Nuffnang Ads

Wednesday, March 28, 2007

Hidup

setiap persembahan ada tajuknya. dan setiap tajuk mesti ada jalan ceritanya. mcm tu jgk kehidupan yg aku lalui selama hampir 24 tahun ni. bagi aku jalan cerita aku selama ini adalah persembahan daripada seorang manusia yg bernama Nor Fazlina. itulah tajuknya dan segala pengalaman aku itulah jln ceritanya. skrip dan kenyataannya yg tak pernah aku rancang atau arahkan. segalanya dtg sendiri mengikut masa dan takdir yg Dia dah tentukan. jalan cerita hidup aku dah tertulis dan aku sebagai seorang pelakon yg pasti kenalah melakonkan segalanya mengikut skrip yg dah termaktub sekian lama. selain dr tu jgk segala kepayahan yg aku lalui terlalu mengajar aku apa makna hidup ni. mcmane sakitnya bila dikhianati dan diketepi semudah tu je.
tapi walaupun mcm2 pengalaman yg aku dah lalui tp aku masih gagal membuat perhitungan utk masa depan aku sndr. kesukaran yg amat sgt disulami dgn rasa kepayahan yg maha berat. sebenarnya aku dah ada jawapan tapi aku masih ragu2 lg. sama ada pd diri sendiri ataupun pd pilihan yg aku buat. sesungguhnya perasaan ini adalah milik dia yg abadi. dia yg akan mengambil aku dr keluarga dan menjadikan aku hak milik kekalnya hingga hujung nyawa. dia yg akan membawa aku pergi untuk bersama2 menjalani satu kehidupan yg pasti lebih memberikan aku seribu warna yg sgt indah. ya.. dia.. dia yg akan melafazkan ijab kabul itu..
saat itu pasti.. aku akan tgglkan segala yg pahit, segala apa yg pernah aku lalui selama ni.. dan aku cuma mahu hidup bersama dia.. masa depan aku..
Tuhan, berikan aku keyakinan itu agar bahagianya semakin pasti..

0 comments: