Nuffnang Ads

Wednesday, June 22, 2011

Alahan Yang Tak Nak Mengalah

Simptom-simptom pelik (tak adala pelik sangat) dah banyak mengganggu saya. Saya agak tertekan bila mengenangkan simptom-simptom tersebut. Kalau saya layan saya boleh stress dan risiko untuk menghantukkan kepala ke dinding sebelah meja ni sangat besar. Kemudian saya disogokkan dengan pujukan bahawa itu semua hanya sementara dan tak lama. Saya alah itu. Saya tak suka ini. Saya tak boleh tengok itu. Saya tak boleh bayangkan ini. Semuanya tak boleh.

Alahan Pertama

Berlaku semasa awal-awal dahulu. Saya tak boleh masuk kereta. Saya akan terus pening bila masuk kereta tu. Saya tak peduli tu kereta siapa pun. Lepas tu semua kereta berbau busuk di hidung saya. Walaupun kereta itu menggunakan Issey Miyake Limited Edition mahupun Flora by Gucci apalagi Polo Black (hehehe) kegemaran saya sebagai pewangi namun saya tetap akan cakap bau itu busuk! Tapi dalam kereta jela. Kalau kat luar ermm mangi....

Alahan Kedua

Saya tak suka makan. Macam yang saya cakap sebelum ni. Selera saya hilang serta merta. Turun kafe nampak tray-tray lauk tu pun saya dah berpusing kepala dan kembang tekak. Tengok lauk-lauk tu pun saya dah loya apa lagi bau-bau dia. Tanpa ragu-ragu juga saya menolak lauk ayam yang selama ini sangat-sangat saya suka. Sampaikan kawan saya pun hairan. Dia cakap 'hantu ayam dah tak suka makan ayam?' Saya tidak menolak 100% sebab bergantung kepada menjadi lauk apakah ayam itu dikorbankan. Yang pasti saya akan katakan TIDAK kepada ayam goreng dan lauk-lauk yang bersantan contohnya kari. Kadang-kadang boleh telan tapi kebanyakannya telan tapi keluar balik.

Alahan Ketiga

Saya mengalami gatal-gatal. Arghh paling saya tak boleh terima. Saya menerima banyak nasihat supaya jangan usik, jangan garu, jangan itu, jangan ini. Mereka cakap nanti kulit saya buruk dan boleh jadi hitam kesan garu tu. Diorang cakap memang macam tu sebab perut kita nak kembang. Tapi saya kan degil. Mak saya pun cakap jangan garu. Tapi saya degil jugak. Tapi saya dah kurangkan dah sebab saya semakin panik bila nampak tanda-tanda kesan garu tu dah makin nampak. Oh saya paling pantang kalau kulit saya ada luka atau parut atau calar balar. Sebab dari kecik lagi saya cukup jaga. Saya bukan jenis kanak-kanak yang suka bermain pasir di depan rumah. Jadi saya mengambil jalan untuk banyakkan sapu losyen dan pertahankan tangan saya dari jadi garfu bergerak.

Alahan Keempat

Bila pagi je saya mulalah rasa macam tak nak pakai tudung. Sebab walau selonggar mana pun brooch tu saya pinkan saya tetap rasa macam nak tercekik dan nak muntah. Macam mana saya nak buat ni? Takkan saya nak pakai telekung pegi ofis. Atau pun saya pakai serkup je. Saya tak tahu nak pakai macam mana lagi ni. Tekak saya rasa macam dijolok-jolok. Isi perut saya macam masuk pertandingan lumba lari nak menuju ke garisan penamat.

Banyak lagi alahan-alahan lain tapi saya sendiri confuse itu alahan atau saya yang mengada-ngada. Seksa? Memang saya akui tapi saya tak bolehlah nak merungut walaupun kadang-kadang terungut jugak. Apa yang saya boleh buat cuma sabar jelah.

0 comments: