Nuffnang Ads

Friday, June 4, 2010

Umpama Kamu

Asingnya aku rasakan di sini. Tiada siapa pun yg aku kenal yg boleh aku lemparkan senyuman mesra. Mereka memerhati bagaikan aku ini org luar yg tak diundang. Ya mmg benar kenyataan itu. Aku hanya org luar di sini. Sekadar singgah utk mengisi perut yg separuh lapar separuh kenyang. Janggal dirasakan keadaan di sini. Ini bkn tempat aku. Ini bkn asal aku. Ini bkn syurga aku.

Aku mahu segera pulang. Bagaikan jerutan hati tatkala melihat satu kenyataan aku berada di tempat org. Andainya aku bisa terbang, sudah lama aku pulang ke sarang. Namun bknkah ini yg aku mahu? Kerana itu aku berada di situ dan di sini pada waktu dan ketika ini. Bertemankan 'chocolate ice blended' yg kian mencair. Secair hatiku bila aku melihat namamu di skrin telefon bimbitku. Bertemankan 'nasi goreng sea food' sebagai pengisi perut dimakan sewaktu panas. Sepanas aliran darah di dalam tubuhku yg mengalir lesu bila kau memberikan aku hakikat jasadmu tiada di sini. Sejuknya 'dessert longan & kelapa laut' sebagai pencuci mulut. Sesejuk hatiku bila mendengar suaramu memanggil namaku seperti dahulu.

Mimpikah aku diwaktu ini? Mungkin benar. Kerana waktu ini aku masih berada di siang hari. Haruskah aku menunggu malam ini? Menantikan kau hadir memberikan aku senyuman dalam igauan mimpi.

0 comments: