Nuffnang Ads

Monday, December 29, 2014

Lupakan saja apa adanya.

Bila kau dah tak punya rasa,
Curahlah selautan gula sekalipun.
Aku tetap rasa tawar.

Bila kau dah tak punya apa.
Kau janjikan intan dan permata sekalipun.
Aku tetap rasa hambar.

Kita pernah berjanji.
Kita dulu bermadah.
Kita mengikat kata.
Takkan ada yang memisah.

Lupakan saja.
Kerana aku sudah lupa.
Apa perlunya untuk terus bersama.
Bila kau sendiri tak pernah berusaha.

Mencari penghujungnya.

Kita sudah berada di penghujung. Penghujung tahun 2014. Penghujung kisah kita. Atau mungkin penghujung segala-galanya.

Aku tak lupa pada janji. Segalanya akan berakhir pada hujung 2014 andai aku masih belum punya kepastian di mana letaknya diri. Aku masih ingat. Aku belum lupa.

Aku hanya punya 2 hari. 2 hari saja lagi. Untuk aku memutuskan harus bertahan atau pergi. Harus melangkah atau masih di sini.

Apa yang aku rasa cuma tawar. Segalanya semakin hambar. Kosong tak berisi. Sunyi tak bertepi. Kau memang mudah berlakon seperti tiada apa. Tapi tidak aku yang tak pernah berhenti berfikir. Merenung tentang masa depan yang masih aku tak nampak warnanya.

Sekali aku berani, sekali aku bersama kekuatan, kau akan tahu bahawa aku akan benar-benar pergi. Kau tangiskan dengan air mata atau madah pujangga sekalipun aku takkan pernah berpaling. Maaf, kalau diikutkan hati ini aku benar-benar mahu itu berlaku. Supaya aku tak perlu lagi menunggu.

Ini semua terlahir kerana aku sudah bosan. Sungguh-sungguh bosan.

Friday, November 7, 2014

Mahal.

Bila kau mula merasakan segala yang ada pada diri kau itu mahal.  Bila kau mula merasakan semua yang ada pada diri kau itu berharga. Kau takkan mahu peduli lagi tentang apa kata mereka. Bagi aku, diri ini sangat mahal. 

Anggapan sesetengah manusia pada siapa aku telah lama aku buang. Persetankan pada mulut yang mengeji dan menghina. Kerana makan aku dan bidadari syurga itu bukan pada kau, kau dan kau yang aku minta. Susah senang aku berkayuh selepas berlari sesudah jatuh terduduk tersungkur kau takkan pernah tahu peritnya untuk aku melawan.

Manusia. Datangnya boleh jadi ikut sesuka hati. Perginya juga sama. Menganggap manusia seperti aku ini picisan yang boleh dibuang dengan rela dikutip bila suka. Haihh, manusia tetap manusia. Memperlahankan suara hanya bila ada kepentingan. Bila tak punya apa-apa, aku hanya seperti angin yang berlalu tanpa kau peduli mana tujunya.

Bercakap tentang kepentingan. Di manakah kepentingannya? Adakah kepentingan itu wujud? Orang kata, kalau kita penting tak perlu kita cari semuanya. Dia akan datang sendiri. Tapi bila sesaat daripada seminit pun kau tak punya masa, aku kira aku memang bukan siapa-siapa.

Eh manusia, jangan mengharapkan aku menjadi luar biasa kerana aku ini hanya biasa-biasa. Sedangkan dalam masa yang sama kau juga biasa-biasa dan tiada apa yang luar biasa.

Friday, October 3, 2014

Bosan kuasa lapan

Orang kata kalau kita sayangkan sesuatu tu kita akan pertahankan. Tak kira dengan perbuatan mahupun perkataan. Usahalah selagi daya untuk menghalang daripada kehilangan.

Tapi tapi tapi.

Kenapa aku tak rasa seperti dipertahankan?
Kenapa aku rasa semakin diabaikan?
Kenapa aku rasa macam takde pape je?

Arghhhhh aku semakin bosan!

Bosan bosan bosan

Raya Haji lagi dua hari. Pejabat mula sunyi kerana hilangnya mereka sudah sampai ke mana agaknya. Balik kampung. Itu ceritanya.

Aku masih di sini. Entah apa yang aku tunggu. Entah apa yang aku nanti.

KOSONG. Tiba-tiba aku rasa kosong. Yang dekat seperti menjauh di waktu yang jauh mahu mendekat.

Aku tak mampu untuk bergerak walau setapak. Aku tak mampu untuk berpaling walau seinci. Kerana aku masih belum lupa pada janji.

Kadang-kadang serasa mahu memutus janji. Berlalu pergi membiarkan kau bersama mereka mengisi semula kekosongan dengan warna-warna bahagia. Carilah ia di antara yang tersisa.

Tapi naluri hati aku tak pernah rela. Jauh di sudut jiwa aku tak pernah mahu. Harapan bodoh apakah yang aku rasa?

Arghhhh entahlah. Aku bosan.

Aku aku aku

Bila resah mengusik hati, aku akan kembali ke sini. Bercerita tentang rasa. Berkisah tentang jiwa. Mungkin tenang tak mampu melawan rasa resah tapi cukuplah bila aku tahu yang aku punya sesuatu untuk aku kisahkan tentangnya.

Aku bercerita supaya kau tahu. Bahawa aku masih menunggu. Lalu aku tak mahu kau berdiam kaku. Tanpa sebarang laku yang memutuskan siapa aku.

Aku mahu kau tahu. Rasa itu tiada pada mereka. Aku bukan picisan yang terdesak mengharapkan sesuatu pada yang aku tak punya rasa. 

Aku tak pernah mahu memaksa. Tapi kau harus faham tentang sampai bila. 

Wednesday, September 24, 2014

Kau tahu.

Yang terlahir itu kerana aku jujur. Yang terlahir itu kerana aku telus. Yang terlahir itu kerana aku ikhlas.

Yang terzahir itu kerana aku kasih. Yang terzahir itu kerana aku rindu. Yang terzahir itu kerana aku sayang.

Sukarkah untuk difahami dalamnya segala rasa yang terluah itu. Sukarkah untuk dimengerti tulusnya setiap tutur yang berlagu. Atau kau sengaja tak pernah mahu faham dan ambil tahu.

Kau tahu terlewatnya hadirmu meralatkan kebodohan yang pernah berlaku dulu. Kau tahu kalaulah kita tahu indahnya hidup hari ini, dahulu kau pasti dengan aku.

Andai masa itu di tangan aku. Andai masa itu di dalam kawalan aku. Aku tahu, kau tahu, kita tahu. Kau hanya untuk aku.

Hari ini perlukah kau dan aku mensia-siakan semuanya?

Kau.

Kau berikan nafas.
Kau berikan senyum.
Kau berikan ketawa.

Kau berikan hidup.
Kau berikan harapan.
Kau berikan cahaya.

Kau berikan rindu.
Kau berikan sayang.
Kau berikan cinta.

Tapi itu dulu.

Sesuatu itu.

Melawan sesuatu rasa yang datangnya bukan kerana kehendak dan kemahuan kita bukan sesuatu yang mudah. Menafikan sesuatu yang sebenarnya memang wujud juga tidak senang.

Sesuatu itu berjaya membuatkan aku lupa kepada masalah lalu. Berjaya membuang segala kenangan pahit yang memasungkan kaki aku daripada terus melangkah untuk memulakan hidup baru. Sesuatu itu mampu memberikan aku peluang untuk kembali mengenali warna-warna pelangi yang walaupun hadirnya cuma selepas hujan tapi indahnya hingga ke hujung dunia. Sesuatu itu hebatnya dalam memberikan aku harapan betapa hidup ini masih ada senyuman untuk aku.

Tapi kenapa sesuatu itu tidak lagi memberikan aku perasaan yang sama? Kenapa sesuatu itu tidak lagi menjanjikan senyum dan ketawa dalam hari-hari yang berlalu? Kenapa sesuatu itu tidak lagi memaniskan senyumnya demi untuk memberikan bahagia dalam hidup aku?

Pedih perit rasanya. Untuk menerima bilamana sesuatu itu berubah tanpa pernah mempedulikan hilangnya manis berganti tawar yang aku rasa hari ini. Sesingkat itu saja yang aku rasa. Aku cuba. Tapi huluran tak bersambut. Aku cuba. Tapi senyuman tak berbalas. Aku cuba tapi rasa tak lagi serupa.

Jauh di dalam hati aku serasa mahu berhenti. Berhenti daripada terus menyeksa diri. Berhenti daripada terus menangisi. Kerana terbazirnya air mata bagaikan tiada makna. Tiada harga kerana segalanya masih sama.

Apa yang aku rasa hari ini bagaikan sama seperti di dalam penjara lama. Hanya aku yang punya rasa. Hanya aku yang punya usaha. Hanya aku yang punya cinta. Kerana hakikanya, kau tak lagi serupa.

Monday, September 22, 2014

Sedih.

Sedih. Aku rasa seperti mahu menangis. Walau sebenarnya air mata sudah lama mengalir. Dalam hati. Dan kian terzahir di pipi.

Allah, Kau berikanlah aku segala kekuatan. Dugaan kali ini lebih hebat rasanya. Terluka dengan tingkah laku dan perbuatan. Yang bagai meletakkan aku sebagai persinggahan. Sebuah perhentian yang bila-bila masa saja boleh ditinggalkan.

Sungguh aku benar-benar mahukan cahaya ini sampai ke hujung. Bukan mendung. Andai ada sekalipun biarlah cuma sekejap. Yang menjadikan hidup lebih berwarna seperti pelangi. Bukan ribut tanpa henti.

Semuanya sama. Itu yang aku rasa. Air jernih yang mengalir tak pernah aku tahu hadirnya kerana apa. Rindu atau benci.

Friday, August 22, 2014

Persoalannya, sampai bila?

Pagi ini aku terjaga dengan 1001 perasaan. Perasaan yang menimbulkan segala kemungkinan. Keberadaan aku di dalam hidup yang akan mengalirkan luka.

Kalau aku suarakan ini, pasti akan disangkal dan dihalang. Haihhh kalaulah begitu mudah untuk aku terus bertahan dan bersikap seperti tiada apa yang berlaku.

Hakikatnya, aku sering makan hati. Aku sering mengalah dalam terpaksa. Menanggung segala rasa sendiri. Menyimpan segala sunyi di hati.

Persoalannya, sampai bila?

Thursday, August 7, 2014

Sahabat.

Semalam aku terkenang. Teringatkan sahabat yang telah tiada. Telah banyak kali aku bercerita tentang dia di sini. Aku takkan jemu. Takkan pernah untuk berhenti merindu.

Aku kehilangan sesuatu yang takkan pernah ada gantinya. Tempat bercerita segala rahsia. Tempat mengadu segala rindu. Tempat meluah segala rasa. Ceritalah apa saja. Takkan pernah ada kata-kata yang negatif keluar dari mulutnya. Dia takkan mudah menyalahkan aku apa lagi memberikan tanggapan aku yang bersalah untuk segalanya.

Bila aku menangis tersedu-sedu dalam phone pun dia boleh ketawa. Dia tahu bila masa dia perlu ketawa. Dia tahu bila masa dia perlu menangis bersama. Dia tahu bila masa gilanya aku untuk memaki hamun tapi disambut dengan gelak ketawa dia saja. Tapi aku tak kisah. Kerana apa? Kerana dia benar-benar memahami. Aku dan dia ketawa dan menangis bersama.

Bila dia menangis begitu juga aku. Mendengar dan menerima segala keluhan hatinya yang penuh sengsara. Bila dia ketawa aku selalu bersama mendengar segala cerita bahagianya. Berbagi rasa dengan dia buat aku rasa hidup ini bertongkatkan sebuah persahabatan yang tak pernah memandang buruk dan negatif pada aku. Nasihatnya berbaurkan kata-kata positif. Jarang malah mungkin tidak pernah untuk dia mengatakan aku ini degil dan keras kepala tidak mahu menerima pandangan orang lain.

Aku terlalu rindukan dia. Bila waktu aku sedang kacau, tiada lagi sahabat yang boleh aku hubungi jam 4 pagi untuk bercerita. Bila aku mengantuk drive ke tempat kerja, tiada lagi yang aku boleh ganggu untuk menemankan aku bercerita walaupun dia masih belum bangun tidur. Tak pernah dia gagal untuk bersama aku dalam apa juga keadaan. Dia benar-benar sahabat susah dan senang. Dia sahabat dunia dan akhirat.

An, i really miss you.

Wednesday, July 23, 2014

Bunga-bunga Cinta


Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Tuesday, July 22, 2014

Something better for us.

I'm not being rejected. But I reject him. Ooppsss.

Kita selalu akan sedih bila kehilangan. Menangis-nangis meratap hiba pilu sayu belaka. Merayu-rayu untuk peluang atau apa saja supaya kehilangan itu takkan berlaku.

Tapi. Biarlah kesedihan itu pada sesuatu yang berbaloi. Air mata itu pada sesuatu yang berguna. Bukan pada sesuatu yang cuma akan membazir duit, masa dan tenaga. Bukan pada sesuatu yang cuma akan merugikan masa depan.

Pernah dengar cerita tentang pelangi? Kau berair mata kerana diberikan hujan di saat kau dambakan panasnya matahari. Tapi terlupa betapa indahnya pelangi yang akan hadir selepas hujan. Mendung dan hujan cuma sekejap tapi warna indah pelangi yang memberikan kehidupan selepasnya itu lebih pasti.

Percayalah pada Dia. Ditarik sesuatu itu berhikmah. Kerana untuk memberikan yang lebih baik.

Hidup baru ini sangat hidup.

Dalam hidup ini andai kita tak mampu berbagi sesuatu. Mungkin kita boleh berbagi rasa. Rasa yang pelbagai cara. Rasa yang bermacam nada.

Sesuatu itu kerana mungkin kita tidak mampu. Hidup juga bukan kerana sesuatu. Bila kau tak mampu kau hanya seperti pakguard Sime Darby yang datang dari Nepal. Tapi bila kau mampu kau umpama Van Diesel yang emsem walaupun botak. Aummm~

Berkongsi aku bukan pada semua. Tapi rasa ini. Di sini. Ku kira hanya berkongsi apa adanya. Yang membaca aku tahu siapa. Kerana aku cuma biasa-biasa. Tak punya lebih hanya apa adanya. Berbagi rasa agar kau lebih mengenali. Siapa aku dulu dan kini.

Orang mungkin tertanya kenapa dan mengapa. Bukan sekali tapi dua kali. Mencari salah itu memang mudah kerana manusia sering lupa bahu sendiri senget sebelah. Dalam sedih yang sesaat cuma, aku sebenarnya mensyukuri setiap apa yang berlaku. Kerana nikmat kebebasan yang disertakan kebahagiaan itu sesuatu yang sudah lama tidak aku miliki. Terlalu lama. Atau mungkin aku sudah lupa apa makna bahagia apa erti gembira.

Sehingga hari ini. Hidup baru ini benar-benar memberikan kehidupan.

Monday, July 21, 2014

Kerana aku pernah gagal.


Petang ini, aku punya rasa untuk mengimbas. Mengenang kembali setiap kesalahan yang pernah aku lakukan. Kesilapan dalam membuat keputusan hidup. Kekhilafan dalam menentukan arah langkah kaki.

Dulu mak abah pernah cakap. Bila nak cari, yang penting solat. Solat itu tiang agama. Bila kenal solat, tahu wajibnya solat, kenal tanggungjawab pada agama insyaAllah aku dan anak akan selamat dunia akhirat.

Semua itu aku pandang sepi. Aku pandang sebelah mata. Atau mungkin aku tak pandang langsung. Aku tak menilai dengan hati. Aku tak memandang agama. Aku tak menjadikan 4 syarat itu sebagai landasan dalam memilih dan mencari.

Mereka kata itu pilihan aku sendiri. Itu yang aku mahu itu yang aku cari. Tapi dalam masa yang sama terlupakah mereka pada takdir? Aku tak pernah punya kuasa untuk menentukan mati dan hidup. Aku tak pernah punya daya untuk menentukan ajal dan jodoh.

Waktu dan peluang yang ada ini seharusnya aku gunakan untuk memperbaiki. Setiap dan segala kekurangan dan kelemahan diri aku perhalusi dan perkuatkan dengan asas yang kukuh. Asas yang menongkatkan setiap kerapuhan agar menjadi kekuatan aku untuk terus hidup.

Hadirlah kau yang akan menjadi imam di setiap solatku. Imam yang mengajar alif ba ta pada anakku. Imam yang mengajar aku tentang pilihan buruk dan baik. Imam yang mendidik aku mendekati syurga menjauhi neraka.

Kerana aku pernah gagal. Cukuplah sekali. 

Aku sudah lupa.

Satu kenyataan yang aku mula sedar. Aku seperti sudah semakin jauh dariMu. Ini yang aku benar-benar takutkan. Kerana aku sudah semakin dekat denganMu saat itu tapi entah kenapa aku diuji semula.

Susahnya aku menduga bilamana waktu itu aku mencariMu. Bila senang, mudahnya aku lupa. Waktu dan tika ini, aku keliru di dalam permainan wayang hidup sendiri.

Allah, kesempitan yang telah dan pernah Kau berikan menjadikan aku seorang manusia yang berpegang pada tetapnya sebuah perjalanan yang Kau aturkan. Kejian dan cemuhan yang aku terima aku kutip dan telan. Bicara mereka bagaikan tiada iman. Siapakah aku untuk menentang ketentuan? Siapakah aku untuk menolak takdir yang ditentukan?

