Nuffnang Ads

Friday, March 30, 2007

Bisakah


Jujur & Syg

"kamu tidak jujur! tidakkah kamu tahu kejujuran itu yg mengikat kasih syg?"

"tidak! bagaimana aku harus jujur sekiranya kamu tidak memberikan aku sepenuh kasih syg? dan kalau jujur itu mengikat kasih syg kamu harus pastikan yg kasih syg kamu itu benar2 cukup utk mengikat kejujuran aku pd kamu!"

"apa gunanya aku berikan kasih syg pd org yg tak jujur?"

"hmm.. dlm mengenal cinta itu kamu perlu memberi dan melepaskan rasa kasih syg yg sepenuhnya utk membina kepercayaan org lain supaya bersikap jujur pd kamu.. jgn sewenang2nya kamu meminta kejujuran org lain kalau kamu sndr tidak menunjukkan rasa syg kamu itu.. "

"jgn kamu nak pusing cerita. yg penting adalah kejujuran."

"utk apa aku jujur pd yg tak menghargai. utk apa aku jujur pd yg syg setakat kat mulut. aku tak perlukan syg yg mcmtu utk menjamin kejujuran aku. kamu sndr tak menghargai aku. jd jgn meminta kalau kamu sndr tak tau nak memberi."

"kamu yg minta utk dihargai bukan? selama ini kamu yg selalu minta. kamu dah lupa ke?"

"tapi aku tak rasa dihargai. tak pernah aku rasa. apa yg kamu buat dlm usaha ke arah itu? aku bercinta bkn sekali tp aku belum pernah kena mcmni. kamu tau apa mksdnya tu?"

end...................................

Bosannnn....

bosannye dgn permintaan dr org yg cuma tau nak mntk tp tak tau nak memberi. kamu tau apa mksdnya tu? mksdnya adalah bole sakit jiwa kalau kita mengadap org yg tau nak mintak, nak komplen itu ini tapi diri sndr pun tak tau nak memberi mcm ape yg dia mntk, diri sndr pun byk kurang tp sibuk nak cari kurang org lain. plak tu nak main tuduh2 kita plak. haaa faham? kalau tak faham takpe. aku ni dah hampir2 sakit jiwa dgn org mcmni. biarkan ape dia nak kata aku. ckpla selagi bole berckp. esok dah bisu kang tak bole nak ckp plak. biarkannnn......

Thursday, March 29, 2007

One Day


Me Inside You

senyum seindah suria
yg membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri..
hihihih...

Blur...

Assalamualaikum....

hari ni aku bgn dgn satu rasa yg sgt2 mengelirukan. BLUR! bgn2 tido tu aku mcm bingung pastu tak tau nak buat ape. aku pusing2 kat bilik tu pastu kuar pegi hall pastu masuk blk kat bilik. aku confuse je nak mandi dulu ke atau iron baju dulu padahal rutinnya aku mandi dulu baru iron baju. tp hari ni aku mcm tak tau ape yg aku nak buat. pastu time iron baju pun aku confuse. step2 kebiasaan aku bila iron jd tunggang langgang. side yg kemudian aku iron dulu. yg dulu aku iron kemudian. bingung gile. knp la dgn aku niiii....
nak pilih baju sblm tu pun confuse. merapu2 je rasenye pagi ni. mengongggg......
ape2 pun tak kisahla kan. burger king is coming to me soon! yeahhhh.....

Wednesday, March 28, 2007

Hidup

setiap persembahan ada tajuknya. dan setiap tajuk mesti ada jalan ceritanya. mcm tu jgk kehidupan yg aku lalui selama hampir 24 tahun ni. bagi aku jalan cerita aku selama ini adalah persembahan daripada seorang manusia yg bernama Nor Fazlina. itulah tajuknya dan segala pengalaman aku itulah jln ceritanya. skrip dan kenyataannya yg tak pernah aku rancang atau arahkan. segalanya dtg sendiri mengikut masa dan takdir yg Dia dah tentukan. jalan cerita hidup aku dah tertulis dan aku sebagai seorang pelakon yg pasti kenalah melakonkan segalanya mengikut skrip yg dah termaktub sekian lama. selain dr tu jgk segala kepayahan yg aku lalui terlalu mengajar aku apa makna hidup ni. mcmane sakitnya bila dikhianati dan diketepi semudah tu je.
tapi walaupun mcm2 pengalaman yg aku dah lalui tp aku masih gagal membuat perhitungan utk masa depan aku sndr. kesukaran yg amat sgt disulami dgn rasa kepayahan yg maha berat. sebenarnya aku dah ada jawapan tapi aku masih ragu2 lg. sama ada pd diri sendiri ataupun pd pilihan yg aku buat. sesungguhnya perasaan ini adalah milik dia yg abadi. dia yg akan mengambil aku dr keluarga dan menjadikan aku hak milik kekalnya hingga hujung nyawa. dia yg akan membawa aku pergi untuk bersama2 menjalani satu kehidupan yg pasti lebih memberikan aku seribu warna yg sgt indah. ya.. dia.. dia yg akan melafazkan ijab kabul itu..
saat itu pasti.. aku akan tgglkan segala yg pahit, segala apa yg pernah aku lalui selama ni.. dan aku cuma mahu hidup bersama dia.. masa depan aku..
Tuhan, berikan aku keyakinan itu agar bahagianya semakin pasti..

Hello

H - How Are You?
E - Everything All Right?
L - Like To Hear From You
L - Love To See You Soon
O - Obviously, I Miss You..

Tuesday, March 27, 2007

Mimpi

dah 2 mlm aku mimpi tak best. sgt2 tak best. mimpi yg sgt menakutkan. lg menakutkan dr cite ju on ke pontianak harum sundal malam ke chermin ke. tp ni bkn mimpi hantu. serius aku rasa berdebar sgt kalau ingat. pastu kalau ingat rasa mcm nak menangis. pastu aku nak duduk dlm bilik tanak kuar2. its too scary. sgt2 menakutkan.....
aku mntk sgt dijauhkan dr mimpi2 tu. dah 2 mlm dah ni. jgnla sampai mlm yg ketiga. pastu aku pun rasa mcm tak sedap hati sgt. isk knp ni.... takutla... nak kata tido tak basuh kaki tipu sgtla sbb aku ni jenis yg basuh kaki sblm tido. hishhh..... jgnla mimpi2 tu jd kenyataan...

27 Mac 2007

Assalamualaikum...

masuk hari ni dah semgu aku tak update blog ni. malas sgt. dah campur dgn cuti 4 hari tue sampai la semlm aku rasa mcm takde mood je nak open blog.
interview hari tu plak bosan je. semua dtg dgn org dalam. member aku ckp telekom mmg mcmtu culture dia dr dulu sampai skrg. kabel kuat. mentang2 telekom.
tp aku buat yg bole jela. dpt ke tak depends on my fate jgk. janji aku dah cuba. kegagalan selepas mencuba tu kan lebih baik drpd tak mencuba langsung. sekurang2nye aku dpt pengalaman yg berharga dan berguna utk masa depan atau pun utk interview yg akan dtg.
alahai... bosannye la hari ni.. rasa nak tido je.. dr semlm lg aku mengantuk time keje ni. eh ye ke dr semlm? rasenye selama ni pun mmg camtu. heheheh...

Tuesday, March 20, 2007

Maha Karya Cinta

kau bagaikan udara
yang membantu aku
untuk terus hidup di atas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta..

Cek Katak



geli la tgk gamba katak ni..

tak emsemmmmm.............

Face

check urself!

