Nuffnang Ads

Tuesday, November 24, 2009

Go 3G Go!

Melewati November 2009 bagaikan menyingkap kembali segala kenangan setahun yg lepas. Segalanya indah. Waktu itu hidup dan dunia ini berwarna-warni. Berseri-seri. Jelas dan nyata. Tidak kabur spt ini. Mendung yg hadir tidak lama selepas segalanya bermula sedang cuba aku sisihkan dr cerita hati. Sehabis daya aku cuba utk menggantikan dgn pelangi. Pelangi yg dtg slps hujan di waktu panas sbnrnya adalah satu anugerah. Bkn segalanya cerah. Pasti akan ada hujan dan mendung. Akhirnya hari ini,aku mampu tersenyum.

Tiba2. Rindukan rakan2 di Trolak. Bersama mereka selama 8 hari bermula 19hb hingga 26 hb 2009 utk Kursus Induksi Umum. Berkenalan dgn semuanya memberikan satu pengalaman baru. Skrg aku ada rakan di sana di sini di sinun. Bekerjasama dgn mereka di dalam satu kumpulan amatlah menceriakan hati. Walaupun yg perempuan spt agak skema (hahaha jgn mrh dgn statement ini..) tp yg lelaki berjaya men'tune' supaya kumpulan 3G selalu happening. Segala aktiviti kita buat bersama. Bermula dgn berkenalan, mencari nama group, tagline, sorakan dan lain2 lg. Aktiviti spt flying fox, low rope, merangkak, meniarap, menyeberang, berlari, berjalan, berakit dan sebagainya kita jdkan penguat dlm ikatan persahabatan kita semua. Ditambah lg dgn kehebatan kita sewaktu melakukan persembahan. Bermula dgn lakonan hebat kita di dlm lagu Andai Ku Tahu,kita sambung lg dgn lagu Joget Cari Jodoh. Kejam sungguh kamu yat kerana menjadikan aku seorang wanita yg curang. Sedangkan hakikatnya aku ini adalah seorang yg sgt setia. Kihkihkih. Hebatnya kita kerana berjaya meraih gelaran juara di mlm itu. Aku berasa sgt riak pulak skrg ini. Go 3G Go! Go 3G Go! Go 3G Go! Ohh agak emo plak aku. =)

Oh ye. Maaf kerana aku merahsiakan sesuatu sepanjang kita di Trolak. Bkn aku berniat utk menyembunyikan hal yg aku sendiri tak mampu utk suarakan. Namun aku pasti saat ini,mereka semua sudah mengerti dan faham dgn keadaan diri ini. Aku pasti mereka juga sudah tahu kenapa dan mengapa aku melakukan sebegitu. Sungguh,itu bknlah kehendak hati. Terima kasih kerana cuba utk memahami dan menyokong setiap apa yg akan dan bakal aku lakukan. Terima kasih kerana ada yg sudi mendengar cerita sedih aku yg agak menyeramkan. Wakakaka.

Bol, azhar, ujang, achik, vicky, azieq, lan, aziey, yat, sha dan rin. Semoga persahabatan kita semua akan kekal hingga akhir hayat. Serius,aku sayang korg semua. Aku tujukan ayat ini utk mereka. Ayat yg aku sering gunakan jika berkawan. KAWAN SAMPAI MATI.

Sunday, November 8, 2009

Munajat Cinta

Lama aku tak berada di sini. Mungkin laluan kehidupan agak sibuk kerana slps kursus di Melaka, aku menyambung kursus di Perak. Nnt saja aku ceritakan kisah2 selama itu. Kerana waktu ini, malam ini aku spt tak punya rasa utk bercerita. Sekadar mahu meluah rasa yg aku tak pasti apa. Mungkin bingung kerana segalanya tetap begitu. Masa berlalu tanpa sebarang kenyataan yg pasti. Tiada jawapan yg tepat. Soalan itu hanya terbiar begitu saja. Lagu Munajat Cinta menjadi halwa telinga ketika ini. Spt mengerti isi hati yg mahukan sesuatu. Kamu juga manusia kan? Manusia biasa. Mengharapkan kekasih yg baik hati. Yg mencintai kita apa adanya. Aku cuma mahukan satu kehidupan yg boleh aku banggakan. Yg boleh aku katakan pd semua. AKU SUDAH BERJAYA. AKU SEDANG BAHAGIA. Namun segalanya jauh. Sudah aku gapai tp menghilang tiba2. Sudah hampir aku genggam tp terlerai akhirnya. Menghalusi perasaan yg kosong ini, sekeliling terasa begitu sunyi. Sepi. Tiada yg menemani. Tiada yg menghiasi.

Sejak akhir2 ini, rutin harian aku penuhi dgn segala aktiviti yg aku mampu. Penat dan letih. Tp aku perlu begitu. Supaya rasa itu segera pergi. Supaya gembira dtg kembali. Semlm aku bahagia. Slps 10 tahun, senyuman itu kembali pada aku. Terasa begitu dekat dlm hati ini. Jarak dan masa yg pernah memisahkan spt hilang saat aku pasti dgn perasaan yg hadir. Waktu ini, rasa itu kembali. Perlukah begini? Berat tp aku rela. Senyum di bibir mengiringi hati yg berbunga. Namun ada yg aku kurang pasti. Samakah kita? Atau hanya aku saja?

Ke manakah menghilangnya itu? Apa agaknya kesudahan pd satu cerita yg bkn aku yg memulakannya? Terlalu sukarkah utk memberikan aku satu kepastian? Berdiam diri bknlah satu tindakan yg bijak dan terbaik. Mungkin nasib mmg tidak pernah menyebelahi. Hanya satu perkataan yg mahu aku katakan di sini. Pengecut.