ke, layan dia main ke, bawak dia jalan-jalan ke. Tapi cuaca sekarang tak mengizinkan nak buat outdoor activities. Panas sangat pastu bahang macam nak bagi orang pengsan kadang-kadang tu.

Belek rumah? Ehhh baju semua dah siap lipat dan basuh okay. Jumaat lagi dah settle. Cuma nak kemas rumah je. Cuci dapur ke toilet ke vacuum ke mop ke lap habuk ke. Semuanya buat sendiri la. I'm a supermom.

Macam masak ke apa tu bangun pagi dah terus masak untuk Zara. Hari cuti pun aku mesti bangun awal. Dah jadi mak ni lainla kena tahu tanggungjawab. Even hari-hari setiap pagi aku bangun awal subuh untuk masakkan nasi ngan lauk dia untuk bawa ke taska. Tak pernah miss. Kalau rajin bawakkan jugak biskut ke fries ke nugget ke untuk dia. Kalau tak sempat sekalipun mesti akan belikan breakfast. Gigih la untuk anak. Kita tak makan takpe asalkan anak sentiasa ada makanan untuk dia.

Tapi sebenarnya weekend ni time untuk kita rest. Tak keluar jalan-jalan pun takpe dok rumah lagi best dan aman. Kecuali kalau Zara dok kat kampung. Time tu mommy pun panjang langkah buat OT la, outstation la. Hmmm yang penting hidup aman hati tenang dan kita happy bahagia walaupun dok rumah je hewhewhew.

Kelakar seram.

Selamat pagi Ahad. Zara masih tidur kat sebelah. Malam tadi mengigau menangis turun katil cari aku padahal aku ada je kat sebelah. Haihhhh dalam tidur pun emo eh Zara.

Hidup ni satu perjalanan. Kita takkan sentiasa jumpa jalan yang lurus dan lancar je. Ada yang berselekoh, jalan rosak, berlubang-lubang, jalan jem, tetiba ada accident, signboard jatuh lori langgar. Eh tu macam kat Putrajaya je.

Dalam perjalanan tu pun tak semestinya kita sentiasa bertemankan matahari. Ada mendung, hujan, ribut petir dan kadang-kadang ada pelangi. Angin lintang pun ada gak.

Apa yang kau cari sebenarnya dalam hidup? Bila kau rasa kau dah punya segala-galanya. Bila kau yakin segala apa yang kau ada itu adalah milik kekal kau selama-lamanya. Kita akan rasa ambil mudah dan sambil lewa dengan semua benda. Bila tiba-tiba ada yang Dia nak tarik balik, baru kau kelam kabut dan menggelabah. Menggelupur ketakutan panik tak tentu arah.

Masa tu barulah nak rasa kehilangan. Barulah tak tentu hala buat macam-macam. Yang busuk bertukar wangi. Yang benci bertukar cinta. Yang pendek menjadi tinggi. Yang besar berubah kecil. Yang gemok menjadi kurus. Yang kasar pun boleh jadi lembut. Semuanya terus berubah sekelip mata. Sebelum ni takde pun? 

Maki sesuka hati, panggil aku sesuka panggilan. Bila aku dah tak nak barulah kau nak rasa cinta yang sebenar nak rasa kehilangan nak rasa menyesal nak rasa menggelabah nak meroyan. Dandan tuela nak tunjuk kat semua orang aku ni kau punya cinta sejati, tayang kat orang kononnya aku ni yang paling kau cinta, up status buh gambar konon kita ni tengah bahagia. Tu contohnya. Punyalah kau berusaha keras kan? Gigih betul. Simple je. Kalau betul kita ni tengah bahagia sangat kononnya kau letaklah gambar sekarang yang paling latest kalau ada. Haaaa ada? Tak boleh kan? Sebab apa? Sebab memang takde! Tolonglah, jangan buat kelakar boleh tak?

Aku penat dengan game orang macam ni. Orang dah tak nak tu dahla. Jangan jadi manusia desperate yang menagih perhatian dan simpati orang dengan cara macam tu. Ingat kita heran ke? Apa yang kau nak sebenarnya? Apa yang kau nak buktikan? Buatlah apa cara sekalipun, dengan orang lain bolehlah nak sorok tapi hakikatnya kita tahu apa cerita sebenarnya.

Ini namanya kelakar seram.

Baju raya oh baju raya.