Colors of Life

khamis ngan jumaat ni aku cuti. khamis ni ade hal yg aku mmg kena amik cuti. jumaat tu je yg mcm x bape pasti tp aku dah apply pun. tibe2 zul othman kata jumaat ni ade mkn2 plak kat FK. nasi beriani katenye. terkebil2 jap aku. cisss.. ni mmg sengaje tanak kasik aku mkn ni.. buat time aku cuti plak tu. dandan jerk.. isk, dahla makan.. ni yg aku nak cancel cuti hari jumaat ni..

berbalik pd hal hari khamis. bkn selalu nak dpt peluang mcmni. aku kena try jgk. utk mencari satu kesempurnaan mmg susah. so aku cuma mencari satu peluang dan ruang yg lebih baik utk memperbaiki kelemahan dan jgk hidup aku. aku harap semuanya berjalan dgn lancar. amin.... aku mntk sgt aku dpt peluang tu. i juz wanna get something different in my life. different environment, different experience. so dua hari ni aku prepare jerk. takdela prepare sgt pun but juz standby any things that could be. tu yg nak blk kg ptg ni amik brg utk khamis ni.

kalau aku cuti jgk jumaat tu maknenye aku straight tak keje sampai ahad. so 4 harila aku cuti. best ke tak aku pun tak tau. depends on how i pass through da days. ape pun hari2 yg aku lalui lately ni mmg bermacam2 kaler. ade oren, ade coklat, ade merah, ade putih, ade biru air laut.. hmm yg kaler itam tu tak bape nak adela sgt.. sikit2 jela.. nak kata happy lately ni pun ade jgk. tak taula knp. tp rasa mcm dah tak larat nak sedih2 ni. tak taula esok lusa mcmane. cuma aku rasa happy sgt bila ingat somebody. always make me smile...

thank u so much dear.. u taught me how to smile..

Cinta IV

Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Cinta III

Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair.

Cinta II

Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. "Saya turut bahagia untukmu." Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta I

-jiwa kita adalah satu tmpt di mana pelbagai rasa akan muncul.. suka atau tak suka.. ianya tidak boleh bertakhta dlm hati pd satu masa yg sama tp ianya silih berganti.. kejap suka kejap tak..

-apabila rasa suka dlm hati dipertahankan.. ianya akan bertukar rasa syg, rindu, cinta dan sebagainya..

-there is one happiness in life.. TO LOVE AND TO BE LOVED..

-cinta tak pernah meminta tp cinta sentiasa memberi (faham tu???)

-di mana ada cinta di situ ada kehidupan.. manakala kebencian membawa kepada kemusnahan..

-Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.


-Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

-Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

-Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. (aku suka yg ni!)


-Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.. (paling suka!)

Monday, March 19, 2007

You & Me

Your sentiment is ur love, your love is ur heart, your heart is ur spouse, your spouse is ur future, your future is ur destiny, your destiny is ambition, your ambition is ur aspiration, your aspiration is ur motivation, your motivation is ur believe, your believe is ur peace, your peace is ur target, your target is heaven, heaven is like hell
without YOU...

Me & You

once in a lifetime
you find a friend
who touches not only your heart
but also your soul

once in a lifetime
you discover someone
who stands beside you
not over you

once in a lifetime
if you are lucky
you find someone
as i have found you

very special people
we can be ourselves with
talk with, laugh with
hope with and believe with..

Satu Keperluan

Assalamualaikum....................

ceria ke tak hari ni ek.. bole tahanla.. tp takdela bape ceria sgt.. hmm.. today is monday and monday is black monday.. boringla.. tak suke hari isnin..
pg td masa tgh iron baju aku tgk mhi kat tv3.. masa tu motivator sape ntah name dia tgh bg speech.. cite psl menangis.. wahh mmg aku suke.. dia kata..

"menangis itu sihat, normal dan satu keperluan"

dia jgk ckp menangis tu adalah satu keperluan yg Tuhan dah berikan.. org yg menangis itu adalah sihat dan normal sbb dia perlu utk meluahkan apa yg dia rasa dan segala tekanan yg dia alami.. menangis tu sbnrnye bg kelegaan yg amat sgt pd org tu.. tak semua mslh tu kita bole cite kat org lain.. dan tak semua kesedihan tu kita bole luahkan dgn cite kat org.. jd antara jln terbaik adalah menangis..

"u have to find da door to go out.. dun let it block ur heart.."

jadi jgn ler kite anggap org yg menangis tu saje2 nak mengade ke ape.. mungkin itu satu cara bg seseorang tu utk meluahkan atau melepaskan segala tekanan yg ada dlm hati dia.. kita jgn mrh atau jgn nak sindir2 dia.. bila seseorang tu menangis kite kena biarkan dia kuarkan abis2.. jgn disekat atau dihalang.. sbb kalau kite membiarkan seseorang tu menyimpan tekanan dan stress yg dia rasa, satu hari nnt, tekanan dan stress itulah yg akan membunuh dia..

Friday, March 16, 2007

Back To Me

wuts wrong wif me
now i ask
wuts wrong wif u
still i ask

wuts wrong wif us
then let me know
juz tell me
coz u let me down
plz don't..

i feel empty now
without ur words
without ur smile
without ur touch

wuts wrong wif me
wuts wrong wif u
juz tell me
still i ask...

sabar faRz..

sabar tu sebahagian drpd iman. bukan separuh. tp tak kisahlah sebahagian ke separuh ke kita kena jgk sabar. walaupun kita tak tau knp kita kena sabar. jadi kenalah bersabar dan terus bersabar. selagi bole sabar, sabar jelah. kalau dah tak bole sabar kang.... tu lain cite..

its happened again. tak taula knp. bosanla hidup mcmni. tak abis2. penat la wei!

tp aku tak bole nak mrh dah. dah biasa. cuma terfikir apa silap dan kat mana salahnya. its too drastic. something dat really unacceptable! tak bole blah btul la.. takpela nak buat mcmane kan.. plz la.. soooooooo childish!!

aku marah ni.. ha.. marah ni..

Morning..

assalamualaikum & samat pg..

pg ni aku bgn awal sgt. pkl 5.30! hwaaa.. pastu terus tak bole tido blk. paksa jgk pejam tp pejam jela kan. tidonye tak. tak tau ape nak buat aku iron bajula, berguling2 la, duk tepi tingkap tgk keta2 kat bwh tue la. mmg takde keje. jiwa kacau....

mlm td aku lepak kat ofis. pun takde keje. dgr lagu, bukak email, baca history skype pastu tel panda bear jap sampaila polar bear dtg menyibuk. konon risau nak temankan akula tu. halaa dorg ni risau sgtla aku duk sorg2 kat ofis ni. by da way, dats my fren! hmm takde ape yg menarik pun. ingat nak update blog mlm td tp internet mcm whiskas. mental aku semlm. bosan sgt rasanya dua hari ni. pkl 10 lebih tu baru aku blk umah. tu pun tak tggu lama terus tido. takde pun mimpi yg best2 ke dtg dlm tido aku.

15 Mac 2007 yg membosankan dan penuh dgn keraguan!

Thursday, March 15, 2007

9 September 2006

syiqin, dayana, farz

where do u put my heart?


U Left Me


Wednesday, March 14, 2007

Huhuhu..

kecik2 dah pandai bercinta ek?!!

Tentang Seseorang

ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
ku lari ke pantai kemudian teriakku
sepi..
sepi dan sendiri aku benci
ingin bingar aku mahu ke pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika ku sendiri
pecahkan saja gelasnya
biar ramai biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menyulam jaring labah-labah
berlangit di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja locengnya
biar terdera
atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai

Tuesday, March 13, 2007

Huh??

satu rasa yg tak pernah kita dgr selama ni.. tiba2 kita dgr bertalu2.. mesti terharu kan? rasa syahdu jerk dlm hati ni.. mmg touching gile.. rasa mcm tak percaya pun ada.. tp aku tau aku tak bermimpi.. its a fact.. satu kenyataan yg mmg nyata..

but i'm still confusing.. its something dat was so
hard to hear before.. i dunno why but thats it.. but now its sound very sincerely.. directly into my heart..

tapi.. ketetapan itu masih terlalu sukar utk diluahkan.. knp yea.. mungkin terlalu berhati2.. terlalu berjaga2..

Tuhan, berikan aku petunjuk itu....

Friday, March 9, 2007

Ketetapan

utk mencari satu ketetapan dlm hati ni bkn senang. ketetapan pada satu keputusan yg akan menentukan masa depan dan penghujung segala masalah yg ada. ketetapan yg diinginkan tak semudah mengira satu dua tiga.. aku memerlukan masa utk mencari satu ketetapan itu..

bkn aku mengelak dr menjawab. tp selepas apa yg aku terima tu menjadikan aku lebih berjaga2. rasa sedih dan terkilan yg ada dlm hati ni bkn sikit. bkn kecil luka yg ada pd hati ni. tak semudah itu aku nak memberikan satu noktah pd persoalan yg ada pd kamu. seharusnya kita kenala tanggung apa jgk risiko yg dtg hasil drpd perbuatan kita kan??

sesungguhnya aku tak pernah meminta2. knp aku boleh pejam mata pd segala kekurangan yg ada. aku menerima seadanya sbb itu lebih penting dlm satu2 perhubungan yg benar2 ikhlas. dan aku percaya menerima seadanya adalah satu cara yg sgt dan mungkin yg paling baik dlm menjadikan satu hbgn tu lebih indah. tapi knp tak semua org bole menerima org yg dia kata dia syg sgt tu seadanya? knp masih mencari segala kelemahan? knp masih mempersoalkan?

soalnya, di mana sbnrnya kita letakkan org yg kita syg tu dlm hati kita?

On My Birthday

me??? ohh..
u'll know when u've found da cutest smile!

Syg Yg Tak Terzahir

kdg2 kita tak sedar apa yg kita ckp dan apa yg kita buat tu dah melukakan hati org lain. bila kita tak sedar tu maknanya kita tak sengaja. dan bila kita dah tersedar masa tu baru penyesalan tu dtg. tp saat penyesalan tu dtg ianya dah terlambat sbb mungkin masa tu org yg terluka tu dah pergi dari hidup kita. sesungguhnya tak semua yg lahir dr mulut itu dtg dr hati kita. dan tak semua yg ada dlm hati kita tu bole terlahir dr mulut dan terzahir dr perbuatan. mungkin terlalu susah bg sesetengah org utk mengekpresikan perasaan yg ada dlm hati dia. tp kita perlu tau yg sbnrnya itu adalah satu keperluan dan juga kehendak pada org lain yg mengharapkan kita menzahirkan perasaan tu.

sape yg tak suka disayang kan? semua org bole ckp syg tapi tak semua org bole menzahirkan apa yg dia rasa. dan kalau dia cuba zahirkan pun tak semuanya berjaya membuatkan kita percaya dan puas hati yg dia btul2 syg pd kita. kdg2 syg ni perlu ditunjukkan. jgn gunakan alasan tak pernah bercinta, tak pandai nak tunjuk sbg alasan. satu lg alasan yg selalu aku dgr ialah "tak tunjuk bkn maknenye tak syg. yg penting hati kita". aku tak bape suka kalau org jwb mcmtu. seolah2 perasaan dia tu terlalu privacy utk ditunjukkan dan seolah2 perasaan org lain yg mengharapkan satu penzahiran tu mcm takde nilai kat mata dia. if u love then show it. manusia itu mengharapkan kepastian pada satu perasaan yg terlalu berharga. bkn hanya kat mulut je tp perlu pd satu penzahiran yg nmpk di mata dan akan di simpan di dlm hati.

My Baby You


Thursday, March 8, 2007

i luv pose!


Harga Sebuah Jawapan

aku selalu menilai org drpd jwpn kpd stp soalan dan persoalan yg aku bg. selalu sgt. dr situ jgk kdg2 aku bole membezakan apa perasaan ataupun pndgn dia pd satu2 benda tu. kita bole tau sejauh mana dia ambik berat, dia jaga hati kita dan mcmane dia syg kat kita sampai tak sggp nak lukakan hati kita. tp aku pun bknlah pakar sgt nak menilai org tp pengalaman kan mengajar kita utk lbh mengenali sesuatu tu. aku ambik contoh pd seorg perempuan yg tak pandai memasakla kan. dan dia bertanya soalan pd 2 lelaki yg berbeza utk mengenali sejauh mana kesanggupan atau pun keikhlasan seseorang itu pd perempuan yg ada kekurangan tu.

dia bertanya soalan.. 'kalau aku masak tp tak sedap apekah penerimaan atau tindakan kamu?'.
lelaki pertama jwb.. 'masak jelah. nnt org bgtaula ape yg kurang ke ape yg tak best ke ape yg xde ke.'

soalan yg sama dia tanye kat lelaki kedua.. 'kalau aku masak tp tak sedap apekah penerimaan atau tindakan kamu?'
lelaki kedua jwb.. 'aku tetap akan makan walaupun tak sedap. sbb kamu dah penat memasak. aku akan tetap telan dan tidak akan sesekali mengecilkan hati kamu dgn mengatakan mknn itu tak sedap apelg utk menyatakan segala kekurangan yg ada pdnya..'

nmpk kan? kdg2 drpd jwpn pun kita tau kesanggupan dan kesungguhan seseorang tu menerima kita seadanya atau tidak. sejujurnya aku dpt merasakan segala kepedihan yg perempuan tu rasa bila mendengar jwpn dr lelaki pertama tu. tp dia tak memprotes ataupun bersuara kerana dia sedar segala kekurangan yg dia ada. dia terlalu sedar akan kelemahan dan kekurangan diri dia.

LOVE IS A GAME OF CHANCE. sememangnya cinta itu sering memberikan kita peluang. peluang utk berubah atau berusaha utk menjadi yg lebih baik. tapi peluang selepas kata2 yg menyakitkan sbnrnya bukan satu peluang utk kebahagiaan. tp lebih kpd peluang yg menghancurkan satu2 hubungan. dan juga peluang yg sgt luas utk melukakan hati insan lain.

kdg2 bila aku sakit aku akan selalu mengadu. dan aku akan menunggu apakah jwpn yg akan keluar. dan kebanyakannya hanya jwpn yg akan buat aku kecewa dan bersedih. seolah2 aku ni takde nilai dan aku rasa mcm hidup sorang2 dlm dunia ni. takde nak ambik berat atau pun menunjukkan rasa risau. aku tak perlukan rasa simpati. aku tak nak rasa belas kasihan dlm satu2 perhubungan. jgnlah sampai kehilangan baru kita nak sedar betapa perlunya rasa ambil berat pd org yg kita syg. dan betapa dia memerlukan rasa prihatin dr kita sbg org yg dia syg. dan sekali lagi aku akan menilai.... hmm....

sbb tu kdg2 kita kena berhati2 dgn jwpn kita. takut2 akan buat org lain sedih, terasa dan kecik hati. lebih2 lg kalau berckp dgn org yg suka berfikir dan psycho. heheheh. dia sentiasa mencari sesuatu utk diutarakan sbg satu masalah ataupun satu kelebihan utk meng 'attack' seseorang tu. kdg2 kita mmg tak sedar ape yg kita ckp tu sbnrnya dah buat org lain kecik hati. aku pun mcmtu. segala yg berlaku mmg aku tak sengaja sekiranya benda tu dah buat org lain terasa atau kecik hati. sambil aku menilai aku pun mencari kesalahan diri sndr jgk. diri sndr yg tak pernah sempurna. yg selalu sedar segala kelemahan dan kekurangan itu sememangnya dtg dr diri aku sndr.

kawan, sesungguhnya SEMPURNA itu hanyalah milik DIA..

8 September 2006


8 selepas 7

hari ni mood aku kurang baik. aku penat sgt bape hari ni. kaki aku penat berjalan. mata aku penat menengok kunci2 yg menyusahkan aku. tgn aku penat menulis kat key holder yg ntah berape ratus tu. kero dah mata aku ni weiiii......

lgpun aku tgh tak sihat. sgt2 x sihat tp aku kuatkan jgk badan ni. sakit yg org lelaki takkan faham sbb diorg tak pernah rasa. bosannye! nak ponstan........

aku nak mntk cutila mgu dpn. mgu dpn cuti sekolah bolela aku jln2. eh?? mcm ade anak je aku ni nak jln2 time cuti sekolah. aku tak kiraaa.. aku dah penat sgt dah ni.. dah lame tak cuti pun. last mase aku masuk wad hari tu. cuti raya cina tu tak kire la. nak cuti! nak cuti! nak cuti!

kdg2 kita tak tau knp kita jd mcmni..
tp bila kita tau kita selalu sakit hati atau tak puas hati..
jdnya kan lebih elok kalau kita tak tau..
sekurang2nya kita tak sakit hati walaupun tak bape nak puas hati..

Wednesday, March 7, 2007

Something

pg td aku masuk lmbt sikit. ade hal kat tg. heheheh. on da way pegi keje tu aku dgr radio. bosan dgr era dgn hot aku tukarla sinar. best jgk sbb ada halim othman. aku suka dia sbb dia pandai berbahasa atau pun bahasa2 dia selalunye puitis dan bermaksud ataupun ada makna yg sgt mendalam disebaliknye. mcm akula. hihihi.
ada 2-3 ayat yg dia kuarkan pg td yg aku sgt suka. nak tulis kat hp tp hp aku plak black out. blk kg semlm x bwk charger terus pdm pg td. jd aku ingat kat otak jela tp tu pun tak bape nak complete. mendalam btul ayat diaaaaa.........
- tiada perasaan itu juga adalah satu perasaan.. (confuse aku.. musykil neh..)
- kalau kita tau knp sesuatu perkara tu berlaku kita kena belajar drpdnya, tapi kalau kita tak tau knp sesuatu perkara tu berlaku adalah lebih baik kalau kita buat tak tau je.. (btul jgk tp takes time la utk aku terima benda ni..) actually yg "kita tau and so on" tu aku tak ingat ayat dia so aku pun buat ayat sendiri jela.. heheheh...
siyes aku suka gile dgn ayat2 kat atas tu.. its something.. something dat u can learn from it.. something dat give u something else.. feeling, knowledge, idea and so on.. only people who knows how to feel will understand wut is dat..

kerana kunci

semlm aku x update blog. malas dan xde idea lngsung nak ngadap benda alah ni. aku focus kat keje je semlm dr pg sampai ptg. penat gila tawaf satu fakulti ni. 1st time aku berjalan satu fakulti ni sampai abis sume tmpt aku pegi. nak tercabut buku lali akuuuuu........

Monday, March 5, 2007

Dan Tidurlah..

Pejamkanlah
Rebahkanlah dirimu
Lepaskanlah segala yang telah kau lewati

Bermimpilah
Mimpi tentang diriku
Jadikanlah sebagai bunga tidurmu yang indah

Dan tidurlah sayang
Biarkan dirimu merentang melayang
Dan aku disana menunggu dirimu di gerbang bersama
Sampai esok telah menjelang

Bukan Maksudku

Bukan maksud hatiku
Acuhkan dirimu didepan mataku
Tapi ku tak bisa lupakan
Saat dirimu membuat diriku terhina

Sakit hatiku
Remuk jantungku
Tuk membencimu
Musnahkan cintaku

Bukan maksud hatiku
Lenyap senyumku saat kita bertemu
Tapi ku tak bisa singkirkan
Enyahkan fikirku diriku terluka

Bukan.. maksud hatiku
Tak bisa singkirkan
Diriku terluka..

Masalah Itu..

last week something bad happened to me.. very bad.. through it alone wif my broken heart.. tp bkn takat semgu yg lps je.. dr 3 mgu yg lps hidup aku seriously x tentu arah.. rasa mcm sorg2 je pass through hidup ni.. dan mgu ni dah sebln.. seriously mmg berat sgt dugaan dan ujian yg dtg dlm hidup aku.. mslh kat office, mslh kat umah..
aku blk umah dgn harapan aku akan tenang tp sebaliknya yg berlaku.. keadaan aku makin teruk bila dtg satu lg masalah.. mcm org gile aku mlm sabtu tu.. aku cari byk org utk luahkan perasaan ni tp ade yg x angkat tel, yg x balas msg, yg tak itu yg tak ini.. aku nak kuar mlm tu tp xde sape yg dpt temankan.. mmg tekanan gile.. sape2 yg aku dpt call mlm tu taula aku mcmane time tu.. mcm org x btul pun ade.. mak.. abah.. org mntk maaf.. org bkn sengaja...........
pkl 12 lbh kurang abah blk dr tgk konsert hijjaz kat bt 10.. tension gak sbb dia buat2 lupe je nak pegi shah alam.. punyela lame aku tggu dr pkl bape siap cari dia kat bt 10 tu.. tp ramai sgt org so aku malas la plak nak cari dia.. lps abah blk tu aku mmg dah ngantuk gile.. abah pun dah masuk tido tp aku kuatkan hati kuatkan mata ni ajak abah pegi jgk shah alam mlm tu.. pkl 1 aku gerak pkl 2 aku sampai.. Tuhan jela yg tau mcmane aku mengantuk tp aku borak dan borak dan borak dgn abah sampai sek. 7..
sampai sana aku cite sume kat kakak.. sekali lagi Tuhan jela yg tau mcmane perasaan kitorg menghadapi semua ni.. mata aku masa tu mmg dah bengkak.. muka aku dah sembab gile.. kakak cuma dgn mslh ni.. tp aku dgn bermcm2 mslh yg ada.. kepala aku mmg dah berat gile tp x bole tido jgk.. pkl 4 lbh kurang baru aku t'tido.. bgn tido esoknye mmg x bole blah muka aku.. mcm ape je sembab muka aku niiiiii.........
xpe farz.. sabar.. tu je.. org yg bersabar tu ganjarannya besar.. dan aku percaya org yg berjaya melawan segala kesunyian dan kesedihan dlm hidup dia jgk sbnrnya adalah org yg paling kuat dlm dunia ni..

Friday, March 2, 2007









Pejam Matamu

kau dan aku
di waktu itu
cuba meniti titian
lalu tersungkur
kita tertawa
kini semuanya kenangan saja
dan kita telah dewasa
engkau pun berjaya
aku di sini bahagia
dulu engkau keseorangan kerna kealpaanmu
puncanya.. hilang arah tujuan
bersama berdiri melangkah
seganding setiap detik
kau tempuh dengan nafas kesungguhan
dengar bisikku
temanku genggam tanganku
pejam sekejap matamu
lihatlah cahaya menunggu
gapailah setiap citamu
dan kenal isi kulitmu
kan ada hidup yang baru
bermula di sini takkan hilang nanti
bersatu teman abadi
kan terus sejati
mencipta lagi memori

Baby

baby,
i miss u...

Thursday, March 1, 2007

Love

love means letting go..
even its really break your heart..
but God will mend your broken heart if u give him all of the pieces..

Inside My Sayang


1st March 2007

today is 1st day of March 2007. there is no repeat for today. even yesterday and yesterday and yesterday. its already past. its our memory. something that really2 far from us.
hari ni aku pegi keje lmbt sbb terbangun lmbt. i sleep without set my alarm first. till i heard someone knock my door! tq mama afiq coz u wake me up. kalau katil aku tu 2 tgkt mmg dah patah kaki ni melompat. tp aku takde katil. heheheh. aku tidur kat tilam je. haiyyaa.. so sad..
semlm ade org tegur kata aku mcm x sihat. kelmarin ade org tegur kata muka aku pucat. tp aku ok je. takde rasa x sihat ke ape ke. mental je yg kurang sihat sikit. always take some problem too seriously. why ha? because of u..
last nite i miss u. so much. i really feel it. i was trying to hide, to ignore and to deny but its really hard. so hard! i miss da way u say u love me. i miss to hear 'i miss u' from u. i miss da way u stare at me and then ur smile. i miss da way u hold my hands. everything! i miss u so much...
but i really don't know.. where u put da name 'faRz' in ur heart??

This Is Who I Am

Now baby who's to blame
You keep my picture in a frame
Without room to move
Now show me the man
That could fit into your plan
Of a faultless love
Now we have to sail and we have to live
And we have to fail and we have to forgive
This is who I am
A part of me that you don't understand
And I love you still
I'm only riding through the hills
But it's a minor thing
You're still the one that makes me sing
Until the end of time
And you caught my love in a summer breeze
But sometimes there's a bird that
I have to release
Can't you see you only want the best of me
Now you've got the ball don't you let it fall
This is how I feel
A little part of me that you don't understand
This is who I am
A little part of me that you don't understand