Nuffnang Ads

Tuesday, March 31, 2009

Lif Oh Lif

Hari ni 30hb Mac 2009. Pagi2 lg aku dah melalui satu peristiwa yg sgt2 best! Aku terperangkap dlm lif hari ni. Huh. Pengalaman pertama aku dan yg takkan aku lupakan. Tp bila ingat blk rasa kelakar sgt. Mula2 sampai kat bwh sime darby tu aku dah nmpk satu lif tu ready nak naik tp aku malasla nak beria2 sgt terkejar2. Aku bgla lif tu naik dulu baru aku tekan punat up tu. Terbukakla satu pintu lif yg lain ni then aku pun masuk. "Eh aku sorg2 je yg nak naik? Ermm takpela lg best sorg2." Cewahh konon2 nak eksen la tu dpt naik lif sorg2. Aku pun dgn confident nye tekan la punat tgkt 11. Tak sampai 2 saat tiba2 lif terbenti and stuck. Aku terkesima sekejap. Pastu tiba2 pintu lif tu terbukak sikit. Just nmpk dinding jer. Fuhhh mcm2 yg aku terfikir time tu. "Err aku ni dlm keadaan terperangkap dlm lif ke nih? Ke aku tgh bermimpi?"Aku terus menggelabah giler. Wehh aku dahla sorg2 dlm lif tu. Aku pun terpusing2 dlm lif tu mcm org giler. Hahahah siyes menggelabah tak hengat. Tp yg kelakar tu bila tgk pintu tu terbukak aku bole intai dan terfikir "Ohh mcmni rupanya rupa dinding kat luar lif. Baru aku tau." Pastu siap terfikir mcmni agaknye keadaan org yg terperangkap dlm lif yg selalu aku tgk dlm tv tu. Dah tu aku jd blur tak tau nak buat ape pastu tiba2 aku tingat kalau dlm cite2 tu selalu kalau lif stuck dia tekan loceng. Aku pun menggelupur carik button loceng pastu aku tekanla. Aku tekan byk2 kali dlm keadaan ketakutan (hahahahah..). Pastu tiba2 ada suara. "Hoh sape plak ni? Mcmane dia bole berckp dlm lif ni?" Aku tercarik2 dr manakah dtgnya suara tersebut. "Hantu kah? Ohh penyelamat aku rupanya!" Pastu org tu tanya aku kat lif yg mana. Aku ckpla manala aku tau sbb aku dlm lif. Dlm lif ni mana tulis number. Number dia kat tgkt G nun. Pastu dia ckp "Sabar ye. Sabar. Sabar" ~~ "Ciss aku tgh menggelabah tahap gaban ni mcmana nak sabar? Kang kalau tak bole kuar sampai 8 hari mcmane?" Pakcik tu plak tak abis2 suh aku sabar. Yela2 aku sabar. Mula2 dia suh aku tekan button tgkt 11 tp tak bole. Pastu dia buat lif tu turun G blk. Aku siap pose baik punye sblm pintu lif tu terbukak. Siap tgk cermin kat dinding lif tu pastu sengeh sorg2. Tgk muka sndr yg kecuakan dek kerana terperangkap dlm lif. Bukak2 je 2 org tukang lif dah tggu aku sambil tersengeh2. Aku dahla malu gile tp nak cover malu punya psl aku pun sengeh jerla ngeeee~~. Ada bape org lain kat luar tu pun senyum2 jer tgkkan aku. Cissss~~ Pastu aku pun terus naik lif yg lain. Dlm lif tu aku mmg tahan nak gelak jer. Debo hati dahla tak ilang lg. Kuar je dr lif kat tgkt 11 aku terus ketawa. Adoilaaa mcmanela aku bole kena mcmtu. Tp best gak rasa sbb pengalaman kali pertama tu. Rasa mcm dlm filem plak. Hahahahah. Sampai skrg aku nak tergelak kalau ingat blk. Mcm sengal jer rasa. Huhuhuhu~~

Moral of the story? Dah tak pyh nak moral2. Buat aku hangen jer. Hoh..!

Tuesday, March 24, 2009

Balloon Fiesta 2009























22 Mac 2009 ~ aku,jedah ngan naz pegi Putrajaya nak tgk balloon fiesta..pagi2 lg dah bgn punyela semangat nak pegi tgk..sblm terus ke Putrajaya tu aku singgah umah dulu tukar baju..gile panas2 nnt nak pakai short sleeve..itamla tgn aku..sampai2 sana tu dlm pkl 11 lbh..mak aiii ramainye org..sana org sini org..situ org sinun org..belon? eh mane belon? takde belon pun? btul ke tmpt belon ni? si jedah plak pegi petik jgn2 ni family day mane2 company..hek elehh takkanla family day org bertempiaran mcmni..dahla ramai gile org..ada yg kumpul kat satu2 tmpt..ingatkan ape rupanya tgh beli belon yg kecik2 tu..laaaa mcmtu pun nak berebut..ntah pape ntah dorg ni..pastu kitorg pun jln2 la tgk ada jual apa kat situ..ingatkan nak carik apa2 souvenir yg ada tulis fiesta balloon..takat yg biasa2 tu buat ape..kat kedai tepi jln pun ada jual..aku carik punye carik punye carik..hahhh nmpk tuala! dia ada sulam tulis2 fiesta balloon 2009..okla ni..murah plak tu..beli 2 RM15 jer..pastu mamat tu ckp bole tulis nama la plak..hah lgla aku teruja..nak buat! nak buat! nak buat! ingatkan nak letak nama lain2..tp akhirnya aku decide utk letak dua2 nama sekali..barula cunnn..huhuhu suka! suka! suka! dah decide kaler benang sume kakak tu suh jln2 dulu sbb lama lg baru siap..ramai org nak tulis nama jgk..mula2 tu amik towel tu satu coklat satu putih..
pastu tgh jln tu tiba2 terfikir "eh knp aku nak buat lain2 ek? buatla sama kaler barula lawa.." aku pun terus patah blk pegi kedai tu..sblm tu aku tel la dia dulu tanya nak coklat ke putih..tercengang2 dia tiba2 aku tel tanye suka yg mana..pelik je..huhuhu..dlm hati ni doa dia pilih kaler putih..fuhh nasib baik dia pun decide putih..tp aku tak bgtaula knp aku tanya walaupun dia sibuk dok tanya..bdk berdua tu plak tggu kat keta jer..

tp panas terik btul Putrajaya ari ahad tu..mula2 aku pakai sandal je..tp pastu aku risau kaki aku itam aku tukar pakai kasut..barula selesa jln..pastu pkl 1.15 plak nak naik lake cruise..wuuu bestnye naik bot! dah lps naik bot kitorg pegila amik towel aku tu..dah siap! ngeeee canteknye! mesti dia suka..pastu tiba2 dpt info yg belon panas akan naik dlm pkl 5.30 / 6.00 ptg sampai maghrib..hohh??!! skrg baru pkl 2.30! aduuuu lamanya nak tggu..ermm mmg tak dpt la..kitorg decide terus blk jer..aku pun ada plan lain ni nak pegi pkns plak..naz membebel frust tak dpt tgk..tp nak buat mcmana..lg 3 jam nak tggu tak sggp aku..kalau kitorg tau awal2 schedule dia mmg aku pegi lmbt tp malangnya kitorg tak tau..so kitorg blah n terus menghala ke shah alam..tp sblm tu kitorg beli belon jgk! yahoo bestnye..tak dpt belon tp beli pun oklaaaa...kat entry ni aku masukkan sekali gamba2 aku kat Putrajaya tu..dan belon MinnieMouse aku..yeayyyy..

Sunday, March 22, 2009

Cerita

22 Mac 2009
00.47 am

Mata tak ngantuk lg. Tp esok plan nak bgn awal. Konon2 nak pegi Putrajaya tgk pameran belon udara. Tp mcm byk sgt mslh plak. So still not sure yet. Tak kisahla pegi ke tak. Nak tido tp tgh tggu dia. Dia ckp tgh main game. Hmmm game lg best kot. Takpela,its all about time. Masa yg aku bg lbh dr yg dia nak. Ruang? Lbh dr tu. Kdg2? Jarang2? Mmg perlu tp knp mesti stp hari eh? Sesekali rasa mcm terabai. Beban sgt rasanya tp nak buat mcmana. Kena terima.

Cuti mgu ni agak membosankan. Sgt2 membosankan sbnrnya. Feel so empty inside. Seriously. Ada satu kekosongan yg tak terlihat dgn mata kasar dlm diri. Tp demi memenuhi permintaan dan kehendak org,ini lah yg aku terpaksa turutkan. Mencari berus lukisan utk kanvas hidup kita bknnya senang. Kdg2 walaupun hasilnya berwarna-warni tak semestinya corak tu yg kita mahu. Tak semestinya warna tu yg kita nak. Tp oleh kerana itulah pilihan kita,lg sekali kenala terima. Haiii.. Niela kehidupan kan? Apa yg kita nakkan tak semestinya tu yg kita dpt. Unfair? Kdg2 rasa jgk mcmtu tp mungkin ni jln hidup kita.

Pedih plak mata ni. Cuti tggl sehari je. Aduuu rasa mcm tak cukupla. Kan best kalau cuti lama2. Tp mana bole kan? Keje ttp keje. Tmbh plak skrg ni aku kena fokus pd byk benda. Sampai mkn minum pun lupa. Bole tak pernah sampai 2 hari aku tak sentuh pape. Tak mkn tak minum. Lngsung tak sedar pun psl tu. Yg aku perasan bila aku minum lps 2 hari tu sekali sedut je air yogurt tu abis! Ehhh masa tu barula aku sedar betapa hausnya tekak ni. Huhuhu teruknya! Busy sgt ke keje aku? Bole tahan la tp mungkin ada benda lain yg mengganggu ketenangan hati. Tp takpela. Abaikan jer. Buat sakit hati je ingat blk. =)

Kena mrh sbb tak mkn? Uuuu dah selalu sgt dah. Yg baru2 ni pun kena jgk tp nak buat mcmana. Aku mmg tak sedar. Yg pasti berat aku mesti dah turun! Yes! Yes! Ari tu kwn2 aku dtg ofis. Sorg tu tegur aku nmpk cengkung dan makin kurus. Then dia ckp muka aku nmpk tak bermaya sgt. Oh really? Ada rasa suka tp bila fikir blk ada rasa sayu dlm hati ni. Tak bermaya? Cengkung? Muka nmpk letih? Tuela aku sepanjang mgu ni kot. Tak cukup tido n tak cukup rehat. Sian sgt rasanya dgn bdn sndr tp benda2 tu semua aku tak paksa2 pun. Tau2 je org dah nmpk keadaan aku mcmtu. Ala takpela janji berat bdn aku turun. Best kan?

Thursday, March 19, 2009

Pengangkutan Kita

Semlm 18 Mac 2009, tren pertama komuter jam 5.35 pagi dr pelabuhan klang dibatalkan. Tak tau apa sbb musababnya. Aku dgr pun dr announcement je. Aku buat derk jela sbb tren aku pkl 5.55 pagi. Tu pun lmbt sikit sampainya. Naik2 jer aku tak fikir ape dah. Terus melelapkan mata jela. Sambil aku buat head banging tersengguk2 tu tiba2 aku dgr ada org kecoh2. Masa tu kalau tak salah aku kat stesen Pantai Dalam. "Isk apela bising2 ni. Org nak tido pun tak bole tau."

Aku tak tgk pun sbb bila aku bukak mata je makk aiii penuhnya tren ni. So kalau aku intai2 pun mmg tak nmpk la sape yg buat kecoh tu. Aku cuma dgrkan jela pergaduhan tu. Puncanya? Mcm biasa la kalau tren cancel sape2 yg naik lps stesen Subang biasanya akan bole tgk jela pintu tren tu terbukak tertutup. Sbb org mmg crowded gila. Kalau bole nyelit pun mesti ada jgk yg tercicir tak dpt naik. So at that time dah sampai kat Pantai Dalam plak mmg jgn harapla nak dpt naik. Antara yg aku dgr?


Lelaki A : Eh sudahlah! Jgnla tolak2 lg. Sudah tak bole masukla weh!
Lelaki B : Masukla sikit. Sy mau naik!
Lelaki A : Mcmana mau masuk?! Org dlm tak nak penuhkan yg tgh2!
Lelaki B : Sape dorg tu?!
Lelaki A : Dorg la!!
Lelaki B : Yg u mrh2 sy apsal bai?!
Lelaki A : Siapa mrh u?!
Lelaki B : Abis tu yg u mrh2 sy knp? Kecoh ar lu bai!!
Lelaki A : U la kecoh!
Lelaki B : Argh pegi mampus la lu bai!!
Lelaki A : U la pegi mampus!

Ermm lbh kurang mcmtu la dialog dorg. Telan air liur jgkla dgr tu. Bangsa? Ermm sensitif tak bole kasitau tp sorg tu org melayu. Isk memalukan aku org melayu jerla. Dahla tu yg mula2 berkasar tu org kita plak tu. Adehhh! Psl tren pun bole gaduh ke? Dah tak bole tu dahla. Tggu jela next tren. Dahla jd tu kat gerabak aku. Risau je kang kalau dia bertumbuk kat situ. Aku nyuruk bwh kerusi ar. Sy tak salah cek! Sy tak tau pape! Kihkihkih.. Dan secara automatiknya mata aku yg ngantuk tu terus segar bugar. Huh! Dah tak bole tido dah tau. Ermm takpela dah nak sampai dah pun.

Kesimpulannya? Aku pun tak tau nak simpulkan mcmana. Sikap ke? Tp bkn salah dorg tren tu lmbt. Salah tren? Tren tu tak tau papela wehh. Salah sape ek? Aku rasa tak perlu la nak menuding jari pd sesiapa kot. Kalau tren la yg menjadi punca maka siapakah owner kpd tren tu? Haa itulah dia! Sepatutnya pembatalan tren tak patut berlaku pd waktu2 kemuncak mcmtu. Cthnya time pergi kerja dan blk kerja. Kalau nak batalkan skalipun batalkan la time tghari ker tgh mlm ker. Org tak ramai nak naik. Dan yg aku pun jd bengang ptg smlm pun tren batal jgk?! Ciskek btul la. Time dia? Time kemuncak org blk kerja. Heee aku tak taula apa mslh company tu. Dan nak kasik aku lg bengang pg td pun tren pertama batal? So skrg ni kita nak blame sape? Kalau sesekali takpela kan. Mungkin adala hal2 yg tak dpt nak dielakkan. Tp ni dahla pg ptg pastu dah 2 hari berturut2 plak tu. Sape tak bengang. Dah tau mcmtu carila jln penyelesaian utk solve problem tu. Jgnla melampau sgt sampai menyusahkan org lain. Kita naik bkn free. Byr tau. Tet tit tut touch n go aku munyik hari2.

Kpd company tuela kan. Perlukah kami pengguna2 komuter ni mencabut, menjual atau menjahanamkan rel ketapi anda sbg tanda protes?

Monday, March 16, 2009

Kebodohan!


KUALA LUMPUR - Mungkinkah tempat pembuangan sampah di Flat AU 3/1 di Taman Keramat dekat Ampang di sini dijadikan lokasi pembuangan mayat bayi?

Semalam polis menemui satu mayat bayi lelaki dan satu janin yang belum cukup sifatnya di dalam dua beg plastik.

Mayat dan janin itu dibuang di tempat pembuangan sampah di blok 13 kawasan perumahan itu.

Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat itu dibungkus dengan menggunakan kertas surat khabar sebelum ia dimasukkan ke dalam plastik.

Mayat itu ditemui seorang pemandu lori yang hairan setelah melihat bungkusan tersebut ketika dia mahu membuang sampah ke tempat pembuangan sampah di situ pada pukul 8.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, pemandu lori tersebut kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama unit forensik dihantar dan selepas pemeriksaan dibuat polis turut menemui satu janin yang dimasukkan ke dalam plastik lain.

"Janin dan mayat bayi lelaki itu dipercayai dibuang oleh orang sama,'' kata beliau.

Mayat bayi dan janin itu dipercayai dibuang kurang daripada 24 jam sebelum ia ditemui.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terkedu. Perasaan tu dtg blk. Ermm siyes aku tak bole baca citer2 psl buang bayi ni. Ada satu rasa yg lain mcm bila baca tu. Knp? Ermm mungkin sbb aku sukakan bdk2 kot. Suka baby yg comel2. Aku tak tau nak ckp apa bila tgk ada berita2 mcmni. Ssh nak komen. Tak taula knp. Apa agaknya yg ada dlm fikiran,hati dan perasaan manusia2 ni masa buat benda tu semua????

Lagu Kita

Mendengar lagu Aku & Dirimu kat pc ni buat aku teringat blk sume kenangan lagu ni. Ermmm semuanya best. Dgr dia melagukan lagu tu dlm hp. Beria2 menyanyi lagu tu tujukan utk aku. Mmg dgn sepenuh perasaan. Hihihi tak benti ketawa bila dgr. Sbb cuba membayangkan keadaan dan muka dia time tu. Mesti penuh penghayatan. Pastu pernah nyanyi duet sama2 dlm keta. Kelakar tp bahagia. Tp dah lama we all tak buat mcmtu. Hmmmm...

Besar makna lagu ni pd aku. Lagu yg aku selalu nyanyikan masa kursus dulu. Dek kerana terlalu kerap menyanyi dlm kelas (walaupun lirik ntah pape..), si fasha penah tegur aku. Dia ckp selalunya manusia ni akan menyanyi lagu2 yg org tu rasa. Lagu yg melambangkan atau menzahirkan perasaan org tu masa tu. Cthnya kalau dia nyanyi lagu sedih maknanya dia tgh sedihla. Tp mslhnya aku tak abis2 nyanyi lagu Aku & Dirimu tu dan lagu tu adalah lagu cinta. Hoh! Dia usik2 aku plak. "Cis! Dia cuba nak serkap jarang dgn aku." Huhuhu. Mmg masa tu dah gitu2 pun tp tanakla ngaku. Hikhikhik. Dan akhirnya lagu tu menjadi lagu we all. Lagu cinta kita.

AKU DAN DIRIMU

Tiba saatnya kita saling bicara
Tentang perasaan yang kian menyiksa
Tentang rindu yang menggebu
Tentang cinta yang tak terungkap

Sudah terlalu lama kita berdiam
Tenggelam dalam gelisah yang tak tereda
Memenuhi mimpi-mimpi malam kita

Duhai cintaku sayangku lepaskanlah
Perasaanmu rindumu seluruh cintamu
Dan kini hanya ada aku dan dirimu
Sesaat di keabadian

Jika sang waktu bisa kita hentikan
Dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
Meleburkan semua batas
Antara kau dan aku
Kita....

Segalanya Tentang Aku

ISNIN

Bosannya hari Isnin ni kan? Rasanya semua org tak suka hari Isnin. Hari malas sedunia ataupun aku pggl "Black Monday". Ihiks mcm nama kongsi gulap plaksss. Ha cuba kita ingat hari Jumaat plak? Mesti kita suka kan? Sgt suka sampai tak sabar2 nak tggu hari Jumaat. Ermm patutla Islam sndr memuliakan hari Jumaat. Hari Jumaat tu kan penghulu segala hari. Hari yg penuh berkat.

Ermm aku baru blk sapan pg dgn bos. Aku sorg2 je kat ofis ni jd bos pun ajakla aku join dia minum pg. Seronok sesekali lepak dgn bos ni sbb mcm2 cite kita bole dgr. Yela kita ni staf bawahan jer. Sapela kita nak berborak bersembang dgn org berpangkat mcm bos. Tp bos aku ok. Dia tak memilih dgn sape pun dia nak borak. Tak kira pangkat dan gelaran. Jd bila sesekali kuar minum tu kita bole tgk dan nmpk la bos kita tu mcmana. Bole cite2, borak2 dan tau la sikit cite2 luar yg aku sndr tak tau. Maklumlah rajin sgt tgk berita, baca suratkhabar. Isk teruk btul aku ni la. Keje je P.P tp lngsung tak amik tau hal sekeliling. Hurrmmm mkn gaji buta! Hikss..

AHAD

Nak cite sikit hari semlm Ahad 15 Mac 2009. Semlm aku mengangkut 4 hadiah dlm keta ke hulu ke hilir. Ada 2 hadiah tertunggak yg aku tak bg2 kat member2. Kawin bln nov & jan tp aku tak dpt dtg sbb ada kursus keje baru dan ada hal lain so baru skrg niela aku dpt bg. Takdela mahal dan eksklusif sgt tp yg penting aku ikhlas. Kan? Kan? Kan? Yg 2 lg hadiah tu bg kat 2 org kwn aku yg kawin semlm. Sorg member time belajar sorg plak member time keje kat tmpt lama. Dua2 kat area pekan umah aku jer so takdela rushing sgt kejar sana sini. Ermm bila ingat2 blk tak sangka plak dorg dah kawin. 3 drpd 4 kwn2 aku tu aku anggap mcm kwn baik aku. Antara org yg aku byk berciter suka duka aku dlm idup. Antara yg tau ssh pyh aku utk idup dlm dunia kasih syg. Mcmana dlmnya luka dlm hati aku. Jerih perih aku dulu sampai hari ni. Thanx intan, su n hilmi. Aku doakan Selamat Pengantin Baru dan semoga korg bahagia hingga hujung nyawa. Aku syg korg. "Isk sentimental plak tibe2 aku nih.. Isk isk sob sob.."

AKU

Aku? Jgn ditanya. Takut, trauma, fobia rasanya nak merancang sesuatu yg tak pasti. Ada org ckp harapan @ expectation aku terlalu tggi. Pedih? Tak dpt nak diluahkan mcmana pedihnya hati ni bila dgr ayat tu. Mungkin mereka lupa segala realiti bermula dgn fantasi dan mimpi. Dan segala mimpi tu bersemi kerana harapan. Tiada manusia yg mengecap kejayaan dan kebahagian petik jari mcmtu je. Dorg semua mesti ada mimpi dan kerana mimpi tuela dorg berusaha utk jadikan ianya kenyataan. Harapan? Semua manusia ada harapan. Dan aku berharap setinggi itu kerana aku mahu menjadikan ianya satu kenyataan. Aku tanak terus bermimpi. Dia mungkin tak pernah rasa mcmana hancurnya hati bila impian dan harapan yg kita semai tiba2 musnah. Dia tak pernah merasai pengalaman yg satu tu. Dan mungkin sbb itulah dia bole berckp sesuka hati. Menelanjangi aku dgn seribu anggapan adalah tidak adil dan kejam. Seharusnya kau perlu memahami isi hati dan kepedihan semlm diri ini. Bkn menghukum aku dgn pelbagai tanggapan. Kerana bkn mudah utk menghapuskan luka kelmarin. Bkn mudah utk aku melupakan ketakutan kpd sebuah kehilangan. Dear, kau takkan pernah tahu perasaan ini.

Beza

Dulu kau sering memujuk.

Tak pernah kau biar aku merajuk.

Dulu kau sering membelai.

Tak pernah sekali kau lalai.

Jika aku mengatakan berpisah.

Kita berdua resah gelisah.

Jarang kau bersikap endah tak endah.

Mencuba menguatkan kasih itu kembali.

Berusaha agar aku tak pergi.

Tapi itu dulu.

Kini kau hanya buat tak tahu.

Kau mendinginkan diri.

Tika aku sekadar menguji.

Mungkin sudah tiada apa lagi.

Di dalam hatimu ketika ini....

Friday, March 13, 2009

Tarikh Itu

Aku terlalu serabut utk melalui tempoh mgu ni. Aku bencikan tarikh ujung mgu ni. Spt ada batu besar yg menghempap dada. Nafas aku sesak dgn 1001 perasaan. "Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu. Sesungguhnya aku tak mampu utk menghadapi semua ini."

Aku tak tau perlukah aku menangis? Perlukah aku kesal? Perlukah aku menyesal? Tidak! Inilah keputusan aku dulu. Inilah yg aku kena tempuh slps membuat keputusan tu. Aku kena kuat! Aku kena lawan kesedihan ni! Yakin boleh! Ngeeee...

Aku cuma bole termenung. Menghitung detik menghampiri tarikh2 tu. Aku masih tak tau mcmana nak melalui 2 hari ni. Spt biasa atau...? Aku rasa mcm nak pengsan 2 hari dan bgn blk hari isnin tu! How i wish! Huhhhh!!!

Semakin masa berlalu semakin sesak dada ni. Fikiran aku makin bercelaru. Otak aku pun makin serabut! Aku tak tau mcmana nak buang perasaan ni. Tak tau nak lari ke mana. Takde yg menggembirakan hati. Takde yg menenangkan hati. Kesunyian yg aku rasa sejak akhir2 ni makin menjerut perasaan. Kesedihan ni makin terasa tp aku cuma mampu berdiam diri. Jiwa aku rasa kosong tp mcm biasa aku pujuk diri sndr je. Btul kata org, org yg kita nmpk sentiasa happy dan ketawa tu sbnrnya hatinya penuh dgn kesedihan. Ketawanya cuma utk menutup segala kekecewaan. Aku percaya dgn kata2 tu.

Kaum Yang Satu

Ntah knp tiba2 timbul rasa tidak selesa di hati. Knp ye? Ada rasa ragu2 dan curiga muncul dlm perasaan ni. Terlalu byk persoalan yg dtg secara tiba2. Aku benci keadaan mcmni! Curiga dan prasangka yg dtg bole membunuh seribu bahagia! Mengeluhkah aku? Tp apa lg yg mampu aku buat? Membangkitkan perkara mcmni cuma akan mencetuskan perselisihan. Mungkin kerana aku seorang perempuan. Sentiasa berfikir melangkaui had dan batas. Terlalu menitik beratkan tentang satu2 perkara. Tidak spt kaum dia yg kdg2 hanya mengambil mudah. "Errmmm pasti aku akan disokong oleh perempuan2 lain. Aku yakin! Hihihihih."

Wahai kaum yg satu. Tidak pernahkah kau terfikir ttg perasaan kaum kami? Betapa kaum kami ataupun dgn lbh jelas lg seorang perempuan itu perlu dibelai, dimanja dan diberi perhatian. Sesungguhnya itulah naluri dan lumrah seorang perempuan. Sekeras manapun hatinya ttp terselit seribu kelembutan. Yg mungkin tidak kau nmpk. Yg mungkin tidak terzahir. Tp itulah tugasmu wahai kaum yg satu. Mendasari dan memahami kami. Memujuk dan membelai kami. Walau setinggi mana ego kamu kaum yg satu. Kau ttp memerlukan kami. Dan tanpa rasa ego aku juga menyatakan. Seperti mana kami memerlukan kamu.

"Ahhh fhm ke dorg ni? Ermm kalaulah dorg fhm,takkan ada pempuan yg asyik bersedih. Mmg dorg tak penah fhm pempuan!". Bkn niat hati utk mempersoalkan dirimu wahai kaum yg satu. Sekadar berkongsi rasa. Cuma menzahirkan jiwa. Kau jarang memahami. Kerana itulah terlahirnya suara ini. Hati ini ttp hati seorang perempuan. Halus dan mudah terluka. Air mata itulah ubatnya sekiranya kau hanya sekadar memandang kelukaan ini yg kau sndr hiriskan. Lantas, siapakah dirimu dikalangan kami? Siapakah kamu di hati ini?

Aku terlalu mengagungkan kehadiranmu sbg pelindung diri ini. Tp jgnlah kau sia2kan kepercayaan itu. Hati ini ttp milikmu walaupun kdg2 goyang dihembus angin lalu. Dugaan yg dtg hampir merobohkan dinding kekuatan, tembok kesabaran. Tp, sampai bilakah diri ini mampu bertahan? Masihkah aku sekuat dulu? Wahai kaum yg satu, jgn kau tanya diriku. Tp tanyalah hatimu. Hanya dirimu yg tahu.

Tuesday, March 3, 2009

Tulang Rusuk

Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, bukan dari kepala utk dijunjung. Bkn pula dari kaki utk dijadikan alas. Melainkan di sisinya utk dijadikan teman hidup, dekat pada lengannya utk dilindungi dan dekat di hati utk dicintai..

Andainya kau menganggap aku bkn lg sebahagian daripada tulang rusukmu, berikan aku kepastian itu. Jangan biarkan aku menunggu dan mengharap kau masih pemilik diri ini dan aku adalah separuh dr nyawamu..