Nuffnang Ads

Friday, June 5, 2009

Rokok Jahat!


Assalamualaikum..

Pagi td aku lmbt sikit kuar umah. Lmbt dlm 5-6 minit je. Bukak radio Era pastu dgr segmen Merisik Khabar. Segmen ni kalau tak salah aku satu segmen yg agak sedih. Sbb dah bape kali aku dgr sumenye Aznil Nawawi call org yg baru je kehilangan insan yg tersayang. Pagi td dia cite psl rokok. Sorang kakak ni suami dia dulu seorang perokok tegar. Kakak ni ckp suami dia kalau dlm 5 minit tu relax je 2-3 batang rokok abis. Satu hari tu tiba-tiba je dia sakit. Aku tak bape ingat jln cite dia tp mmg sedih sgt. Dia ckp satu-satu organ dlm badan suami dia tak bole berfungsi. Mula-mula hati, pastu buah pinggang pastu adala yg lain-lain lg tp aku tak ingat. Dlm masa beberapa hari je suami dia pergi meninggalkan dia dan anak-anak. Suami dia pergi dlm masa yg singkat. SEKELIP MATA. Masa tu dia dah sebak dan nangis-nangis time cite. Aku yg mendengar? Cuba mendasari isi hati beliau. Tp aku tau hanya yg rasa je yg faham.

Lps dia abis cite tu Aznil suh dia sampaikan nasihat atau kata-kata utk pendengar. Dia ckp sape-sape yg merokok tu TOLONGLAH FIKIR PASAL KELUARGA. INGAT ISTERI. INGAT ANAK-ANAK. Nak sakit tu bila-bila je bole jadi bole dtg. Tak pyh tggu tua. Pastu dia ckp la yg dia ada anak-anak kecik lg. Paling kecik umur 4 tahun kalau tak silap aku. Dia ckp anak dia selalu tanya lbh kurang mcmni 'ayah tak baik-baik lg ke drpd sakit..?' Kakak tu ckp anak dia mcm faham je. Tp sbnrnya dia masih blum faham lg. Hakikatnya ayah dorg dah tiada lg dlm dunia ni.

Aku dgr tu mmg sedih la. Just imagine la anak paling kecik pun umur baru 4 tahun. Maknanya arwah suami kakak tu still muda lg kalau nak kira. Tp sayangnya umur tak panjang. Tak sempat nak tgk anak membesar, berjaya dan hidup bahagia satu hari nnt. Tak rasa rugi ke? Peluang yg Allah bg bkn dtg berpuluh kali. Selagi hayat ni masih ada tlg la hargai dan jaga sebaik-baiknya. Kalau dah sakit teruk pastu umur tak pnjg, sempat ke kita nak tgk semua kebahagiaan yg sepatutnya kita rasa sbg ibu bapa? Semuanya kerana apa? Kerana keangkuhan korg yg tak pernah nak sedar. Tak pernah nak berfikir buruk baik dan bahaya apa yg korg buat. Tak pernah nak fikir psl keluarga. Psl isteri yg cintakan korg. Psl anak-anak yg memerlukan korg. Knp ssh sgt nak tanam perasaan mcmtu dlm hati?

Aku pernah dgr satu cite ni kat radio jgk. Dulu laki ni mmg kuat merokok. Tp satu hari tu dia tersedar bila anak dia tegur.

'Ayah.. Tlglah berhenti isap rokok.. Adik tanak ayah mati.. Adik nak hidup dgn ayah lg..'

Tak kesian ke dgr anak-anak kita ckp mcmtu? Laki tu ckp bila dia dgr je anak dia ckp mcmtu dia terus berhenti serta merta. Mmg dah tak sentuh rokok lg dah lps tu. Dan aku mmg salute gila dgn laki tuela. Mmg aku respect! Sbb dia gunakan otak dan akal fikiran yg Allah dah kurniakan pd dia. Dia fikirkan anak-anak. Dia tak pentingkan diri sndr. Dia sygkan anak-anak dan isteri dia. Dan yg lbh penting dia sdr betapa dia perlu sygkan diri dia. Dia kena jaga diri dan kesihatan dia dulu supaya dia bole jaga keluarga dia pulak. Takkanla kita sengaja nak tggu sakit pastu nak suh isteri dan anak-anak plak dok jaga kita yg dah terlantar sakit itu sakit ini dek kerana kebodohan diri kita sndr? Dahla kita ni degil pastu kita nak menyusahkan org lain pulak?

Aku hormat abah aku sbb abah aku langsung tak merokok. Sbb tu dia steady je buat keje kg sana sini sdgkan umur dah nak 70 tahun dah. Jarang sakit jarang demam. Sakit-sakit org tua tu adala jgk tp Alhamdulillah takdela teruk mcm abg aku yg perokok tu. Kalau batuk mmg berbulan-bulan la baru baik. Bknnya nak jaga kesihatan. Tak sdr yg awk tu ada anak kecik. Hish!

Catatan ni sbnrnya mmg seikhlas dan sejujurnya aku tujukan pd dia yg sgt aku syg. Tlg la sedar yg diri tu ada org yg sgt-sgt sygkan u dan tanak kehilangan u sampai bila-bila. Kalau bole biarlah kita menikmati hidup berdua ni sama-sama. Sampai tua. Sampai bila-bila. Sampai ke syurga. Janji kita utk hidup bersama dan saling menjaga antara satu sama lain. Bkn utk kehilangan yg sengaja dicari. Sesungguhnya diri ini Ingin Tua Bersamamu..

2 comments:

CIVIC Power said...

Alamak....

MsGaijin said...

Hahahahah.. Aku tau ko mesti terasa punye..