Nuffnang Ads

Monday, June 7, 2010

Jauh

Entah apa yg tak kena. Pg ini aku hanya melihat fb rakan2 yg bekerja sbg photographer. Gambar2 yg mereka rakamkan selama hari ini. Gambar perkahwinan. Tak lupa juga fb rakan2 yg baru berkahwin dan juga bakal berkahwin. Knp mesti semua itu yg harus menjadi tatapan mata seawal hari ini? Knp harus jemari laju menekan kotak2 yg tertera sebegitu?

Jujur. Ada sendu di dalam hati ini. Sayu yg tak mungkin terluah dgn kata2 mahupun baris patah perkataan. Sukarnya hidup ini dalam memiliki rasa yg serupa dgn rakan2 lain. Kenapa kita tidak sama? Mengapa kita tidak serupa? Pedih sewaktu ayat itu ditaip. Bergetar rasanya tubuh ini dlm menahan tangis yg hampir terlahir. Jemari terhenti kadangkala kerana tidak mampu utk bersuara lg. Mata berhenti berkedip kerana tak mahu ada air jernih yg mengalir. Suara ku tahan agar tiada apa yg kedengaran dalam sunyinya keadaan waktu ini.

Terkenangkan seribu janji yg pernah menjadi nada2 indah di telinga. Yg pernah menjadi sbb terukirnya senyuman di bibir. Yg pernah melahirkan pelangi indah di mata. Yg pernah memberikan bunga2 mekar di dalam hati. Yg pernah menjadi tautan hati antara kita berdua satu waktu dulu. Jauhnya kita dgn kenangan itu. Betapa kerinduan sering menangisi hari2 yg dilalui.

Sampai bila agaknya ini semua akan terus melingkari garisan kehidupan. Spt tidak mengizinkan aku utk meneruskan perjalanan dlm meniti satu pilihan di antara garis itu. Sesak nafas dirasakan ketika ini. Bagaikan tiada udara yg menjadi hembusan penyambung nyawa dan jasad. Spt itu diri aku waktu ini. Segala2nya bagaikan terhenti dan tidak bernyawa lg. Dan aku, terus terjatuh dlm harapan.

0 comments: