Nuffnang Ads

Monday, June 20, 2011

Kerana Rokok

Ada orang suruh saya buat cerita pasal rokok. Rokok? Dah bosan dah kot. Saya pernah buat dulu tapi tak apa. Cerita kali ni lain daripada yang dulu. Cerita kali ini adalah mengisahkan tentang beberapa orang yang tak ada kesedaran sivik merokok di dalam pejabat sedangkan pejabat itu mempunyai pendingin hawa.

Di pejabat saya ini memang satu fenomena. Walaupun hampir kesemuanya sudah berumur dan berusia tapi masih nak buat kesalahan tu. Saya tak cakap saya benci kepada perokok. Tapi saya tak suka dengan asap rokok. Saya selalu cakap kalau korang nak sakit, sakitlah sorang2. Jangan libatkan orang lain. Betul kan? Bangunan pejabat saya ni kalau ikutkan bukan hak milik jabatan kami. Tuan punya bangunan ni pun cukup patuh pada peraturan dorang tau. Dorang memang tak dibenarkan merokok waima di dalam tandas atau pantry sekalipun. Kita boleh nampak staf-staf dorang akan turun kat luar cafe bawah tu dan hisap rokok beramai-ramai. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Tapi staf-staf pejabat saya? Dengan selambanya buat rumah orang macam rumah sendiri. Lepas tu menyusahkan orang lain.

Dengan kedudukan saya sebagai satu-satunya perempuan yang ada dalam pejabat ni memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Sudahlah saya ni duduk kat depan pintu pejabat. Itu bermakna saya berada betul-betul dalam suasana sejuk yang ber aircond. Jadi bayangkanlah kalau dorang merokok kat area saya tu? Dengan perasaan marah saya terpaksa sedutlah asap tu jugak. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ada sambungan pada ayat kenapa tu tapi saya tengah kawal mulut dan jemari saya daripada melontarkan kesinambungan yang tak sepatutnya. Kadang-kadang kalau mulut lazer saya tak boleh nak dikawal saya sound je. Tambah pulak lagi dalam keadaan sekarang ni. Saya sayang baby saya okay. Tolonglah jangan nak merosakkan hidup orang lain dek kerana korang suka sangat nak berkawan dgn jin tu.

Dulu saya ada kawan yang menjadi pantang dia kalau kita tegur pasal habit dia yang suka merokok tu. Saya tak cakap saya marah dia merokok tapi saya tegur dia jangan halakan asap rokok tu pada saya kalau duduk dengan saya. Kelakar pun ada sebab lelaki boleh terasa hati kalau kita bising-bising pasal rokok. Sensitif tau. Tapi comel. Eh tiba-tiba puji pulak.

Lepas tu kawan pejabat saya ni cakap kalau kita nak sabotaj boleh je. Kita ambil gambar dorang tengah merokok dalam pejabat lepas tu bagi kat bos besar. Memang boleh sangat kalau nak buat. Kalau tak ambil gambar pun saya boleh petik satu-satu nama yang selalu buat kerja ni. Dah tua dah kerja berpuluh tahun tapi tak reti nak hormat orang lain. Tak reti nak hormat peraturan. Lagi sekali saya ulang eh. Saya bukan marah dorang merokok tapi saya marah bila dorang merokok dalam pejabat yang ber aircond. Agak-agaklah orang nak sedut oksigen bukan nak sedut asap.

selamat merokok!

0 comments: