Nuffnang Ads

Monday, May 17, 2010

Inilah Rasanya

Lama aku tak di sini. Kalau diturutkan jemari ini. Byk yg sudah tertulis. Namun masa tak pernah mahu memberikan aku peluang. Lalu diari maya aku ini hanya terbiar seperti tak bertuan. Kalaulah aku hanya melayan ini saban hari. Pasti sudah penuh segala isi hati tertulis di sini. Terlalu byk rasanya yg ingin disampaikan. Terlalu. Apa saja yg tersirat dlm hati ini mahu saja aku nyatakan bagaikan tiada penghujungnya. Namun ada yg harus aku kirakan. Bkn semuanya mampu tercatat. Bkn segalanya boleh dicatat. Aku cuma tidak mahu melayan segala perasaan yg ada. Kerana sekiranya itu yg berlaku maka blog ini hanya penuh dgn kisah sedih. Knp ya? Saat aku gembira jarang sekali aku ingin meluahkan di sini. Knp tika aku sedih jari jemari pantas menari tiada henti. Mmg diari maya ini hanya mampu menerima segala keluhan hati tp tak mampu utk memberikan aku seribu pilihan yg aku cari. Mmg diari maya ini hanya mampu menemani kedinginan hati dalam teriknya hari tp tak mampu memberikan aku jwpn yg aku nnt. Mmg diari maya ini tak mampu utk memeluk saat aku menangis bersedih tp aku tahu dia sentiasa ada utk mendambakan diri menjadi pendengar yg selalu ada di sini.

Malam ini aku cuma sendiri. Melayan sepi dan sunyinya hati. Tiada siapa pun yg ada di sisi waktu ini. Jauh dr tmpt asal aku. Jauh dr tmpt mencari rezeki. Jauh dr tmpt aku berteduh panas dan hujan. Tiada siapa pun yg tahu ke mana aku pergi. Tiada siapa. Aku sndr tak tahu bagaimana aku boleh seberani ini. Sejauh ini aku pergi mencari ketenangan hati. Sejauh ini aku pergi mencari arah tuju diri. Serasa seperti mengimbas segala kenangan kita. Berjalan aku sendirian melihat keliling. Cemburu penuh menikam jiwa melihat yg ada hanya berdua. Hanya aku seorang. Seorang melangkah menyeret kaki yg lemah. Tiada siapa pun di kanan dan kiri. Hanya bayang2 dia yg ada. Cuba aku gapai tp nyatanya tangan tak pernah sampai. Kau terlalu jauh ketika ini. Kau terlalu jauh dr pandangan mata. Kau terlalu jauh dr jasad dan zahirnya. Pertanyaan ini haruskah terluah padamu. Masihkah kita seperti dulu.

Tuhan, berikan aku kekuatan utk menempuhi segala dugaan yg Kau berikan ini. Segala kesempitan dan kesusahan ini benar2 menguji ketabahan hati. Rapuhnya hati ketika dan waktu ini. Bagaikan memberi aku satu petunjuk dan keputusan yg harus aku pilih namun rasa hati ini tak mampu aku nafi. Tuhan, setiap nafasku hanya tersebut namaMu. Setiap denyutan nadiku hanya terlihat namaMu. Sesungguhnya hanya padaMu aku memohon. Kekuatan dan kesabaran ini sentiasa teguh seiring dengan keyakinan denganMu.