Saat aku terduduk tersungkur, Kau berikan aku kekuatan. Kau hadirkan kasih sayang. Tapi kenapa aku kian jauh dan lupa padaMu?

Aku sudah lupa pada dhuhaMu. Aku sudah lupa pada taubatMu. Aku sudah lupa pada tahajudMu. Aku sudah lupa pada hajatMu. Aku sudah lupa pada istikharahMu.

Aku lupa dengan istighfar. Aku lupa dengan subhanallah. Aku lupa dengan alhamdulillah. Aku lupa dengan hasbunallahu wani'mal wakeel. Aku lupa dengan hasbiyallahu wani'mal wakeel.

Jauh di sudut hati aku menangis sendiri. Allah, andai aku tahu perincian jalan takdir hidupku pasti aku akan menjadi hambaMu yang terbaik. Pasti setiap saat dan udara yang aku hela di atas bumi ini dihiasi penuh dengan namaMu.

Terima kasih sayangs.

Ditikam jemari lain itu ku kira masih mampu ku terima. Kerana itu biasa. Tetapi bila ditikam jemari sendiri itu benar-benar melukakan.

Serasa aku dikhianati. Pertautan yang seharusnya menjadi keutuhan pada satu kehidupan. Yang sepatutnya melambangkan kukuhnya sebuah persaudaraan.

Sumpah aku sudah biasa. Hidup sendiri juga aku selesa. Kerana aku tahu dimana letaknya diri aku di mata mereka. Salah dan silap sentiasa memenuhi ruang mata. Aku tak pernah benar. Aku tak pernah betul.

Allah menjadikan aku sekuat-kuat hambaNya. Melalui perjalanan ini dengan setiap langkah kaki ditusuk duri. Berselisih kaca berpijak paku. Kalau aku berhenti melangkah, mungkin telah lama aku mati. Telah lama aku kalah dengan ujian sendiri.

Kasih sayang yang aku miliki saat ini menghidupkan aku. Bersama Zara, bersamamu. Walaupun aku tahu kau takkan pernah bersama aku di setiap ruang dan waktu, tapi hatimu bersatu dalam setiap detik dan nafas yang berlagu.

Terima kasih Zara. Terima kasih JK.

15/7/2014 dalam sejarah.

Aku takkan lupa pada 15 Julai 2014. Takkan pernah sekali aku lupa. Kemalangan yang aku lalui petang Selasa tu akan aku simpan kejap dalam ingatan.

Pertama kali. Seumur hidup aku.

Dia berikan aku peluang untuk terus bernafas. Ingatan aku serta merta kepada Zara saat kereta berhenti betul-betul di tengah jalan raya.

Ada pengajaran yang aku kira biarlah aku simpan sendiri. Alhamdulillah, itu saja.

Friday, July 11, 2014

Terima kasih.

13 Ramadhan. Dah masuk dua minggu kita berpuasa. Dugaan yang datang kali ni bukan sikit dan bukan kecil. Tapi kegagahan aku untuk menepis tidak dapat disangkal lagi. Gitu~

Berdua dengan Zara itu aku biasa. Demi Allah, kekuatan kali ini mengatasi segalanya. Positif aku rasakan ini sememangnya adalah yang terbaik. Kerana aku lebih happy. Tiada lagi sedih dan air mata.

Untuk meletakkan aku di tempat yang paling bawah sekali itu adalah satu kesilapan besar. Kerana aku tak pernah kalah. Berjuang mempertahankan kebenaran dan kehidupan itu aku rela. Demi sebuah nyawa kecil yang terlalu berharga.

Terima kasih kerana melepaskan. Terima kasih banyak-banyak kerana ini adalah kebebasan yang tersangat bermakna. Yang sangat buat aku lebih bahagia.

Semoga Ramadhan ini memberikan aku dinding kesabaran tinggi yang takkan termusnah walau ditebak dengan senapang gajah. Okbai.

Kalaulah.

Orang kata kalau kita tak kenal maka tak cinta. Tapi kadang-kadang kita tak tahu itu adalah masalah atau hanya ujian yang menduga.

Orang kata jangan mudah membenci pada sesuatu. Kelak takut menjadi cinta. Jangan senang menyerah kalah. Bimbang tersungkur berdarah semula.

Kenal dan ujilah dahulu. Baru kau tahu yang mana intan yang mana kaca. Yang mana memberikan kau cahaya, yang mana memberikan kau luka. Antara dua, ianya tetap menguji jiwa.

Aku pernah berkata TIDAK. Tidak mungkin sesekali. Takkan mungkin. Tapi kuasa Dia lebih mengatasi setiap sesuatu. Mampukah aku untuk menidakkan pada takdir yang telah lama tertulis cuma hanya aku yang tak tahu. Aku baru tahu. 

Kalau bisa aku undurkan masa, banyak yang mahu aku elak. Banyak yang aku mahu tepis. Tapi setiap langkah kaki aku telah dirancang sebaik-baiknya oleh Yang Satu. Daya yang ada tak sekuat mana untuk aku menolak setiap ketentuan. Bila mana TIDAK yang aku pertahankan akhirnya menjadi YA. TIDAK yang aku banggakan selama ini kerana sentiasa menjadi pegangan akhirnya lebur begitu saja.

Langkah ini kadang aku rasa terlalu cepat untuk terus berlari setelah aku jatuh tersungkur untuk kesekian kalinya. Aku perlu merangkak semula. Aku mahu bertatih kembali walaupun letih. Kerana untuk mencari yang mendamaikan jiwa itu aku perlu percaya bahawa itu adalah yang terbaik. Yang terbaik untuk yang terakhir kalinya.

Aku perlu berjalan dengan tenang. Aku perlu melangkah dengan aman. Menghela nafas tanpa ada rasa terburu-buru demi menikmati sebuah kehidupan baru. Kerana aku masih belum pasti tentang sebuah penghujung. Aku masih sangsi pada sebuah kesudahan. Kalaulah.

Friday, July 4, 2014

Selamat berpuasa!

Selamat berpuasa kawan-kawan. Dah seminggu baru nak cakap. Takpe puasa kan sebulan. Semoga ibadah puasa kita diberkati Allah dan berjalan dengan baik dan sempurna.

Aku rasa aku ada gastrik laaa. Ehhh~

Wednesday, July 2, 2014

Indah cintaku

Ini aku tujukan untuk dia. Cuma dia.

Indah Cintaku

Ku ingin kau tahu, ku ingin kau selalu
Dekat denganmu setiap hariku
Sudahkah kau yakin untuk mencintaiku
Ku ingin hanya satu tuk selamanya

Ku tak melihat dari sisi sempurnamu
Tak peduli kelemahanmu
Yang ada aku jatuh cinta karna hatimu

Cintaku tak pernah memandang siapa kamu
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu

Cintaku terasa sempurna karna hatimu
Selalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku

I'm okay.

Terlalu lama aku tinggalkan ruangan ini. Mencari kehidupan yang lebih baik atas permulaan yang menyedihkan. Tapi aku kira kesedihan itu cuma seminit dua. Kerana selebihnya aku sangat gembira.

Allah. Dialah sebaik-baik perancang. Dia lebih Mengetahui apa yang baik untuk aku. Segala apa yang berlaku hari ini semua dengan izinNya. Kun faya kun.

Kita menangis bila kehilangan. Kononnya kita sudah putus harapan. Tiada lagi yang terbaik selain dari apa yang ada. Oh betapa silapnya kita kerana menjadikan apa yang berlaku itu satu tudingan jari pada Dia yang mengizinkan segala sesuatu. Hilangnya sesuatu itu kerana Dia mahu mengganti dan memberikan yang lebih baik bukan?

Positiflah dalam kehidupan. Bila mana kau mengharapkan yang terbaik itu hadir dalam setiap sudut perjalanan. Sabar itu ada ganjaran yang takkan kau tahu nikmat dan hikmahnya. 

Allah, aku hanya punya Zara untuk aku serahkan seluruh kasih sayang yang mengalir dalam setiap inci darah dan nafas yang aku hela. Dialah satu-satunya yang aku ada. Selain dariMu, dialah punca untuk aku terus hidup. 

Hidup aku hanya mahukan kasih sayang. Biarlah kita tak punya harta tapi kasih sayang melimpahi segala ruang yang ada.

Wednesday, May 21, 2014

Manusia lupa diri kalau bercakap memang macam bagus eh?

Ada orang cakap.

"Kalau masa aku susah pun kau tak sanggup nak bersama dengan aku, jangan harap kau dapat bersama aku bila aku senang."

Okay sekarang aku nak balas balik.

"Kalau masa kau tengah susah pun kau boleh senang-senang je nak lupakan orang yang banyak berkorban dan membantu kau, jangan harap kau dapat hidup senang dengan orang lain." Eh?

Atau. Yang lebih tepat sebenarnya.

"Kalau masa kau tengah susah pun kau boleh cakap macam tu, aku pun tak hadap nak bersama dengan orang yang tak menghargai pengorbanan aku mengharungi susah payah bersama kau selama ni."

Okay. Deal? Senang cerita macam ni lah. Allah belum pun bagi kau hidup senang. Kau masih berada di tahap kejatuhan paling bawah tahap jatuh tersungkur bedebuk dalam longkang! Tapi kau dah ada niat tak baik. Kau dah ada niat nanti bila kau dah senang kau nak ketepikan orang yang bersama kau masa kau susah. Jadahnya semua ni? Kau boleh buat-buat lupa pada manusia yang banyak membantu menghulur tangan masa kau jatuh?

Sebab apa kau tahu tak, orang-orang yang mengelilingi dan mengejar kau masa kau dah senang tu sebenarnya tak pernah ikhlas. Sebab kau dah senang. Memanglah semua orang sayang. 

Tapi masa kau susah dulu siapa yang ada dengan kau? Mana semua orang? 

Diorang semua ada tolong kau ke?

Siapa yang menjadi tulang belakang untuk kau terus berdiri dan berjalan sampailah kau mampu berlari?

 Siapa yang berkorban segala-galanya untuk memastikan kelangsungan hidup terus berjalan dengan baik? 

Kau rasa Allah nak bagi kau hidup senang ke kalau belum apa-apa lagi kau dah busuk hati?

Nak cakap tu tolong fikir dulu guna otak. Guna akal. Allah bagi akal tu percuma je jadi tolonglah jadikan benda tu berguna. Bukan jadi tak guna. Serius aku benci manusia lupa diri.

Tuesday, April 29, 2014

Sendiri pun okay-okay je.

Tetiba rasa macam nak memanjangkan isu 'biarlah aku sendiri di ofis' tu. Haha okay gelak tak ikhlas.

Nak ikutkan sejak aku mula bekerja lagi dah macam tu. Entahlah kenapa tapi aku lebih suka membawa diri sendiri. Tempat kerja pertama aku di Unisel Sek.7, Shah Alam. Masa tu memang confirmlah sorang-sorang kot sebab keliling kau semuanya lecturer. Kita tak setaraf la konon~

Aku duduk rumah kakak aku dan lebih suka bawa bekal. Jadi memang aku tak pernah pergi ke cafe. Kalau aku pergi aku rasa macam malu gila semua orang tengok aku scan atas bawah. Serious! Padahal kat situlah dulu aku belajar sebelum kolej tu pindah ke Port Klang.

Lepas tu Fakulti tempat aku kerja pindah ke Bestari Jaya kat Kuala Selangor. Tak lama tu aku dapat dok kat kuarters. Benda sama jugakla yang jadi. Bila tengahari aku akan balik rumah, solat dan tidur kejap. Jarang-jarang aku nak join mereka-mereka tu lunch sekali. Sebab? Waktu lunch tu lah akan jadi waktu dan tempat aku menambah beban di bahu kiri aku tatkala telinga mendengar segala jenis umpatan dan disertakan dengan bibir-bibir becok bersenggama antara satu lain mengeji dan bergosip. World class ayat aku~

Sumpah aku tak pernah berminat dengan situasi itu. Biarlah diorang nak mengata aku sekali pun tapi aku lebih suka dengan cara aku waktu tu.

Macam tu jugaklah bila berpindah ke tempat lain pun. Aku lebih suka tak keluar lunch dan hanya duduk di meja sendiri sambil makan biskut dan roti kalau ada. Sampailah aku kerja dengan kerajaan sekarang ni. Kalau boleh kirim dengan kawan, aku lagi suka. Kalau bawak bekal lagi best, tapi sebelum lunch dah tinggal tupperware kosong okay kesian.

Aku pun tak tahu kenapa aku dijadikan sebagai manusia yang tak suka keluar waktu lunch. Aku rasa macam arghhh malasnya nak bersesak-sesak kat kedai makan panas-panas semata-mata nak makan nasi. Apa ke pelik alasan kau nih? Paling rajin pun aku akan beli bungkus je kat ofis sebelah. Pastu tetap gak makan kat meja sendiri.

Kasihan manusia ini.

Mood jangan moody.

Benarlah kata orang. Mood kita di pagi hari akan menentukan perjalanan kita sepanjang hari tu. Jagalah mood kita di waktu pagi kalau mahu bahagia hingga ke malam. Indeed.

Betul. Kalau kau keluar rumah dengan rasa tak puas hati ke, sedih ke, marah ke tengoklah sampai ofis membawak ke petang memang ada je benda yang tak kena. Hati tu rasa bengkak je. Pastu moody sensorang.

Tapi kalau keluar rumah dengan hati yang happy, muka pun senyum je mesti satu hari tu kita akan rasa ceria dan gembira macam takde masalah. Macam la~ Kecuali tetiba kau kena marah dengan bos pastu kena attend meeting catat minit sampai pukul 8.00 malam tanpa sebarang air sirap mahupun kuih donut. Kau nak kena tumbok eh bos?

Kekadang kita ni susah sangat nak menjaga mood sendiri. Tak pasal-pasal mood harey kita tu terpalit sama kat orang lain. Yelah kalau dah muka kau macam apam bantat pastu kau bajet orang nak tepuk tangan hip hip horey sambil lompat bintang tengok muka kau?

Kita lupa pembawakan diri kita pun boleh mempengaruhi mood orang keliling pada kita khususnya. Kalau moody je, orang pun menyampah. Tapi kalau kita ceria, orang pun happy nak berkawan.

Memang sakit hati rasanya kalau ada orang kacau mood kita pagi-pagi. Senyum pun macam tak ikhlas je. Aihhh sabarlah hati.

Tapi untuk aku yang lebih suka membawa haluan sendiri bila di ofis asalkan aku bahagia ini kekadang aku rasa itu lebih baik. Bukan jadi kera sumbang tapi asalkan kita berkawan baik dengan orang keliling dan takde musuh itu sudah memadai. Jangan sombong, selalu senyum dan tegur orang. Mungkin kerana aku bukan jenisnya nak menghuru-harakan ofis.

Sebab, aku dah berjumpa dengan banyak topeng. Manis di depan pahit di belakang. Aku tak mahu dengan cakap-cakap orang yang mengklasifikan aku sebagai CNN, Melodi, busy body blablabla. Biarlah aku diam dengan baik. Menjadi aku dengan apa adanya.

Seorang tak bermakna aku sendiri. Allah ada.

Monday, April 28, 2014

Permulaan.

Dalam kesusahan dan ujian yang aku masih tak tahu di mana penghujungnya, Allah memberikan aku satu jalan, ruang dan peluang.

Aku suarakan pendapat dan idea dan dia terima dengan baik. Mungkin ini adalah petunjuk? Siapa tahu.

Benarlah, pertolongan daripada Dia kita takkan tahu bila dan bagaimana. Cumanya kita sahaja yang faham atau tidak. Kita ambil peluang itu atau cuma membiarkan.

Bismillah. Astaghfirullah. Semoga Dia memudahkan segala urusan dan permulaan.

Apa saja demi maruah.

Pagi-pagi bila masuk kerja aku mesti akan online Berita Harian atau Harian Metro. Dunia sekarang dah canggih katanya. Tak payah beli suratkhabar lagi dah. Semua ada dalam internet.

Aku ada baca satu tajuk kat Harian Metro. "Gadis tangkis cubaan perkosa". Umur perempuan tu baru je 17 tahun. Tapi dia ada satu kekuatan yang Allah bagi untuk buat apa saja demi mempertahankan maruah dan harga diri. Nak melawan kudrat seorang lelaki yang lebih kuat dan besar daripada dia mungkin bukan benda mudah. Tapi bila kita nekad dan berserah dalam berusaha, Allah pasti akan selamatkan dan budak perempuan tu berjaya selamatkan diri.

Apa yang aku nak tekankan adalah BUAT APA SAJA UNTUK MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN HARGA DIRI daripada diperkosa. Itulah sebenar-benarnya.

Tapi dalam Malaysia, ada sesetengah lelaki yang tak berapa nak lelaki. Sebab lemah dan kalah dengan lelaki berumur hinggakan telah berjaya dinoda dan diliwat.

Pelik dan ajaib. Dunia dunia.

Friday, April 25, 2014

Bicara tentang nyawa.

Satu benda yang pasti bila kau ada anak, kau takkan pernah tahu apa itu masalah bila kau lihat dia senyum dan ketawa. Segala masalah kau lenyap, musnah, hilang dan terbang entah ke mana. Segala amarah kau boleh bertukar menjadi senyuman bila kau lihat nyawa kau dengan girangnya berlari menyambut bila kau balik kerja. Sambil panjat grill pintu dan jerit 'Mummy! Mummy! Mummy!' Gedit?

Itulah perasaannya. Bila aku ada masalah gambar dia yang aku renung. Bila dia ada depan mata, jasad dia yang aku peluk. Bila dia memandang, mata dia yang akan mencairkan hati. Bila dia ketawa bunyian itu yang akan menjadi lagu indah di telinga. Dialah peruntun segala kesedihan hati. Dialah penenang segala kekacauan jiwa.

Kerinduan pada anak takkan pernah padam. Walaupun baru lima minit kau jejak kaki di office. Bukan kata di office, baru seminit kau masuk dalam kereta nak start enjin pergi kerja pun kau dah rasa macam nak off balik pastu naik rumah pengasuh ambil dia balik pastu sambung golek-golek depan tv berdua.

Jiwa aku tenang setiap kali bercerita tentang dia. Tak kira di sini mahupun di mukabuku. Tiada niat untuk aku menunjuk-nunjuk seolah-olah hanya aku yang punya nyawa secomel itu apa lagi menanam rasa pilu pada insan yang masih belum punya. Aku sekadar menghargai perasaan halus ini yang mampu ditawan oleh jasad sekecil itu. Bukankah anugerah itu untuk dihargai?

Kau tahu, bila aku bercerita di sini walaupun tiada suara yang meluah dan hanya jemari yang pantas bertingkah, hati aku sejuk dan sayu. Segala kekesalan bila aku terlepas amarah akan bertandang. Segala kerinduan bila aku berjauhan akan datang. Segala perasaan waktu susah dan senang tapi dia masih setia di sisi akan terkenang. Segenap rasa cinta akan membawa kau bagai di syurga.

Aku bangga dengan dia. Satu-satunya zuriat yang aku ada. Itulah nyawa dan jiwa. Walaupun dia selalu tiba-tiba cakap 'Tanak kawan mummy' sambil menjeling dan tanpa motif yang aku pasti, apa lagi yang kau mampu rasa pada jasad yang bergelar nyawa?

Malang tak berbau. Semoga anje selamat.

Dah lama dah aplikasi Whatsapp tu wujud tapi baru-baru ni je adik beradik aku buat group. Ada 5 orang kesemuanya kecuali sorang sebab hp dia tak canggih muahahahaha

Kitorang takdelah berborak sangat pun. Bila ada hal penting je baru contact contohnya macam masa abah sakit hari tu. Pastu senyap balik. Sampailah pagi tadi tetiba abang aku bagitahu sorang budak kampung @ anak buah abg yoi kemalangan jalan raya. Abg yoi tu abang ipar aku. Dia kawen dengan kakak aku so anak buah dia tuela yang eksiden. Tak faham? Takpe tak penting pun. Tapi kami semua memang satu kampung.

Kereta yang eksiden tu adalah kereta pertama yang aku bawa dalam hidup. Kereta yang aku belajar memandu tapi auto lah. Itulah keretanya. Satria lama warna hijau. Dia berlanggar dengan lori besar gaklah. Bila aku tengok gambar yang abang aku share dalam group memang jahanam sungguh lah. Maaf kasar bahasa tapi memang itulah dia.

Pintu belah pemandu memang dah tak nampak. Dah remuk kemek segala. Daripada gambar tu aku boleh nampak gak darah kat kerusi. Seram sejuk bila tengok sebenarnya. Apa yang kakak aku bagitahu dia memang agak parah. Kaki kanan patah dua. Kaki kiri patah kat lutut. Tangan kanan pun patah jugak. Pastu pagi tadi operate rahang. Allahuakbar, takut bila dengar.

Sama-samalah kita doakan dia takde pape dan baik-baik je okay. Semoga Allah sentiasa melindungi dia.

Wednesday, April 23, 2014

Bila kau redha, kau menerima.

Redha. Itu saja satu cara untuk kita lebih menerima tentang sesuatu. Redhakanlah hati dalam menerima. Redhakanlah hati walau terpaksa. Bilamana sesuatu itu bukan lagi milik kita. Aku hanya mampu redha dan percaya bila diambil sesuatu itu daripada kita, Dia akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih sempurna.

Bila aku ditukarkan aku redha. Satu, kerana aku sedar diri. Aku sedar tentang kesilapan dan kekhilafan yang telah aku lakukan. Dua, mungkin inilah masa yang sesuai sebab aku dah terlalu lama di tempat itu. Hampir 6 tahun, selama aku masuk bekerja di Jabatan ini. Tiga, aku perlukan persekitaran baru, ilmu baru, pengalaman baru dan segala-galanya yang baru. 

Sebab itu aku kata, carilah hikmah di dalam setiap ujian. Itu akan membuatkan kita redha dan menerima.

Aku pujuk hati sendiri. Tiada perkembangan yang bagus bila dan jika aku masih berada di sana. Kerana semuanya sama dan tiada benda baru. Tiada ilmu dan pengalaman baru. Segalanya hanya menjadikan aku manusia malas dan tidak maju. Berada di dalam zon selesa hampir 6 tahun meletakkan kita dalam satu situasi yang semuanya diambil mudah, tidak punya semangat dan keyakinan diri.

Percayalah pada setiap rancangan Dia. Kerana bukankah Dia itu adalah sebaik-baik perancang? Makin lama aku semakin lupa dan selesa meninggalkan tempat lama. Malah sedikit pun aku tak punya rasa untuk kembali apa lagi menjejakkan kaki ke sana. Apa yang berlaku, layanan yang aku terima semuanya aku ketip kemas dalam setiap pengalaman.

Pedih dan perit. Kerana hanya negatif yang menjadi alas setiap perkataan dan pandangan. Tapi aku diajar supaya jangan pernah pedulikan kata-kata yang menjatuhkan dan aku perlu teruskan langkah dan terus memandang ke hadapan. Jangan lagi memandang ke belakang pada sesuatu yang cuma menjahanamkan barunya harapan.

Lega, mungkin itulah perasaannya sekarang. Kerana aku telah meninggalkan satu tempat yang penuh dengan palsu, penuh dengan hipokrit, penuh dengan umpatan, penuh dengan lakonan. Tiada yang jujur di sana. Itulah hikmah yang aku percaya Allah menegur aku secara halus dengan kejadian yang aku harapkan akan menjadikan aku manusia lebih baik.

Abah saya.

Minggu lepas subuh Jumaat 18 April 2014. Aku dapat wasap daripada group adik beradik bagitahu abah mungkin kena tahan kat wad 3 hari. Abah aku selalu sakit perut dan diorang syak abah ada sakit jantung. Yelah abah pun umur dah 70 lebih. Bila dah tua ni penyakit-penyakit ni kita tak jemput pun dia tak malu nak datang singgah rumah orang.

Disebabkan aku dah kat tempat baru aku macam teragak-agak nak minta cuti. Takpelah aku pergi je dulu then baru bagitahu bos. Kebetulan meeting batal jadi aku dapat lah balik awal sikit. Aku sempatlah basuh baju dulu sebelum balik kampung.

Alhamdulillah abah okay je. 3 hari kena tahan untuk cucuk ubat apa entah. 2 malam emak lah yang jaga abah. Kami bagi peluang dorang check in berdua kat hospital eheheh. 

Eh terasa penat sikitla balik kampung kali ni. Mungkin sebab mak ada kat hospital je jadi kerja masak semua kat jari jemari aku yang halus ni. Memasak kat kampung adalah sesuatu yang sangat misteri bagi aku pada pandangan semua keluarga aku. Malang sungguh rasanya~

Tapi Alhamdulillah sampai hari ni suami dan anak aku sihat takde sakit apa-apa hasil daripada air tangan aku okay. Eh aku terror masak paprik, asam pedas ngan laksa tau! Bila kau tak berapa makan sesuatu itu tapi tetiba kau kahwin dengan orang yang suka makan sesuatu itu, maka wajiblah kau tahu masak sesuatu itu! Kahhhh kasihan aku. Sebab baru nak belajar. - Ini keluar topik sebab nak defend diri.

Petang Ahad abah keluar wad. Kami tak sempat pun nak tunggu sampai abah keluar sebab kami gerak balik Putrajaya awal sikit sebelum tu. Asalkan abah okay sudahlah. Tapi dapat gaklah bebel sebaris dua daripada aku ni. Abah macam biasa lah. Diam dan sengih. Abah abah, apa yang susah sangat nak jaga makan ntah.

Ujian itu menjadikan aku siapa.

Mula-mula kita mesti bermadah pujangga dulu. Saja bagi suspen la kan. Pastu baru boleh sembang macam biasa hahaha

Aku malas nak mengimbau tentang kenangan selama dua bulan menyepi. Sikit lah aku akan cerita kalau rajin. Untuk mengisi masa lapang di sini. Ya, di sini. Tempat baru aku mencari rezeki.

Aku ditukarkan ke sini. Sama bahagian lain cawangan. Redha dalam setiap apa yang berlaku menjadikan diri aku kuat untuk berhadapan dengan apa saja cemuhan, hina mana pandangan, banyaknya nasi tambah dalam perbualan. Aku bangkit dan tidak mahu peduli. Bil-bil, makan minum aku, diorang yang bayar ke?

Bukan mudah untuk aku mencari kekuatan untuk menghadapi segala kecelakaan yang dah berlaku. Aku jatuh tersungkur di waktu aku memang hampir rebah. Bosan dengan peribahasa 'Sudah jatuh ditimpa tangga'. Sebab aku tak naik tangga. Aku naik lif.

Di waktu tersungkur itu juga aku kenal siapa orang di sekeliling. Aku lebih kenal. Siapa yang menghulur tangan untuk membawa aku kembali berjalan akan aku kenang sampai nafas aku berakhir. Siapa yang hanya memandang, siapa yang mentertawakan, siapa yang berbisik-bisik, siapa yang tersenyum sinis, siapa yang menjeling puas, siapa yang bertepuk tangan juga aku kenang sampai aku tiada lagi di dunia ini. Terima kasih kerana setiap watak memberikan aku satu pengalaman dan pengajaran. Rambut memang sama hitam, tapi hati ada yang baik, ada yang tidak, ada yang karat, ada yang suci, ada yang penuh minyak tar sebab dia perokok tegar.

Allah, kepada Dia lah aku kembali. Istighfar aku tak pernah berhenti. Zikir dibibir sentiasa meniti. Aku mahukan ketenangan hati. Aku tahu hanya Dia yang mampu memberi. Lima itu aku penuhi setiap hari. Aku perelokkan setiap inci. Aku cantikkan setiap sudut kalimah suci. Allah, Kau adalah sebaik-baik perancang yang Maha Mengetahu hikmah di dalam setiap ujian dan kejadian. Aku mencari. Mencari setiap hikmah di dalam setiap apa yang berlaku. Supaya aku lebih redha.

Semoga kekuatan untuk istiqamah ada dalam setiap pegangan aku padaMu.

Mula.

Dua bulan aku menyepi tanpa khabar berita.
Bukan aku tak ada cerita.
Cuma jemari malas berbicara.
Bibir hanya mahu membisu seribu bahasa.

Arghhh~

Di waktu ini banyak yang sudah aku tak punya.
Aku bagaikan bertatih bermula semula.
Bermula daripada bawah seperti tidak tahu apa.
Segalanya sudah tak sama.

Redhalah hati.

Tuesday, February 11, 2014

Mak Minah si penjual kek.

Tersebutlah kisah.................

Mak Minah ada kedai kek. Mak Ton pun ada kedai kek. Kedai diorang jauh. Tak jumpa pun. Tapi diorang jual kek online dan saling berkawan di facebook. Satu hari Mak Minah mengupah seorang jurukamera untuk mengambil gambar semua kek beliau. Dia berusaha untuk menjadikan kek-keknya nampak lebih menarik. Itu marketing strategy yang Mak Minah buat untuk kedai kek dia.

Mak Ton pun buat benda yang sama tapi cuma pakai kamera handphone. Mak Minah nampak tapi biasa-biasa jelah sebab Mak Minah tahu itu adalah persaingan dalam perniagaan. Mak Minah tak ambik kisah dan biarkan jelah orang nak ambik gambar pakai apa pun.

Bila sampai masanya Mak Minah pun upload lah semua gambar-gambar kek dia. Tetiba Mak Ton komen kat gambar kek tu.

"Eh kenapa gambar kek ni nampak macam pelik? Nampak macam kemek macam penyek je."

Krik krik krik. Gambar dan kek Mak Minah kena komplen. 

Mak Minah baca tapi tak balas sebab Mak Minah rasa tak perlulah nak respon dengan komen negatif macam tu. Daripada penjual kek jugak pulak tu. Mak Minah juga berasa tak payahlah dia nak layan orang yang dengki tak boleh tengok orang lain lebih. Mak Minah pun teruskan berniaga secara kecil-kecilan sampailah semuanya keknya habis dijual.

Okay sekian sahaja kisah sedih untuk hari ini. Okay babai.

Cinta antara benua katanya.

Aku terbaca satu artikel tentang cinta bangsa luar. Bangsa luar itu bermaksud bukan orang Malaysia. Boleh jadi mereka itu adalah Bangladesh, Pakistan, Indonesia, Negro dan yang sekutu dengannya.

Artikel tu kata diorang suka menggunakan ayat-ayat manis untuk mengurat gadis-gadis Melayu kita. Atau mungkin menggunakan raut wajah serupa Shah Rukh Khan dan Jay Z. Salah satu sebab nak duit atau pun nak status penduduk tetap. Tu pun kalau kahwin lah. Kalau bawak lari balik negara diorang tu azab lain.

Aku just nak share cerita betul yang jadi kat kampung aku. Dia bercerai mati dengan suami dia dah lama. Anak-anak pun dah besar. Tapi tetiba dia kahwin dengan sorang Bangladesh dan dibawa lari ke Pahang dok kat ladang getah kot kerja teruk-teruk kena panjat bukit. Dok pulak kat rumah setinggan yang dorang selalu kongsi-kongsi macam kat tapak pembinaan tu.

Tinggalkan anak yang masih sekolah terkontang-kanting kat kampung. Cuma harapkan kakak ngan abang diorang jelah. Sedangkan si emak hanyut dalam dakapan si Bangla. Wah gitu.

Jodoh itu rahsia Allah. Betul takde sape pun boleh nafikan sesuatu yang pasti. Ajal, rezeki dan jodoh. Tapi kalau dah sampai lupakan tanggungjawab pada anak itu dah lain. Katanya cinta si Bangla ni romantik. Selalu dibelai dimanja. Tu yang terpana dalam romantika agaknya.

Tapi dengar kata dah berpisah. Si emak diselamatkan anak-anak yang tak pernah setuju dan rela dengan perkahwinan baru si emak. Si Bangla pun pernah menerima tamparan dan tumbukan daripada si anak. Tak tahulah apa sudahnya.

Kadang kita bukan saja-saja nak meluat, menyampah, menggeli dengan kaum-kaum diorang tu. Tapi memang betul kebanyakannya memang menggatal. Dok kenyit-kenyit mata, dok senyum-senyum, dok tengok kita atas bawah. Yelah bini jauh kat Bangladesh kat Pakistan. Faham-faham jelah.

Cuma aku pelik budak-budak muda dan ada yang masih sekolah lagi boleh terkesima dengan janji manis pujuk rayu diorang. Sampai boleh lari ikut pi Lombok la apa. Lepas tu bila dah dok sana rasa susah dok makan ubi kayu rebus hari-hari barulah nak menangis suh kerajaan Malaysia selamatkan. 

Masa kau di alam percintaan berpegangan tangan bercomolot laga pipi kenapa tak fikir semua tu? Tak fikir mak abah adik beradik? Masa nilah segala ilmu hitam, ilmu pengasih jadi alasan. Tolonglah berhati-hati kat mana pun kita berada, dengan siapa pun kita berkawan.

Gemok itu aku.


Kau datang kerja pagi-pagi dengan hati yang gembira lalalalalala. Walaupun lambat, drive lelaju, parking kelam kabut, punch in lewat tapi kau rasa itu adalah biasa.

TAPI!!!!!!!!! Segala-galanya berubah bila kau dengar sesuatu.

"Eh farz kenapa nampak gemok sangat???"

What??? Did i u said SANGAT????

Seluruh hari kau bertukar suram muram mendung awan kelabu berarak di langit yang gelap. Hati kau rasa terguris dan terhiris. Kau rasa pandangan mata kau gelap nak pengsan. Kau mengharap ini semua hanyalah mimpi semata-mata.

Itu semalam. Dan perkataan gemok tu aku dengar sampai ke petang setiap kali aku jumpa orang yang sama. Kau rasa aku patut guna kaki yang kiri ke kanan? T______T

Pagi tadi aku rasa macam nak pakai penny plain by thepoplook.com. Aku ambik yang kaler merah. Bertudung hitam, merah, biru, kuning, putih semua ada. Tapi bila sarung je aku rasa ketat sikit. Ye sikit. Sikit je. Nanges.

Aku memang dah sedar hakikat tu. Bila aku dapat mengesan seluar jeans pertama tak boleh pakai aku okay lagi. Ala chill la. Tapi bila ada jeans kedua yang bukan setakat tak boleh button tapi tak boleh zip. Okay sedih.

Pelik sebenarnya macam mana berat boleh naik almost 10kgs. Damn this is really unbelievable. Berat normal aku daripada zaman bujang adalah 47 - 49 kg. Aku sangat susah nak dapat 50kg. Berat aku lebih 50kg dan hampir ke 60kg cuma masa mengandungkan Zara sahaja. Other than that? Hell noooooo

But now, aku adalah 56kg. Itu beberapa minggu lepas punya timbang. Hari ni tak tahu. How come?!!!! Bila dia start nak ejek je aku akan cakap "biarlah badan berisi sikit barulah ada figure ada shape..perut je kena work out.." (-___-")

Ku pujuk hati sendiri.

Monday, February 10, 2014

I miss you An.

Nor Zaihan Ishak. Sape yang follow blog ni mesti tahu macam mana kita sayangkan arwah sahabat kita ni. Dia pergi 2 hari sebelum hari raya 2011. Masa tu Zara pun masih dalam perut lagi.

Sejak dia pergi sekali pun kita tak pernah mimpikan dia. Sekali pun tak pernah. Allah je yang tahu macam mana kita rindukan dia perlukan dia. Dia pergi membawa segala amanah dan rahsia hidup kita. Rahsia yang tersimpan dan terkubur bersama dia.

Bila kita ada masalah kita selalu mengharap dia muncul dalam tidur kita. Kita nak sangat berborak dengan dia. Nak mengadu dengan dia. Tapi tak pernah pun dia datang. Kadang kita rasa macam ada buat salah dengan dia. Kenapa dia tanak ziarah kita walau dalam mimpi? Sekali je kita nak. Dia ada marah kat kita ke? Kita fikir macam tu.

Tapi malam minggu hari tu. Kita mimpi dia! Kita mimpi kitorang tengah drive tapi lain-lain kereta. Tak sempat nak berborak apa pun kita terjaga. Rindunya dengan dia. Lepas hampir 3 tahun baru kita jumpa dia dalam mimpi. Terima kasih Allah walaupun sekejap cuma.

An, hidup aku dah tak sama lagi. Aku masih belum jumpa sahabat sejati macam kau. Sebab aku tahu kau memang takkan ada pengganti. Takpe, aku akan jadikan Zara teman dan sahabat aku dunia akhirat selain daripada kau. Miss you An.

Salah satu cerita.

Kita suka nak cerita aktiviti kita bila hujung minggu. Minggu lepas hari Jumaat tu kita bawak Zara datang kerja. Terpaksa sebab nak jimat susu. Tapi tengahari tu kita dah balik dah. Heeeeee

Kita dah plan minggu ni tamau pergi mana-mana. Kita nak kemas rumah! Kita nak basuh baju! Kita nak lipat baju! Kita nak vacum rumah! Kita nak tido puas-puas!

Tapi yang buat cuma basuh baju. Hmmm basuh baju je. Aah yang lain tu tak buat pun. Hmm hmm hmm. T________T

Kenapa kita malas sangat ni? Dua kali pusing mesin tapi baju kotor masih belum habis basuh. Apakah? Berapa orang yang ada dalam rumah ni hah?

Selalunya basuh baju pun saya ada cara sendiri. Saya akan basuh baju saya dan Zara dulu. Baju Zara masuk dalam net tu. Baju saya akan didahulukan yang light-light je. Yang berat-berat macam baju kurung ke tu kendian. Dah habis baru basuh baju dia. Dah habis lagi baru basuh yang lagi superb berat macam jeans, towel, cadar blablabla.

Kita rasa macam nyesal tanak basuh baju awal-awal bila tengok dah takde space lagi nak sidai. Bidai kat ruang tamu, kerusi meja makan pun boleh jadi ampaian. Baju belum pun kering kita dah rasa oh malasnya nak lipat pulak. Sobsssss

Tapi malam tadi kan tetiba kita jadi rajin. Baju semua kita lipat. Pastu kemas beg Zara, pastu iron baju, pastu cuci muka pakai bedak sejuk dan tengok filem The Posession. Pastu ada orang cakap 'dahlah tengok cite hantu pastu tengok pulak muka u mcmni pun dah mcm hantu.' T________T

Ah kita nak cantek so biarlah.

Malangnya bila malas time cuti dan terlebih rajin di malam bekerja dan tidur pukul 3 lebih. Kita terjaga pukul 7.35 pagi. Masuk kerja pukul 7.30 pagi. Kau rasa? Tunggang terbalik hidup ini. Sudahnya banyak benda yang kita lupa. (-___-")

Thursday, February 6, 2014

Jom fikir kaler baju raya!

Sekarang kita dah masuk bulan Februari. Dalam kepala ni tak habis-habis nak fikir pasal baju raya hahahah. Apalah kita ni! Tapi kita kan mak budak so kenalah fikir daripada sekarang. Penting tau! Heeeee~

Bukan apa. Sebagai seorang mak yang naif banyak yang kita nak kena fikir. Baju kita, baju dia, baju anak kita yang omey angat tu. Kalau sesape ada anak gadis mesti tahu kenapa mak-mak macam super tamak bila tengok baju gigirl di sana sini pink pink.

Mak Zara tu dia dah fikir nak tema kaler apa. Tapi itu bulan Februari punya plan lah. Tak tahulah kalau masuk bulan Mac, April, Mei nanti macam mana. Masih sama ke atau dah berubah. Yang penting baju mak Zara dulu pastu baru fikir baju suami dan anak hewhewhew

Mak Zara dah cakap dengan suami dia. Baju dia dah start beli daripada sekarang. Dia bagi alasan sebab nak jimat beli sikit-sikit. Mohon suami mak Zara percaya dengan muslihat itu.

Eh tapi betullah tak tipu tau. Daripada dulu belum kawen lagi kita punya family memang macam tu. Beli sikit-sikit terutamanya yang nak kena hantar tempah sebab baju raya kena buat awal-awal. Kalau tak nanti silap-silap lagi 2 bulan pun orang dah tutup kedai tamau amik tempahan lagi. Kan mak Zara terpaksa beli ready made kat butik JM tak memasal. Duhhh~ 

Tapi suami mak Zara tak perlulah risau sebab mak Zara jenis yang ukur baju di badan sendiri. Mak Zara tamau yang mahal-mahal cuma nak yang cantek-cantek je. Mahal tu pun tak semestinya cantek tau! Tapi kalau cantek tu tak semestinya yang mahal. Yang murah pun ada kalau pandai cari.

Jadi niat mak Zara tu dah betul sebenarnya. Dia beli sikit-sikit baju dia. Nanti bila dah puasa ke dah nak raya ke barulah cari baju suami mak Zara dan baju Zara sekali. Jadi takdelah terasa sangat kan. Mak Zara selalu tak nak susahkan suami dia. Sebab tu sekarang ni mak Zara dah ada 4 baju raya wakakakakaka

Tapi tu pun kalau mampu bertahan tak pakai sampai raya. Kahhhhh

Aku yang selalu berfikir.

Otak kita ni tak pernah berhenti berfikir. Berfikir untuk memajukan. Berfikir untuk memperbaiki. Berfikir untuk memperbetulkan.

Orang kata usaha tu tangga kejayaan. Usaha yang macam mana agaknya ye? Kadang-kadang kita rasa kita dah berusaha sebaik mungkin. Dah mencuba sehabis daya. Tapi kita masih di tempat yang sama.

Kita melihat sekeliling dan ternampak kepayahan insan lain. Kita bersyukur yang nasib kita tak seperti mereka. Tapi bila melihat diri sendiri. Kita akan mengeluh kembali. Bezanya nasib kita lebih baik sedikit saja. Mungkin.

Kita korbankan macam-macam untuk dapatkan apa yang kita inginkan. Kita usahakan itu ini dengan niat segala pengorbanan memberikan manis. Besar harapan kita supaya segalanya akan terbalas dengan 1001 kebaikan.

Kadang-kadang kita rasa dunia ni tak adil. Kita tuduh Tuhan berlaku kejam dengan kita. Kita kata manusia keliling tak pernah simpati dengan masalah kita. Doalah selalu. Istighfarlah sentiasa. Betapa aku selalu ingin dekat denganMu.

Wednesday, February 5, 2014

Terima kasih pakcik Alam Flora!

Semalam kita tak kerja sebab tak larat sampai rumah lambat dari Penang. So kita rasa cuti adalah jalan terbaik untuk diri kita, dia dan anak kita yang comel tu.

Dalam pukul 10 lebih macam tu tetiba ada orang ketuk grill rumah. Kita memang tengah tunggu pos laju sampai so kita ingat pos laju lah kan. Kejutkan dia suh ambik barang tu since kita kan pempuan so kita macam malu-malu lah nak jumpa abang posmen tu. Dia bebel 'dia punya barang kita pulak yang kena ambik!' Alaaa do i care?

Bila kita bukak pintu sikit dan intai kita tengok ada dua orang pakcik pakai baju Alam Flora tengah pusing-pusing depan rumah. Eh pastu mata kita terpandang sesuatu yang dia pegang kat tangan. 

Wallet aku!!!

Pakcik tu cakap dia terjumpa dalam toilet kat area Monumen, Putrajaya. Dia bukak untuk tengok kot ada alamat ke untuk hantar balik. Siap explain duit memang takde dalam tu. Its okay pakcik sebab masa hilang memang takde duit pun. Cuma ada syiling je sebab masa tu belum withdraw duit lagi. Tapi syiling yang bape puluh sen tu pun lesap juga. Haihhhh.

Tak terkira rasanya ucapan terima kasih yang kita cakap kat pakcik tu. Baiknya diorang. Semoga Allah murahkan rezeki diorang berdua.

Kita cepat-cepat cek dan Alhamdulillah sangat sebab semua yang penting masih ada terutamanya IC, lesen, kad takaful Zara dan mykid Zara. Happy sangat tak tahu nak cakap macam mana lagi-lagi dapat balik mykid Zara tu. Since sekarang ni JPN dah stopkan pengeluaran mykid so kita rasa ralat sangat masa hilang tu. Syukur sangat pada Dia yang mendengar dan memakbulkan doa kita. Hari-hari kita check post box tau sebab mengharap kot-kot ada orang pulangkan ke, pos laju ke kan.

Now, kita ada dua IC dua lesen dan yang penting Zara dah ada mykid balik! Kami bukan lagi PATI hahaha. Errr tapi kita dah buat semua baru dah pun last week. So simpan jelah kan.

Sana sini masa cuti.

Minggu lepas kami frust sebab nak pergi pasar borong tapi tutup! Daripada 31hb Januari sampai 3 Februari. Ish overnya sambut Chinese New Year. Diorang ni tak kesian ke kami takde lauk langsung dalam peti ais? Tak kesian ke kami dah berapa lama tak makan siakap masak asam pedas?

Lalu patah baliklah kami pulang ke rumah dengan hati yang hampa.

Esoknya dia ajak balik Subang. Tapi aku dah standby bawak baju siap-siap takut nak tidur sana. Sampai je sana tok mummy Zara ajak pegi Ampang pulak dah ambik baju. Pastu eh tetiba ajak pergi Genting Highland pulak. Saya yang mengikut sahaja. 

Bukan main seronok lagi Zara main indoor game. Dan setiap kali mainan tu berhenti dia akan nangis sekuat-kuatnya sebab tak nak turun. Adoi Zara ni buat lawak betullah. Dalam pukul 10 lebih baru gerak balik turun dari Genting. Balik dah lewat memang confirmlah kena tidur sana.

Tetiba ayah balik ajak pergi Penang pulak. Dalam hati aku cakap nasib baiklah aku bawak baju lebih. Malam tu gak kitorang gerak dalam pukul 3 lebih. Sepanjang jalan aku tak selesa tidur pun tak lena sebab dok belakang pastu kena pangku Zara yang tidur tapi tak dok diam. Sampai sana baru cari hotel tu pun sejam lebih baru jumpa sebab semuanya penuh since tengah public holiday. Kat Penang kitorang takde kerja lain selain daripada makan. Balik hotel tidur. Lepas tu makan. Lepas tu aku gemok.

Isnin petang lepas makan baru gerak balik. Kesesakan lebuh raya di mana-mana. Kesian kanda yang memandu dikala orang lain semua bantai tidur. Tengah malam baru sampai Putrajaya kau! Memang confirm aku tak kerja esoknya.

Aku happy sebab dapat bawak Zara jalan-jalan. Walaupun penat tu sampai sekarang ni pun tak hilang lagi. Semalam dok rumah pun kitorang lemau je sebab masih letih. Tapi fun untuk Zara mengubat segala penat. Thanks to tok mummy and tok daddy sebab sudi bawak Zara jalan-jalan. 

Monday, January 27, 2014

Zara is two


Happy birthday Dhia Zara. Zara is two yeayyy!

Ni gambar masa sambut hari lahir Zara kat kampung hari tu. Birthday Zara pada 17 Januari tapi sambut 18 Januari sekali dengan kenduri aqiqah Amsyar. Semua hiasan tu mummy yang buat. Daddy tolong tiup ngan gantung belon sikit-sikit je.

Mummy happy sangat sebab Zara dah besar! Touching pun ye sebab rasa macam kejap je masa berlalu. Anak mummy dah besar dah anak dara.

Cuma Zara spoil je hari tu. Orang dok nyanyi happy birhday untuk dia tapi dia nangis macam kena dera. Dia malu agaknya orang dok keliling dia. Bila nak potong kek pun macam tu. Mengamuk bila kita nak ambil pisau kat tangan dia. Adoiiii ni celebrate birthday ke nursery dera budak? (-___-")

Tak sampai sejam pun. Dia nak susu pastu tak sampai seminit mata dah pejam dan tak sampai 5 minit dia dah tidur! Haiyyaaaaaaaaaaaa

Lepas ni kalau nak buat birthday dia kena buat pagi. Kalau buat after 13.00 memang tunggang terbaliklah jawabnya. Spoil betul hohhhh.

Happy birthday Sayang! Mummy doakan semoga Zara jadi anak yang baik, solehah, bijak, cantik paras rupa dan budi pekerti, sentiasa patuh pada perintahNya dan meninggalkan laranganNya dan sentiasa membahagiakan mummy dan buat mummy tersenyum! I love you so much.

Uuuuu tatiknyeeeeee!

Bagi menenangkan hati yang bersedih marilah kita bercerita tentang anak. Anak yang comel dan bijak. Biarlah aku nak puji anak aku pun. Kau pujilah anak kau sendiri. Eh?

Minggu lepas kitorang tidur rumah subang. Memula plan nak tidur satu malam je tapi terlajak dua malam pulak. Takpelah bagi Zara main dengan Alisha jap. Sian dia takde kawan. Apa? Adik untuk Zara? Tuttt tuttt tuttt. (harap maaf nombor yang anda dail dah kena potong.)

Semalam tok mummy Zara ajak pergi The Curve. Semua orang dah siap tinggal aku je yang terhegeh-hegeh. Bila turun tangga tu Alisha jerit "Wowww cantiknya!". Tu takpe lagilah kan. Tapi tapi tapi. Tetiba ada suara kecik yang menyampuk. "Uuuuu tatiknyeeeee!"

Errr errr errr. Boleh agak tak tu suara siapa?

Terus ketawa semua orang. Adoi sejuk jap hati mummy ni bila dengar kena puji dengan anak sendiri. Walaupun tu bukan pertama kali dengar. Eh mummy macam perasan ek?

Bukan. Zara memang suka cakap macam tu sebenarnya. Contohnya bila dia nampak kita susun baju. Tetiba je dia jerit "Uuuuuu tatiknye bajuuuuuu!"

Ataupun. Dia amik sikat pastu sikatkan rambut mummy. Satgi tetiba dia cakap "Uuuuu tatiknyeeeee!"

Apa lagi yang aku boleh buat selain daripada gelak kahkahkahkahkah?

Gila kau tak bangga anak kau puji kau cantek? Kembang gila bakhang.

Di manakah kau purse?

Selamat tahun baru. Kesiannya kat kau ni farz dah nak masuk Februari baru nak wish.

Aku sedih. Dah 3 hari aku sedih. Sedih yang amat sangat. Sedih yang tak mampu diucapkan atau diekspresikan dengan kata-kata mahupun tingkah laku. Malam sabtu 24 Januari lepas aku cuma mampu menangis dan mengamuk sikit lah tapi. Bila aku dapat tahu purse aku hilang. Cicir entah kat mana.

Aku malas nak cerita kenapa, mengapa dan bagaimana or what-so-ever. Nanti aku makin sakit hati. Aku akan makin kecewa dan kembali bersedih. Walaupun muka aku hari ni macam muka perempuan mengandung teringin makan pelanduk goreng kicap buh kacang panjang tapi malangnya pelanduk dah pupus kat zoo negara pun dah takde. T___T

Kad pengenalan aku. Mykid Zara. Semua kad bank. Kad pesara abah. Gambar kenangan zaman percintaan masa naik Star Cruise pi Phuket. Duit syiling. Pencungkil gigi. Duit bentuk love kenangan dengan ex bf. Semuanya hilang. Sedih, pedih, sakit hati aku ni bila kenang semua tu. Nak nanges sangat.

Hari ni aku habiskan masa dengan muka sedih. Sepagi je aku call JPN, JPJ, JPA, Maybank, Bank Rakyat untuk pertanyaan dan maklumat bila dah kehilangan macam ni.

Aku masih mengharap orang yang jumpa tu baik hati sangat-sangat. Aku berdoa semoga Allah bukakanlah hati dia untuk ada rasa sedikit simpati dengan kesusahan dan kehilangan aku dan bertindak untuk pulangkan atau setidak-tidaknya pos jelah dokumen-dokumen penting tu berdasarkan alamat IC aku. Aku ralat mykid Zara. Anak pertama, mykid pertama. Makin berdarah-darah rasanya luka hati ni. Siyes.

Semua tu kalau dibuat baru pun. Dah tak sama. Aku jenis manusia yang sangat menghargai sentimental value sesuatu benda. Gambar-gambar yang hilang tu mana nak cari balik? Simpan dalam hati jelah. Tapi yang paling aku ralat ialah mykid Zara dan mykad aku. Itu semua DUIT. Tak cukup singgit dua kalau nak buat yang baru. Mykid Zara bulan April baru boleh buat. JPN kata tengah upgrade mykid katanya tu yang stop kejap pengeluaran mykid. Katanyalah.

Esok aku nak pergi JPN buat mykad baru. Buh duit dalam sapu tangan empat segi pastu ikat bunjut. Aku kan PATI. Sobsssss.