Bulan 6 dah nak puasa. Bulan 7 dah raya. Macam tahun-tahun lepas lagi 2-3 bulan nak puasa aku dah pening nak fikir pasal baju raya yang nak hantar tempah. Budak office kata "Woiii awalnya nak fikir baju raya!" Awal? Seriously? 

Kalau nak beli siap je bolehlah fikir esok raya malam ni pergi Jalan Tar carik baju. Tapi kalau nak hantar tempah memang kena sekarang la. Kawan aku pun cakap untuk baju melayu ada yang dah tutup tempahan. See?

Nak hantar kat mana tu takde masalah sebab aku guna tailor kakak aku je. Bab warna tu yang pening fikir. Dulu color block pastu dress. Tapi tahun ni memang variety. Aku ada songket, cotton, satin valentro. Bab design pun cakap je nak macam mana tailor tu boleh buat. Aku print screen siap-siap yang cun untuk jadikan contoh. Kain pecah 8 ke kembang payung ke apa ke semua dah dalam kepala. Yang manik tabur yang lace pun settle. Tinggal tunggu siap je. Warna? Rahsia hihuhihu. Yang penting mommy ngan Zara harus glamour and gorgeous.

Selamat dah hantar tadi. Siap ukur Zara semua dah. Macam mana baju aku macam tu jugakla aku nak baju Zara pun sama. Barulah comel sedondon sepasang. Lepas ni tinggal carik tudung, kasut pastu beg. Pastu baju biasa untuk Zara. Tapi tu lambat lagi pun takpe.

Memang macam ni la selalunya. Aku akan fikir benda-benda ni walaupun nampak macam remeh tapi siapa lagi yang nak tolong fikir? Aku cukup jaga bab pakai ni. Aku nak Zara happy dan aku pun happy jugak. Aku nak semuanya nampak sempurna. Pastu pening nak membayo upah wuuwuuwuu.

Friday, March 20, 2015

Kelakar sangat.

Kelakar. Ada macam-macam jenis kelakar.

Kelakar. Bila ada orang suka lepas tangan dengan kerja sendiri.

Kelakar. Bila orang suka buat kerja orang lain daripada kerja diri sendiri.

Kelakar. Bila ada orang dapat kerja tapi pass dekat orang lain lepas tu dia lari.

Kelakar. Bila ada orang baru kenal tapi layan dan menggedik macam dah lama kenal.

Kelakar. Bila ada orang baru tau 1% pasal kita tapi layan kita over macam dah tahu luar dalam.

Kelakar. Bila orang suka busy body dan tak habis-habis nak ambil tahu pasal kita, tentang hidup kita.

Kelakar. Bila apa yang kita buat semuanya diperhatikan. Semuanya serba tak kena.

Kelakar. Bila orang suka menjatuhkan dan ketawa lihat kita tersungkur.

Kelakar. Bila ada orang yang pelik tengok kita selalu senyum dan tak suka tengok kita happy.

Haihhh. Dalam dunia ni terlalu ramai manusia yang suka buat kelakar. Tapi tak lawak dan kita tak rasa nak gelak pun. Dan aku rimas dengan lawak-lawak yang tak kelakar ni.

Kawan saya nama Faridah.

Faridah, aku kembali ke sini sebab kau tau. Ehhh tetiba nak sound hehehehe. Dah lama sangat tak menulis. Ke menaip? Kau dahlah kantoikan aku ada blog kat orang lain.

Entah apalah yang si Faridah ni suka sangat baca. Tetiba suruh aku update. Kau peminat aku eh Faridah? Nak sain? 

Semalam aku memang ada macam-macam nak share lepas tu aku dah lupa. Kalau aku ingat aku kena terus taip. Kalau aku tangguh memang aku takkan ingat dah terus lupa.

Aku buat entry ni untuk kau je Faridah. Aku harap kau bangga hehehehe. Kau tahu banyak pasal aku. Kau sentiasa faham aku walaupun kita jauh beratus km. Dah dekat 20 tahun kita kawan. Daripada rumah kau kat tepi jalan Kuala Selangor sampai dah ada rumah banglo kat Sungai Yu. Ehhh?

Terima kasih sebab kadang-kadang kau jadi angel yang tolong aku dan Zara. Walau kita msg setahun sekali je tapi aku tahu kau selalu skodeng aku hihihi. I love you Faridah.

Hidup kena selalu happy.

Kawan-kawan kata jangan selalu stress nanti muka cepat tua dan berkedut. Best bila ada kawan yang concern. Belum cerita pape lagi tengok muka kita je dah tahu kita tengah stress. Pastu siap share video-video vangang konon nak buat aku gelak. Tapi krik krik krik.

Selalunya bila stress aku akan cari Zara. Dapat tengok muka, dengar suara, peluk cium dia pun okay dah. Dia je yang aku ada untuk share pape. Bila aku mengadu tengah sedih biasanya dia akan tahu kenapa. Pandai Zara teka. Kalau aku menangis dia akan lapkan air mata. Soooo sawitttt.

Nak ikutkan takde sebab pun untuk kita stress. Semua orang ada masalah. Kawan aku pernah nasihat bila tengok aku serabut sangat dia suruh aku travel sorang diri jadi backpacker. Pergi tempat orang, rasa pengalaman hidup dan survive sorang kat tempat orang, cari dan belajar untuk kenal diri sendiri. Dia cakap "awak akan jumpa dan kenal siapa diri awak nanti..". Huhu memang aku pernah terfikir tapi bukan sekarang kot. One fine day.

Kawan aku lagi sorang plak cakap suka atau tidak kita kena hadap jugak masalah tu. Tak boleh selesai terus selesaikanlah sikit-sikit. Dia cakap takde masalah yang takde penyelesaian. Baiklah awak. Kawan yang ni memang kekwat. Call setahun sekali, msg 6 bulan sekali.

Kadang-kadang bila kita tak tahu nak buat apa kawanlah akan jadi mangsa. Macam aku dengan arwah An dulu. Bila kita tengah marah, stress dan sedih otak memang tak boleh nak berfikir dengan waras dah. Tapi bila bercakap dengan arwah, dia akan tune balik otak aku supaya jadi waras, tenang dan berfikir dengan logik balik. Lepas tu semuanya jadi okay semula! Hmmm I miss you so much An. Kalau kau ada lagi, mesti kau happy tengok aku sekarang.

Aku happy. Sangat happy walaupun kadang-kadang ada masanya rasa sedih. Itu biasa sebab hidup mana ada selalu ketawa. Aku happy dengan Zara. Aku happy dengan tempat kerja walaupun sekali sekala boring dengan bos. Aku happy dengan hidup aku hari ini. Bertahun-tahun aku rugi masa, dah kenapa aku nak buang masa untuk rasa sedih lagi?

Thursday, March 19, 2015

Stop blame others and be happy.

Manusia selalunya akan kata "aku bukan manusia yang sempurna" bila dah buat salah. Lepas tu minta maaf. Itu pun kalau nak minta maaf lah. Kalau tak cukuplah dengan alasan "aku bukan manusia yang sempurna" tu untuk lepaskan diri.

Manusia juga selalunya akan menuding jari pada orang lain bila sesuatu berlaku pada diri sendiri. Kononnya orang lain lah yang jadi punca. Mencari salah dan buruk orang lain lebih mudah daripada mencari salah dan buruk diri sendiri kan? Itulah manusia.

Aku pernah melalui lebih daripada itu. Aku pernah melalui lebih daripada apa yang kau, kau dan kau rasa hari ini. Jadi kalau sesiapa yang nak nasihat percuma daripada aku, anytime je hehehe. Bezanya kita kenalah bijak mengawal keadaan dan tak menunjukkan kelemahan yang lagi mempamerkan kebodohan diri yang akhirnya cuma memalukan diri sendiri je.

Sekali lagi itulah manusia. Mencari salah dan menuding orang lain sebagai punca memang senang. Kita tak pernah tengok diri kita sendiri. Apa, bagaimana dan macam mana kita buat? Apa yang kita buat kat orang? Bagaimana kita buat orang? Macam mana kita buat orang?

Carilah punca kenapa dan punca tu cari daripada akarnya. Daripada diri sendiri. Bukan daripada luar atau daripada orang lain. Memang bercakap tu mudah tapi mudahnya aku bercakap sebab aku ada pengalaman. Sebab tu aku cuma mampu ketawa bila tengok sesetengah manusia yang meroyan takde adab ni. Laju je nak memburukkan orang lain sedangkan dalam masa yang sama dia dah menunjukkan buruk dia daripada awal dah.

Kalau kita redha, kita akan berlapang dada. Sebab apa? Aku banyak belajar apa saja yang jadi semuanya dengan izin Dia dan Dia jadikan segalanya berhikmah. Ada sebab kenapa didatangkan seseorang dalam hidup dan ada hikmah kenapa kita diberikan ujian. Terimalah yang semuanya mesti bersebab. Kalau kau buruk, kau cantikkanlah diri kau. Kalau kau jahat, kau baikkanlah diri kau. Kalau kau kurang, kau lebihkanlah diri kau. Bukannya sibuk nak cari apa lebih orang lain sampai memperbodohkan diri sendiri. Dan jangan nak salahkan orang lain je.

Satu je aku nak share. Bila kita redha dan menerima setiap ujian yang Dia bagi kita sendiri akan tenang. Nak tau sebab apa? Kalau Dia tak uji aku macam tu dulu, aku pun takkan hidup happy macam sekarang. Malah hidup aku lebih baik dan lebih bahagia walaupun cuma berdua dengan Zara. Kehilangan bukan bermakna hidup aku musnah. Malah kehilangan tu buat aku lebih hidup sebab dah bebas daripada manusia yang tak jujur. Orang takkan tahu betapa lapangnya dada, tenangnya hati dan amannya hidup bila kau dah bebas dan dah tak perlu lagi nak fikir tentang cemburu, syak wasangka dan curiga setiap masa. 

Buat apa nak teruskan kalau hati tak tenang, penuh dengan rasa curiga, syak wasangka dan hidup tak aman asyik bermasam muka? Tahan ke nak hadap benda tu sampai ke tua? Lama-lama esok kita yang gila. Sebab takde jaminan bila manusia ni akan berubah. Sangat-sangat buang masa untuk menunggu benda yang takde hasil. Orang kata sekali dia buat, esok lusa dia baik kejap minggu depan dia buat lagi. Sebab aku dah tak sanggup nak hadap benda tuela aku nekad dan pergi. And now, i'm happy. Happier.

Hidup ini pilihan dan kita jangan pilih untuk bersedih. And stop blame others.

Kenapa dengan Zara agaknya?

Maaf, pada mulanya mood aku baik-baik saja. Tapi selepas terbaca comment bodoh daripada manusia tak diundang tu aku terus rasa macam "Eh kau dah kenapa? Mental problem eh?" Ini tak boleh biarkan ni kena sound sikit sedas dua dah lama dah aku diamkan. Malas nak cerita lebih-lebih. Okay abaikan.

Aku terfikir sesuatu bila melihat Zara makin membesar. Bila tengok dia memberontak dan suka buat perangai aku rasa macam something wrong je anak aku ni. Adakah disebabkan persekitaran? Atau pengaruh semasa aku mengandung? Atau apa yang dia pernah nampak sebelum ni? Kenapa dengan Zara agaknya eh?

Kalau disebabkan persekitaran aku kena berusaha keras untuk memastikan dia tak akan terpengaruh dengan sesuatu yang buruk itu untuk jangka masa yang panjang. Masa budak ni mungkin susah kita nak kawal sebab budak memang sangat cepat belajar dan tangkap apa saja yang dia nampak tanpa dia dapat fikir baik atau buruk sesuatu benda tu. Apa yang kita boleh buat cuma tegur dan bagitahu banyak kali yang benda tu tak baik jelah. Explain nicely walaupun Zara ni kadang sangat menguji kesabaran iols!

Pengaruh sebab mengandung? Aku kesian kat Zara kalau itulah puncanya. Sebab orang kata emosi bila kita mengandung akan mempengaruhi emosi anak juga. Bukan kita tak boleh nak control tapi haihhh keadaan dan masalah berpanjangan yang tak mengizinkan kita untuk bertenang dan sentiasa happy kot.

Apa yang dia pernah nampak tu pun boleh jadi satu sebab. Dia nampak dan dia ikut. Cuma aku selalu doa supaya ingatan tu takkan pernah kekal dalam kepala Zara. Semoga dia takkan pernah ingat semua benda-benda bodoh yang pernah jadi depan mata dia. Sebab aku tak nak dia terkesan dan bagi effect buruk dalam pembesaran dia.

Serius aku kesian dengan Zara. Cuma satu benda yang aku pasti dia sangat-sangat copy aku. Kasar dan garang macam mana pun Zara, dia sebenarnya sangat manja. Mommy doakan tiada negatif yang akan mempengaruhi dan Zara akan jadi anak yang baik sampai bila-bila.